Isnin, Januari 31, 2011

Sambal

Jam 7.15 pagi hari ini, saya bangun tidur diiringi semangat. 3 malam berlalu, tugasan di Pulau Pinang hampir selesai.

Teringat antara peristiwa menarik berlaku semalam sewaktu saya merayau-rayau di Georgetown, mencari kedai untuk bersarapan pagi.

Sewaktu melintasi kawasan berhampiran Lebuh Muntri, saya disapa pengayuh beca berbangsa Melayu, saya anggarkan berusia awal 30 an.


"Tak kan tak kenai kut?"

Saya menoleh dan melihat wajahnya. Confirmed, saya tidak mengenalinya. Ketika itu saya telah melintasi lokasi beca diparkir.

"Mai nak salam sikit," ujarnya.

Sambil dia duduk selesa, menghisap rokok.

"Bangunlah," pinta saya.

Spontan dia berang.

"Kalau macam itu, tak payah salam lah," katanya.

"Awak orang muda, banyak tenaga, cuba bangun bila nak bersalam dengan orang lebih tberusia. Tunjuk sikit rasa hormat, tak boleh ke?," soal saya.

Wajahnya berubah, dia kelihatan bertambah marah.

Bukan apa, sewaktu kecil saya diajar, jika ingin bersalaman dengan individu lebih tua, kita seharusnya berdiri dan menghulurkan tangan. Tanda kita menghargai, bukan menyuruh individu itu datang mendekati kita  sedang duduk bersenang-lenang.


Pagi ini agak berbeza. 

Sewaktu krew saya masih lena diulik mimpi, dari tingkat 6, saya turun ke tingkat satu Bay View Hotel, Georgetown untuk bersarapan pagi. Sewaktu berdiri di dalam lift, di minda, timbul selera untuk menjamah nasi lemak.  

Terbayang di mata, nasi lemak panas berasap, hirisan timun segar, ikan bilis digoreng rangup serta sambal enak. Setibanya di restoran hotel, pantas mata liar mencari lokasi nasi lemak disajikan.

Bak kata pepatah Melayu, kalau sudah rezeki, tidak kemana. Perlahan saya menyenduk nasi lemak panas ke pinggan berserta timun segar dan ikan bilis rangup, kelihatan menyelerakan sebagai pembuka selera pagi setelah bekerja hingga jam 2 pagi tadi.

Namun sewaktu sambal disenduk, hati tiba-tiba berkata.

Lazimnya jika in terms of presentation, sambal kelihatan kurang menarik, rasanya juga seiringan, tidak begitu sedap. Bagaimana pun, saya masih mengekalkan fikiran positif, senario itu tidak lebih daripada satu tanggapan.

Saya enggan membuat kesimpulan awal. 

Sebelum ini, majoriti kita barangkali pernah merasa pelbagai  jenis sambal nasi lemak dihidangkan peniaga di lokasi berbeza. Ada sambal dimasak cair sekaligus tidak kelihatan menarik tetapi keenakannya amat terasa. Tidak dapat disangkal, ada juga sambal nasi lemak berwarna merah menyerlah dan pekat namun sebaik dirasa, kita spontan kehilangan selera. Senario terbabit boleh dijangka berlaku andai kita menjamu selera secara rawak di gerai tepi jalan atau kedai makan kayu di bawah pohon rendang tetapi bukan di hotel bertaraf 4 bintang.

Malah pada masa sama, kita semua pastinya pernah mengecapi pengalaman  sukar dilupakan sewaktu makan nasi lemak bersambal enak. Maksudnya, sambal pedas tidak berapa pedas, tawar pun tidak. Bak kata lirik lagu nyanyian Iwan, 'Yang sedang sedang saja'. Tidak kisah lah samada ketika itu kita  menjamah juadah nasi lemak di gerai Kak Nab, Mak Mah atau di gerai kayu Haji Salleh.

Perlu juga diambil kira, Kak Nab, Mak Mah dan Haji Salleh bukan chef ternama lulusan universiti tempatan atau luar negara. Mereka cuma tukang masak dan peniaga golongan marhaen mengakuri fakta, keenakan nasi lemak sebahagian besar bergantung kepada rasa sambalnya.

Lihat sendiri, nasi lemak dihidangkan di hotel kami huni selama 4 hari sejak 28 Januari lalu.


"Rating rasa?," soal saya.

"2.5 out of 10. Nasi lemak dijual dek peniaga perempuan di kedai Dol Tom Yam depan rumah Lyn di Taman Delima, Kajang lebih sedap, harga RM2 sahaja," ujar Hazlin Hussain duduk makan bersama krew 999.

Wow! Macam juri American Top Chef rasanya.

Apa pun, kepada semua pengusaha hotel, teguran sebegini biar pun mungkin dianggap kurang penting, harus diambil kira terutama apabila sarapan pagi dihidangkan berharga RM28++.


24 ulasan:

  1. Nasi kat hotel tak sedap dilidah, sedap mata., bg saya hotel sdap puding kek dll. Ayam busyuk daging tawar kedukut santan. Nasi lemak aroma nasi wangi sikit.,tapi bab free kira sedapla juga..

    BalasPadam
  2. btol2, bia xcntik, asal sdp..pdas ag best..hehe..bang mazidul terbaik, suke tgok 999..hehe

    BalasPadam
  3. kalau nasi lemak lagi sedap nasi lemak kukus jln raja abdullah (iklan free...heheheh...) atau nasi lemak daun pisang mak saya masak, roti canai baik pegi mamak, lauk kampung dan sambal belacan baik pegi gerai makan biasa dari hotel...

    rasanya chef2 kat hotel semua bagus-bagus tapi kalau setakat nasi lemak macam dalam gambar tu boleh simpan utk seminggu punya sarapan.

