Selasa, Februari 02, 2010

Demo Jalanan: Perjuangan Dan Penghayatan Anak Kecil?

Berikut antara komen pemilik blog Author Faethal berusia 28 tahun, berhubung tindakan sebilangan individu membawa anak kecil menyertai demonstrasi jalanan.

Pandangan selebihnya boleh dibaca di ruangan komen tempelan Biarkan Ibu Dan Anak Berjalan Bebas.

‘Jika sambutan kemerdekaan anak kecil dibawa bagi menghayati erti kemerdekaan.

Sure heboh juga terdapat ibu bapa membawa anak kecil menghayati hiburan dan maklumat daripada Media Prima.

Perhimpunan PPSMI anak kecil turut dibawa bagi menunjukkan perjuangan memansuhkan bahasa ibunda mereka yang tergadai.

ISA?? Sudah tentu bagi membawa anak kecil ini menghayati inilah undang-undang ZALIM yang akan TERUS kekal di masa hadapan jika tidak dihapuskan.’

Mari kita analisa bersama kenyataan Author Faethal tanpa disulami emosi. Boleh?

Gambar Kanak-kanak di Indonesia

18 ulasan:

  1. Budak2 dijadikan mangsa oleh orang dewasa pengecut. Dayus sungguh. Jangan ajar anak jadi penentang, pemberontak dan penunjuk perasaan.

    BalasPadam
  2. Persoalannya, adalah benar-benar sihat tindakan membawa anak kecil ke perhimpunan jalanan?

    Jika ya, mengapa?

    Jika tidak, pasti ada sebabnya ...

    BalasPadam
  3. tengok isu, kadang-kadang kalau yang melibatkan masa depan kanak-kanak mereka wajar dibawa bersama, sebagai mesej yang tersembunyi bahawa demo itu untuk kepentingan masa depan mereka. tapi kalau isu semasa yang tiada kaitan dengan kanak-kanak adalah sangat tidak wajar mereka diheret sama.

    BalasPadam
  4. Saya pernah menyertai operasi pasukan narkotik mencekup penagih dadaah di kawasan kebun kelapa sawit. Di tengah kebun ditanam sayuran.

    Lelaki membawa anak berusia 3 tahun ditahan.

    "Eh! Saya hendak ke kebun sayur. Emak dia tidak ada di rumah," ujarnya.

    Dia kemudian mengaku penagih dadah jenis heroin.

    Mengapa mengheret anak sekali ke 'pot' terbabit? Menagih belas kasihan pihak berkuasa agar dia tidak disyaki? Menagih simpati kerana dia bersama anak tidak mengetahui apa-apa?

    Entahlah, mungkin ada sebab lain.

    BalasPadam
  5. Orangkasai, terima kasih.

    Perlu juga dilihat dari aspek keselamatan. Orang tua boleh berlari, jika disembur air deras.

    Anak kecil, bagaimana?

    BalasPadam
  6. Persoalannya berapakah upah yg diterima oleh kanak2 itu. Apakah yg mereka dapat? Apakah janji yg diberi kepada mereka. Sebab secara lojiknya kanak2 sebegini usia tidak akan secara sukarela untuk berdemostrasi jika tidak digula gulakan dgn sesuatu. Atau mereka semua dipaksa, digertah di ugut supaya menyertai perhimpunan haram itu?

    BalasPadam
  7. lain kali jika nak berdemo kena mesti niat MENANG..jika dah tau kalah elok duduk rumah,,jika 30% menang?
    paling kurang 60% menang dengan peralatan bukan bawa tubuh sahaja.

    bawa apa semasa berdemo??

    BalasPadam
  8. tak patut la bawak anak-anak sertai demonstrasi...kan jadi apa-apa nanti mulalah nak salahkan pihak berkuasa...

    BalasPadam
  9. Slm Sdr Mazidul,
    Setuju satu perbincangan tanpa emosi. Cuma pautan blog saya sebenarnya ialah http://pulakdah.blogspot.com/.

    Pautan blog yang Sdr Mazidul letak di entri ini adalah blog surau kariah saya.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Bagi masyarakat kita di bawah umur 12 tahun masih dipanggil kanak2. Sedangkan zaman dulu umur2 macam ni dah ramai yang kawin..

    Bagi kita di bawah umur 25 tahun masih dipanggil remaja @ budak2..sedangkan ramai revolusioner & sejarahwan yang naik masa umur2 macam ni..

    Kalau demo itu sebahagian dari pendidikan, tak salah nak bawak anak2 kecil ini bersama. Sekurang-kurangnya mereka mengalami apa yang ibu bapa mereka perjuangkan (dan mungkin akan menyoal ibu bapa mereka bila mereka sudah mulai paham).

    BalasPadam
  11. Bagi saya, perkara ini perkara yang tidaklah sebesar mana pun dan tak sesusah mana untuk difahami.

    Mereka yang membawa budak2 kecil, kalau dikendong/didukung bila agak kepenatan apa salahnya, sebab apa yang saya paham ini untuk menunjukkan kesusahan keluarga2 yang terbabit dalam ISA misalnya. Mungkin separuh orang mengatakan ini namanya publicity stunt, kalau keluar gambar budak2 ni kena gayanya memang senang nak cakap. Bak kata orang orang, picture is equivalent to thousand words - gitulah gamaknya.

    Tapi kalau saudara Mazidul cuba nak menggambarkan demonstrasi ini sesuatu yang menyusahkan, tak bertamadun dan sebagainya dengan cara ini (berdemo dgn menggunakan anak kecil), maka saya rasa tak boleh la gitu.

    BalasPadam
  12. anggaplah yang pergi berdemo itu MAKAN GAJI...hormati periuk nasi ..mereka

    tapi..

    BalasPadam
  13. mak bapak yg emo anak2 kcik pulak jd mngsa

    aduhaii

    tak pasal2 budak mcm ni diajar untuk beremosi secara tak sihat..rosak fikiran nnti..

    tmpt mreka bukan di jalanan tp knp lah..
    tak paham btul aku

    BalasPadam
  14. Syed, ya, berdemo itu menyusahkan orang ramai.

    It's very clear.

    Itu memang perkara pokok saya jelaskan dari awal.

    BalasPadam
  15. Berdemo? menjerit terpekik?

    Baik saya duduk rumah masak sedap-sedap dan makan dengan anak-anak...

    pastu tido sampai mimpi...

    BalasPadam
  16. Bagi saya, berdemo in general kalau
    1) berjalan dgn aman,
    2) tidak blok trafik di jalan
    Okay aja.

    Kalau polis yang sebok2 dok buat road blok tu dan akibatnya menyusahkan orang ramai, salah siapa? Adakah berdemo tu menyusahkan, atau polis perlu dipersalahkan?

    Di Malaysia, polis2 mmg langsung tak impartial which what should be in the first place.

    BalasPadam
  17. kak azizah:ctgok konsert pun jerit pekik kot...kui2

    BalasPadam
  18. demo haram tu baik jangan bawa kanak-kanak membahayakan mereka...

    perayaan ... perarakan yang terkawal itu rasanya tak jadi masalah...!

    kanak-kanak ini terkadang nak ikut ke mana sahaja kita pergi, bukan tahu curahan air asid itu bisa ke tidak!...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.