Isnin, Februari 01, 2010

Saya Mati Dahulu

Jam 12 malam tadi, isteri saya berkata …

“ … manalah tahu 5 tahun ke, 10 tahun ke I hidup ..”

Saya katakan kepadanya …

“Janganlah macam itu. You besarkan anak-anak kita, I akan mati dahulu. Ya lah, lelaki kan selalu mati dahulu (berbanding perempuan)”

Dia terdiam.

Saya akur saat perpisahan itu akan pasti berlaku, saatnya ditentukan Allah S.W.T, pencipta makhluk bergelar manusia.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Barangkali ketika itu, dia akan menitiskan air mata, mengimbau kembali detik suka duka kami lalui bersama sepanjang melayari bahtera perkahwinan lebih 12 tahun.

Justeru, dalam tempoh waktu singkat ini, selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke …

Hu! Hu!

40.

… pada 8 Februari 2010

Jika selama ini berulangkali saya terlupa tarikh penting dalam kehidupannya, biarlah kali ini seminggu lebih awal mengucapkan ‘happy birthday’ kepadanya, bukti saya ingat.

Nota Gambar dimuatkan bukan isteri (dia muda sikit la ... )

22 ulasan:

  1. Selamat Ulang Tahun untuk isteri En.Mazidul~
    Moga diberkati dalam segala hal..

    BalasPadam
  2. seringkali kan bila sudah tiada barulah kita menghargai seseorang. Seringkali juga bila tidak bersama barulah kita sedar kasihnya. Seringkali jugalah bila dia bukan lagi milik kita, barulah kita rasa kehilangannya!

    Apapun sy jg ingin ucap selamat hari lahir utk dia...moga sentiasa dalam rahmat dan nikmat Allah.

    BalasPadam
  3. Little dan MrsNor, terima kasih. Dia akan tahu, she's one of the readers of this blog.

    BalasPadam
  4. Aminn..

    awal, tanda perihatin dari terlupa.

    hheee,

    BalasPadam
  5. Selamat hari ulang tahun kelahiran Mrs MAS. Suami kakcik akan menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 50 pd 10/2 nanti. Kebetulan, petang semalam pun kakcik membicarakan tentang kematian dengannya. Kesihatan kakcik yang tak menentu, menyebabkan kakcik sentiasa rasa yang kakcik akan pergi dahulu. Walaupun kakcik sentiasa sedar, kelapa muda juga boleh gugur dahulu dari kelapa tua.

    BalasPadam
  6. Wah Romantiknya....
    Aura romantik bukan hanya terasa mengalir & mengembang di salur darah apabila menerima ucapan "I love you/kita sayang kat awak sangat2, sungguh!../I x sanggup tinggalkan U coz U're da one & only/kalu awak mati saya sumpah x kawin lagi" - BUKAN.

    Ungkapan biasa yg 'berbau' CARING (saya suka memaknakannya sebagai KASIH) dah cukup membuat sang Isteri cair... dalam limpahan kasih akan terasa 'sasa'nya sang suami melindungi, terasa tingginya dinding penyatuan 2 hati yg amat kental utk dirobohkan.

    Walaupun saya terbaca di akhbar semalam mengatakan lelaki melayu tidak romantik hanya kerana terlupa tarikh2 penting & mengucapkan Selamat Harijadi DUA hari lebih awal akibat ingat2 lupa (bila kekasih/isteri terkejut sebab awal sangat, dia cover line kata "I ucap in advanced tanda u selalu di ingatan I") ada benarnya, tetapi itu bukanlah satu titik bengik di dalam sesebuah hubungan.

    En. Mazidul, seminggu lebih awal mahupun terlewat sehari it's okay... Yg penting kasih sayang di zaman bercinta kekal mekar di alam rumahtangga - walaupun sesekali badai melanda, walaupun beranak 5 mahupun sehingga kendur segala...

    SELAMAT ULANGTAHUN buat ISTERI En. Mazidul, semuga diberi kesihatan yg baik demi kelangsungan niat En. Mazidul agar dpt membesarkan anak2 (saya setuju dgn statistik majoriti suami PERGI dahulu - hanya dgn kuasaNya). Ketabahan & sabar itu anugerah Allah swt buat kaum wanita - Semoga Puan tergolong di kalangannya...

