Ahad, Februari 14, 2010

Bayi Dibakar Di Kelantan


Betul! Bayi. Bukan kayu api, daun gugur atau tayar buruk.

Sebelum ini beberapa bayi berbungkus kain batik diletakkan kesejukan di pintu dan pagar masjid. Segelintir ditinggalkan di hadapan rumah orang. Manakala sebilangan lagi ditanam di kubur cetek atau dibuang ke kolam atau sungai.

Itu semua contoh perlakuan kejam manusia. Ops! tunggu! Apapun pastinya tidak sekejam berbanding kes terbaharu terjadi di Kuala Krai, Kelantan. Terlalu klise jika saya catatkan 'perbuatan manusia bertopengkan binatang', sedangkan binatang tidak pernah dilaporkan media tempatan atau antarabangsa membakar anak dilahirkan.

Betul? Betul! Double checked, Kelantan.

Rakyat Kelantan usah marah, kejadian ini ditulis berdasarkan fakta. Lagi pun kes pembuangan bayi bukan sahaja berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang malah di pelbagai lokasi lain di negara ini. Cuma kejadian bayi dibakar buat kali pertama berlaku di negeri mendapat jolokan 'Serambi Mekah'. Itu sahaja, tidak lebih daripada itu. Namun, sebelum suspek ditahan, dituduh dan dibicarakan,  tiada siapa mampu menolak kebarangkalian ibu bapa bayi malang terbabit mungkin berasal dari negeri lain. Terfikir, masakan kekejaman sebegitu sanggup dilakukan suspek rakyat Kelantan? Lihat sahaja papan iklan di negeri itu, disertakan tulisan jawi manakala model wanita 'ditudungkan' jika pada realitinya mereka tidak menutup aurat, contoh ketara penonjolan imej Islam seharusnya dibanggakan semua.

Dilaporkan, mayat bayi cukup sifat dipercayai berusia beberapa hari itu ditemui separuh rentung di dalam tong sampah dengan kaki bercerai daripada badan.

Saya pasti ramai akan berasa teramat marah membaca berita kekejaman terlampau seperti dicatatkan tetapi pastinya bukan kerana kes itu berlaku di Kelantan.


Gambar Utusan Malaysia dan J@z

50 ulasan:

  1. kejam sungguh orang zaman sekarang...time sedap xpernah nak ingat dosa pahala. x pernah terpikir apa yang haram akan keluar nanti. kenapa la x penah sekali dorg pikir sesuatu yang menghalalkan dan sesuatu yang mengharamkan. dan saya dapat mengagak perbuatan itu adlh dari golongan yang berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM. bukan nak tuduh golongan sndr tp kadang2 itu hakikatnya. kejamnya. kalau sy jumpa org yg sanggup buat perbuatan tu dan diberi peluang untuk menghukum akan saya buat seperti yang dilakukan oleh mereka kpd bayi2 tu. xde akal dan xde otak dorg ni..apa la nasib mak ayah dorg biarkan dorg lahir ke dunia ni.

    BalasPadam
  2. ya Allah!!

    kejam sungguh sampai sanggup bakar.. dia ingat bakar anak patung ke??

    apa laa yg dia rasa masa tgh dok nyalakan api tu aa??

    smoga pelaku cepat bertaubat pada Allah Taala..

    BalasPadam
  3. sedey nyer sgt2..marah pun ader..inilah padah CINTA BERAHI..bagi sy yg sudah brkawin masih belum mempunyai zuriat..sebak melihat perbuatan mereka yg tahu buat tpi xreti nak bertanggungjawab..

    BalasPadam
  4. hampeh btul laaa. berani kongkek tak berani taggung. seumur hidup lerr miserable, malam2 mimpi ju-on

    BalasPadam
  5. orang xde tamadun je sanggup buat mcmtu. semoga mereka mendapat hidayah.

    btw, sifat seseorang bukan begantung pade negeri mane dia tinggal. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  6. titikkebal IMAN boleh berubah dlm masa sedetik..

    hari ini TAAT, bermaruah dan beriman , sesaat kemudian belum tentu lagi...

    agaknya dia bakar sambil pejam mata..atau upah orang lain..

    BalasPadam
  7. pelaku ini sesungguhnya ialah binatang, bukan manusia.

