Isnin, Januari 03, 2011

Karam Singh Bukan Begitu

Akhbar Kosmo! memaparkan berita berikut.

Awal pagi semalam, pembaca blog ini menetap di Shah Alam, Selangor mengirimkan pesanan ringkas memaklumkan saya berhubung kejadian bersabit wartawan bilik berita TV3, Karim Singh Walia.

Setelah diteliti, banyak blog dan laman web memaparkan video berhubung kejadian sama.

Ramai mendakwa Karam berada di bawah pengaruh alkohol ketika membuat kenyataan didakwa menghina orang Melayu. Saya tiada di situ dan tidak mampu untuk mengesahkan kejadian.

Bagaimana pun video terbabit jelas merakamkan kenyataan permohonan Karam kepada semua orang Melayu di Malaysia ini.

Saya mengenali Karam sejak 15 tahun lalu dan tidak pernah sekalipun dia menuturkan kenyataan mampu mengguriskan perasaan saya sebagai orang Melayu. Bekas guru disiplin itu sentiasa bertertib dan menghormati rakan setugas. Itu pandangan peribadi saya, bukan untuk membela tindakan wartawan berkredibiliti itu.

Saya berharap masyarakat tidak memandang serong terhadapnya.

Jika dia dikatakan bersalah, on my behalf, tolong maafkan dia.

Untuk rekod, Namewee, artis kelahiran Muar, Johor berulang kali mengguris perasaan orang Melayu sehingga kini tidak pernah memohon maaf langsung atas tindakan kurang ajarnya.

At least, Karim Singh did!

Namun terserah kepada pembaca untuk menilai tindakan itu.

44 ulasan:

  1. jika perkara berlaku dibwh pengaruh alkohol seperti yg dikhabarkan, sy rs perkara ni xperlu diperbesarkan coz dlm keadaan itu, beliau dlm keadaan tidak sedar.. mungkin juga ade provokasi yg berlaku yg menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu..(mungkin)

    hormati langkah beliau memohon maaf..
    sebagai salah sorg rakyat malaysia berbangsa melayu, saya terima permohonan maaf tu..
    :)

    harap sgt isu ni tidak lagi diperbesarkan..

    BalasPadam
  2. betul tu...
    at least, he admitted his mistake...
    then, dia minta maaf...

    BalasPadam
  3. Karam Singh dah minta maaf.

    Message/pengajaran yg disampaikan/dipelajari amat jelas. Ramai yg sudah memaafkan beliau (including me).

    Terpulang pada pihak media ~ bercetak/tv/radio (rakan2 beliau) sama ada utk memanjangkan/menghangatkan/mengfrontpagekan/mencari sensasi drpd issue ini ataupun tidak.

    Kes yg sorang lagi tu, dah sampai tahap menteri. Tak leh nak ckp apa aa..

    Rasanya Karam Singh lebih banyak berjasa ~ sponsor/grant utk buat doku alam sekitar pun lebih banyak pekdah bagi menggantikan citer2 Indon. Bagi peluang local talents (kewartawanan (bukan hiburan)) mengasah bakat/skills/exp. dari sudut educational/knowledge dgn bimbingan mentor2 berpengalaman yg dah sedia ada. Networking, pr & procedure dgn berbagai pihak amat critical dlm bidang ini.

    Doku mengenai sejarah Malaysia, penempatan, perjuangan/perperangan ala2 BBC, Discovery Ch, NGC pasti akan menarik minat generasi sedia ada/akan dtg (facts + figures + graphics/simulations). Disamping menarik minat game developers/movie makers luar & dalam negara. Hehe.. sorry.. jauhnya lari topik..

    BalasPadam
  4. sokong juga kita tidak perbesarkan isu itu, kalau dah dalam pengaruh alkohol, macam2 boleh terjadi

    kita sama2 terima permohonan maafnya

    BalasPadam
  5. Begitulah lumrah kita ni. Sekali seorang itu buat salah, hilang segala kebaikannya yang bergunung sebelum ini.

    apapun jangan diperbesar, kelak menjadi isu penghinaan dan dendam pula. Tidak hanya bukan Karam begitu,

    tetapi semua rakyat Malaysia bukan begitu...!

