Rabu, Januari 05, 2011

Kamu Anak Ayah Ok

"Boleh tolong tunjukkan Azard punya birth certificate tak?," pintanya.

Sukar saya menjangka persoalan bergolak di dalam minda anak kecil pada ketika itu berusia 9 tahun.


Ha! Ha! Ha!

Tiba-tiba saya terimbau kisah lampau. Ketika berusia 5 tahun, saya berkulit gelap, gemuk dan pendek, waktu itu tinggal di kampung.

Menurut emak, saya sering dijadikan usikan sebilangan penduduk kampung.

"Anak keling! Anak keling!"

Sehinggakan pada satu ketika emak menitiskan airmata mendengar ejekan sebegitu.

"Awak dulu orang jumpa hanyut di atas rakit diperbuat daripada batang pisang. Menangis dan kemudian dijumpai emak dan abah awak, dia orang pelihara sampai besar"

Antara maklumat pernah terdengar dek telinga saya.

"Betul ke mak?," soal saya.

"Heh! Tak adalah. Awak anak kamilah," balas emak ringkas.

Saya tidak pernah mencatatkan sebelum ini, arwah abah, bekas qari dan imam kampung manakala emak, pernah menganggotai kumpulan nasyid. Mereka bertemu di majlis Maulidul Rasul pada tahun 1966. Ketika itu arwah abah menyertai tilawah Al-Quran, emak bernasyid. Mereka berdua, guru mengajar  anak kampung mengaji Al-Quran sejak saya berusia 7 tahun sehingga tahun lalu selepas abah meninggal dunia.

Satu kenyataan emak tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat  ...

"Awak masa umur 8 bulan dah petah bercakap"

Kenyataan saya percayai kerana diungkapkan emak sendiri.

Berbalik kepada Azard ...


Kini usianya 10 tahun, pelajar darjah 4.

Sewaktu dia ditunjukkan surat beranaknya, Muhamad Azard Faez kelihatan amat berpuas hati dan menarik nafaz lega.

"Awak ingat dalam surat beranak, tercatat awak bukan bin Mazidul Akmal ke?," usik saya.

Dia hanya tersengeh.

"Kamu anak ayah ok (biar pun wajah kita tidak seiras)," ujar saya.

Sekurang-kurangnya anak itu tahu dia darah daging saya dan bukan dijumpai hanyut di sungai dan kemudian saya pelihara.

Pelik budak-budak zaman millenium ini. Kekadang pemikiran mereka sukar diterjemahkan.

19 ulasan:

  1. Syukur kerana saudara di anugerah anak yang cerdik....tak semua anak seusia demikian mengaju soalan sedemikian (mintak birth centificate).Banyak tanya ekk dia....bak kata pepatah....like father like son....ekekeke

    BalasPadam
  2. bagus lah tu bang....
    tulah tandenye darah abg mengalir dlm badan dia...
    pape pun Azard ikut iras2 wajah akak...

    BalasPadam
  3. Dia sungguh kacak! Mungkin dia lebih mengikut wajah ibunya. :)

    BalasPadam
  4. salam Mazidul..hehe..itu menunjukkan yang dia tu anak yg cerdik..doakan agar dia menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan diakhirat..

    BalasPadam
  5. Ehh U know what... saya sendiri pernah merajuk kerana isu ini, sbb ada mak sedara saya usik sakat konon saya anak orang lain. Saya memang tak sama dgn wajah adik beradik lain. Saya faham perasaan itu. hahahaha kelakar.

    Budak sekarang memang advance pemikiran mereka. Kita lak kadang2 cemas dek kebijakan mereka.

    Hmmm jarang dah orang sebut “Darjah 4” sekarang orang sebut “Tahun 4”.
    (Macam saya pun sering tersasul, maklum kita ni orang lama...) :)

    BalasPadam
  6. orang dulu-dulu suka usik macam tu..

    saya pon depa kata jumpa kat semak dekat pondok pandan depan umah...

    hasilnya, saya check surat beranak saya diam-diam..

    hehe

    BalasPadam
  7. budak2 zaman sekarang semakin terbuka mindanya
    tv pun satelite hd la segala macam, internet lagi
    sebab tu soalan2 yang keluar kadang2 tak terjangka

    BalasPadam
  8. saya paham perasaan tu... saya dulu pun org kata anak cina yg mak kutip... sedih tau... sbb saya berkulit cerah... tp bila dah makin besar... muka saya seiras dgn mak...
    hehehe... mak kata sy cerah sbb kenan dgn 'madam' bos tpt mak keje kilang dulu... ;p

    BalasPadam
  9. mengingatkan saya tentang kisah diri sndiri dimana family usik saya ni anak pungut dari vietnam..[usikan smpi skrg brusia 26thn]sbb ketara sangat sepet berbanding adik bradik yg lain..sampai satu masa sya dah fed up sgt nak lari dari rumah cari family sebenar...[rasa jer nak lari..tapi tak mampu lari..masih skolah..takde duit] heheheh

    BalasPadam
  10. Tak sangka rupanya ramai antara pembaca mengalami usikan lebih kurang sama biarpun kita tinggal di lokasi berbeza.

