Ya! Saya mencabar semua pembaca blog ini.
Kita semua mampu mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya mendedahkan kejadian buruk di hadapan mata, bak kata pepatah Inggeris, right under your nose!
Sebilangan kita sekadar berani dan gah bercakap di belakang tanpa mengambil tindakan mampu kita laksanakan.
Kita kata ramai warga asing tanpa dokumen sah, apa buktinya? Kita kata banyak lokasi memasarkan cakera optik cetak rompak, mana gambarnya? Kita kata ramai orang Melayu membeli nombor ekor secara terbuka, apa tindakan kita? Kita kata kegiatan pelacuran berlaku secara terbuka, pernahkah kita merakamkan visualnya?
Tidak?
Hakikatnya, gambar dan rakaman video asli, mampu menggerakkan pelbagai pihak berkuasa untuk bertindak. Lihat sahaja akbar, sebaik dipaparkan kegiatan tidak sah, pihak berkuasa berkaitan akan mengambil tindakan. Begitu juga televisyen, setelah kegiatan haram dipaparkan, tindakan pembanterasan dilaksanakan pihak berkuasa.
Saya percaya visual dirakamkan bloggers dan penerangan ditulis juga memiliki kuasa sama.
Link bloggers cuba mengubah keadaan dan menyahut cabaran saya di tampalan ini dengan bangganya akan saya senaraikan di bawah.
Senarai bloggers bertindak mengubah keadaan:
[ Setakat ini masih kosong ]
Ingat, niat tanpa perlaksanaan, sia-sia, biarpun kita memiliki kamera mahal dan pemikiran cemerlang.
salam bang mazidul jom tengok siapa yg dapat anugerah king of blogger 2010
BalasPadamSyabas. Semoga usaha kita (walau mungkin kecil di mata orang), akan memberikan kesan yang besar pula kepada masyarakat.
BalasPadamInilah dia tanggungjawab sosial.
sy akan jd salah seorg blogger yg menyahut cabaran en.mazidul...insyaallah! saya akan panjangkan cabaran en. mazidul ni ke blog sy...biar ramai yg tau ttg cabaran ini & tangjawab diorg! kan!
BalasPadam~tice su @ cikgu su~
Saya mengucapkan tahniah kepada Encik Mazidul dan semua pihak yang telah turut sama memberi sumbangan dalam mendedahkan pelbagai aktiviti yang tidak moral berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
BalasPadamSebagai seorang blogger , Insya Allah saya akan menyahut seruan Encik Mazidul sekiranya berkesempatan berbuat sedemikian.
P/s: Sambil tu saya ingin menjemput Encik Mazidul dan rakan2 blogger untuk menyertai giveaway pertama blog sembang hari2. Hadiah yg agak lumayan menanti pemenang bertuah..
Saya tak ingin menjadi manusia golongan holer-than-thou seperti empunya blog. Perubahan lebih efektif dengan pendidikan, bukan dengan hukuman.
BalasPadamAfiq Deen, saya pun tidak memaksa. Different people, diffrent styles. Kalau setakat memberikan komen klise, untuk mendidik tanpa bukti, well, I wonder ...
BalasPadamCubalah didik pengusaha restoran degil.
Jadi atau tidak.
Easier said than done.
Su, Nuargto, thanks!
BalasPadamSalam Mazidul....
BalasPadamTo Afiq Deen ...this is unfair . when the one's who has done wrong things has not got the related punishments and then the excellent ones will be encouraged to do the negative actions.
In education too, if we do not criticize the misbehavior of some student, other students will feel that it is unfair and then they will also do the same negative actions. Secondly, if the negative actions could not get punishments, the educated ones could not tell what actions is right and what is wrong and then the negative ones will be repeated again and again unintentionally. It is rather bad that this kind of situations could be continued.
So, while the positive actions should be praised, the negative ones must be criticized and corrected.
Thank you
sudah lama bertindak
BalasPadam