Selasa, Januari 25, 2011

Di Sebalik 'Machem'

'Machem', perkataan bahasa Tamil bermaksud tahi lalat.

Sewaktu kecil berulang saya kali terdengar kenyataan orang tua di kampung.

"Nanti berjalan jauh budak ni sebab ada tahi lalat di tapak kaki"

Telahan mereka ada benarnya untuk diri saya.

Pada masa sama, kaum Melayu percaya mereka mempunyai tahi lalat di tapak tangan berkebarangkalian menjadi orang kaya.

Saya memang tidak ada.

Barangkali tidak ramai di kalangan kita mengetahui, mengikut kepercayaan kaum India, gadis memiliki tahi lalat di leher bakal mendapat suami baik dan penyayang.

Artis India, Simran, 36 tahun, selain bakatnya dia dikenali kerana memiliki tahi lalat di kanan bibir atas.


Klik gambar untuk melihat imej lebih jelas.

Tidak jelas?

Ada.

Kalau tidak kelihatan mungkin pembaca terlalu fokus di 'daerah' lain.

Ok! Ok!

Sila klik gambar Simran di halaman ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, khususnya pencinta filem lama, pastinya mereka mengenali pelakon wanita terkenal kerana tahi lalatnya. Beliau memulakan karier lakonan pada tahun 1954, membintangi filem 'Panggilan Pulau' sebagai pelakon pembantu.

10 ulasan:

  1. Hmmm.. pelakun bertahi lalat yang jelas, seperti Latifah Omar, Azean Irdawati..

    Dulu Hamidah Wahab pun ada atas hidung, Shafinaz Selamat pun...

    Pelakon Opah dulu tu (apa nama... Zaitun Husin ek) pun ada gak.

    Siti Nurhaliza dikatakan bersuara sedap lunak kerana bertahilalat di bibir...

    Seniwati Saadiah pun, manissssss....

    Saya? Kata orang ada tahi lalat di dada, mati kene bunuh..

    heeeeee saya takut!

    BalasPadam
  2. saya ada 2 tahi lalat di leher.
    semua wanita berharap dapat suami yang baik..kan...

    BalasPadam
  3. tak dapat bayangkan jika lelaki ada tahi lalat di atas bibir atau dagu..

    adakah yahi lalat boleh dijadikan suis eletrik

    BalasPadam
  4. Bro Dol, Yang terkenal zaman dulu, emak kepada Kak Ogy, Seniwati Saadiah dalam "Panggilan Pulau"...hayo hayo hayo... hayo kezambo! he he

    BalasPadam
  5. saya ada tahi lalat di atas bibir sebelah kanan. tak tau la kak azie perasan atau masa jumpa tak hari tu. hihi~

    kat tapak tangan, memang tak ada. belakang tapak tgn je ada satu.

    kat tapak kaki, ada di kedua-dua belah. tapi paling jauh saya pergi pun ke sabah aje lah. hihi~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.