Khamis, Februari 18, 2010

'Bella' ( Ring A Bell?)

Ramai orang memujuk dia untuk pulang ke pangkuan keluarga, dia berdegil. Dia mendakwa kononnya hidup bahagia di samping suami tersayang. Hasil pernikanan tanpa berwalikan ayah, dia kini mengandung hampir  7 bulan, anak bersama suami berasal dari Pulau Lombok berusia 26 tahun, Hazif Sukma.

Hemat saya, pemikiran gadis itu pendek, sementah usianya, 15 tahun. Nama jolokannya Bella. Ring a bell? Salsabilah Yunan, bekas pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Kata orang, cinta itu buta, dalam kes ini, Bella buta hati. Baca kisah awal dia melarikan diri mengikuti Hazif ke Pulau Lombok, Indonesia di sini.

Bella tidak dipanah petir tetapi ada sesuatu mengubah fikirannya. Dia dilaporkan akan kembali ke Malaysia dari pulau di timur Indonesia itu, Selasa minggu hadapan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan 2 pertubuhan bukan kerajaan lain.

“Pak cik bercadang nak buat nasi goreng dan rendang daging kegemaan Bella,” kata Yunan Mat Ayat gembira.

Biarpun Bella menimbulkan masalah mengguris perasaan, Yunan tetap berdoa proses kepulangan anaknya dipermudahkan Allah. Lebih setengah tahun, dia mendakwa merana, tidak mampu tidur lena, terlalu merindui Bella.

Kata orang, anak lelaki lebih degil berbanding anak perempuan, dalam kes ini sebaliknya terbukti. Benar kata pujangga menjaga sekandang kerbau lebih mudah berbanding menjaga anak gadis.

Apapun, percayalah, di masa akan datang akan ada banyak lagi Bella, gadis remaja tempatan melarikan diri (baca: bukan dilarikan) mengikut perasaan akibat termakan pujukan lelaki Indonesia.

Wak! Wak! Engkau guna ilmu apa sebenarnya? Jemput jempak (ilmu hitam)? Bagi malu orang Lombok lah engkau ...

21 ulasan:

  1. ayat "melarikan" tu amat besar impaknya dan ada faktor penolak dan penarik yang boleh dikaji. Ini tidak termasuk yang berkaitan dengan ajian-ajian tertentu. Terbukti cinta tanpa batasan sempadan tetapi cinta plastik(akibat ajian) akan sampai juga "expired date" dan janganlah menyesal tak sudah pada masa tu. Kita kena ada kekuatan dalaman dan gunakanlah islam sepenuhnya dan rahmat ibu bapa amat wajib untuk hidup bahagian dunia dan akhirat. Oh Malaysiaku.

    BalasPadam
  2. Salam
    ada masanya kita sendiri pun terkeliru, kenapa jadi begitu. Nak kata tak cukup didikan, banyak juga kes yang jadi kepada mereka yang dari mempunyai didikan yang sempurna

    BalasPadam
  3. selalu berpesan dgn diri sendiri jantina anak bukan beban jika amanah ALLAH ini dijaga dgn baik.

    anak lelaki WAJIB diajar menyayangi & menghormati wanita seperti dia kasih dan agungkan ibu sendiri.

    manakala anak pompuan pulak WAJIB menjaga maruah diri dan mengutamakan kasih sayang ibubapa daripada mengejar lelaki yg belum tentu dapat memberi kebahagiaan seperti yg diberi oleh keluarga.

    kalau dari kecik sentiasa diingatkan kpd mereka insyaALLAH.

    BalasPadam
  4. syukurr
    masih ada sinar dan kenal jalan pulang.

    BalasPadam
  5. rasanya drama-drama dari indonesia yang banyak ditayangkan di tv menjadi ikutan sehinggakan hati mereka terpaut dengan indonesia..

    cuba pihak penerbit menayangkan drama dari bangladesh, entah2 mereka ke bangladesh pulak...

    kesian parents dorg.. diberi madu tapi tuba yang dibalasnya..

