Saya mempunyai SATU impian, impian kepingin dizahirkan dengan kerjasama semua.
Impian sama saya kongsikan bersama pemilik blog Hazrey [ Bapak gula-gula ] Shamsul [ Ondscene ], [ Military Malaysia ] dan 3 bloggers lain (baca: lain bakal diumumkan dalam jangka waktu terdekat).
Selama ini kita pernah mendengar individu atau kumpulan mencipta nama di Malaysia Book of Records, MBR. Di Bintulu, Sarawak, 1,655 layang-layang pelbagai jenis diterbangkan pada masa sama, usaha itu dicatatkan di MBR. Pakar Kung Fu Malaysia menusukkan jari telunjuk ke dalam 4 kelapa dalam masa 30.81 saat juga mencatatkan rekod, begitu juga sekumpulan penari Salsa, menari tanpa henti selama 14 jam menempa nama di dalam MBR.
Jadi, mengapa tidak kita dan bagaimana?
Kita TIDAK perlu bermain layang-layang (baca: nanti sakit tengkuk), TIDAK perlu mencederakan jari telunjuk dan TIDAK perlu melenguhkan kaki menari.
Cara mencapai misi itu, jauh lebih mudah. Kita semua hanya perlu menghadirkan diri ke 'Perhimpunan Bloggers Paling Ramai' dan cuba mencatatkan kegiatan itu di MBR.
Tidak mustahil, bukan? InsyaAllah.
Tarikh ditetapkan pada 6 Mac (Sabtu) 2010, lokasinya di Selangor, akan diumumkan kemudian (baca: sudah pasti bukan di Zoo Negara, Tugu Negara atau di pekarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur). Kami akan memilih lokasi paling sesuai dan selesa untuk pemilik blog datang bersama keluarga dan rakan (baca: samada mempunyai blog atau tidak).
Dengan ini saya menjemput semua pemilik blog untuk menghadirkan diri (baca: boleh membawa bayi, anak kecil, anak dara, anak bujang, menantu, suami, isteri, ayah, ibu, ipar, duai, biras, datuk, nenek, jiran, rakan dan lain-lain insan dikenali).
Makanan dibawa secara 'pot luck' (baca: kacang goreng, kuaci, Cikedis, Mummy, air sirap ok).
Perincian perhimpunan terbabit akan dimuatkan di tampalan ini dari masa ke semasa. Sila hebahkan kepada semua kenalan.
Kepada pembaca blog ini berkelapangan menghadirkan diri sila CATATKAN di bahagian komen untuk kami mencongak bilangan bloggers bakal dihimpunkan.
Kepada pembaca blog ini berkelapangan menghadirkan diri sila CATATKAN di bahagian komen untuk kami mencongak bilangan bloggers bakal dihimpunkan.
Andai punya kesempatan, ingin juga menghadirkan diri. Insya Allah :)
BalasPadammenarik! menarik!
BalasPadamSalam BRO MAZ...
BalasPadamsaya tahu ini memang impian BRO.. juga ramai orang.
terimakasih mewar-warkan.
Count me in, please.. thankiu. (Wpun tidak dapat berjanji 100%, sbb tarikh 6 Mac tu rasanya diari penuh)
Semoga usaha yang baik akan berjalan dengan BAIK juga dan berakhir dengan BAIK dan kesannya juga BAIK... aminnnnnn
Saya bukan blogger Malaysia, boleh ke nak ikut? macam best pulak
BalasPadamAnazkia, boleh. Cadangannya perhimpunan bloggers paling ramai, tidak semestinya blogger dari Malaysia. It can be citizens from other countries. So, ngak ada masalah.
BalasPadamaiseh bro.. 6 mac? kitorng Blogger Tegar Family (BTF) pun wat gath jugak.. xpe2.. saye ejas blk nnt.. 27hb ade gath dekat taman melawti aktiviti paintball bersama blogger jgk..
BalasPadamMenarik! Pasti impian kan jadi kenyataan - Inilah natijahnya berkawan biar seribu...
BalasPadamSaya NAK JOIN!
WALAUpun, SUNGGUHpun, SEKALIpun :-
(1) Jadual saya bermula 27 Feb ni memang padat gara2 nak menumpukan kepada acara yg bakal berlangung pd 13 & 14 Mac nanti (Dengan izin ya En. Mazidul: Saya gatai masuk pertandingan Nasi Lemak 1 Malaysia & ambil booth IKS - Lokasi Dataran Merdeka - layari http://nasilemak1malaysia.webs.com) - Jadi tau aje le persiapannye... eee berdebor2 Cik Tipah...
(2) Blog saya paling "Miskin" & tiada pengikut (InsyaAllah nak update & tambah produk) - Akan saya "paksa-rela" sahabat2 & sedara mara (eh.. eh.. sempat ke?) - Wangi.. Ooo Wangi... Get ready, moh kite pegi...
