Khamis, Februari 04, 2010

"Can I **** you today?"

Berikut antara petikan kenyataan perbicaraan tuduhan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63 tahun, semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seperti dicetak akhbar Kosmo!

Kejadian didakwa berlau di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

'Yusof' : Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (Peguam Cara Negara II).

'Saiful' : Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Saksi).

Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: "Can I **** you today?"

Yusof: Apa reaksi kamu?

Saiful: Saya marah dan takut, saya menolak pelawaan Anwar dan saya kata tidak mahu.

Yusof: Apa Anwar kata?

Saiful: Dia dengan nada marah berkata: "Why?" Saya kata perkara sama, saya tak sanggup melakukan tapi dia marah lagi. Saya yang takut kemudian diarahkan masuk ke bilik tidur utama.

Saya mengikut permintaan Anwar masuk ke bilik tidur. Anwar pergi ke hujung bilik dan tutup langsir sebelum datang balik untuk tutup lampu bilik.

Yusof: Gelap tak?

Saiful: Gelap tapi masih ada cahaya dari celah langsir. Anwar arahkan saya bersihkan diri dalam tandas. Saya buka pakaian dan masuk ke dalam tandas untuk membasuh badan.

Saya ambil tuala dalam tandas dan keluar sambil bawa baju kemeja untuk digantung pada tempat pemegang. Saya nampak Anwar di hujung penjuru katil.

Anwar berdiri dengan bertuala putih dan arahkan saya datang kepadanya. Anwar kemudian peluk saya sambil berdiri.

***

Jika dakwaan Saiful benar, maruah Datuk Seri Anwar selama ini berimejkan Islam akan pasti tercemar.

Sila baca tempelan Kamal Affandi Hashim 'Saiful Vs Anwar Dan SMS laknat'.

59 ulasan:

  1. Sekiranya tidak berlaku?
    Adakah imej DSAI akan dipulihkan oleh media utama? tidak sama sekali.

    BalasPadam
  2. salam abg mazidul,
    perbicaraan ni jd semakin sensitif..
    smpaikn saya nk baca cerita pengakuan Saiful ni pun jd takot..terpikir klu r ade bdk2 remaja yg membaca perkembangan citer ni,takot mereka plak yg terpengaruh & nk mencuba perkara yg bkn2 mcm ni..

    sbb biasa r,waktu remaja r masing2 dlm proses nk mencuba & blajar benda bru..kdang2 perkara xbaik pun dowg nk try buat..

    hope perbicaraan ni akn dibuat secara tertutup bile melibatkn "sexual interaction" mcm ni..

    BalasPadam
  3. Subhanallah...ape nak jdi manusia skrg....Dulu semasa Datuk Seri Anwar bersama Tun Dr.Mahathir...wajah beliau mmg berseri...suka sy tengok...tpi sejak kes ini(liwat) terutamanya selepas Saiful mengangkat sumpah...sy lihat wajah Datuk Seri tidak lagi berseri seperti dulu....mmg nampak benar,jelas sekali...Wallahuallam!!!!!....

    BalasPadam
  4. Ya. semua bergantung atas mulut beliau.bukan sahaja imej Datuk Seri Anwar, imej Malaysia jg akan tercemar.

    BalasPadam
  5. astaghfirullahal 'azim...

    satu saya blh kata...
    kita tiada hak utk mnntukan siapa benar siapa salah...

    saya tidak pro mana-mana tp hny Allah tahu siapa bnar siapa salah...

    dgn kerjaya sy sbg seorg peguam sy tahu apa rentak dan helah yg blh dimainkn dlm dunia yg mcm ni...hny tgk pd Iman stakat mana kita mmpu bertahan..mcm2...

    mnuduh org berzina /meliwat tanpa didatangkan 4 org saksi yg nmpk betul2 berlaku kjadian tu d dpan mata kita adalah berdosa..kna ada 4 org saksi yg adil...+ nmpk bnde tu masuk dlm tu + saksi 4 org tu pulak mstilah seorg yg adil dan ada syahadah..

    tanpa syarat2 smua ni...kita tidak blh mnilai manusia trus..

    sy mohon...kalau kita semua mahukan kbnaran terbntg dpn mata...ramai2 lah kite berdoa dan mlakukn solat hajat agar dtunjukkn siapa bnar siapa salah...if tk skrg..biarlah Allah yg putuskan...

    saya hny mahu kite jgn mudah menilai sesuatu tnpa bukti yg kuat..

    sekian.