    BalasPadam
  8. Salam,

    maaf saya tidak bercita-cita utk mengulas ttg isu bayi dibakar kerana semua orang pasti marah. klu tak marah, tandanya dia bukan manusia la tu.

    apa yg saya nak highlight kat sini ialah mind setting penulis. bg sy amat bahaya sekiranya saudara mempunyai mind setting bhw tidak sepatutnya sebuah negeri yg cuba memartabatkan Islam mempunyai rekod buruk seperti ini. Sedangkan di zaman Rasulullah dulu pun masih ada perlakuan2 kejam seperti ini.

    saya menulis bukan sebagai rakyat kelantan, kerana saya bukan dilahirkan di situ. saya orang perak.

    penulisan saudara menunjukkan saudara bersikap prejudis. ALLAH dah perintahkan kita laksanakan hukumNYA. ttp itu tidak bermakna segala perlakuan kejam dan kemaksiatan tidak akan berlaku. jika tidak, kenapa ALLAH letakkan hukum bagi setiap kesalahan? kenapa tidak hanya perintahkan melaksanakan syariat2 Islam tanpa sebarang hukuman? ini kerana manusia walau di manapun pasti akan ada yang melakukan kesalahan walaupun jika berada di hadapan Rasulullah sendiri.

    Ingatlah, manusia itu memang dilahirkan lemah kerana mempunyai 3 sifat utama: Lalai, Lupa dan Leka. tiga sifat ini ada pada semua manusia walau betapa alimpun seseorang itu terlihat di hadapan kita.

    maaf jika saya menyinggung saudara. tidak terniat sama sekali. sekadar utk menegur sesama manusia. bukankah seorang muslim ditugaskan utk mengamalkan "amal ma'ruf, nahi mungkar". nahi mungkar boleh dilakukan dgn 3 cara: dgn tgn (jika berkuasa), dgn kata2 (seperti yg saya lakukan ini) atau dgn hati (jika 2 cara di atas tidak dapat dilakukan; dan ini adalah yg selemah2nya).

    wALLAHu'alam

    BalasPadam
  9. Cikgu Nurul, terima kasih kerana sudi melontarkan komen di sini.

    Maksud 'prejudis' itu tertakluk kepada penilaian individu dan cara kesimpulan dirumuskan selepas membaca tempelan ini.

    Apapun, butiran saya catatkan berbentuk fakta, jika Cikgu berasa wujud butiran berbentuk rekaan, sila catatkan secara jelas.

    1. Kejadian terbabit berlaku seperti dipaparkan di akhbar (Berita Harian/Utusan Malaysia)dan disahkan pihak polis.

    2. Kelantan memang dikenali sebagai negeri 'Cik Siti Wan Kembang' dan 'Serambi Mekah'.

    3. Papan iklan di Kelantan dihiasi wanita bertudung dan mempunyai terjemahan dalam tulisan jawi.

    Saya bimbang sekiranya Cikgu membuat rumusan sendiri dan menganggap rumusan itu benar untuk semua.

    Apapun, bercanggah pendapat tidak semestinya salah selagi tidak menggugat aqidah.

    BalasPadam
  10. Fatin, tiada sebarang kenyataan di dalam tempelan ini menunjukkan tuduhan pelaku jenayah terbabit orang Kelantan.

    Or did I miss anything?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. waa..mmg kejam la..bila emosi menguasai diri sesorg manusia..mmg akal yg d bg pn xdpt berfikir scara waras..dlm keadaan desprate..manusia selalu mengambil jln mementingkn diri sndiri..

    mmg sedih la hal cmni berlaku d kelantan..slh satu negeri yg cuba menjadi role model islamic nyer kpd negeri2 yg laen kn..suatu sejarah negetif utk negeri Che Siti Wan Kembang...harap rakyat negeri kelantan dgn pentadbiran negeri cuba mengambil langkah perlu supaya hal seperti nie tidak menitik celakn lagi usaha murni negeri utk ke arah "serambi Mekah"

    utk pengetahuan umum..org kelantan terkenal dgn sikap mereka yg fanatik..agak panas baran..dan mereka nie terbahagi kpd 2 golongan..1.golongan berpegang kpd agama..2.golongan kurang didikan agama..