    BalasPadam
  6. yang saya tengok, orang melayu pulak lebih2 macam nak cari gaduh.

    setuju dengan pernyataan namawee tu

    BalasPadam
  7. setiap manuasia melakukan kesalahan, terpulang pada kita nak lihat dari sudut mana, nak memaafkan pun dari sudut mana...

    BalasPadam
  8. buat malu jer.. yang melayu jer lebih bila orang hina nabi takder pulak nak mengamuk macam tu

    BalasPadam
  9. Sdr mazidul tlg le minta Sdr Karam singh buat liputan lagi pasal C.highland..sakit hatilah orang buang sampah sesuka hati..

    BalasPadam
  10. Saya pun dah tonton video klip tu, saya dah maafkan dia sebaik sahaja dia memohon maaf dalam klip tu. Lagipun, takkan kerana kesilapannya yang sikit kita melupakan jasa baik dan baktinya selama berbelas2 tahun ni? Come on la... asalkan media tidak menambahkan provokasi, saya yakin ramai yg boleh memaafkan KSW.

    BalasPadam
  11. kalau yang mabuk tu melayu ... mungkin perkataan lebih dasyat lagi dikeluarkan.

    BalasPadam
  12. buat salah, dan minta maaf, itu lagi terpuji dari buat salah, minta maaf, tapi ulang balik kesalahan yang sama...

    BalasPadam
  13. betol atau tidak beliau sudah minta maaf.
    permohonan maaf yang ikhlas boleh menyejukkan hati sesiapa sahaja.

    BalasPadam
  14. maaf yg lahir dari hati akan diterima dgn hati terbuka. tapi mamat sorang tu mmg kebal ek? harap dia tak timbulkan kontroversi lagi.

    BalasPadam
  15. orang yang mengaku salah dan meminta maaf secara terbuka adalah orang yang mempunyai satu sifat terpuji.

    Umum sedia maklum kalau dah dibawah pengaruh alkohol banyak 'benda' boleh berlaku.
    At least hormati kenyataan maaf beliau, jangan perbesarkan isu begini, kelak ramai yang terguris.

    To uncle Karam, don't repeat it again..we knew ur limitation and capability

    BalasPadam
  16. as salam abg..semoga dia tidak patah semangat untuk mencari kebenaran

    BalasPadam
  17. sya lebih malu tgk org melayu yg tunjuk samseng ugut2 dia..dah tau dia mabuk..jgn la buat kecoh sangat.nak bagi die kesedaran pun..ada cara lebih baik dan tidak menampakkan kebodohan diri sndiri..

    BalasPadam
  18. yang salah dan dah minta maaf kira habis la..terima kemaafan dengan hati yang terbuka..tak perlu diperbesarkan..dari rakaman video tu rasa-rasa nya banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan..lihat,dengar dan teliti kembali..(mempertahankan Agama,bangsa & negara adalah wajib)tapi biar la pada landasan yang sebenar.

    BalasPadam
  19. salam. saya byk ketinggalan pasal isu ni.

    tapi bagi saya apa2 pun kita tgk tgk dari view yg luas dan jgn memandang kepada tajuk besar isu semata-mata. sebab pernah terjadi kata2 kita sendiri pun dimanipulasikan sehingga terjadi salah faham.

    apa2 pun, saya harap perkara ni diambil sbg iktibar kerana mmg dah adat, dalam sekeping kertas putih, mata yang memandang hanya akan nampak celanya sahaja.

    BalasPadam
  20. Abg mazidul... cuba Karam Singh Walia mabuk2 mcm tu dekat Bar Cina atau Bar orang putih dan dimaki hamunnya bangsa-bangsa yang ada di Bar berkenaan, pada hemat sy sudah lama Karam Singh Walia dlm keadaan koma di HKL... itu pandangan peribadi saya.. kiranya org melayu di kedai berkenaan masih waras la fikirannya.. masih lg menerima permohonan maaf oleh Karim Singh..