    BalasPadam
  6. antara tanda-tanda kecil kiamat...


    -Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.


    -Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.


    -Lahir ramai anak hasil perzinaan.
    Banyak minuman keras.

    -Para pembesar / penguasa melakukan
    zina.

    -Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.

    -Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
    Orang alim sudah tidak disenangi.
    Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.

    -Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.

    -Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.

    -Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

    - Rasuah berleluasa
    Ramai orang menjual-beli hukum.


    Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

    * Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.



    ((semua ni sgt byk berlaku dlm politik kan??))

    really dunno who else need to be believed..only Allah knows and only Him who can decide...

    wassalam

    BalasPadam
  7. Tak berani nak kata sape salah sape betul. Dunia sekarang yang nampak benar mungkin salah yang nampak salah mungkin benar pula. Serahkan segalanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa untuk tunjukkan yang mana benar dan yang mana salah. Semoga siapa yang benar2 salah itu akan diberikan petunjuk dan hukuman yang setimpal. Kita tunggu keputusan mahkamah.

    BalasPadam
  8. Salam bro, belum sampai keterangan balas DSI maka tak boleh komen heheh kenapa nak besarkan keterangan saksi... ada agenda di sebaliknya..

    BalasPadam
  9. alamak~
    cerita tergantung la pulak...
    gyahahhahaa~

    BalasPadam
  10. he~~~seriau rasa bila tengok liputan kes SB VS DSAI kat berita malam tadi~~da macam novel 18sx dah~~kena letak 18PL kat berita sekarang nih~~

    BalasPadam
  11. Iman sesungguhnya tidak dapat diwarisi - Insan yg lahir sebagai Islam tidak semuanya menuruti ajaran yg syumul - Ketayap di kepala tidak semestinya sudah mengerjakan Haji - Bertudung di kepala tidak semuanya berkelakuan sopan - Wanita blom nikah yg berskirt pendek bontot terjonket tidak semestinya murah tidak berdara (dosa tetap dosa - jangan lupa).

    Cakap, semua orang boleh bercakap - Kebenarannya hanya Allah swt yg MAHA mengetahui. Bukti, semua orang boleh menampilkan bukti, kesahihannya hanya Allah swt yg MAHA bijaksana, adil lagi sempurna.

    Biar Mahkamah dunia tentukan - Tidak usah terlalu percaya, tidak usah terlalu takut - Yang TEPAT hanyalah di Mahkamah Allah swt - YAKINLAH...

    BalasPadam
  12. orang yg tak berpelajaran tinggi pun tahu skrip ni tak logik. takkan takde aksi ringan2? kes macam ni panggil je nabil, din beramboi, afdlin shauki dan bob lokman jadi hakim dah cukup. membazir duit rakyat je. what a xxxxed-up case!

    BalasPadam
  13. Allah --> As-Sami', Al-Basir, Al-Khabir, al-Hakam

    BalasPadam
  14. satu kemusykilan... saiful yg muda, gagah lagi tak kan tak boleh tolak kemahuan dan kehendak DS Anwar yg dah tua. Kalaulah benar diri tak rela, sekali tendang kat anu DS Anwar aje terjatuh org tua tu.

    BalasPadam
  15. mau bukti gambar / rakaman video or rakakman suara rekod ' can i **** you today?"

    aku pon bleh mengaku cakap aku ada 2 bijik kereta, padahal aku ada seijik jer.

    p/s: geleman membayangkan situasi dlm enrty ini

    BalasPadam
  16. saya ingin berkongsi sesuatu yg saya dpt dr facebook. buka link ini.

    http://1.bp.blogspot.com/_5q-E_yFsvhQ/S2pFyjG2RcI/AAAAAAAAABo/4xOCrlKZz8k/s1600-h/17543_1259072129205_1601727062_30651167_7744747_n.jpg

    BalasPadam
  17. betul tuh! ramai antaranya akan berasa malu dan menutup kes itu :)

    BalasPadam
  18. Macam melihat drama or filem gay pulak... uishhhh!