En. Mazidul, Saya cadangkan di Bukit Cherakah oke ke? Tak pun kat Dataran Merdeka 13 & 14 Mac tu - sambil memeriahkan acara - 10,000 bungkus nasi lemak disediakan percuma - (Dengan izin En Mazidul : Minum pulak Jus Jambu batu Pak CU 916 di booth saya - idak le percuma... kesian Cik Tipah... 10% diskaun garenti! Sambal Tumis pun, balik rmh trus makan hehehe..)
Apepun, di atas segala kemahuan & usaha, saya hanya merancang, DIA yg menentukan...
Fhad, ajak semua datang ke tempat sama. We are all bloggers. The more the merrier.
BalasPadamIsyaAllah akan hadir jika tiada aral melintang
BalasPadamPn. Liza, kalau hari bekerja boleh berhati mulia menghantar kurma ke TV3, itu menandakan good time management.
BalasPadamSaya berharap Puan dan keluarga dapat hadir.
Setakat ini ada 2 lokasi cadangan, pertama di Taman Komanwel (di jalan lama, Rawang ke Tg. Malim), ke dua di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, FRIM di Kepong. Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Harus mencari tempat luas, secluded sikit untuk semua hadir.
p/s hari ini ke office, makan kurma, thanks.
ini satu usaha yang menarik ni..
BalasPadamayuh beramai-ramai!
Terima Kasih kembali!
BalasPadamSuami x dpt join sbb hari Sabtu dia berkerja - Lagipun dia reserved cuti utk 13 Mac nanti (khas buat saya - dia paling sayang nak bercuti hari sabtu sbb 1/2 day tp tolak cuti 1 hari - Tenkiu Pa Darling...)
Saya undi FRIM, Kepong.
cadangan yang menarik... saya wakil dari Komuniti Tawau Bloggers akan berbincang dengan ahli yg lain untuk turut sama menyertai perhimpunan ini.
BalasPadamgue!!! two thumbs up!!.. i loike recorded event heheee..
BalasPadaminsyallah kalo xde aral...
BalasPadamSaya setuju~!!... ermmm lebih kurang 8 hari je nak kuruskan badan ni... sempat ke?
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamPada pandangan saya,aktiviti seperti ini memang baik untuk dilakukan..Ianya akan dapat membantu blogger2 baru bagi mendapatkan pandangan dari blogger2 lama termasuk berkongsi pengalaman untuk mengemaskini dan menaik taraf blog masing2..Maklum sajalah,seperti saya pun,belajar2 sendiri saja.Tak ada cikgu yang mengajar.Nak juga dapat ilmu dari rakan2..Insyaallah,kalau berkesempatan,saya memang nak join sangat2..Untuk cadangan lokasi,saya cadangkan Taman Botani Putrajaya (Putrajaya Botanical Garden)..Disamping lokasi dan suasana yang menarik,pasti keceriaan dan kegembiraan akan bertambah!!Ditambah pula dengan beberapa aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim..Untuk program ini juga Abg Maz boleh mengutip sedikit wang daripada mereka2 yang berminat untuk turut serta untuk membuat baju rasmi untuk aktiviti ini,disamping sijil dan cenderamata tanda kenangan..Banyak lagi idea sebenarnya yang nak dikongsi bersama Abg Maz,tapi segan..Maklumlah,kata orang,kita ni masih budak mentah..Mana mungkin dapat menandingi pemikiran orang lama..Mungkin jikalau mendapat sambutan ramai,kita boleh pula anjurkan Perkampungan Blogger Malaysia di bawah tajaan TV3..Boleh macamtu??
VIC, jemputan ini tidak ada kena mengena dengan tampalan sebelumnya.
BalasPadamNanti saya salam sambil pejamkan mata, jangan risau.
Perempuan di Afrika, badan dia orang memang over weight, itu simbol suami bagi cukup makan (baca: awak OK, a big OK). Begitu juga wanita di Emirate Arab Bersatu. Kalau lepas kahwin, isteri masih kurus, masyarakat sekeliling akan pandang serong.
Eh! Sudah cukup ke points saya to convince you, my dearest friend to come?
Bro Maz...saya join gak nanti macam biasa...hehe :)
BalasPadamOk... kalau tak camtu... malas la nak start diet... arini kantin masak apa yerk.. nyum nyum!
BalasPadamSaya datang! Tapi dengan siapa tak tahu lagi. Kalau hubby tak dapat ikut, ku angkat mak ayah sekali lagi. Hehehehe
mengintai dari jauh...tak mampu nak hadirkan diri
BalasPadamsalam... idea yang baik dan menarik...
BalasPadamok.. sy usahakan agar free time 2.. wlupun rase takwim bulan ni dah padat cam sardin..
BalasPadamAirland, bulan Mac, bukan bulan ini i.e Februari.