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir untuk akak@mrs mazidul, semoga sentiasa diberkati Allah...

    BalasPadam
  8. Salam Mazidul. Jika mengikut statistik rasmi telahan Mazidul benar. Purata jangka hayat perempuan lebih tinggi daripada jangka hayat lelaki. Apa-apapun, kita mohon kepada Allah s.a.w biarlah kesudahan hidup kita baik. Kita "pergi" dengan keredhoan kekasih di dunia dan "diterima" oleh "Kekasih" di akhirat. Wallahualam.

    BalasPadam
  9. >> Nota Gambar dimuatkan bukan isteri (dia muda sikit la ... )

    tak suke ayat ni..sila tukar *amaran keras

    taknak ucap skrg bole tak?? nnt en mazidul buat n3 khas utk dia ye.

    *sedeh pulak bila combi baca pasal sape mati dulu ni sbb combi pun kalau bole nak bersama huby sehingga ke syurga.nak mati sama-sama sbb combi rasa tak bole hidup tanpa dia...dia adalah segalanyer..

    mungkin semua pasangan mempunyai rasa yg sama mcm combi.nak nangis dah ni... :(

    >> en mazidul pun jiwang karat jugak ekk :p

    BalasPadam
  10. MATi iTU PASTi...
    CUMA, TUA SAJA BELUM PASTi...

    BalasPadam
  11. SALAM ANGKEL MAZIDUL,

    Kalo terlupa tarikh pentim tu, bukannya bermakna kite x sayam...('',) cemanapun, SALAM ULAMTAHUN BUAT ISTERI ANGKEL ai se famili ucapkan...semoga impian beliau tercapai untuk memiliki kebahagian di dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  12. ucap awal tandanya prihatin..syukur sbb dah 12 tahun kahwin tp masih ingat nak ucapkan buat isteri, ada yg baru kahwin pun belum tentu ingat ucap selamat harijadi buat isteri...
    Dan kamu bertuah...
    SELAMAT HARIJADI...SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI...
    p/s: 8.2.10 nanti juga anniversary saya....yg ke 6 tahun..:)~

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Lahir buat Mrs. Mazidul...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....

    BalasPadam
  14. mati??
    saya lebih rela saya mati dulu..
    huhuhuhu~

    *this story reminds me about something*
    huuu

    BalasPadam
  15. mrs maz, selamat hari lahir, muga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki diberi kebahgiaan & keselamatan dunia & akhirat..

    BalasPadam
  16. happy birtday auntie..wish awal takut lupa gaks...heheheh

    BalasPadam
  17. bagi suami yang telah tua bangka begini seperti saya; tak kisah dapat ucapan ulang tahun berkali-kali, saya pun golongan nyanyuk, orang nyanyuk asyik buat benda berulang kali; buat kata Zeq dari terlupa...

    bagaimana jika orang luar yang lebih ingat hari lahir kita bukan suami atau isteri...

    rasa ada tak kena!...

    baguslah begitu baik seminggu atau seawalnya kita terkenang hari lahir org yang dekat dengan kita apalah salahnya...

    hakikat usia memang begitu perempuan lebih berusia banding lelaki maka itu orang tua berpesan agar cari isteri lebih muda sekitar 5 tahun; kita yang pilih jodoh sebaya atau lebih sebab ... dot dot dot!...

    Selamat hari lahir! buat isterinya. Agar sentiasa damai, dirahmati Allah SWT dimurahkan rezeki & kekal ke cucu cicit.

    BalasPadam
  18. Selamat Ulang Tahun.

    Andainya aku pergi dulu sebelum mu, ku tunggu mu di pintu syurga (bak kata Alleycats). tima kaseeey.

    BalasPadam
  19. Salam... belated happy birthday...

    * kadang2 perkara seperti memperingati ulang tahun kelahiran nampak remeh tapi bagi seorang 'isteri' amat berharga sekiranya 'suami' mengingatinya - apa lagi kalau disertai dengan hadiah :p

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.