    BalasPadam
  19. Kalo DSAI didakwa meliwat atau merogol sekalipun sure dgn paksaan , tapi mcm sukarela je heheh xkan lah kudrat jantan mamat saiful ni mudah lemah gemalai jeng3x....jika kes suka sama suka maka dua dua patut kena charge, mcm berzina atau khalwat ..dua dua kena

    BalasPadam
  20. Rasli, banyak lagi kes sebelum ini, apabila suspek didapati tidak bersalah, ada ke mendapat liputan secara besar-besaran? Tidak kisahlah media utama ke, media tidak utama ke, akhbat nyamuk ataupun tabloid sekalipun? Tetapi kes Anwar, berprofil tinggi, jika tidak mendapat liputan media tempatan, lihat sahaja Reuters, CNN, CNBC, BBC dan banyak lagi media antarabangsa, sedia memberikan perkhidmatan terbaik!

    Duke, tanpa perbicaraan di mahkamah, sebelum ini berlambak kes main bon** di negara kita. Ada restoran gay, ada pusat hiburan gay dan ada tandas seringkali dikunjungi gay (berhampiran Bandar Sri Damansara), tasik gay (dahulu di Kelana Jaya, Selangor dan Tasik Permaisuri) dan pelbagai lagi. Saya tidak fikir mereka itu mengamakkan seks songsang kerana mendengar kes mahkamah.

    HBZ, tidak. Kita juga akan mendengar hujah Anwar Ibrahim. Namapun mahkamah, kedua pihak penuduh dan dituduh akan bercakap.

    Jane, syukurlah jika awak tahu 'rentak' dimainkan peguam.

    Apapun, kedua belah pihak ada barisan cerdik pandai mewakili mereka di mahkamah sivil ini.

    Kes rakyat biasa juga lebih kurang sama, mereka diwakili peguam, if you can't afford one, one will be appointed for you?

    Sweetheart, saya catatkan sepertimana dalam transkrip. Waktu Anwar berhujah nanti saya akan perhati, subjek menarik. Kita bersama buka mata, buka hati, bukan menuduh. Kenyataan itu dibuat mereka terbabit dalam kes.

    Mat Joe, tidak semua kes boleh dibuktikan dengan visual atau gambar tetapi masih disabitkan kesalahan dek mahkamah.

    Jika gambar atau rakaman visual satu kemestian dan tuntutan mahkamah, kena cari CCTV lah kalau dalam pendakwaan kes curi ayam sekalipun? Ish! Ish! Jangan begitu.

    BalasPadam
  21. mengikut firasat saya yang terlalu banyak tengok citer hollywood ni, saya rasa he's been framed. the evidence was cooked. the evidence was planted. sepul tu kan muda lagi takkan la dia takleh nak fight permintaan the accused tuh.(allegedly)..

    takpon si Sepul ni ade split personality yang mana half of him ade sick crush on DSAI and bile DSAI tak nak dekat dia dia pon fitnah DSAI.

    semua diatas adalah teori sahaja.

    hanya DSAI dan Sepul sahaja tau cerita sebenar. Allah maha Mengetahui.

    BalasPadam
  22. Bujal, masakan bercerita kes liwat, semua berlabel 'U'.

    Pn. Liza, ya. Iman tidak diwarisi dan tidak boleh dijual beli. Rupa dan perawakan juga tidak melambangkan ciri keperibadian sepenuhnya. That's true for BOTH of them.

    Silver dan Fahemy, usah terlalu yakin ... nanti terkejut di akhirnya, mighy be.

    BalasPadam
  23. AKU MAKIN LAMA MAKIN CONFUSE..BTOL KE DS ANWAR SGGUP WAT GITU???
    SI SAIFUL PON MCM TAKDE MARUAH PON ADA..AIEHHH

    BalasPadam
  24. ABAIKAN JER
    dosa msg2 dorg tanggung





    yg pnting kite happy

    agaggagagagag

    BalasPadam
  25. JMR, di akhirat, ada Padang Mahsyar. Di dunia ada mahkamah. Betul atau tidak kejadian berlaku, mahkamah akan memutuskannya, bukan kita semua. Apapun sekali pandangan dilontarkan masyarakat sewaktu perbicaraan berlangsung, tanggapan sahaja, tidak lebih daripada itu, hearsay.