    BalasPadam
  6. mungkin pemikiran pendek tapi tak sependek yang kena tebuk tupai...

    BalasPadam
  7. tu la warga asing dah berlambak-lambak dipasaran sehingga menenggelamkan saham lelaki-lelaki tempatan.

    kerajaan kena ambil tindakan tegas dengan segera. jangan biarkan warga-warga asing ni buat ikut dan depa. sekarang diorg berani bawak lari perempuan malaysia. bsk lusa mcm mana plak???

    BalasPadam
  8. Hal ini memang amat menakutkan bagi ibu bapa yang ada anak perempuan terutamanya yang masih bersekolah. Kongsi ada dimerata tempat. Jika ada aktiviti kokurikulum ibu bapa lebih rela menhantar anak-anak dari mebiarkan mereka berjalan walau pun jarak rumah dan sekolah berdekatan.

    Namun bukan semua ibu bapa yang dapat keluar pejabat dan hantar anak ke sekolah bagi aktivti petang.

    Oleh itu, bekalkan anak-anak dengan doa dan yassin sebelum mereka keluar rumah.

    Masa di Universiti dolu-dolu (80an)hal pukau memukau ni memang dah ada. Oleh kerana saya agak penakut sentiasa mulut berkumat-kumit membaca ayat pendiding dan yassin sentiasa ada dalam beg jika ke Kuala Lumpur.

    Tapi nasib tidak menyebelahi kawan saya apbila dia di pukau dan ditawan selama beberpa hari semasa dalam perjalanan ke stesen bas kelang (saya nak ke rumah mak cik di klang dan dia nak ke taman datuk harun rumah mak ciknya). Dan saya berada di depannya beberpa langkah. Tidak menyedari beliau ditarik keluar. Dan saya ingat beliau singgah membeli belah di petaling street.

    Tapi saya fikir ini juga cabaran kepada kaum adam di Malaysia. Mungkin juga anda tidak cukup hebat menawan hati gadis-gadis....dengan perawakan yang lembut, rajin bekerja, suka menyimpan wang dan tidak merempit mungkin menjadi idaman anak-anak perempuan yang kita anggap sebagai sumpahan atau sihir.

    BalasPadam
  9. bagus la kalau berniat pulang ke tanah air...harap lepas ni dia tak menyusahkan ibubapanya lagi..

    BalasPadam
  10. aku nk berguru la dengan wak lombok..
    dapat ilmu pikat memikat..silap2 anak raja pon tertawan...kahkahkah

    BalasPadam
  11. Salam Mazidul,

    Terima kasih Echah kerana komen puan yang ringkas , padat dan sungguh memberi kesan.

    Terima kasih jua kepada Tuan Tanah kerana memberi kami ruang dan peluang untuk kami bertandang mencari ilmu disini.

    BalasPadam
  12. Itulah tanda kasih & sayang Ibu & Bapa, tidak pernah berubah walaupun si anak sudah menconteng arang ke muka mereka.

    Tanda sayang Mat Lombok : "Ella..Ella.. Abg sayang lagi cinta sama kamu.." Sayangnya, sayang itu hanya sementara - Sayang yg mahukan sesuatu - Sayangnya sesudah "mendapat", sayang itu sudah terbang dibawa angin lalu... Sungguh sayang...

    Tanda sayang Bapa : "Pakcik merana, tidur tak lena semenjak hampir 1/2 tahun Bella pergi"(Entah2 tiap malam Bella lena diulit Mat Lombok). "Pakcik bercadang nak buat nasi goreng & rendang daging kegemaran Bella" (Entah2 Bella cukup berpuashati & rasa "enak" menjamah sayuran kg/ubi di kg Mat Lombok).

    Nak, Kasih & Sayang Ibu & Bapa bukan di mulut nak... di hati, di jiwa - bersatu di segenap urat & nadi kami Nak...