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah makan nasi lemak hotel,nampak rupa saja dah tau, tak sedap,nasi lemak kering,sambal jauh dari rasa....
    -Rindu nasi lemak arwah mak....-

    BalasPadam
  5. setuju ngan mazidul...kena rasa dulu baru boleh menilai sedapp atau tidak makanan tu...
    tak semestinya makanan tempat berkelas tinggi sedapp....

    BalasPadam
  6. setuju ngan mazidul...kena rasa dulu baru boleh menilai sedapp atau tidak makanan tu...
    tak semestinya makanan tempat berkelas tinggi sedapp....

    BalasPadam
  7. Salam,
    Saya juga tak suka sangat beberapa jenis makanan di hotel yang berciri tempatan. lagi sedap makan kat tepi jalan yang bersebelahan longkang (ada aroma longkang gitu), lebih terserlah kesedapannya. namun bila saya cakap begitu, ada orang kata "kalau jarang-jarang je dok makan kat hotel, tak payah berlagak" hu hu hu sadis betul!

    Kalau makanan barat, kek, puding, salad dan segala tu...memang boleh tahan untuk disebat ;)

    BalasPadam
  8. setuju!...nasi lemak makcik bawah pokok tu lebih sedap dari yang hotel punye..umpph kata oarg.. =)

    BalasPadam
  9. Berkali2 duduk di hotel, rasanya susah nak cari nasi lemak yang betul2 sedap disediakan.... :(

    Mungkin yang di bawah pokok lebih sedap bak kata Hazlin.

    BalasPadam
  10. klu nasi lemak cam gitu...baik e mkn roti kering je....

    BalasPadam
  11. sukar nak mencari nasi lemak bersambal sedap di restoran2.
    lagi2 kalau tempat yg dikunjungi tempat baru.

    BalasPadam
  12. pandang gambar pun dah tak selera, rasanya best lagi nasi lemak daun pisang...

    selain mahal tu sebab bila menginap di hotel lebih suka cari kedai makan biasa ataupun gerai saja... puas makan kena dengan selera

    BalasPadam
  13. tengok gambar pun dah tak berselera, apatah lagi yg menghadapnya

    BalasPadam
  14. Amboi...mamat tu angin tu...angin senggugot...hehehe...ada satu nasik lemak kat hutton lane( mamak)...memang best, tak la jauh sangat dari Sea Bay View...

    BalasPadam
  15. sungguh tidak beradab pengayuh beca tersebut

    BalasPadam
  16. ha, tengok? macam ni punye rupa kalau tak komplen agak-agak patut ke tak patut?

    kalau kepuasan pelanggan tak diutamakan jangan sampai nak bersaman-saman kalau pelanggan komplen kat blog.

    tapi ayat encik mazidul jauh lebih manis la berbanding ayat blogger yang disaman tu.

    BalasPadam
  17. Saya pernah menghadiri satu seminar di hotel saudara tinggal. Saya juga pernah merasa nasi lemak yang serupa tak sedapnya di hotel 5* lain.

    Nasi lemak tepi jalan juga yang sedap.

    BalasPadam
  18. Mahal gila. Mesti yang masak tu terer sebab hotel nak bayar gaji dia mahal.

    BalasPadam
  19. nasik lemak cik eva dlm cerita cuti2 cinta lagi sedap he

    BalasPadam
  20. Abg BECA tu nampak Mazidul lebih muda dari dia.. BETUL !! Bukan nak ampu, memang Mazidul kelihatan lebih muda dari saya.. Pasal tu saya rasa janggal nak panggila 'Abg Mazidul' walaupun anda lebih dua tahun senior umurnya dari saya. :)
    Apa rahsia anda?

    Nasi lemak... Hotel... memang tak pernah matching.
    Pasal tak pernah jumpa lagi yang sedap kat hotel2 yg saya pernah inap. (eh? pernah ke abg duk hotel? jap nak refresh memori..)

    BalasPadam
  21. Salam... Tahniah kerana blog saudara telah tersenarai ditangga ke 18 diTop Ranking Online.

    BalasPadam
  22. Pada saya, tiada nasik lemak lebih sedap selain dari yang saya masak sendirik..

    heheheheh

    BalasPadam
  23. ini sebahagian dari 'line tak clear'. di mana, orang berniaga sekadar untuk ambil untung. pedulikan tentang rasa, kebersihan, atau servis. yang penting, duit masuk.

    satu lagi yang 'line tak clear' sikap kurang ajar orang penang. memang ketara.

    harap, bukan salah ibu mengandung.

    (mungkin ada yang terasa, tapi ini hakikat.) pasal parking, boleh bertelagah sampai nak berparang-parang, pasal jammed, boleh sampai bawak geng nak berperang, 'overtake' line kat dalam tesco (pasal nak beli ayam waktu pagi untuk berniaga) sampai sanggup tendang troli orang. kemudian bahasa jangan cakaplah, benda dalam kain, dalam baju semua keluar...

    errmm..lagi sekali, harap bukan salah ibu mengandung la...

    kepada encik (abang) zul- kalau dah lama kat penang, setiap hari boleh nampak dengan mata kepala sendiri, apa yang 'line tak clearnya'.. :)

    BalasPadam
  24. saya sokong kak azie..haha nasi lemak buatan sendiri yang terbaik...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.