Isnin, Januari 03, 2011

Gadis Lazimnya Gagal ...

Sebilangan kita berada dalam keadaan duka manakala sebilangan lagi bergembira. Begitu lumrah kehidupan manusia.

Bagaimana pun kita berhak menentukan sikap dan kaedah pemikiran sendiri.

Kita berhak berfikiran positif, positive thinking.

Mengapakah kita perlu mengamalkan postive thinking sepanjang kehidupan? Positive thinking, satu harapan.

Jika manusia berada dalam keadaan lara dan tidak mampu berfikiran secara positif, mereka mengundang langkah kecundang. Kecundang berikutan tidak memiliki harapan. 

Contohnya, golongan miskin, jika tidak berfikiran positif untuk berusaha mengubah tahap kehidupan bakal kekal miskin.

"Sudah begini takdir kehidupan kita"

Itu antara keluhan mereka.

Ya! Begitu kehidupan andai terus berfikiran negatif.

Jika sebaliknya berlaku, niat itu satu semangat, satu harapan.

"Kita miskin namun kita akan terus berusaha mencari peluang untuk memperbaiki kehidupan kita"

Berfikiran secara positif, formula mendorong manusia untuk mengecapi kejayaan. Golongan miskin harus tahu di mana ada kehendak, di situ ada jalan, where there is a will there is a way namun kekadang tiada insan sudi membisikkan semangat itu ke telinga mereka.

Hakikatnya, majoriti golongan kaya, lena dibuai kekayaan dan  hanya  bergaul  di kalangan kelompok elit mereka. Masa melihat ke bawah, memahami dan membantu golongan miskin bukan lagi tersenarai dalam jadual mereka.

Justeru, berusaha untuk memperbaiki kehidupan, tanggungjawab golongan miskin tanpa terlalu berharap kepada bantuan golongan kaya raya.

JIka dilihat, rakyat Indonesia, berhijrah ke negara ini sehelai sepinggang mampu hidup mewah, memiliki rumah besar dan empayar perniagaan sendiri di negara asing, Malaysia.

Mengapa tidak kita?

Dalam kes berbeza, sebilangan gadis juga berduka kerana ditinggalkan teman lelaki, habis madu sepah dibuang, begitu lumrahnya. Justeru mereka juga harus mempunyai positive thinking.

Bertemu dan kemudian tidak bersatu, satu kejadian biasa. Usah  berasa terlalu kecewa berikutan  peristiwa sebegitu kerana harapan dan peluang untuk hidup bahagia tetap wujud. Terima kenyataan secara terbuka, bekas teman lelaki bukan penentu kepada jatuh bangun sewaktu menjalani liku-liku hidup.

Ya! Ramai gadis berasa teramat kecewa ditinggalkan teman lelaki kerana terlalu sukar melupakan all those sweet memories. Kenangan indah dicipta dan ditempuh bersama dirasakan menghantui kehidupan mereka siang malam. Namun mereka perlu akur, kejadian hitam dilakarkan dalam perhubungan tidak semestinya dinyahkan begitu sahaja.

Hakikat tetap hakikat.

Mengapa perhubungan terputus di tengah jalan? Teman lelaki tidak jujur? Dia tidak memberikan perhatian sewajarnya? Bakal ibu mertua tidak perkenan? Teman lelaki panas baran dan kerap 'naik tangan'?

Semua itu antara faktor penyebab dikenal pasti.

Jadi mulakan hidup dengan berfikir secara positif. Tanamkan harapan, lelaki bakal muncul dalam kehidupan berkebarangkalian lebih baik berbanding teman lelaki sebelumnya. Dia juga mampu mencipta saat bahagia untuk insan bergelar wanita. 

"Kau tak faham. Dia memang sayang aku, lagi pun dah 3 tahun dengan dia," ujar gadis.

Soalan saya, jika benar-benar sayang seperti didakwa, mengapa perhubungan dibina kecundang akhirnya?

Fikirkan.

Namun, malangnya majoriti gadis lazimnya gagal meninggalkan kenangan indah itu justeru terhegeh-hegeh kembali semula ke pangkuan bekas teman lelaki.

... sekaligus buat kesekian kalinya sanggup menempuh pedih jerih menjalin dan meniti kembali perhubungan pernah kecundang.

Biarpun dinasihatkan, pegangan mereka tetap tidak berganjak.

Manakala sebilangan bertekad meneruskan kehidupan bersendirian dengan menggenggam erat harapan, there is light at the end of the tunnel.

