Jumaat, Januari 28, 2011

Hanya Orang Kaya Makan Maggi

"Bulan ini aku makan Maggi sahaja lah nampaknya, banyak duit habis sebab membeli barang untuk projek final year, " ujar pelajar kolej.

"Tengah tengah bulan macam ini, Maggi menjadi makanan ruji aku," keluh pekerja kilang.

Kedua kenyataan di atas menunjukkan Maggi, bahan makanan murah sekaligus dijadikan juadah utama di waktu poket kering.

Teringat sewaktu belajar di institusi pengajian tinggi pada penghujung tahun 80 an, tiada mangkuk, tiada sudu. dan garpu. Koyakkan bahagian atas peket Maggi secara berhati-hati, curahkan air panas,  tunggu 2 minit dan dimakan. Waktu itu Maggi di dalam mangkuk atau cawan belum berada di pasaran.

Kini, Maggi turut dijadikan antara menu di kedai mamak.

"Maggi goreng?," soal mamak.

"Taruk telur goreng mata," pinta pelanggan.

Sebungkus Maggi mengandungi 5 peket di Malaysia berharga kira-kira RM3. Maksudnya setiap satu berharga hanya 60 sen.

Semua orang boleh makan.

Itu di Malaysia, negara tumpah darah kita. Di Cambodia atau Kemboja, berlainan kisahnya.

Sebungkus Maggi mengandungi 5 peket berharga US10 atau lebih kurang RM30. Maksudnya, setiap satu berharga RM6.

Jadi, di sana, hanya orang kaya sahaja makan Maggi.

30 ulasan:

  1. Kira orang Malaysia ni sumer kaya-kayalah... ^_^

    BalasPadam
  2. Menarik fakta tersebut ya. Adakah watawang lebih tinggi, atau peruntukan makanan yang terhad?

    BalasPadam
  3. Syahmi, ya, majoriti rakyat Malaysia kaya berbanding penduduk Cambodia.

    Hotel di Siam Reap terpaksa memadamkan lampu di pekarangan lobi kerana harga elektrik terlalu mahal.

    BalasPadam
  4. sardin pun makanan org kaya. setin kecik rm3 lebih tuuu...

    BalasPadam
  5. sy org kaya rupenya slama nih..hahaha!


    ~tice su @ cikgu su~

    BalasPadam
  6. maggi..sama lah keadaan nye ngan petrol, beras, gula....
    di cambodia maggi adalah brg import sbb tu mahal
    tapi kita di msia pengexport brg2 ni kenapa still mahal?

    BalasPadam
  7. perghhh tak sangka punya mahal harga di luar negara

    BalasPadam
  8. Ikan bilis juga makanan orang kaya. Harga sekilo ikan bilis adalah lebih mahal dari sekilo ayam! (Tapi tiada orang bising pun, kan? Mungkin sebab ikan bilis bukan satu pilihan yang popular)..

    BalasPadam
  9. Ramai juga orang sekarang yang tak mandang maggi ni kecuali betul2 teringin.

    Terbalik lak, di negara kita, makan maggi adalah penjimatan kerana time tak berapa ada duit.... heheheh

    BalasPadam
  10. rakyat Malaysia memang kaya raya tapi orang kaya Malaysia makan ke maggi ni

    BalasPadam
  11. orang malaysia cukup bertuah.....
    baru mas tahu kat sana orang kaya jer yang makan maggi....

    BalasPadam
  12. Salam Mazidul,
    Maaf kalau off topic entri kali ni.
    Sekadar nak bagi TIPS berkenaan Innity di blog saudara.
    Perasan tidak kenapa banner innity di blog ini jika tiada iklan keluar dia akan keluar 'HEADER BLOG MAZIDUL'?
    Ya, kelihatan agak 'tidak cantik' sedikit?
    Ini kerana Mazidul meletakkan link 'http://www.mazidulakmal.com/' dalam ruangan 'Alternate Ad'.
    Sepatutnya biarkan saja kosong tanpa apa2 'link', dan jika tiada sebarang iklan keluar, maka di ruangan banner innity tersebut akan keluar 'standard add Innity'.
    Untuk ubah 'ALternate Ad' tu Mazidul kena log-in --> Manage Ad.
    Sekian, semoga dapat membantu blog saudara lebih 'sempurna'.

    BalasPadam
  13. sekarang ni semua makanan adalah makanan oang kaya kaya..
    ubi kayu pun makanan orang kaya...

    BalasPadam
  14. Bukan boleh selalu pun makan meggi nih, mau botak kepala...

    BalasPadam
  15. ingat pula time d kolej...msk mee goreng, telur goreng dlm rice cooker..

    BalasPadam
  16. Nieaz, tapi kalau kepala memang sediakala botak, tak apa makan Maggi kut?

    BalasPadam
  17. Author, terima kasih di atas TIPS diberikan.

    BalasPadam
  18. Bro Dol, Benar. saya akui Mee Segera berjenama Maggi dan Indomie serta lain lain yang di import dari Malaysia rata-rata di supermarket di kampung saya berharga USD8 ke USD10. Belum lagi Ramlee Burger dan pisang. SO, must be thankful for what we have here.

    BalasPadam
  19. kalau makan megi mesti tumbuh uban atas kepala saya barang seurat dua.

    tapi kalu teringin sangat, saya makan je...

    uban tu boleh cabut kemudian. hihi~

    BalasPadam
  20. Kita dulu-dulupun masa di FIU banyak makan mee segera ni, tapi brand lain lah kalau tak silap brand Rumen ke apa!.Ingat tak Mazidul, sekali terbeli yang ada Lard, terus bagi kat member budak Thailand. Tapi sekarang ni anak-anak tak bagi dia orang makan mee Maggi dan seangkatan denganya sangat tak berapa baguih banyak MSG?

    BalasPadam
  21. kita semua dah jadi orang kaya.. kalau tak kaya... tentu tak makan maggi

    BalasPadam
  22. Alamak! Apabila Prof. Mohiddin membongkar kisah lama, payah.

    Ya, pelbagai makanan di US mengandungi lard (lemak babi).

    BalasPadam
  23. salam..

    mungkin sebab nilai matawang yang rendah dan kadar inflasi yang tinggi di sana yang menyebabkan harga maggi mahal..

    BalasPadam
  24. oh..mahalnya..!
    padanlah bila ada kat sini...diorg asik borong maggi jek..

    jauh lebih murah sini dari sana..

    BalasPadam
  25. Oh, faham2...mcm sama tak dengan kes buah durian yg mahal kat luar negara?

    BalasPadam
  26. huhuhuhuhuhu..
    dlu time dok asrama..
    beriye2 bwk masuk maggi ke asrama....
    sggup mkn maggie dlm gelap supaye2 mber2 lain xtau..xpcly yg baik dgn warden..
    kahkahakahakahakhakahak.....

    BalasPadam
  27. maggi dah mahal.. RM1 sebungkus.. Mee Segera ADABI lg best.. produk MUSLIM.. HALAL dan Fardhu KIFAYAH

    BalasPadam
  28. Budget... makan nasi panas berlauk maggi...bila fulus yillek

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.