    sbb tu slalu aku cakap.."yg baek pn org kelantan, yg setan pn org kelantan"

    peratusan dua golongan nie hmpir kurang same..tp golongan kuat pd agama mendominasi persekitaran umum krn agama itu suci..sbb itu lah kelantan selalu d gelar "serambi mekah". kpd golongan yg kurang didikan agama..mereka kebiasaan nyer terkonkong dlm persekitaran ini..jd idealogi nk hidup bebas tanpa batasan agama itu semmg nyer sukar nk timbul d negeri ini..namun kewujudan golongan ini mmg ade..cume utk menular dlm masyarakat itu mmg sukar..dan dlm hal begini sperti pembuangan bayi berlaku krn ade nyer golongan sebegini..Di harap golongan yg kuat pd agama trus mendominai lagi dlm masyarakat supaya hal sebegini tidak menjadi kebiasaan nnt di mase hadapan seperti mane yg berlaku kpd kota2 raya yg dah "maju"..

    sekian~

    BalasPadam
  12. salam bro..bro leh dpt pic.lg clear dr blog saya nie..memang amat kejam skali..sudahla buang di dlm tong sampah..di bakar pula..sewajarnya di hukum rejam di khalayak ramai...

    http://jazwhaddup.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. aku terbaca komen Ainul02 td~"..perbuatan bangsa Melayu yg beragama Islam.."

    di sbb kn minda kite dah di didik bahawa Melayu itu org Islam...siapa yg didik tu aku x sure la...(rasenyer org melayu jgk yg didik berpikiran camtu)

    so, aku nk mintak pndangan la..korang rase org yg bakar bayi nie KALAU die nie sorg melayu..korang rase die akn masuk syurga ker nnt?

    aku yakin kalo die org melayu..die mst prnh mengucap dua kalimah syahadah kn...hah! adekah die nie akn di masuk kn ke neraka selama2 nyer setelah pelakuan membakar bayi tuh..??

    BalasPadam
  14. selagi undang² tidak diperketatkan kejadian akan semakin menjadi².
    lihatlah keadaan sekeliling kita,
    pun, arak, pelacuran, hiburan sana sini.
    adakah kita masih lagi menjangkakan kes² ramaja kita semakin surut.?

    kalau undang² diperketatkan, at least dapat membendung sebahagian walaupun semua..

    BalasPadam
  15. sangat-sangat kejam...kesian bayi tu....... (T____T)

    BalasPadam
  16. Salam..boleh tak saya menggunakan artikel encik sebagai lampiran untuk assignment saya?

    BalasPadam
  17. Kes buang bayi, bunuh bayi dan terbaru bakar bayi yang mana terjadi dengan berleluasa ibarat tidak beragama dan tidak berpelajaran. Saya sebagai seorang ibu rasa terharu dan menangis tiap kali melihat berita2 seumpama ini. Jantung saya seperti di tumbuk2 dan hati berkata mengapa ada manusia yang begitu amat kejam sekali. Apakah undang2 sekarang tidak dilaksanakan dengan begitu baik atau terlalu banyak kejadian maksiat yang tidak dipantau oleh ibubapa masing2 ? Saya ingin menyarankan agar kegiatan yang tidak bermaruah dan keji ini dapat dibendung dengan segera...amin

    BalasPadam
  18. yeke bro...kalu bro benarkan cik mis gunakan utk bahan rujukan. saya pun nak minta izin juga la. jgn risau xkan copy tp sgb rujukan je sbb tugasan saya berkaitan dgn GRO so kat sini byk yang berkisar ttg GRO. nak g club buat kaji selidik saya takut cz pmpn kan. en mazidul izin ke tidak??

    BalasPadam
  19. dunia akhir zaman. harap tak terkena batang hidung sendiri. amin

    BalasPadam
  20. terima kasih..maklumat akan dikongsi bersama rakan dan pensyarah

    BalasPadam
  21. Orang kata, jika ada gadis berseluar ketat dan pakai tshirt nampak pusat, bercumbu-cumbuan di khalayak ramai, kelihatan 'biasa-biasa' berbanding dengan gadis yang bertudung labuh dan lelaki berjanggut berpegangan tangan, pasti akan diperhati dan menjadi bahan bualan ramai.

    Begitu juga dengan kes ini. (Tanpa menuduh pelakunya adalah orang Kelantan - ianya tetap dilakukan di Kelantan)Kenapa di Kelantan dan bukan di Pulau Pinang atau Johor?