    Kita bersama mengikuti perbicaraan, be the observers, nothing mote than that.

    Cuma apabila keputusan dibuat kelak, jangan pula ada pihak mengatakan hakim tidak adil.

    BalasPadam
  26. erm... better tunggu keputusan mahkamah daripada wat andaian melulu.
    hanya Allah je yang tahu kebenaranNya.

    BalasPadam
  27. Semua, saya difahamkan banyak laporan kes cabul dan rogol sebelum ini terpaksa ditarik mangsa.

    Mengapa?

    Kerana mangsa wannita atau gadis tidak sanggup mendedahkan perlakuan sumbang didakwa dilakukan ke atas mereka. Maksudnya, mereka malu menceritakan kepada semua di mahkamah secara terperinci berhubung kejadian berlaku.

    Jika di Indonesia berbeza, suspek dan mangsa diarah 'melakonkan' semula kejadian.

    Bayangkan, jika kes liwat, bagaimana 'replay' terbabit, andai disaksikan orang ramai.

    Parah rasanya, kan?

    BalasPadam
  28. dlm kehangatan isu sebegini..media cetak utama rancak dgn tajuk depannya yg ala2 media porno...
    nak beli pun naik segan apatah lagi nak bawak balik rumah...
    sama ajalah nak tgk siaran berita masa perdana..

    BalasPadam
  29. Ninoz, 'Tak Rela Diliwat Lagi' oleh Utusan Malaysia contohnya, macam tajuk porno ke?

    Depends kepada tafsiran, barangkali.

    Jika tajuk dipaparkan dek media cetak dan elektronik tidak bersesuaian mengikut pandangan awak, elok jika pergi sendiri ke mahkamah untuk mengikuti perkembangan perbicaraan.

    BalasPadam
  30. Nampaknya Sdr Mazidul begitu TEGAR mempertahankan media UTAMA kerajaan.
    Mungkin Sdr Mazidul terlupa..

    Media tidaklah sempurna, masakan Sd Mazidul terlupa yang MEDIA jugalah menghebahkan berita PENCERAIAN Sdr Mazidul.

    Walhal saya mengetahui STATUS Sdr Mazidul MASIH kekal beristeri ini pun melalui blog Sdr Mazidul.

    Rakan saya RAMAI yang masih beranggapan Sdr sudahpun bercerai..

    Berkenaan kes Sdr Anwar,
    Saya berpihak kepada pendapat ulama' muktabar seperti Sheikh Yusuf Al-Qardawi..

    Bagaimana dengan Sdr Mazidul?

    BalasPadam
  31. pe dsai wat kat apartmen tu ek???klau nak wat kje pun..opis kan ade..klau kate nak rilek tenangkan fikiran..baik dok umh je..huhuhuh..
    x fhm..susah kan sb..dah termakan budi byk sgt kot..

    BalasPadam
  32. pelik tapi benar, tajuk akhbar " tidak mahu diliwat lagi " , kenapa tak bagi tajuk front page ' kenapa saiful tidak lari semasa diliwat", baru laris satu malaysia, org nak tahu gak ..kenapa yerr...andai kata DSAI gugur kes ..mne nk letak muka saiful ni, kalo DSAI kalah kes kita tahu akibatnya ..tapi jika sebaliknya ..jeng3x...tak sabar tunggu keputusan

    BalasPadam
  33. nape sepol tu x keluar je?? xbelasah je klu dipakse?? sepol kan ke mude remaje.pasalpe??pasalpe??

    BalasPadam
  34. Author, jadi? Be it.

    Malangnya, dakwaan kes kononnya saya bercerai cuma tidak mendapat liputan media antarabangsa, kan? :)

    Malang sungguh.

    Apapun, janganlah awak memperbandingkan kes saya, orang berkedudukan rendah dengan kes Anwar Ibarahim. Beliau mantan Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat parti politik. Berita berhubung diri beliau pasti akan terpampang di dada akhbar dan televisyen.

