Khamis, Januari 13, 2011

Jika Ditahan 'Polis' Di Kawasan Sunyi Dan Gelap, Apa Perlu Dilakukan?

Berikutan tampalan berikut saya ingin berkongsi beberapa maklumat penting bersama pembaca.

Benar, majoriti kita pernah ditahan polis terutama ketika mereka melakukan pelbagai operasi di jalan raya.  

Jika memandu kereta pada waktu malam, sebelum tiba di sekatan, usah panik, nyalakan lampu di dalam kenderaan, memudahkan mereka melihat wajah kita.

Lazimnya, jika pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, sila pakai dengan tenang.

Sewaktu bahagian dalam kenderaan disuluh, jika pembaca dan polis bertugas beragama Islam, berikan salam dan senyum atau gunakan greeting bersesuaian. Mereka selalunya akan menyuluh menggunakan lampu suluh di bahagian kiri bawah cermin hadapan untuk melihat tarikh tempoh cukai jalan.

Jika gerak geri pemandu tidak mencurigakan dan cukai jalan sah digunakan, kenderaan akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

No problem, right? Kita tahu mereka polis sah dan mempunyai pegawai bertugas di lokasi sama.

Malangnya sebelum ini berlaku kes individu atau kumpulan menyamar anggota dan pegawai polis. Sebilangan mereka memberhentikan kenderaan orang awam dan menyamun barang berharga. 

Jadi ...

Jika kenderaan anda diberhentikan dek individu berseragam polis di lorong atau kawasan sunyi, apakah harus anda lakukan?

Pertama, jangan keluar dari kenderaan.

Polis tidak akan menjalankan sekatan jalanraya secara bersendirian. Perhatikan perawakannya terutama nombor badan di bajunya. Jika nombor terbabit bermula dengan 'SP', berkebarangkalian dia Police Volunteer Reserve, PVR atau sukarelawan polis.

Biar pun begitu, usah terlalu yakin berhubung identiti sebenar petugas terbabit, jangan buka tingkap sepenuhnya. Berkomunikasilah melalui ruang kecil bukaan tingkap dan jika memandu kenderaan automatik pastikan gear berada di posisi 'D' atau drive. Jika dia menggunakan motosikal, cuba lihat dan ingat nombor pendaftaran dan jenis kenderaan terbabit.

Pada masa sama, polis melakukan rondaan selalunya dibekalkan dengan walkie-talkie sebagai alat perhubungan.

"Selamat malam encik/cik/puan. Tolong keluarkan lesen memandu atau kad pengenalan"

Jika dia meminta begitu, katakan kepadanya ...

"Selamat malam, tolong keluarkan kad kuasa polis encik"

Meminta secara hormat untuk melihat kad kuasa polis, hak kita sebagai orang awam.

Ya! Ya! Majoriti kita tidak pernah melihat kad kuasa polis justeru bagaimanakah kita tahu samada kad terbabit asli atau tidak jika ditunjukkan?

Berserabut fikiran, kan?

Jadi kaedah paling mudah untuk menangani senario itu, begini ...

Jika ditahan polis bermotosikal di kawasan sunyi dan gelap, beri tahu dia ...

"Encik, jom ke balai polis berhampiran. Di sana saya akan serahkan dokumen pengenalan diri saya, silakan jalan dulu, saya ikut dari belakang atau encik boleh ikut kenderaan saya"

Andai dia berkeras, dail 999 dan anda akan disambungkan kepada pihak berkuasa. Jika dia bertindak ganas, sila tekan pedal minyak dan pandu ke arah balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Bukan apa, sekarang ini sukar untuk membezakan di antara polis sebenar berbanding mereka menyamar di dalam keadaan begitu.

Itu pandangan peribadi saya.

26 ulasan:

  1. thanks this info...mmg amat berguna,

    jenayah berlaku dimana2..
    -sentiasa berhati2..jgn panik anadai kita tak salah..
    -kena juga pikir kebarangkalian yg lain....

    BalasPadam
  2. terima kasih atas saranan tapi kekadang lupa bila sudah menggelabah tambahan bila memandu seorang diri

    BalasPadam
  3. Risau betul dgn keadaan sekarang ni. Macam2 cara orang lakukan untuk menipu..

    Bagaimana pulak kalau si penyamar tu ada senjata api...?

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk perkongsian ini. Memang terlalu banyak penyamaran sehingga sukar untuk kita membezakan mana yang betul maan yang palsu...

    BalasPadam
  5. Entri ini sangat bermanfaat dan dapat digunakan serba sedikit sebagai panduan.

    *Saya bertahun-tahun lamanya tidak pernah percaya polis, benci polis, meluat polis (ada la sebabnya)

    baru 3,4 tahun kebelakangan ini baru ada sedikit yakin kepada polis.

    janganlah dibuat hal yang mengarut, kelak rugi bangsa dan negara..