    Wow!

    BalasPadam
  11. pengaruh persekitaran zaman sekarang pun boleh jadi juga.

    anak2 sekarang semakin bijak sampai kadang2 mak ayah pun tak terjangkau. di saat mak ayah fikir anak mereka masih naif dan kejenya cuma pegi sekolah, balik sekolah dan baca buku, anak mereka pula dah jauh lebih advanced. saya pernah kantoikan.

    kisah benar ni.

    BalasPadam
  12. Hendsome nyer Azard nihh... cerdik pulak tuhh

    BalasPadam
  13. saya pun pernah melalui pengalaman yg sama semasa umur 10 thn.

    cuma yg membezakannya, bila sy check binti kat surat beranak diam2, memang tak sama dengan nama ayah yg membela sy, sy mulalah confuse.

    punca dan penyebab sy check diam2 ialah kerana di sekolah cikgu memanggil sy dgn panggilan binti seperti dlm surat beranak sy

    rupanya, betullah sy mmg sekadar anak angkat

    tapi sy tak kisah, tak adalah nak lari rumah ke, nak memberontak ke, merajuk ke, mengamuk ke, sebab ibu dan bapa angkat yg susah payah membela sy, sekolahkan sy, jaga sakit demam sy, sempurna jaga sy wpun mereka sendiri org susah.

    malah sy lebih menghargai diorang drpd keluarga kandung sendiri sbb keluarga kandung tak pernah jaga sy seumur hidup sy

    BalasPadam
  14. Itu issue tak sama rupa....abang saya sebijik cina memang 100% copy paste mak saya....(my mum chinese muslim)..

    Jadi masa kecik2 selalu kene ejek...

    "eeee...eee...anak cina..makan babi...eee..eee"

    Itu pun payah gak...
    Habes bile semua adek beradik mata sepet..kulit cerah..bile saya keluar gelap...dah dikata anak INDIA (kebetulan rumah saya dulu sebelah ladang getah)...

    Ahaha....padahal bapak saya memang pesen gelap...

    Kalau pikir2...kelakar..

    Ada kawan tu...kakak die sendiri jadikan benda2 gini JOKE...

    "Ala..budak i aku kutip je kat sungai masa tu"..

    Sekadar menyakat... Kene yang tak tahan..itu yang mengalami tekanan perasaan...


    Pssttt..tapi bayangkan yang anak2 suci yang dibuang merat2 kini..apalah perasaan mereka kelak? Semoga Allah menjadikan mereka orang yang tabah.....amiinnn

    BalasPadam
  15. Queen, macam-macam cara orang mengusik.

    Wanita Bertudung Hijau, terima kasih kerana sudi berkongsi kisah.

    Nieaz, tambah 2 lagi, nakal dan kekadang mulut kedengaran seperti tidak berinsuran.

    GB, jangan terlalu advanced dari aspek memeningkan kepala orang tua, dah!

    BalasPadam
  16. encik mazidul, walaupun saya belum ada anak tapi saya ingin sarankan supaya kite rapat dgn golongan anak2 ini supaya mereka tiada masa senggang untuk buat benda bukan2. telefon, beg sekolah dan wallet wajar diperiksa. saya lakukan ini terhadap adik2. kalau terkantoi, saya bagi nasihat secara halus tapi tak bagitahu mak ayah sebab mereka pasti akan terkejut. hasilnya, mereka rapat dgn saya. dgn kawan2 mereka pun saya berbaik juga. dan harap2 takdelah keje bukan2 yg mereka buat lagi.

    BalasPadam
  17. emm budak2 sekarang.. anak saya yg darjah 3 tu pon dok tanya.. betul ke anak saya.. sbb dia seorang jer.. takde adik

    BalasPadam
  18. Macamana pulak sekiranya dia mmg bukan berbintikan si ayah( bermaksudnya anak angkat.. Apa perlu kita lakukan sekiranya dia mengambil tindakan seperti Azard? Kadang2 dalam situasi sebegitu kita yang panik. Agak2 kalau dia seusia Azard mampukah dia memahami status dia sbg anak angkat? Bersediakah kita nak menerangkan semuanya dr A-Z?

    BalasPadam
  19. sy pun pernah cmtu..sbb dlm 4org adk beradik..sy sorg jer kulit gelap..yg lain semua cerah...mak n pak sdara slalu gtau parents sy jumpa sy dlm tong smpah...mmg sedih tull klu igt dulu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.