Rabu, Februari 24, 2010

RM11 Juta Hasil Video Lucah

Mungkin ramai sebelum ini menerima pesanan ringkas menawarkan penghantaran klip video lucah 3 minit melalui telefon bimbit.

RM3 caj dikenakan jika pelanggan bersetuju.

Harian Metro melaporkan jam 10 malam semalam, suspek berusia 34 tahun ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Suspek, bekas eksekutif syarikat telekomunikasi, dilapor berjaya mengumpul lebih 11 juta ringgit menggunakan syarikat miliknya sejak beberapa tahun lalu.

Bayangkan jika anak kecil hingusan menjadi sebahagian daripada statistik pelanggan klip video terbabit tanpa pengetahuan ibu bapa. Pendedahan tidak sihat bagi mereka.

Andai mahkamah mendapati suspek sabit kesalahan, dia memang celaka!

12 ulasan:

  1. Salam, Bro Maz..

    Dah cuak dapat sms mcm tu. Mcm2 no. ada, sesetengah nya dari no biasa, bukan dari service provider. Geram pun ada, menyemak inbox!

    Sakan dia buat duit sampai 11 juta..yang hairan tu, ramai pulak yang tak berkira melanggan yer..murah hati rakyat malaysia ni..;p harap dapat la hukuman setimpal, merosak bangsa je.

    BalasPadam
  2. Saya harap undang2 saya yg hanya benarkan anak2 miliki hp selepas SPM, dapat mengelak mereka terdedah dari perkara sebegini..

    Saya sendiri pernah terima sms sebegitu.. dll yg berbentuk iklan juga yang berbaur lucah, tapi sori tak kuasa nak layan.. sebab saya pun kedukut kredit hp gakk..

    BalasPadam
  3. fuhh...11 juta?? banyak betul dia dapat hasil daripada kegiatan haramnya itu....

    BalasPadam
  4. Assalam...

    Itulah padahnya jika cerdik dan pintar dikuasai nafsu mengejar wang ringgit dan kemewahan.

    Apa sahaja gejala yang tidak elok berlaku di dalam masyarakat sekolah kena bayar dengan dibebani penambahan sukatan atau program.

    Terbaru pengetua dan penolong kanan telah diberi latihan sebagai duta untuk menyampaikan dan membimbing agar anak-anak yang keluar sebagai ahli masyarakat mengamalkan nilai integriti yang tinggi.

    Selama ini sekolah sememangnya telah berusaha untuk membangunkan afektif dan sahsiah murid. Namun cabaran amat besar kerana nilai dan amalan di sekolah dan di rumah bagi sesetengah (mungkin ramai) adalah berbeza dan tidak selari.

    Jadi saya amat berharap agar semua rakyat Malaysia tidak kira siapa anda, apa jawatan anda, apa pegangan hidup anda tolong lah saling tegur menegur..ambil cakna apa sahaja penyakit masyarakat yang boleh menganggu kemakmuran hidup di bumi bertuah ini.

    tapi saya percaya anda yang mengunjungi blog en. mazidul ini tentunya rakyat yang perihatin...

    Tq.

    BalasPadam
  5. kawan-kawan yang sma menikmati hasil belanja kemewahan juga perlu dibawa bersama..

    kesan bersekongkol sampai begitu lama.


    .. baru betui kalau diMASUK/sumbat ke ISA.(kamunting)
    kesian virus/menjahanamkan kepada kanak2 berumur 5/6/7 thun yang baru belajar buka sms dan mms.

    kekadang kena percaya sumpahan pengguna, jika tidak percaya setakat 40 orang..satu juta agaknya baru terkena balasannya..

    ..dan saya salah seorang yang menyebut "SIA*" kepada penghantar sms itu, 2/3 kali seminggu...maafkan yer aduhai pereka video LUCAH..

    BalasPadam
  6. kayo pokcik mcm ni punya byk duit.harap2 hukuman yg dijalan kan setimpal dgn kesalahan...kasi potong saja!baru dia tau..

    BalasPadam
  7. Salam ,

    Org tu memang dasar parasit masyarakat .perosak remaja ...perlu dibendung....

    Tidak dinafikan yang ramai remaja sekolah kini bukan dara lagi ...hl ini kerana pendedahan awal ttg hal tersebut dan ia mendorong mereka mencuba.

    BalasPadam
  8. Salam... bagi saya... pokok-pangkal diri sendiri - nak layan atau tidak perkara-perkara sepeti itu ;)

    BalasPadam
  9. maaf nak masuk tajuk lain. nak tanya. dalam pelacuran..perempuan akan dipanggil pelacur @ GRO. apa maksud GRO??

    BalasPadam
  10. as-salam MUI--e

    yang difokuskan adalah kanak2, jika dah dewasa, lain cerita duit dia, ketagih pun dia.

    adinul GRO dah ditukar kepada 'pegawai perhubungan jiwa'.

    BalasPadam
  11. kalau tak dibendung, gejala ni mungkin jadi trend. Anak-anak sekarang mempunyai akses kepada apa sahaja yang tidak pernah digambarkan oleh anak-anak sebelum ini.

    BalasPadam
  12. Itu sebenarnya nilai iman kita 11 juta... bukan mahalnya iman tapi nilai runtuhnya iman!... emmm! baru satu kes!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.