"Kenal aku tak?," soalnya.
Ketika itu ramai memerhati dan mendengar.
Saya cuba mengingati wajahnya namun tidak terlintas di fikiran.
"Kau tak kenal aku lagi?," ulangnya dengan suara lebih kuat.
Confirmed, memang saya tidak ingat.
"Betul tak kenal?," soalnya lagi.
Jika saya kata mengenalinya, saya menipu. Andai saya berkata jujur ...
"Aku tak kenal engkau"
Barangkali jawaban itu bakal memalukannya di khalayak ramai.
"Engkau ni! Aku pun engkau tak kenal dah?," desaknya lagi.
Kalau bermulut laser barangkali berikut respon saya ...
"For sure engkau bukan PM, bukan Jamal Abdillah, bukan kakak empunya gerai aku beli nasi lemak setiap hari, bukan juga anak buah aku, krew 999 atau best friend aku, so aku tak ingat engkau, puas hati?"
Sukar, kekadang kita hanya bertemu sebilangan individu sekali sebelum ini di lokasi berbeza. Namun mereka kerap mendesak kita mengingati mereka.
Sekaligus membuatkan kita berada di dalam situasi serba salah.
Apa salahnya, jika bertemu, kenalkan diri dan usah menjangka semua orang mengingati kita.
betul jugak. tapi saya setakat ni ingat kawan2 saya..cuma kalau apperance dah totally 100% berubah tu mau pening gak..
BalasPadamsepatutnya buat-buat hilang ingatan. "eh aku kat mane ni?".
BalasPadamsabar aje la.. biasa lah, kalau kita cuma pernah berjumpa hanya sekali dua, kemungkinan besar sukar untuk kita ingat. tambah-tambah kalau jangka masa yang agak lama..
BalasPadamBuatlah macam suami kakcik selalu buat (kakcik dah masak dengan 'trick' dia tu!)... 'oooo... ingat...ingat...' lepas tu dia bersembanglah itu ini. Kalau nasib baik, orang tu akan membuatkan dia teringat - tapi selalunya sampai sudah dia tak ingat!!!
BalasPadamtu la..susah kan...mas pun kekadang mcm tu...jadi serba salah lak..
BalasPadamrasanya boleh kot tanya jumpa kt mana, mungkin boleh ingat balik....
tapi macam en.mazidul...mas rasa sehari mesti ramai muka2 baru yg en.mazidul jumpa....mustahil nak ingat semua...
betul tu.. tambah2 macam cik Mazidul bertemu ramai orang.. bukan suma leh simpan dalam memori lelama...
BalasPadam*paling susah nak ingat nama orang...tambah2 kalau jumpak baru sekali dua..
@Eri-chan
BalasPadamyea setuju sangat tu,dalam situasi bro Mazidul susah utk kita memberi jawapan,
Susah jugak kalau berada di situasi macam ni. Serba salah pulak
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya pernah berhadapan dengan keadaan itu..tapi saya tulus..saya kata je tak kenal..heehehehehe..:)
Saya pun terus cakap tak ingat jer kalau berlaku kes yang sama kepada saya.Tak perlulah kita sakit otak nak pikirkanya lagi...
BalasPadamPencuri kabel di belasah
Dia ingat dia mcm abg dul kot..dikenali ramai..kekeke.. kalau saya..biasanya saya mesti tanya kenal kat mana.. sebab kawan2 memang ramai.. hehehe
BalasPadamCehh... suka-suka jer suh paksa orang ingat dia.
BalasPadam