    Di Kelantan ada ramai cerdik pandai agama, ada ulamak ada pakar hadis, ada pakar fatwa dan alhafiz. Mungkin syaitanpun segan untuk bertandang ke negeri Kelantan.

    Jadi kenapa perkara ini berlaku di Kelantan? Itu yang menjadi persoalan.

    Jika cikgu Nurul kata di zaman Rasulullah juga ada perlakuan jenayah, (maksudnya)apalah sangat dengan Kelantan, maka cikgu Nurul juga harus bertanya dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, yang berasal dari Kelantan, yang sering menyalahkan kerajaan setiap kali berlaku kejadian yang tidak diingaini.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Saya terkedu menatap akhbar di pagi ahad - nilai kemanusiaan hancur lebur dari minda si pelaku. Sia2 Allah swt bagi otak.

    Sudah tiba masanya tindakan drastik mengiklankan besar-besaran "Sila ke rumah sekian-sekian/sila ke Jabatan sekian-sekian buat bakal Ibu tanpa nikah/yg menghadapi masalah utk melahirkan/sesudah melahirkan bayi2/kepada yg mengetahui, sila lapurkan kpd sekian-sekian..." Ya, akan ada yg berkata eh..eh.. ini seolahnya menggalakkan lagi...

    Fikirkan dari sudut positif... Jika tidak lebih ramai lagi bayi yg tdk berdosa menghiasi dada akhbar & kita hanya akan mengeluh kecewa berbaur geram.

    Sediakan satu modul/kaunseling/khidmat nasihat yg benar2 jitu memandu hala tuju Ibu2 yg terlibat.

    Kepada pihak yg berkuasa - JANGAN BERTANGGUH lagi. TOLONGLAH...!

    BalasPadam
  23. Ada ketikanya dalam penulisan kita kena menutup nama & tempat kejadian demi menjaga aib seseorang. Ikut keslah; jika kita rasakan patut ditulis sahih; hak penulis lantaran berkata benar biar pahit sekali pun tak kiralah melibatkan diri sendiri, negeri sendiri atau keluarga sendiri. Tak salah tak berdosa pun.

    Dalam agama pun jika mencari keadilan terpaksa disebut kenapa & mengapa jika terjadinya sesuatu kes pertelingkahan. Saya pernah berbual dengan bekas pelajar saya; dia berkata punca perceraiannya dengan isterinya lantaran bekas isterinya mengatanya "babi". Dia tak boleh terima perkataan itu lalu bercerai. Mahkamah syariah terpaksa terima sebab musabab tersebut lantaran memang itu punca perceraian.

    Sama bab bersedekah, tak salah kasi tahu orang taruh nama, buat cek besar-besar agar org orang lain mahu bersedekah atau berderma mengikut cara kita. Jika mahu dirahsiakan nama pun tak ada salahnya. Ini tidak berdosa.

    Dalam kes buang anak ini. Bagi saya tak semestinya orang kita Islam sahaja yang asyik melakukan. Bangsa lain pun ada pastinya. Cumanya anak luar nikah jika dari kalangan Islam banyak masalahnya terutama nak di bin/bintikan siapa?. Jika dibin/bintikan Abdullah pastinya jadi isu besar jika adik beradik lain lain nama ayahnya.

    Bangsa lain pun mungkin timbul sebab a/l bagi India. Benggali saya tak pasti.

    Inilah yang dikatakan keruntuhan moral atau nilai murni sesebuah rumah tangga. Anak-anak tinggal berjauhan dengan keluarga tanpa kawalan yang ketat. Jika duduk serumah pun anak-anak bergaul bebas sampai lahirnya anak luar nikah.

    Bukan mudah seseorang perempuan itu mengandung jika sekali dirogol. Semua tahu tempoh kesuburan perempuan itu berapa hari sangat. Masalah anak luar nikah ini selalunya adalah lantaran pasangan yang kerap bersama atau tinggal bersama tanpa nikah.

    Kita semua menanggung dosa jika berlaku di keliling kita masalah maksiat yang berluasa ini, lantaran semua umat Islam dilahirkan sebagai khalifah Allah SWT & seharusnya sentiasa bersikap amal makruf & nahi mungkar.

    Jika kita tak jelik melihat pasangan tanpa nikah bebas bergaul sememang hati kita telah mula dititikhitamkan oleh syaitan.