    BalasPadam
  21. dah dia minta maaf tu dah la
    buat apa nak besar kan lagi isu nie..
    sian pula acu tengok karam sigh sampai merayu nak sujud sembah kaki mamat yang dok tengking dia tu...macam bagus sangat la pulak mamat tu nak tengking2 macam tu...aduih...buat melayu pun ada..iskh

    BalasPadam
  22. Namewee tu memang betul...dia tu lagi teruk cari pasal..tapi masih boleh hidup dengan aman..

    BalasPadam
  23. Salam Mazidul

    Saya hormati KSW kerana mengakui kesilapan beliau.

    Percayalah, jika kita sendiri hidup cukup lama, kita juga akan memerlukan beberapa belas kasihan suatu hari nanti.

    BalasPadam
  24. jgn la kerana kesalahan yg kecil tu jasa baik beliau kita lupakan...lagipun dia dalam keadaan mabuk..dan beliau sudah pun meminta maaf secara terbuka...KSW jgn patah semangat memperjuangkan apa yang anda perjuangkan selama ini...

    BalasPadam
  25. betul mazidul. Ada yang perlu dan patut kita lebih "marahkan" di sini. Saya simpati dgn KSW namun memuji keberanian beliau memohan maaf. Is till adore (for his witty report) him, nonetheless.

    BalasPadam
  26. Kara Singh dah meminta maaf, sepatutnya dia di maafkan, lagipun dia bukan sengaja. Semangat 1Malaysia mesti sentiasa di pupuk.

    BalasPadam
  27. Di TV3, banyak wartawan yang saya minati, En Karam adalah salah seorang darinya. Jangan kerana sedikit kesalahan yang dilakukan tanpa dia menyedarinya, kita terus menjatuhkan hukumkan. So memaafkan lebih baik kan? Semoga En. karam akan lebih berhati-hati lepas nie...

    BalasPadam
  28. nobody's perfect rite??
    just forgive him..bukan dia sengaja pon
    skang smua benda pon orang nak wat isu
    4 me...slalu orang wat bek kita x nampak tpi skali dia wat salah trus jadik isu...why???
    let just forgive n forget..^^
    ~peace no war

    BalasPadam
  29. saya rasa dia tak sengaja pun..janganlah diperbesarkan isu ni..

    BalasPadam
  30. Kalau kita mabuk dan bunuh orang, kita tetap masuk penjara...

    1 orang melayu hina bangsa lain, kecoh masuk tv dan paper suruh kerajaan ambil tindakan...

    1 bangsa lain kutuk melayu, maka melayulah juga yang akan kata, tak apalah, dia tak sedar tu, bla bla...

    Dari bacaan sebelum ini, ada kajian (tak ingat website dia) mengatakan bahawa jika kita dalam keadaan tak sedar atau separuh sedar seperti mabuk atau lepas hisap dadah, maka ketika itu biasanya kita akan berkata tentang sesuatu yang memang kita mahu katakan, dan terbuku di hati. Pasal tu la dalam citer mat saleh penjahat slalu guna dadah utk korek rahsia pengintip yang ditangkap kot?.

    Betullah kata Dr M, MELAYU MUDAH LUPA.

    Mungkin lepas citer ni reda, Encik Karam kita boleh try kutuk yang lebih pedas lagi... Test market... Lepas tu mintak maaf balik... Dan pastinya akan ada Melayu yang akan menyokong anda.

    Akhir kata, di mana agaknya Namewee... tanak ke buat lagi anti racist lagi macam yang dia claim dia buat tu dulu? Hmmm

    Terbakar rumah nampak asapnya,
    Terbakar hati siapa yang tahu?

    ye dak?

