Selasa, Januari 18, 2011

Just A Bad Day! (Updated)

Jam 5.45 pagi tadi, saya dan krew 999 tiba di lobi Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah selepas menyertai operasi di pusat hiburan beroperasi lebih masa.

"Breakfast mula jam berapa?," soal saya kepada pekerja di kaunter.

"Enam setengah," jawabnya dengan senyuman.

Memang kami berasa lapar dan sebelum tiba di hotel, saya berkongsi maklumat bersama wartawan, Hazlin Hussain ...

"Breakfast di hotel ni sedap, kena cuba nasi lemak dia"

Semalam, biar pun tiba agak lewat di restoran terbabit untuk bersarapan pagi, kehadiran kami disambut mesra pekerja bertugas.

Sila baca tampalan ini.

Pagi tadi, sewaktu di bilik, saya dikejutkan jurukamera, Amin Ariff sekaligus mengajak ke restoran untuk bersarapan pagi. Bersemangat kami turun dari bilik 549 ke lobi dan berjalan menuju ke restoran.

Kami antara pelanggan terawal tiba pada jam 6.36 pagi.

Setelah mengambil nasi kuning, 2 ketul ayam goreng, 1 ketul kari ayam dan daging, saya duduk di meja menghadap chef muda berdiri berseorangan di bahagian dapur.

Pada awalnya, Amin memesan telur dadar, ommlett daripada chef sama, ketika itu dia melintas kawasan makanan dihidangkan dalam perjalanan ke dapur.

"Ommlett ada?," tanya Amin.

Malangnya, chef terbabit langsung tidak menghiraukan pertanyaan itu.

"Mula mula saya ingat dia tak dengar, lepas dia masuk dapur, saya tanya dia ommlet ada? Dia kata belum siap. Lepas saya mengambil makanan lain, saya tengok dia tengah masak, apa, tak tau, dia campur campur sayur, dia masukkan ke dalam kuali. Saya letakkan pinggan di atas meja then saya berdiri lama dekat dia, saya tunggu dia pusing, dia pakai apron, menghadap dinding. Selesai  memakai apron, saya tanya lagi, ommlett ada? Dia kata belum," jelas Amin.

Amin kemudian mula menjamah makanan bersama saya sambil menunggu ommlett terbabit. 

"Amin, mungkin saya tersilap. Cuma nak tanya pendapat awak, is there something wrong with this chef?"

Itu soalan saya. Bukan apa, sejak awal kami berada di restoran terbabit, dia menampilkan 'muka ketat' .

Terus-terang, sebelum Amin memesan ommlett, saya juga berhasrat sama tetapi berasa takut melihat wajah chef, kelihatan garang tanpa senyuman. Lalu saya terpaksa membatalkan niat itu.

"Entah la, ya kut," Amin membalas soalan saya kemukakan.

Sejurus selepas Amin menjawab soalan saya, kelihatan chef terbabit menghulurkan ommlett kepada lelaki tua dan wanita datang menghampirinya.

"Ommlett dua ya," pesan Amin sekali lagi.

Dia menoleh ke arah Amin namun tidak bersuara. Melihat kejadian itu, saya memanggil penyambut pelanggan di restoran dan menjelaskan perkara sebenar. Pekerja terbabit kemudian mendekati chef terbabit dan berkata sesuatu kepadanya.

Pertama kali sejak saya mula menginap di hotel sama, saya berasa  bak pengemis hanya kerana ingin menjamah ommlett di hotel terkemuka di Kota Kinabalu itu.

Saya kemudian pantas melangkah keluar dan berjalan ke front desk dan bertemu manager on duty.

"Where is the FnB (Food and beverage) manager)?"

But it seems that nobody could answer the question.

Pembaca dihormati, yes it is just a small matter, kami tidak mati kelaparan. Saya hanya ingin berkongsi kisah chef barangkali tidak memiliki jiwa dan semangat chef. Untuk rekod, bertahun menginap di hotel sama sebelum ini, saya berpeluang berkenalan dengan chef lebih berpengalaman, mereka pernah berkhidmat di hotel di luar negara. Mereka amat humble dan sanggup keluar dari dapur untuk bertemu pelanggan.

May be today is just a bad day for both of us. So be it!

Kemas Kini

Berikut gambar Amin tidur saya rakamkan setelah kejadian berlaku.


Lapar agaknya namun bukan kebuluran.
 
Sedang jurukamera keletihan itu tidur nyenyak, jam 8.20 pagi tadi saya turun ke lobi hotel dan kemudian diperkenalkan kepada Assistant Dirctor of Food & Beverage Promenade Hotel, Hafizan Wong.

