Ahad, Januari 23, 2011

Lari! Lari! Lari Kemana?

Jam 1 pagi tadi, Dataran Shah Alam, Selangor, kecoh!


Ratusan penunggang motosikal bertempiaran melarikan diri tanpa arah apabila menyedari mereka dikepung pasukan khas Trafik Bukit Aman.


Pasangan berikut juga cuba memboloskan diri namun setiap 'lorong tikus' di kawasan terbabit telah ditutup puluhan pegawai dan anggota trafik terbabit dalam operasi hampir 5 jam itu.


Mereka antara 370 penunggang motosikal diperiksa polis dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ dan Jabatan Alam Sekitar Selangor.

Remaja berusia 16 tahun berasal dari Klang turut ditahan dalam operasi sama.

"Saya tak ada lesen, bawa motosikal emak, habis lah saya kali ini," katanya sewaktu saya temui pada jam 1.30 pagi.


Lebih 30 remaja didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan, mereka dikumpulkan.


2 gadis berusia awal 20 an terselit di kalangan remaja lelaki mengaku  tidak memiliki lesen sah menunggang motosikal di jalanraya.

"Saya baru kerja di Port Klang 2 bulan lalu, beli motosikal sebulan dah. Susah lah saya nak pergi kerja hari Isnin ni," keluh gadis pekerja stor ditahan.


"Apa kamu nak cakap kepada emak dan ayah?," soal penerbit 999, Shahnun Hanif.

"Mak, I am so sorry," katanya.

28 motosikal disita polis dan JPJ, 109 saman dikeluarkan berikutan pelbagai kesalahan dilakukan penunggang.

Manakala penunggang remaja melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu diberkas polis pada jam 1.10 pagi disumbat ke dalam kereta peronda.


Sewaktu berjalan mundar-mandir di kawasan sama, saya terlihat pasangan mesra berkepit. Si gadis berseluar pendek, tidakkah sejuk di awal pagi?


Sewaktu ramai penunggang motosikal menempuh saat mendebarkan, sekumpulan penunggang basikal terenyum gembira.

"Dia orang ni pelik bang. Ada duit membeli motosikal tetapi tak ada duit nak ambil lesen. Bawa motosikal mak bapa, preng! sana, preng! sini, lepas tu sekarang ni mesti tengah kecut sebab takut kena marah famili," ujar mereka.


14 ulasan:

  1. Saya tengok di berita tv, berselerak mat rempit tu nak cuba lari.

    Ya, sama juga, kekadang saya pun terfikir tak sejuk ker gadis2 yang pakai short, singlet tu memalam buta camtuh.?

    BalasPadam
  2. nasib baik gua tak pergi semalam bhahaha..

    malam ni ingat nak pergi la..jgn buat rush lg oke?

    haha

    BalasPadam
  3. duduk kat shah alam dah 4 tahun lebih ni...xpenah tgk polis buat rush kat situ..baguih2...serabut kepala lutut betol kalau lalu area situ tengah2 malam...merempit je kojonya..huhu

    BalasPadam
  4. Ni yang susah ni...bila PDRM buat operasi ramai yang lari..tau pun takut..bila yang lari cedera atau mati PDRM juga yang disalahkan..masa ni mak bapak pun bising..kata anak meka baik..tak merempit hanya pergi makan..pergi bersiar-siar..dan macam-macam lagilah. sibuk mengadu dengan pembangkang..lepas tu pembangkang pun sibuk suruh kerajaan tubuh suruhanjaya itu dan ini..tak puas hati..lain kali ajak sekali orang yang selalu komen dan tak puas hati tu ikut sama buat operasi..baru meka tahu macam mana kerja polis..jangan pandai dok komen aja..apa-apa tahniah buat PDRM..Jalankan tugas dengan amanah dan jujur.

    BalasPadam
  5. semalam balik dr tgk movie jam 11 mlm, jalan kuching jammed gile. sebelum tu waktu petang ada note pada papan maklumat jalanraya kata jalan sultan hishamuddin dan sekitarnya tutup. ingatkan ada operasi ke..

    seluar pendek...balik rumah konfem nampak kesan kena geget nyamuk..hehe..

    kenapa diorang susah sangat nak ambil lesen ya. kalau dah tahu bawak tu. lainla saya, komfem langgar tunggul, tembok. haha

    BalasPadam
  6. aisehman..rugi tak lalu situ..kalo tak bely senyum gak :D

    BalasPadam
  7. Operasi seperti ini memang patut dilakukan selalu. Yang lari tu patut ditembak aje pakai peluru getah..

    BalasPadam
  8. saya pun tengok mat rempit tu lari bertempiaran

    tau pulak mereka takut

    BalasPadam
  9. Ifd you could remember, saya pernah interview bebudak ni dalam ops rempit di JB.

    "Motor memahal kau boleh beli, lesen lagi murah dari tu, kau tak boleh ambik?

    "Abang cakap senanglah, saya beli motor ni sebab nak kerja, harga lesen dah macam nak beli motor baru bang, baik saya bagi mak saya duit tu."

    Then saya check, bukan murah untuk ambik lesen motosikal, tak macam dulu, ada RM400 hingga mencecah RM1000, mana ada kawalan harga. Dan pengambilan lesen memandu dikendalikan sepenuhnya oleh konsortium. Alasan yang diberikan pengusaha konsortium, sebab banyak sistem yang perlu digunakan untuk mendidik pemandu. Tapi sampai ke objektifnya? Majlis Keselamatan Jalanraya seharusnya tengok tengok benda ni. Pergi ke pusat belajar memandu dan check, memahal bayar, adakah itu janji pemilik lesen memandu tidak akan bawak kereta macam setan, iblis dan jin? Sistem kita salah sebenarnya.

    BalasPadam
  10. Salam..

    Pendapat saya.. kerana mereka inilah yang menyebabkan orang-orang yang meminati dunia motorsikal (peminat motorsikal yang berdisiplin, terutamanya yang berkuasa tinggi)turut terima tempias.. bahkan turut digelar mat rempit.. pada hal mereka-mereka ini tak pernah pun berlumba sesama sendiri..

    Sekadar pendapat saya...

    http://irdinailham.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Irdina, rempit ditafsirkan sebagai menunggang secara berbahaya dan melulu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Samada pemilik motosikal kecil atau berkuasa tinggi, jika mereka melakukan kegiatan sama, mereka boleh dituduh.

    Cuma kekadang wujud double standard keran pemilik motosikal berkuasa tinggi, lazimnya orang berada dan berpengaruh.

    BalasPadam
  12. drpada perkara yg 'SUKA-SUKA' natijahnya 'DERITA'. padan muka!

    BalasPadam
  13. Setuju 110% the "Hazrey" itu antara langkah terbaik. Dan tak semestinya yg berlesen tu bawak bersopan santun.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.