    Itu antara tugas media perdana. Jika tidak dilakukan, sepertimana dicatatkan terdahulu, pasti media lain akan berebut memainkan peranannya. CNN contohnya bukan sahaja ditonton rakyat tempatan malah dunia. Berita melalui laman web, sama hebat dengan akbar perdana online kerana mampu dibaca dek sesiapa sahaja.

    Contoh, awak sendiri menyatakan secara jelas mengetahui keadaan sebenar kes saya melaui blog ini.

    Bukankah blog juga media? Media alternatif. Media apa sekalipun, maklumat sebenar lambat laun sampai kepada mereka membaca dan ingin mengetahui kejadian berlaku. Untuk pengetahuan awak keputusan kes saya mendapat liputan sebilangan media perdana tetapi mungkin awak tidak berkesempatan membacanya. Jika kita tidak berpeluang membaca, tidak bererti media perdana tidak membuat liputan, bukan?

    Satu lagi contoh, Alhamdulillah, melalui blog awak, berpeluang saya mengenali AJK Surau di kampung awak dan kegiatan mereka. Bukannya saya mengetahui berita itu melalui media utama, kan??

    Apapun pegangan dan kepercayaan awak, that's your right to believe. I reserve my comments to judge who is right and who is wrong.

    Bersama kita ikuti kes menarik ini. Difahamkan melalui laporan akhbar, pihak pendakwaan akan membuktikan secara saintifik, air mani dikeluarkan dari dubur Saiful, milik tertuduh.

    Apa pula nanti reaksi orang seperti awak? Apapun biar komen berlandaskan fakta supaya sebarang kenyataan TIDAK menghina mahkamah.

    BalasPadam
  35. muahahahahah

    sila bwk bertenang semua..
    just wait n see

    the history wll be a remarkeable ending

    agagagaagaga

    BalasPadam
  36. Sweet Heart, kesan kepada kedua mereka?

    Pasti lebih besar kesan kepada tertuduh berbanding Saiful. Lihat sahaja kedudukan mereka, bagai langit dengan bumi.

    Lihat, di era 80 dan 90 an, tersebar gambar bogel 2 artis wanita berbeza. Kini artis terbabit masih berlakon lagi. Justeru itu, kesan kepada Saiful mungkin tidak seberapa, itu pandangan saya.

    BalasPadam
  37. sama mcm yg dulu2 lah...azizan, sukarma...dan sorang lg tu , lupa nama.......( mungkin org pun dah lupa pasal diorang).

    BalasPadam
  38. saya juga tidak berpihak mana2 dlm kes ini.tetapi sesuatu yg menarik utk dikaji:
    1.kenapa ikut je arahan,pergi bersihkan diri,mandi,keluar dgn bertuala?dalam bilik yang dim light,berdua-duaan?dan menurut sahaja?mudahnya...
    2. dia dipeluk selepas itu,dan diliwat,katanya..oke,let us think that it was reality.tidakkah dia SUDI diliwat sebenarnya?bukan DIPAKSA liwat? dlm dunia gay,ianya adalah normal,mungkin...
    3. jika andaian no 2 say itu benar,its just a personal isu..just like kes Eli Wong(dh lepas pon kes),CSL(chua soilek)-dh lepas pon kes, etc yg semua itu lakukankan dgn kerelaan/suka sama suka.
    4. bila saiful jumpa doc,dan trus dpt sampel airmani dlm dubur? bukan ke dia ambil masa lama juga utk pergi check up?dan tidakkah kesan itu dh bleh hilang/lupus?dan seingat saya dlu,kes medical chek up repot dia pon pernah kecoh bila berlaku pembocoran?

    5. tentang 4 saksi itu saya kurang sependapat.sukar dlm dunia ini,ada saksi2 yg benar2 melihat kejadian zina,liwat berlaku betul2 depan mata,dan sanggup melihat 'mainan' itu hingga terjadi,bila dah sahih baru melarang?ianya berbeza dgn tangkapan khalwat ya,di mana saksi mmg cukup tetapi hanya berdua-duaan.nak kat amudah-nak skodeng sampai mereka berzina dan melakukan luar tabiie?sedikit perkongsian di sini,sila baca:
    http://drmaza.com/home/?p=319

    hermm.nampaknya perbicaraan ini agak semakin menarik.

    saya mmg ada berbual dgn rakan2,yg juga memberitahu,dia sekmpung dgn DSAI masa kecil2 dan ada yg cerita mmg DSAI ni si pembont*t(masa mandi sungai etc).TAPI saya tidak mudah untuk percaya cerita2 begitu!sebab,tiada proof.anggapan saya sekadar omong bolehla..siapa kita utk judge cerita2 sulit begitu,hanya Allah yg tahu.

    sekali lagi sya tidak menyokong mana2 pihak.tetapi hal ini eloklah kita berbincang di sini menggunakan idea2 masing2,tidak terlalu beremosi.jadikan perbincangan yg sihat.