    BalasPadam
  24. salam KIM,

    --jika ada masa sila rujuk pakar agama, supaya lebih mendalam

    beza beriman dan berISLAM

    mengucap itu rukun Islam

    juga rujuk soal layak atau tak masuk syurga kerja ILLAHI

    insan berusaha buat kerja yang melayakkan kan.syurga.masuk belum tentu..

    insan berusaha lari dari neraka..layak belum tentu

    di sini sila cari syarat2 layak atau tak..

    bertakwa hari ini esok belum tentu bertahan..ikhtiar dengan IZINNYA asalkan tidak takBUR dengan IMAN kita.

    sekali lagi dengan IZINNYA..

    BalasPadam
  25. SDr IDAN..
    ...."Sama bab bersedekah, tak salah kasi tahu orang taruh nama, buat cek besar-besar agar org orang lain mahu bersedekah atau berderma mengikut cara kita. Jika mahu dirahsiakan nama pun tak ada salahnya. Ini tidak berdosa...""
    memang benar tak salah bubuh nama..

    cuma buat kerja untuk di sini bukan di sana,,(betul tada nas yang kata dosa..

    jika banyak wang sdekah bagi orang tau rm 10k, (saham di dunia) pangkat dll

    kemudian sedekah yang orang tak tau rm100K (saham di sana)

    BalasPadam
  26. there is a few posts i noticed that bro mazidul give such penekanan to kelantanese events, or happenings in such a way that it is obvious but not really that subversive... i wonder...

    BalasPadam
  27. nama je orang zaman moden, pemikirannya masih jahiliyah. Fahaman jahiliyah ni masih belum jelas dikalangan orang kita yang mana sering merujuk kepada zaman sebelum Islam. Memang selagi belum islam keseluruhannya, mentalnya masih jahiliyah atau masih lagi kotor. Peubahan sikap ini adalah perjuangan melawan hawa nafsu yang lebih besar dari perang badar mahupun melawan israel di palestin. fikir-fikirkanlah sobat.

    BalasPadam
  28. Shahrain, if I were to write about crime cases in Johor, say people get murdered, girls get raped and banks get robbed.

    Does that mean that I am a hardcore PAS supporter?

    Nop, right?

    But for sure I am not going to tell you guys which party that I wil vote for in PRU 13.

    Anyway, to tell you the truth as long as what I write doesn't go against any law in this country, I would be ok. Don't you think so?

    Kalau saya membuat keputusan menulis mengenai politik, salah ke? Be it about BN, PAS or PKR. I am a legal citizen of this nation and also a voter, hence I have all the rights to share my opinion with others.

    BalasPadam
  29. Sdr Zeq,

    Maka itu syurga itu banyak tingkatnya; yang tak ingat pun tangan memberi tentunya tingkatnya lebih tinggi kedudukannya...!

    Samalah juga neraka seteruk-teruk neraka pastilah yang terbenam jauh ke dalam...

    Jika kita ke Kajang, siapa tak kenal Datuk Dr. Ujang bin Bagong;

    Bila kita cari enjin capaian di internet pasti terserlah nama beliau.

    Jika ada 10 orang Datuk di setiap daerah begini rasanya bumi ini akan amat makmur. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ujang_Bagong

    Beliau kerap meletaknya namanya setiap kali pemberiannya. Lagi kerap diletak namanya lagi bertambah rezekinya. Terkadang kita terfikir kenapa kita tak mampu macam beliau dalam sudut wakaf ini.

    Saya antara orang yang amat kagum dengan sikap pemurah beliau.

    BalasPadam
  30. salam
    mcm ni la
    kalau nak gaduh pasal negeri kau negeri aku
    parti kau,parti aku sampai sudah pun tak selesai apa2
    jgn bersikap kau-kau,aku-aku

    tlg fikir,kalau semua pembuang bayi itu ada beragama ISLAM...
    kita fikirlah apa nak jadi dengan masyarakat Islam kita ni.naper hidup berajakan nafsu sgt

    sapa kata syaitan tak boleh masuk negeri Kelantan...

    BalasPadam
  31. Assamlamualaikum.

    Uncle Mazidul. Saya sbg anak watan Sabah yg kini menuntut di slh sebuah University di Selangor. Saya sokong dan dokong ulasan dan kupasan Uncle mengenai Mayat Bayi yg dibakar di Kelantan. Astagfirullah Al'azim. Subahanallah. Allah Huak'bar.