BalasPadamMrsNor, faham.
Manusia Biasa, kami tidak ada perancangan untuk mengutip wang mahupun membuat t-shirt ATAU mendapatkan sumbangan daripada badan penyiaran di negara ini.
Tujuan gathering, untuk bertemu dan berkenalan, itu sahaja.
Terima kasih.
wow, bawak cikedis. bro, macam suntuk je 6 march ni.anyway good luck. kalau gather kt taman macam taman jaya ker, taman tasik titiwangsa mcm lagi senang nak pegi
BalasPadamSatu rancangan yang menarik.
BalasPadamCuma takut berlaku seperti gathering yang Bro Maz buat hari tu, niat nak join tetapi last minit ada program yang tak dapat dielakkan.
Hopefully kali ini AM dapat join..
Pst, perjumpaan ini hanya untuk bloger berhaluan kanan atau untuk semua?
www.anak2merdeka.blogspot.com
satu acara yang menarit. iksyaallah saya akan hadir dan berjumpa dengan En mazidul berkenalan dengan lebih rapat dan mesra.
BalasPadamkompem ke ni?? hehe. teringin juge..
BalasPadamsetuju jugak kalo wat kat taman tasik titiwangsa..
kami bkn blogger tapi kami(berdua) suka bace blog encik mazidul n encik ondescene..kami nk ikot tpi disebabkan status kami bkn "blogger",so,agak rendah diri la..
BalasPadam...yg FRIM dh terlepas...kali ni insyaallah join...
BalasPadamsalam bro Mazidul.
BalasPadampagi2 lagi Encik Hazrey dah gegar saya. hahaha. insyaALLAH akan berusaha untuk pergi ke sana (Hazrey dah janji mau bagi tumpang kereta dia)
hahaha.
sangat menarik.
BalasPadamberharap sangat dapat join :)
Kuew Tiau, welcome. No problem at all.
BalasPadamLord Zara, kereta Hazrey BESAR, boleh muat ramai orang, 999 pun muat lagi rasanya.
BalasPadambuat event dalam Facebook. lagi senang macam tu
BalasPadamAriff - aku tak dapat sponsor tiket untuk kamu pulang dari Moscow. hahaha.
BalasPadamBro Mazidul - Terima kasih! Sangat berbesar hati. =]
salam bro. insya-allah datang untuk liputan ruangan komuniti perdana.
BalasPadamSalam En.Maz..
BalasPadamseronok tgok tajuk n3 kali ni..rasa nak sgt2 join sekali tapi jauh la pun ni kat JB..dan masa tu ada urusan lain dgn anak2 juga suami bekerja..ikut hati saya nak je pegi..mesti gempak..gegak gempita..
Harap impian En.Maz akan jadi nyata..saya sokong dr jauh pun boleh kan..
Jika di sekitar selangor dan kl, insyaallah sy akn mghadirkan diri..
BalasPadamsaya mahu menyempit disana boleh :)
BalasPadambuat la kat swk bro,uhuu
BalasPadamsalam.saya datang meyinggah dan insyaallah mahu turut serta dalam perhimpunan itu.
BalasPadammenarik..terasa macam nak join..tapi saya cuma newbie je.. :)
BalasPadammoga sukses programnya. Saya takleh join kat, diluar kawasan liputan.
BalasPadamnak ikutt! tak de hari lain ke selain 6 march? may be you should a poll utk pilih tarikh dan tempat.. so kami semua bole vote! hehehehe.....
BalasPadambagus la idea nih!
sokong cuma tak dapat hadir kerana kursus d alor gajah 4-7,tapi saya akan copy dan publish kat blog saya
BalasPadammesti havoc ni bro..!
BalasPadamtapi kita tengok gambo aje lah... *sedih :(
Salam Bro..
BalasPadamVenue masih belum decide lagi?
Saya nak join :)
Insya-Allah saya pergi :)
BalasPadamabg dul, insyaallah acu & 'tentera-tentera' acu akan join jika tiada aral melintang lah...kalau buat kat FRIM senang sikit nak p.. ;-)
BalasPadamala...sedey nye.... 6 mac ade test... nak pergi... :(
BalasPadamBro. MAS, kindly count me in. Insya Allah, I'll try to make myself available then (despite the tight schedule that I have throughout the month).
BalasPadamsaya nak join..
BalasPadamsaya student UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
saya cuba bawa 1 trip bas ke tempat perhimpunan..
sila maklumkan tempat segera untuk tempahan bas dan laen2 urusan..
terima kasih..
kalau xde aral sye nak join jgk...
BalasPadamlokasi yang dah pilih ke?
BalasPadamdimana & masa ... Insyaallah saya akan turun...
sorry bro mazidul, hantar mesej tadi.. tak perasan lokasi dah di tetapkan dah....
BalasPadam