    BalasPadam
  31. Budak cina Namawee lagi terok hina bangsa Melayu dan hina kerajaan Melayu tapi tiada tindakan atau tiada pun orang Melayu yang cuba nak pukul dia. Ini tidak adil, kerana Karam Sigh Walia seorang yang berbudi bahasa dan banyak berperibahasa...
    Karam Sigh Walia lebih bagus dari Namawee gila tu.
    Hidup Karam Sigh Walia...

    BalasPadam
  32. Salam,
    Saya sokong bro dengan statement "Namewee, artis kelahiran Muar, Johor berulang kali mengguris perasaan orang Melayu sehingga kini tidak pernah memohon maaf langsung atas tindakan kurang ajarnya"...malah dia sangat BEBAS dengan kreativitinya. Siap jumpa menteri dengan "tak malu" langsung...

    Maafkanlah Karam...dia memang dah minta maaf masa tu juga, dan insyaAllah dia tak akan ulangi lagi. Wartawan sangat arif dengan "etika" mereka. Sekali terbabas, dia hanya manusia biasa macam kita juga...

    Kalaupun nak pertahankan "MELAYU" tu...banyak isu melayu lain yang boleh diperjuangkan; Bahasa Melayu ke, tanah melayu ke, hak raja-raja melayu ke...hak istimewa orang melayu ke...banyaklah bab-bab "Melayu" yang boleh kita juangkan

    BalasPadam
  33. betul tu..
    at least beliau dah minta maaf..
    i believe that he is not that kind of person..

    I watched that video on fb,
    yg guys insist KSW minta maaf tu,
    cakap xfikir..men lepas jer..
    mlayu islam ke carut2 neh!haih..muda lg.
    have some respect~

    karam sigh dah brkali-kali mntk maaf dah..
    klu btol dia kata melayu xpintar, prove it!
    yg apa dikatakannya salah, b pintar!

    harap isu ni xdipanjangkan~

    BalasPadam
  34. Karam Singh dah keluarkan kenyataan, dia cuma menegur budak0budak motor rupanya. Tapi tegurannya tu di salah tafsir, last-last jadi isu.

    BalasPadam
  35. karam dah minta maaf. jadi tak perlu jadi isu. dah kenapa budak melayu tu nak mintak die bayar bil utk satu restoran? hermmm nampak ada sesuatu yang kurenggg di situ.

    BalasPadam
  36. Sifat dan mentality mat rempit sendiri yg menimbulkan ketegangan. Sikap mengugut dan menjerit-jerit seperti samseng. Mesti bersebab kenapa Karam menegur sampai begitu sekali. Seharusnya geng-geng mat rempit dihantar ke LKPN sehingga berubah perangai mereka.

    BalasPadam
  37. Saya sebagai Melayu.. malu tgk video tu.. sebab saya tgk..yang Melayu pulak dah jai macam samseng.. saya setuju dengan abg Dul.. rasanya si namawee tu lagi melampau tingkah dia..takder pun minta maaf..

    BalasPadam
  38. mmg xpatut karam singh dimalukan begitu....

    beliau da pon minta maaf...

    ambil yg jernih, buangkan yg keruh...


    ~tice su~

    BalasPadam
  39. kesilapan, tersasul dan nampak goyang disebut luar sedar kot.. on the spot minta maaf.. hati-hatilah

    BalasPadam
  40. Semoga tuan punya badan meninggalkan alkohol.. bawah pengaruh alkohol hanya merosakkan masa depan tuan punya badan

    BalasPadam
  41. hangpa ni kalau sape ludah ke,pijak kepala ker lepas tu minta maaf,ok semua pemurah betui ler hangpa noo.hangpa tau dak bila org sedang mabuk tu dok bercakap,percakapan dia tu iklas dari hati dia tu..lu pikir la sendiri,gua x boleh maafkan

    BalasPadam
  42. orang dah minta maaf, maafkan je lah.
    sebab itu arak diharamkan. setuju kata awak, hujan sehari habis kemarau bertahun

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.