Khamis, Januari 20, 2011

Pau Melayu Gebu

Pasar malam Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor mula beroperasi sejak 22 November 2010.


"Peniaga di pasar malam ini kita utamakan ibu tunggal dan anak yatim. Maknanya kalau dia orang datang, InsyaAllah, kita akan bagi tapak on the spot selagi ada," ujar Timbalan Pengerusi Koperasi Penjaja dan Peniaga Pasar Malam Negeri Selangor Berhad, Rosman Zawawi, 45 tahun.


Tambah beliau, pasar malam terbabit beroperasi pada hari Isnin dan Khamis di antara jam 3 petang dan 10 malam.

"Kita tidak mengenakan sewa kepada peniaga cuma dia orang kena bayar tabung pengurusan sampah setiap kali berniaga RM4," kata beliau.

Peniaga, Zulkifle Zawawi, 49 tahun menyapa saya sewaktu tiba di pasar malam berhampiran rumah ini.


"Nak minum apa? Air kelapa?"

Lazimnya, pau dijual peniaga Melayu tetapi produk dihasilkan usahawan Cina namun pau dijual di pasar malam ini produk Melayu.


"Pau ni semua kita buat sendiri, gebu," ujar Ismail Zakaria.

"Sambutan pengunjung amat luar biasa," kata Zubir Kadir.

Zubir, Pengerusi Koperasi Penjaja dan Peniaga Pasar Malam Negeri Selangor Berhad. Tambah beliau, kemudahan parkir bagi pengunjung disediakan di bawah bangunan Carefour.

Kepada masyarakat menetap di Kota Damansara, rebutlah peluang berniaga disediakan.

14 ulasan:

  1. Wow! Pau. Saya sampai hari ini tetp gemar Pau Inti Kelapa Parut, macam zaman kecik dulu..

    Jika ada yang sanggup buka tapak berniaga kuih, saya sanggup jadi supplier Karipap Frozen!

    BalasPadam
  2. wahh..memang nmpk cantik dan gebu pau tu...
    lma dah tak gi pasar malam.....

    BalasPadam
  3. pau tu..memang putih gebu...
    syarat yang dikenakan sgt longgar..
    tapi jangan pulak lepas ni ada mat indon tumpang meniaga..
    orang kita yang rugi..
    peluang berniaga depan mata..rebut la selagi ada..jangan kata, takde peluang pulak kan??

    BalasPadam
  4. Bersetuju dengan cadangan saudara-rebut peluang-especially golongan muda..ini adalah indicator daya maju diri

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ....

    kita sering tertipu dgn "pau"... diberi nama melayu , tetapi dihasilkan bangsa lain...

    Mazidul perlu cuba pau yg dijual di depan pintu masjid Seberang Jaya .. dibuat sendiri dan dijual sendiri ... sedappp

    BalasPadam
  6. alhamdulillah semakin ramai peniaga kita berani mengorak langkah mengeluarkan produk sendiri. Aku pun tumpang seronok bila semakin ramai anak muda berani membuka bengkel kenderaan..perkhidmatan pun memuaskan.Semoga kita orang islam tolong saudara seagama. Tahniah pau melayu gebu.

    BalasPadam
  7. nanti nak terjah sana...cri pau kelapa....nyummmm...

    BalasPadam
  8. saya suka pau. saya hanya makan pau kacang merah. kalau dtg KD nanti saya nak try la...macam menarik..

    BalasPadam
  9. alamakkkk... lapar pulak perut bila tengok pau-pau yang gebu tu....

    BalasPadam
  10. Setuju dengan Dr. Rodzila Rodi. Tak semua macam tu, tapi ia tetap berlaku. Saya seronok tengok orang kita berniaga dan berjaya. ;-)

    BalasPadam
  11. bagusnyer... sbb utamakan ibu tunggal n anak yatim, takde bayaran cume rm4 je... mmg betul2 nk membantu...
    pau tu baru nmpak betul2 ori, kalu selalu dh rasa lain gebu semacam

    BalasPadam
  12. saya suka pau kacang merah n pau kaya..best2..makan pau kaya bleh jadik kaya..ye ke?hehhe

    BalasPadam
  13. saya suka pau yang mak saya buat.

    tp tang peluang berniaga tu mmg menarik lah!

    BalasPadam
  14. salam abg mazidul,

    rindu dengan kota damansara.. :)

    kat mana diorg bukak pasar malam kat seksyen 11 ni?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.