    JANGAN terpedaya dgn kasih sayang yg sementara Nak... Bersabarlah dgn gejolak nafsu mu - Al-Quran jelas mencatatkan setiap makhluk yg dijadikanNya berpasang-pasangan - Detik buat mu menyalurkan nafsu akan tiba, sudah tercatat di Luh Mahfuz - BERSABARLAH...

    Buat Pakcik Yunan, bersabarlah - sama2 kita Muhasabah diri - Renung kembali didikan kita terhadap PERMATA hati kita - Kasih Sayang tdk bermakna memberi makanan kegemaran mereka, tdk bermakna membekalkan material sahaja - DIA tidak menguji kita sebarangan - Ruang & peluang masih terbuka lebar buat kita.

    BalasPadam
  13. Lagu Indon, Drama Indon, Filem Indon, Pekerja Warga Indon, Pembantu rumah Warga Indon, Pengawal Indon... Semua Indon.. Harap hentikan pengambilan warga indon. Tiada pengampunan lagi kepada pendatang haram indon, Sekat lagu2 indon, drama2 sampah indon, hukum mati penjenayah indon, barulah selamat anak gadis kita. Bukan indon sahaja, Nepal Bangla, Negro, Pelacur China semua menyumbang kebejatan sosial negara. Dari sudut lain menguntungkan ekonomi golongan elit, tetapi kesan negatif kerkena rakyat biasa..

    BalasPadam
  14. Izad, terima kasih kembali.

    Percakapan dan tulisan sedikit sebanyak memberikan gambaran sebenar berhubung karektor dan pemikiran manusia.

    BalasPadam
  15. Sebenarnya putri ada terasa sikit bila dengar radio swasta pagi tadi.
    Seorang warga jiran yang berkahwin dengan orang kita, telah menggunakan nama iparnya untuk membuka sebuah restoren dan juga membuka 2 buah carwash dengan semua pekerja dari negaranya.
    Alasan yang diberikan adalah orang kita banyak songeh. dan orang mereka rajin.
    X kan lebih 28 juta rakyat Malaysia pemalas, dan semua warga mereka rajin-rajin belaka.

    BalasPadam
  16. Mungkin pelajar perempuan lepas ni perlu diajar subjek "Menangkis Godaan Pendatang Asing" selain daripada pelajaran ekonomi rumahtangga yang telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup skang ni. Menteri Pelajaran... sila take note cadangan saya ye. heheheheh

    BalasPadam
  17. timakasih saudara izad kerana menghargai komen combi.. *kembang dah ni :p

    BalasPadam
  18. Mak bapak tak ada masa nak ajar anak, semua sibuk berdiskusi maya dan mencari duit untuk bayar instalment... Masalah pokok, tetap tidak dapat diselesaikan. Cara nak selesaikan ? Err.. kena mintak izin dengan Mr. Land Lord dulu..

    BalasPadam
  19. rasa terasing di puduraya masa hari cuti umum chineese new year....

    BalasPadam
  20. Ingatan serta ajaran dari kedua ibu bapa tak dinafikan amat penting namun keprihatinan masyarakat juga amat penting.

    Jika anak teruna atau dara baik keluar rumah dengan segala tsunami, ribut, taufan, ilmu hitam & pelbagai musibah negara rasanya meraban juga akhirnya.

    Bella akan pulang, saya amat terharu; Emak ayah ini kalau dapat cium cucu selalunya akan lupa kenangan pahit lalu.

    Kita serumpun sebenarnya, maka itu mudah amat tergoda dengan lelaki Lombok ini. Cuma lelaki Lombok ini garang macam Jerman cakap Melayu pun sepatah haram tak tahu; payah juga bercinta main ketuk-ketuk botol ini!.

    Apa-apa pun jika saya ini lelaki Lombok rasanya tak sanggup nak larikan anak dara orang. Biarlah hamba mati meragan!. Mungkin saya akan jadi Jejaka Lombok Sejati; baik-baik belaka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.