    BalasPadam
  39. Salam Sejahtera bro, i rasalah kalau kalau DSAI dijatuhi hukuman mungkin rusuhan akan berlaku macam dulu. ingat tak?

    BalasPadam
  40. bro mazidul,

    saya 100% yakin kes ini adalah kes palsu bermotif politik... saya tidak akan terkejut di akhirnya, no way.

    mudah sangat, kalau kes ini dibicara mengikut hukum islam (hudud/qisas/ta'zir) nescaya secara automatik ke ini dibuang.

    sila rujuk komen lawyer jane:

    mnuduh org berzina /meliwat tanpa didatangkan 4 org saksi yg nmpk betul2 berlaku kjadian tu d dpan mata kita adalah berdosa..kna ada 4 org saksi yg adil...+ nmpk bnde tu masuk dlm tu + saksi 4 org tu pulak mstilah seorg yg adil dan ada syahadah..

    BalasPadam
  41. hanya memalukan orang melayu khususnya dan islam amya... Apa nak jadi...

    BalasPadam
  42. Faizal, saya bersetuju, menang atau kalau, masyarakat Melayu tidak akan mendapat kebaikan.

    Kalau kes ini berlaku di Amerika Syarikat, tiada kehairanan pun.

    BalasPadam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. apa da....fenin...ni salah saatu punca remaja jijik nk join politik kot.....?? betui ker?? mudah2an tiada yg buruk berlaku kat MAlaysia...smoga yang jahat dihukum...

    BalasPadam
  46. apabila dirogol atau diliwat tanpa kerelaan, biasanya akan berlaku pergelutan. even perempuan pn akan bertarung seluruh tenaga,walau tewas pada akhirnya, utk menyelamatkan maruah mereka. bukan bertindak masuk tandas membersihkan diri kemudian keluar membawa baju utk digantung pada tempat pemegang. lainlah kalau Saiful Bahari pd ms itu sudah dipukau. Mungkin dia tertinggal plot tersebut :)

    nampaknya, uncle sangat yakin ye dengan Si Saiful itu.

    BalasPadam
  47. Julie, saya berharap kejadian itu tidak berlaku.

    Jika berlaku samada secara rela atau tidak, jelas memberikan satu gambaran buruk kepada mereka.

    Terlalu yakin awak kononnya terhadap 'keyakinan' saya. Kan?

    Apapun terima kasih kerana sudi mencoretkan komen di sini.

    BalasPadam
  48. **** tu apa agaknya ya
    KISS ? FIRE ? SLAP ? POKE ? banyaknya terjemahan 4letterwords ni ...LOL

    BalasPadam
  49. Zaman sekarang ini semua alatan elektronik telah ujud, dari sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya perkakasan;

    Ramai terperangkap oleh alatan canggih ini. Seperti yang telah berlaku terhadap VVIP MCA... Silap besar si Saiful tak gunakan perangkap alatan canggih ini. Banyak kes yang selesai begitu mudah bilamana rakaman sulit diambil semasa kejadian.

    Dalam keadaan sekarang semua rakyat sebenarnya KABUR; semua teruji iman. Ada yang pro DS Anwar & ada yang kontras sekali dengan keimanan dia sampai mengata wajah tuanya hilang seri & tak macho lagi. Ada percaya si Saiful harus menuntut haknya, deraan kesakitannya & ada yang memaki-hamun dia.

    Bagi saya kita jangan ambil tahu sangat perkara ini; kita tunggu sahaja penghujungnya.

    Jika mahkamah kita mengadili kes ini secara adil & bijaksana. Negara kita pasti tambah makmur, maju & aman bahagia diberkati Allah Azzawajalla.