    BalasPadam
  6. setuju dengan pandangan abang..skrg ni memang kene berhati2..macam2 hal yang dah berlaku di luar membabitkan polis yang palsu. memang kebanyakan dari kita tiada sebarang bentuk pendedahan tentang meminta kad kuasa polis. Dalam kepala masing2 dah diset, kalo polis mintak ic or lesen kene jugak bagi...hope benda2 mcm ni dihebahkan kepada seluruh masyarakat di Malaysia

    BalasPadam
  7. tips yg sangat membantu....terutama pada wanita....terima kasih

    BalasPadam
  8. Salam..info yang berguna sangat. sebelum ni tak pernah terfikir langsung tentang ni, sebab mungkin tak kena dengan polis yg menyamar ni...Terima kasih Bro..!!

    BalasPadam
  9. Rpnye ade jgk org yg mnyamar jadi polis. takotnye..

    BalasPadam
  10. Selalunya orang awam segan / takut meminta kad kuasa polis yang menahan mereka disekatan jalanraya (walaupun itu adalah hak bagi orang2 awam ) kerana apa kata jika itu polis yang tulen, mereka mungkin diperli atau dianggap banyak 'songeh' dan pihak polis itu tadi mungkin akan lebih bersikap 'provoke' kepada orang awam itu balik, terutama yang kelihatan lebih naif.
    Bagi orang2 awam yang berlagak hebat tentu akan bersikap agresif dan kurang ajar, cuba akan melawan pihak polis pula - ini mungkin akan berlaku pertelagahan pula.

    BalasPadam
  11. Baca komen dari NOTAFIKIR; saya teringat kes ini

    Seorang pemandu teksi, bila saya tanya, “Guna meter tak?” Sebab dia tak gaya nak tekan meter, wpun saya dah duduk.

    Terus dia tekan dan jawab dgn keras “Mestilah guna meter. Kita betul punya orang, takkan nak tipu plak!” Kesal barangkali.

    ADAKAH kemungkinan, POLIS pun akan jawab begitu bila kita minta kad kuasa mereka? Adehhh tersentap banggg

    BalasPadam
  12. kena ingat betul2 ni...
    nampak polis siang2 hari pun dah tak ketahuan....sedangkan tak buat apa2 salah pun.

    BalasPadam
  13. Bimbang jgk nk tekan minyak, mana lah tahu individu terbabit mmg polis betul seterusnya mengejar dn ditembak pula..krn menyangka kita ni sbg penjenayah ..

    BalasPadam
  14. bnyk polis sekarang ni ego...bkn semua tetapi ade sebilangan...klu kite perempuan ni lg la suke die nk kenekan....mesti sgt menakutkan klu kejadian ni jd pd saya..sy harap sampai bile2 sy xkn jumpe sekatan jln raye dlm gelap atau tempat sunyi...
    scaryyyyyyy!!!

    BalasPadam
  15. hmm...risau gak, nk tekan minyak & lari ke balai terdekat, risau sebelum sampai ke balai, kita kena tembak...serius ni, bukan main2.

    BalasPadam
  16. Punyalah berguna tips ni... memang bagus dijadikan panduan. Terima kasihlah Encik Mazidul. Harap2 tak panik kalau tiba2 berlaku situasi begitu

    BalasPadam
  17. sokong pendekatan terkini menempatkan anggota Polis seragam di tempat awam, samada mengedar penerangan sambil memantau..sekurang2nya orang awam boleh berlari mengadu ke arah mereka..bila kecemasan..tanda berpakaian seragam serta payung..tahniah mesra awam..dan alam..tahniah..pakar2 pemikir dan pelaksanaan ke arah positif..

    BalasPadam
  18. good info.
    1)Sy penah ditegur oleh seorang polis 'u cina,buka org mengaji Quran ke?'
    sy jwb : Melayu.


    2) Sy penah minta seorang inspektor kad kuasa bila dia nak check nama daftar di hotel tempat kerja sy.


    Walaubagaimana pun tetap juga gabrah bila nampak polis buat sekatan..dalam senyum pun masih takut lagi..
    walaupun sy isteri anggota PDRM. :)

    BalasPadam
  19. terima kasih abg dul atas info yang diberi..sangat-sangat berguna.. sebab kadang-kadang pemikiran tak terjangkau sampai macam tu..lebih2 lagi kalau hadapi situasi sebenar..

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas saranan ini.

    Cuma pernah kena tahan dengan Polis dekat sekatan jalanraya di Persiaran Surian Kota Damansara.

    Lampu dalam kereta dah nyalakan, beri salam, cukai jalan semua okay. Bila polis suruh jalan, saya tanya "ada masalah ke encik?". Terus dari seorang yang dekat kereta datang 4 orang Polis lagi macam kita ada buat salah.

    Salah seorang terus cakap dengan kasar "apa awak cakap tadi?" Saya pun jawab "Saya tanya ada masalah ke? Saya duduk kat sini, kalau ada masalah saya pun nak tahu"

    Soalannya salah kah kita bertanya kepada Polis.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.