Agensi Berita Pusat, melaporkan lebih 4 ribu lelaki didera secara lisan dan fizikal dek isteri.
Berikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Chang Hsiu Yuan …
“Puncanya segelintir wanita ini mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding suami, jadi mereka menguasai rumah tangga dan bertindak memaki-hamun atau memukul suami mereka.
Mujur kejadian bukan berlaku di Malaysia tetapi di Taiwan.
Betul, majoriti perempuan memiliki wang sekaligus memiliki berkuasa bukan sahaja di dalam syarikat malah rumahtangga.
Mereka menjadi kadok naik junjung.
Klulah jadi kat Malaysia ni, camana agaknya? hehehe...
BalasPadamMajoriti? Sedihlah pulak membacanya...
BalasPadamTu pasal digalakkan mencari pasangan yg sekufu.
Perempuan ni lembut, penyayang, rajin, pemaaf, tabah & punyai lain2 sifat terpuji lagi, tetapi yg pasti tidak blh jadi pemimpin. Pandangan peribadi saya melalui pengalaman sendiri, memang wanita boleh jadi seorang head of department/leader/coach dgn syarat punyai sifat ihsan, dapat mengawal emosi tepat pada waktunya & faham etika pergaulan - Tdk semestinya kita Bos, blh bebas bersuara & bertepuk-tampar dgn anak buah - Bos bukan perlu ditakuti tetapi dihormati.
Sama konsepnya di dlm rumahtangga - Sedangkan lidah lagikan tergigit - Tapi jangan sampai terputus lidah bertekak pasal duit-ringgit.
Paparan di media massa boleh kita ambil iktibar secara percuma - Banyak kisah Panahan cinta yg memungkinkan segala - Apabila hilang nikmat cinta, pudarnya kasih-sayang & duit ringgit pula jadi taruhan, maka retaklah hubungan.
Wahai hati, semoga dikau
Ganas jgk pmpuan taiwan ni......
BalasPadamTak la...
BalasPadamkadang2 kita membebel lebih je...
tapi tetap respek kat suami..
Tak caya...
sekali je suami vic cakap...
"AWAK DIAM... NANTI DARAH SAYA NAIK"
terus jadi tikus mondok yang ketakutan bila nampak kucing lapar.
Setuju dgn Pn. Liza..sebab tu digalakkan mencari pasangan yg setaraf. Sedikit jurang perbezaan mungkin tak ada masalah..tapi kalau ketara sangat, mula la terjadi kes kadok naik junjung...
BalasPadamRealitinya, memang banyak juga berlaku di Malaysia, cuma tak banyak terdedah.
BalasPadamKerana budaya kita bukan sebegitu dan ajaran agama. Kaum lelaki adalah ketua, pemimpim dan wajib dihormati. Jangan derhaka kepada suami. Ini fakta.
Tetapi dalam banyak hal (kes dlm entri ini), kenapa terjadi? Jika isteri bergaji lebih, tak salah kan? Adakah pula lelaki merasa tercabar ego?
Bagi yang bijak dan sefahaman, tak timbul pun soal dera. Tapi kalu suami malas memajukan diri, tak mustahil lama2 isteri akan menjadi pengawal semua urusan.
Assalam wbt...
BalasPadamDi Malaysia pun ada juga berlaku, cuma tak dihebohkan media je.
Kena lihat puncanya kenapa perkara ini terjadi. Jika di kaji faktornya kerana perbezaan taraf pendidikan, perbezaan kedudukan jawatan dan tanggagaji dalam kerjaya, dan kuasa beli.
Kenapa ujud perbezaan ini? akibat dari kelayakan memasuki universti dan memilih bidang pengajian.
Kenapa begitu? kerana anak-anak lelaki tidak fokus kepada pembelajaran seperti anak-anak perempuan.
Fenomena di sekolah akan terus di bawa ke universiti dan kehidupan seterusnya.
Di sekolah pengawas ramai perempuan, pencapaian tinggi pelajar perempuan, menyertai kokurikulum dan sukan ramai pelajar perempuan, ikuti kem perkhemahan dan kepimpinan ramai pelajar perempuan...pendek kata anak-anak lelaki kurang fokus dan tidak mahu berusaha ketika berada di sekolah.