Apa pun, jika dilihat sekali imbas, peristiwa pahit dilalui bersama bekas teman lelaki itu satu pengalaman tidak ternilai harganya dan harus diabadikan. Pengalaman dijadikan 'sempadan' sewaktu membuat keputusan pada masa akan datang, agar keputusan dibuat lebih bijak.

Ingatlah, Allah tidak menguji manusia dengan cabaran tidak mampu didepani mereka.

9 ulasan:

  1. ...Allah tidak akan mengubah nasib umatnya selagi umatnya tidak mengubah akannya.....

    BalasPadam
  2. Ya, benar memang gadis biasanya gagal mengawal diri bila berlaku masalah atau kegagalan dalam hal perhubungan.
    Emosi dan kesetiaan yang menjadi jati diri wanita sejak azali, mungkin.

    Tidak ramai yang boleh menerima dgn mudah, setidak pun mengambil masa mungkin bertahun menerima bahawa mereka gagal dan ditinggalkan.

    *Pssstttt... U tahu, ada sorang kawan U tu, masa bercinta dgn kekasih dia, tiba-tiba bila kekasih dia kena paksa kahwin dgn pilihan keluarga, dia tak nangis pun. Bila kekasih dia kahwin, dia leh pi tengok orang tu bersanding. Hebat tak?

    BalasPadam
  3. berangan yang disertakan dengan usaha pun berfikiran positif kan sdr mazidul..tapi kenapa org takut berangan...bukan kena bayar pun..

    BalasPadam
  4. sikit pembetulan ye bang mazidul...positive thinking, bukannya positive thinGking..

    BalasPadam
  5. erm...saya bercinta dgn ex-bf bbrp thn jugak. lepas dah break, jadi kawan. last Nov dia baru je kawin siap ajak tapi mcm tak ikhlas je..saya pun tak sudi pergi..tolonglah...

    perempuan kena kuat. tak boleh serah semua perasaan. kena simpan untuk diri sendiri lebih banyak. dah jadi suami baru boleh bagi 200% perasaan.

    BalasPadam
  6. saya tak tergugat perasaan walau dah putus. mungkin sebab tak cinta betul2 kot walau penah sampai tahap plan nak kawin.

    terima takdir dan suratan adalah cara terbaik to get over it. he doesn't deserve me. cewah (maaf ayat poyo)!

    BalasPadam
  7. Salam,
    "Allah tidak menguji manusia dengan cabaran tidak mampu didepani mereka" perlu kita selalu pegang. Itu juga yang saya pegang tiap kali rasa down dengan semua cabaran.

    Saya sentiasa bersikap positif hinggakan seorang rakan berkata "kalau itu jadi kepada saya, sama ada terjun bangunan atau ke hospital gila", namun saya tetap tak terjun bangunan, belum juga ke hospital Bahagia.

    apa yang kawal kita adalah "pemikiran kita sendiri". Kalau kita rasa mampu, maka kita boleh buat walaupun apa yang kita nak buat itu orang anggap sangat mustahil.

    Pada masa yang sama, kekuatan diri itu datang bila kita DEKAT dengan Allah.

    BalasPadam
  8. jodoh tetap ada, cuma cepat dan lambat saja. Seperti rezeki yang ada di mana-mana, jodoh juga ada di mana-mana, walau di alam siber.

    BalasPadam
  9. pada masa kahwin dulu .. isteri masih lagi belajar di uitm .. tetapi dah tahun akhir ... duduk di kajang, manakala isteri di shah alam .... nasib baik pandai memandu ...

    ada 1 peristiwa dimana perlu menghantar isteri ke shah alam ... seawal pukul 5pg sudah bergerak .. melalui federal hiway ... dpt diperhatikan .. gelagat manusia pergi ketpt kerja ... ada yg membawa anak naik motorsikal di awal pagi .... sudah pasti keluarga itu kerja kilang (base pd pakaian) ...

    ada satu peristiwa .... semasa balik dr segamat .. diperhatikan yamaha 110ss .. suami isteri + anak kecil.. dr arah segamat ke tangkak ... saya memerhatikan sahaja ...., tetapi apabila berehat sebentar di hentian ayer keroh .. terjumpa sekali lagi pasangan yg bawa yamaha 110ss tuh

    kesimpulan ... itu baru mereka, dan mereka mampu hadapinya ... bagaimana pula kita yg baru putus cinta ?? kekasih dikebas .. dsbnya ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.