1 Januari 2011.
Saya yakin hari ini banyak pasangan melangsungkan perkahwinan sempena mengabadikan 1.1.2011 sebagai tanggal bersejarah dalam kehidupan mereka.
Lazimnya, di majlis persandingan pengantin, majoriti kita turut merakamkan gambar sebagai kenangan bersama pasangan mempelai, rakan taulan dan sahabat handai. Jika tiada kamera SLR, DSLR atau compact, kamera telefon bimbit digunakan.
Asalkan ada gambar.
Jadi mengapa tidak menggunakan kamera itu untuk tujuan mengubah keadaan? Keadaan buruk, dijadikan lebih baik.
Oh! Takut? Kerana kita bukan pihak berkuasa atau wartawan? Justeru majoriti kita hanya menjadi pemerhati dan berharap orang lain akan bertindak mewakili kita untuk mengubah keadaan. Begitu lazimnya kaedah pemikiran dan tindakan kita.
Sempena tahun baru ini, mari kita berubah dan mengubah. Saya demonstrasikan contohnya untuk pembaca teliti.
Sewaktu melintasi persimpangan ini, saya terlihat ...
Ya! Iklan 'adult toy' dipaparkan secara terbuka, boleh disaksikan golongan dewasa juga kanak-kanak. Kita semua akur, iklan terbabit tidak sepatutnya digantung di situ namun kebanyakkan kita hanya sekadar memerhati dan terus memandu. Barangkali kita berharap penguatkuasa pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan menurunkan iklan terbabit. Itu cara kita berfikir dan bertindak.
Mengapa kita tidak mengambil bahagian untuk mengubah keadaan?
Saya tidak bertindak begitu menggunakan tiket kewartawanan kerana perbuatan itu tidak dirakamkan kamera video. Terus-terang, bukan juga saya berhasrat menjadi hero, sekadar ingin mengubah keadaan.
Pembaca juga memiliki kamera dan berulangkali menyaksikan pelbagai kesalahan dilakukan pihak lain tanpa mengambil tindakan wajar.
Bertindak sekarang dan muatkan di blog anda serta maklumkan saya melalui ruang komen blog ini.
Kita mungkin tidak mampu mengubah semua perkara buruk agar kelihatan lebih baik namun jika termampu, mengapa tidak?
Saya cabar pembaca semua, biarpun tindakan kita hanya sekelumit tetapi berkesan.
insyaALLAH akan dicuba..anyway baru je jumpe blog bro...:-)
BalasPadamSalam dan tabik untuk tindakan tuan itu.
BalasPadamkalau semua masyarakat berfikiran dan mengambil cakna insyaallah selamat semuanya...
tapi kita sentiasa menggunakan alasan malas nak jaga tepi kain orang.
Hishyam, barangkali pertemuan ini, rezeki tahun baru. Terima kasih.
BalasPadaminsyaAllah..sambil saja² berblog dapat juga berkhidmat untuk negara! yuk!!
BalasPadamSalam .... saya akan menyahut cabara ini. Dan saya akan buat entri khas mengenainya .. terima kasih.
BalasPadamhttp://hasrulhassan.blogspot.com
Kakcik akan cuba menyahut cabaran ini (tentunya perlukan sokongan suami kerana kakcik tidak 'bergerak' sendiri)... :)
BalasPadaminsyAllah cuba untuk mampukan diri..
BalasPadaminsyALLAH..sama2 kita saling bekerjasama. Klo bukan kita siapa lagi kan?..
BalasPadamtabik la dengan tindakan encik Mazidul..hope akan lebih ramai yang akan bertindak seberani encik Mazidul..insyaAllah saya pun akan cuba..
BalasPadamhik3.. incik mazidul! betul tu!!!!! saye penah buat entry tentang sampah! siap amik gamba sesama sampah sarap tu....haaa....
BalasPadamSaya sahut cabaran en. mazidul dgn hati terbuka! slmt thn baru yer :)
BalasPadam~tice su @cikgu su~
uish baru je ternampak iklan serupa tu masa kat area bandar baru bangi pagi tadi
BalasPadamSalam Tahun Baru.. InsyaAllah :)
BalasPadamnk sahut cabran tu!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamsatu usaha murni yg bagus
BalasPadamBro, macam ku kenal simpang itu he he. Ramai yang berfikiran seperti Bro. Dol, tapi takut. Takut kena pukul samseng.
BalasPadam