    Jika sebaliknya jangan kita menyesal nanti. Janji Allah SWT itu tidak pernah mungkir. Bala menimpa ke atas kita tak mengira siapa andai kita sendiri menganiayai sesama kita.

    Lagi pun ini mahkamah dunia bukan mahkamah Dia Nan Esa. Titik.

    BalasPadam
  50. http://www.zaharuddin.net/content/view/732/95/#maxcomment88269

    sekadar berkongsi

    BalasPadam
  51. Siapa mengikuti perkembangan anvar dri semasa thn 1992 dan era reformasinya tentu boleh ingat lagi drama2 sebabak dia. Mcm2....kononnya disuntik arsenik dan hiv. Timbul Liwat 2, terus lari ke kedutaan turki,kononnya takut dibunuh. Hingga sekrg masih hidup lagi rupanya.

    Bagi penyokong anvar,mungkin segala yg berlaku bukan ketentuan Allah dan, ketentuan Allah itu mesti berpihak kpd mereka dan mesti memuaskan hati mereka.

    Dahulu sudah hampir jadi PM....tak jadi. Sudah berangan jadi PM dengan projek 16 sep, pun tak jadi. Cuba buat undi utk mengulingkan kjaan melalui undian BAJET di parlimen, pun terkantoi jugak. Alhamdulillah, Dia Maha Mengetahui.

    Bukalah video2 dlm channel ini utk dpt info serba sedikit, terutamanya yg masih setahun jagung tu.

    http://www.youtube.com/watch?v=p5k_wkA1LdQ

    BalasPadam
  52. hmm, pelik betul lah.

    Betul ikut syariah kena 4 saksi tapi untuk tuduhan zina. Kes rogol dan liwat ni, kenapa jugak saksi2 tu kena tunggu sampai habis dulu? Takkan depa tak teragak untuk menghentikan perbuatan semacam itu semasa itu?hmm...

    Pastu, pernah tak dengar cerita suami dituduh rogol isterinya yang sah? dah isteri camana lak rogol kan? Jadi, kenalah faham intipati perundangan.

    Kata kunci perundangan disini ialah KERELAAN. Kalaupun dah banyak kali rela misalnya, bila kali itu dia tidak rela, pada masa itu menurut takrif, ianya satu kesalahan.

    Begitu juga bila kerelaan didapati dengan jalan paksa- consent under duress. Itu makna tak rela daa..

    Macam kes bapak yang rogol anak, sama tak bro? Pasal apa anak dia tak melawan ek? Umur dah 21 or 15, kenapa tak melawan dan ikut je arahan bapaknya yang bangka tu ek?kenapa agaknya bro?

    Saya merujuk kepada apa yang disebutkan di atas tanpa prejudis bro. Maaf, saya cetek agama dan jahil sedikit pasal undang undang samada Qisas, Takzir, Hudud mahupun CPC,EA atau PC. Kalau salah tolong tunjukkan.

    BalasPadam
  53. Si Sepol ni pun 1...karang kate bodoh marah plak..dah tahu bende tue salah..sape sruh ikutkan cam pak turut..ke ngaku jadi pak turut?????...dan memalu kan family lagi...salah org dosa org tak payah nak tayang..macam sekarang mkan diri balik..spe yang malu..ape ingat orang nak bagi belas kasihan konon kene tibai dgn DSAI..(tak comfirm lagi kan)....org maki..caci aderla..biar je allhswt turunkan bala pada yang bersalah...tak payah kiter sendiri nk tunjuk pandai..last2 memalukan dr sendiri..family..kaum..bangsa..agama..negara..

    BalasPadam
  54. kalo saya jadi hakim,mesti saya pelik ngan si saiful ni....nama pon jantan...kalo pompuan leh la kate takut...kalo da name jantan vs jantan konpem dia leh melawan....lg pon anwar da tua xkan la tenaga tua menang lawan dengan tenaga org muda....konpiuss...sgt22 konpius...

    moga Allah bg blsn setimpal kat pihak yg bersalah...

    BalasPadam
  55. Malas nak ulas lanjut tetapi dalam hal ni saya percaya ia berlaku.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.