Tapi bagaimana tinggi pun jawatan kita suami tetap kena hormati...
itu kata kita...depa?
tq..
http://collegecottage.blogspot.com
Ni salah kaum lelaki juga , mengapa apa salahnya pompuan bergaji tinggi , itu usaha mereka , kaum lelaki sendiri yg malas bekerja .
BalasPadamMajoriti pelajar U adalah pompuan. budak lelaki tercicir , waktu sekolah asyik ponteng dan lepak .X ada usaha dan semangat belajar ....sebab tu lah tak dapat kerja yang gaji tinggi berbanding perempuan .Perempuan kebanyakannya berpelajaran tinggi.
satu fenomena baru yg mungkin akan memberi tamparan hebat kpd kaum lelaki.
BalasPadamlelaki oh lelaki..! :D
masalahnya...ramai sangat perempuan yg naik taraf....macmana nak setaraf??
BalasPadam~lega dah ada~ hehe
teringat : tanpa Hawa, Adam akan kekal di syurga..
BalasPadammujur di taiwan dan bukan di Malaysia yang saya cintai.
BalasPadamtapi....
berbalik semula kepada Malaysia, isteri didera, anak dibunuh, bapa disembelih.
'tepuk dahi, dan tanya diri' ;)
Bagi mereka yang berkerja dengan bos, Ketua Jabatan (KJ) seorang perempuan mungkin telah masak dengan masalah ini.
BalasPadamTak semua KJ perempuan bersikap mendera begini; samalah tak semua KJ lelaki yang pandai & prihatin terhadap pekerjanya.
Tetapi tak dinafikan ramai sangat KJ perempuan yang lupa diri, tak pandai membuat pertimbangan, mudah terhasut dengan cucukan kaki bodek, gabra & tak bijak dalam membuat keputusan. Bila sudah terantuk barulah tengadah... sedar diri. Ini fakta.
KJ lelaki kejam bagaimana pun tapi dalam pertimbangannya amat rasional & boleh diterimapakai.
Itu pengalaman saya 28 tahun berkerja... termasuk kerja dengan kaum wanita yang ada kuasa.
Isteri yang berpangkat besar & pegang ekonomi rumah tangga. Ini saya alami sendiri. Ego perempuan bergaji tinggi ini memang ada. Terutama ketika tercetusnya perbalahan. Lelaki sebagai suami kena pandailah menanganinya agar dapat melentur buluh yang keras lagi boleh melibas diri ini.
Cumanya ramai juga saya perhatikan kalangan rakan saya yg senasib dengan saya; suami ini garang gila isterinya pula kecut perut sentiasa. Nampaknya mereka bahagia juga. Ketegasan suami boleh juga membetulkan keegoaan perempuan begini.
Islam meletakkan suami sebagai ketua rumah tangga jika para isteri menyedari ini rasanya tak timbul masalah mendera suami seperti berlaku di Taiwan ini.
Perempuan Gila + kuasa
BalasPadamPerempuan + Gila kuasa
Perempuan Brkuasa + Gila
Itu di Taiwan, di Malaysia, rasanya masih ramai wanita yang baik dan berakhlak mulia serta kita sayangi seperti isteri kita, ibu kita, adik beradik kita dan anak-anak kita. Tanggungjawab kaum lelaki memang berat sebagai pemimpin untuk membimbing mereka dunia dan akhirat. Cuma ada lelaki yang lupa tanggungjawab dan menyebabkan kerosakan berlaku.(Istilah biasa lelaki sebenarnya tak takut isteri cuma isteri kitalah tak berapa takut pada si suami: lawak jangan ambil serius ya).
akan berlaku perkara begini kerana dunia sudah di akhir zaman....
BalasPadamsaya sentiasa berdoa agar isteri sentiasa menghormati saya walaupun dia seorang yang berkarier...
salam... tidak semua wanita begitu ;)
BalasPadam* kaum wanita yang 'berpangkat dan berkemampuan' lebih daripada suami, janganlah lupa diri bahawa 'suami tetapi suami' dan perlu dihormati :p