Setelah memperkenalkan diri, beliau berkata ...

"Saya dah jumpa dia tadi. That should not have happened and I have sent him to the kichen, potong sayur"

Hafizan, kakitangan hotel kelihatan amat beradap sewaktu berbicara dan menjelaskan kepada saya tindakan diambil kepada chef terbabit.

" ... biar dia belajar dahulu. Saya dah bercakap dengand dia, bila customer bercakap, response. Mungkin sebab dia baru bangun pagi, banyak benda kena difikir but that is not an excuse," sambung beliau.

Tanpa diminta, Hafizan memohon maaf berikutan kejadian berlaku, on behalf of his staff.

"Ini bukan fasal ommlett, ini fasal sikap, saya harap you faham. Saya tidak akan kurang ajar kepada orang beradab," ujar saya.

"Ya, I can understand that," celah beliau.

Terima kasih kepada Hafizan dan saya berharap chef terbabit belajar daripada kesilapannya. Biar pun kekadang kita not in a mood at all times namun harus bijak menyesuaikan diri jika berhadapan dengan pelanggan.

13 ulasan:

  1. Assalammualaikum

    Selamat pagi.
    Entahlah hari ni baca tulisan sdr suspen je...

    BalasPadam
  2. Satu budi bicara yang memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak...

    BalasPadam
  3. Itulah yang sangat tidak ada pada kebanyakan petugas yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan.

    Sangat jauh bezanya dengan apa yang saya alami di US. Kita patut belajar dari mereka - baik di departmental store, ataupun fast food restaurant, ataupun di restoran - samada yang biasa mahupun yang jenis fine dining. Layanan sangat memuaskan, dan kita takkan lokek untuk memberikan tips.

    Mungkin kita patut amalkan pemberian tips daripada terpaksa membayar 10% service charge sedangkan perkhidmatan yang diberi tidak setimpal.

    BalasPadam
  4. PENGALAMAN saya menginap di hotel, tak pernah pulak mengalami masalah ni, mungkin kami malu atau takut nak mintak ngan diorang just ambik saja apa yg ada...hehehehe...apapun sepatutnya sebagai chef, dia perlu lebih mesra pelanggan...

    BalasPadam
  5. Satu lagi sikap yang agak annoying, pelayan berderet berdiri 3-4 orang memandang pelanggan makan

    dan selalunya dalam kes buffet sarapan pagi, tenghari dan malam.

    Kalau ala carte tak dia tak pandang2 jeling2 sangat.

    Alami dua situasi ini dalam 1 hari - dapat tahu perbezaan layanan.

    BalasPadam
  6. Bro Dol, bukan setakat Chef di hotel tersebut yang perlu belajar 'perkhidmatan pelanggan', tetapi pada pengamatan saya, kebanyakkan restorant, kedai runcit dan banyak lagi sektor awam yang perlu ubah sikap. Budi bahasa dan sopan santun itu adalah penting untuk kemajuan dalam perniagaan. Syabas kepada Bro. Mazidul kerana berjaya memberi teguran membina kepada mereka.

    BalasPadam
  7. lama tak pekena "Koko Cincau" ITM Shah Alam ngan abang mazidul :)

    BalasPadam
  8. kadang2, wpn makanan tak la sedap sgt, tapi layanan baik dan mesra kita boleh terima daripada makanan sedap tapi layanan tidak sepertinya... mcm mana kita nk org lain layan kita, mcm tu la kita perlu layan org lain juga...

    BalasPadam
  9. watak yang rasa JOB dia senang dapat..payah mesra alam..

    BalasPadam
  10. bidang customer service ialah bidang yang paling banyak memerlukan otot. untuk senyum, bertenaga, ramah dan membantu, if tidak buat dengan betul memang kena sumpah seranah je.

    BalasPadam
  11. Bro.. hahahahahahahh.. itu jek yang saya mampu luahkan kalau nak cerita pasal servis ni. hahahahaahahahah..

    wait until i tell u some dickhead loser working for a 5 star hotel called my room at 3 in the morning to fix my internet connection, way after one hour i complaint. lolsss..

    but boss, next time ambik gambar and put it here muka ketat dia. kalau jumpa boleh tegur "derrrr, kau glamer derrrrr masuk blog mazidul."

    BalasPadam
  12. Salam,

    Dlm hidup byk dugaan! Ia dtg tak menentu...yg penting kita kena sabar!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.