    Sebelum saya dtng ke Selangor utk mnyambung pembelajaran, saya amat kagum dan ingin sngt ke Kelantan utk bljr agama dan melihat kehidupan umat islam di sana. Tp sepanjang saya menuntut di slh sebuah University di Selangor, sy amat kecewa dan hampa tntg segala apa yg saya lihat dan baca dari fakta dan bukti tntg Negeri Kelantan. Allah Huak'bar. Apa sudah jadi? mana perginya Iman? dimana ajaran agama keluarga?

    sedih dan kecewa yg teramat. saya bukan berniat mahu mengaibkan mana-mana pihak atau cuba utk bertikam lidah. tp ini adlh luahan seorg hati manusia yg dulunya kagum dgn sesuatu yg 'Indah' namun kini hanya tngal 'Namanya'. knp dulunya sy kagum dgn Kelantan krn di situ lah para tokoh ilmuan agama mengembangkan ilmunya, sehingga ada yg dtng menuntut ilmu dan ada jg yg wafat di situ. tdk perlu disebut nama para ilmu agama kita, krn tmpt ITU sudah KOTOR. KOTOR dgn segelintir penduduknya yg TIDAK DIBERSIHKAN. jgn Marah wahai suadara yg lain krn ada pepatah mengatakan "krn dakwat setompok ROSAK kertas segulung".
    ini akhir dr saya. saya mohon ampun maaf pd sesiapa shj yg mmbaca coment ini. Doa dan Harapan sy semoga Kelantan kenbali Bercahaya. amin.

    BalasPadam
  32. Salam ,


    Kejam dan jahil orang yang melakukan perbuatan tersebut , sampai hati , itu manusia bukan ayam atau daging panggang ....

    Dahulu masyarakat arab digelar jahil kerana tidak pandai membaca dan membunuh bayi perempuan ....tak sangka masyarakt kini masih lagi jahil

    BalasPadam
  33. Salam... janganlah kerana isu ini - nama KELANTAN pula nak dikaitkan " diburukkan...

    BalasPadam
  34. Umi-e, tolong tunjukkan 1 kenyataan di tampalan ini menunjukkan negeri Kelantan diburukkan. Tolong.

    FAKTA, KEJADIAN BERLAKU DI KELANTAN, BUKAN DI NEGERI LAIN.

    Jika kejadian berlaku di Perak, pasti akan ditulis di Perak, masakan akan ditulis di Kelantan.

    Saya harap awak faham. Terima kasih.

    BalasPadam
  35. Salam... memamng hal ini berlaku di KELANTAN - BUKAN di NEGERI LAIN -

    * maksud saya - jgn kerana isu ini negeri KELANTAN 'dihightlightkan' seolah-olah tidak berlaku di tempat lain - harap faham juga ya :P

    ** kalau rasa boleh menumbulkan ISU - let stop it sebab saya bukan jenis yang seperti itu ok... (maybe salah tafsiran)

    ~ TERIMA KASIH ~

    BalasPadam
  36. Puan Umi_e, saya amat tidak gemar bermain dengan perkataan 'seolah-olah'.

    Saya hanya menulis berhubung FAKTA dan perkara ini telah saya jelaskan sebelum ini. No issue at all, unless someone tries to create one.

    Of course saya faham, saya penulis tampalan ini.

    Yes! Let's stop making assumptions, read and please by all means base your judgement on facts.

    That's right, FACTS.

    BalasPadam
  37. perlu ke ckp psl kelantan je wahai encik mazidul oiiii!!!

    tolonglah ek.
    jgn cmprkan isu neyh dgn isu politik xtentu arah jerk

    walau benda neyh jadi kat kl ke johore ke mestilah marah

    klu jd kat kl org xmarah ke?

    apa org kl xjht ke?

    sy dr minta blog encik trs rs nak muntah baca banyak kali statement klntn 2 ulang smpi 4 5 kali!

    BalasPadam
  38. alangkah baiknya kalau bayi tak berdosa tu diserahkan pada pihak yg sanggup menjaganya. Betapa susahnya nak mendapatkan zuriat, bg yg berjaya memiliki tak tau pula nak menghargai...kejam.....

    BalasPadam
  39. Drama Queen, saya bukan Drama King. Boleh tidak saya membalas begini untuk komen awak?

    Suka hati saya lah, ini blog saya. Saya boleh metulis apa saya hendak DAN tidak pernah memaksa awak pada usia 22 tahun dan 'jiwa kacau' (baca: quoted from your blog)membaca blog ini.

    By the way, saya tidak arif mahu menulis fasal jiwa seperti tulisan awak dalam blog. Jadi saya menulis berhubung topik lain. Awak besar dahulu kemudian datang balik untuk melontarkan komen di blog ini.

    Ringkasnya, kita tulis sahajalah apa kita hendak tulis dalam blog masing-masing. Namapun blog peribadi, bukan blog syarikat percetakan.

    Ya! Bayi itu dibakar di Kelantan BUKAN di negeri lain. It's a FACT adik ya, bukan kenyataan ciptaan saya.

    Kalau kes berlaku di Perak, saya tulis di Perak, andai di Johor, saya tulis di JOHOR.

    BalasPadam
  40. asalmkum...

    hai..saya seorg mahasiswa universiti..

    saya amat terkilan n bersedih bila meneytahui tentang kisah ini n juga kisah sorg kanak2 mati dipukul seorg pemandu teksi sehingga mati..

    saya pun masih mengkaji mengenai masalah pembuangan bayi ini yg tiada penyudahnya...

    mane silapnye eh...
    yg teruk kejadian ini berlaku di kelntan yg dikatakan 'serambi mekah'
    apa nk jadi ni sebenarnye ni..salah pemimpin ke...??
    mungkin ade kot..saya pernah berlajar disana, kelantan n tau suasana sebenarnye disana...
    kebnyakan pemimpin di sana sibuk nk cari kesalahan negeri org lain seperti yg diperintah BN tp tempat mereka xambil berat pun...
    anak2 gadis ramai dibawa pelesit rempit kesana kemari sehingga lewat mlm..video2 lucah n aksi sumbang kearah kemaksiatan banyak diramkam disana..kalo xpercaye tgk r sendiri..ade juga kedengaran azan berkumandang tp aksi kemasiatan terus giat dilakukan bukan hanya seorang tp beramai-ramai..subhanallah..
    mane perginye kepimpinnan islam yg digembar gemburkan tu disana...
    saya amat keliru tentang situasi ini...
    adakah ini permainan politik yg menggunakan nama agama sebagai tonggaak demi kepentigan diri n parti n bukan kepentingan rakyat...

    maafkan saya andai tersalah n terkasar..saya hanya meluahkan rase yg terbuku di hati sebagai seorg pelajar...
    sy cume menyuarakan suara mahasiswa...

    wasalam...

    BalasPadam
  41. alangkah baik ruangan ini digunaka utk bersama-sama menyiasat punca masalh dan seterusnya mencari jln penyelesaian terbaik.bukan hanya menonjolkan kes-kes di negeri2 tertentu.seakan-akan masih ada lg sifat kenegerian.

    1 malaysia

    BalasPadam
  42. untuk tamabahan, segala nombor yg dicatatkan di negeri2 lain hanyalah bilangan kes yg dilaporkan. bagaimana dengan kes2 yg tidak dilaporkan? belom lg di tambah dgn kes pengguguran bayi secara haram umumnya kita tahu betapa byknya klinik2 swasta di negeri2 lain (selain kelantan) yg menyediakan perkhidmatan tersebut. anda wartawan mungkin lebih elok meneliti setiap isu lebih meluas dan mendalam berserta dgn statistik yg berkaitan.

    be professional.

    1 malaysia.

    BalasPadam
  43. Nara, anda tidak pernah terbabit dalam bidang kewartawanan, usah simply sesuka hati membuat saranan.

    Wartawan melaporkan fakta. Itu sahaja.

    Tidak ada kena mengena dengan semangat kenegerian kerana wartawan berasal dari pelbagai negeri di Malaysia ini.

    So, you be professional.

    BalasPadam
  44. astaffiruAllahhaialim.....sapa punya kerja yang mana dia tidak tahu kan ini satu dosa.
    Dunia terlepas tetapi akhirat tidak mudah.

    BalasPadam
  45. Yup, i've read through the post, but i didnt see where en mazidul stress on this kelantan things

    because i've read other en mazidul's post too, so.. nop i dont think there's any bias.

    it's just a 'laporan dr wartawan', and then he put his personal opinion in

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.