Wanita sering ditipu akibat ‘termakan’ dek bait-bait cinta. Mungkin kerana telinga wanita gemar ‘disumbat’ lalu ‘cair’ mendengar kenyataan indah menusuk kalbu.
Baca laporan akhbar Harian Metro hari ini, berhubung 2 kes wanita tempatan ditipu lelaki asing membabitkan wang berjumlah RM125,783 dan RM400,000.
Dalang sindiket, dipercayai warga Afrika dikatakan menyamar menggunakan photo lelaki Korea kacak (baca: kes suka tengok drama Korea agaknya) untuk memperdaya mangsa.
Baca laporan penuh di sini.
Ok, ok, bukan semua wanita (baca: ayat ini wajib ditulis), sebilangan mereka.
Apapun, kes penipuan juga turut membabitkan lelaki tempatan. Cuma wanita ditipu samada kerugian wang, harta benda mahupun maruah diri, jarang bersuara akibat malu atas kebodohan ditempa. Selalunya begitulah tetapi tidak semua.
Berikut kisah benar diceritakan kenalan, tidak perlu saya dedahkan identitinya.
‘Yan’, 23 tahuh berkenalan dengan lelaki muallaf (baca: berketurunan Cina) dari Tuaran, Sabah melalui laman sosial ‘Tagged’ dan difahamkan dia hanya berpeluang bertemu 'kekasih' berusia 30 tahun terbabit 5 kali sahaja dalam tempoh 12 bulan.
“Dia kata hendak develop bisnes untuk masa hadapan kita orang,” kata Yan.
Akibat terlalu percaya dengan pujuk rayu, Yan sanggup berkorban membuat pinjaman kewangan daripada bank tempatan, mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit miliknya dan akaun simpanan. Kesemua wang berjumlah lebih RM40,000 diserahkan kepada lelaki tunangannya sejak 2 bulan lalu itu.
“Selepas sebulan kami masih berhubung, after that, bila call tak angkat, SMS tak berbalas,” sambung Yan.
Bahananya, kini Yan terpaksa menjelaskan bayaran pinjaman lebih RM1,000 sebulan kepada pihak bank.
Kekadang kita berasa hairan bagaimana wanita terpelajar dikenali sering mempraktikkan sikap berhati-hati mampu tertipu dek air liur dan taipan aksara lelaki di papan kekunci komputer (baca: keyboard).
Belajarlah dari kesilapan orang lain BUKAN dari kesilapan kita. Itu tindakan lebih bijak.
BRO MAZ..
BalasPadamsekali fikir, ada gak untungnya jadi wanita Tidak Berada, Tidak Berduit.. dan juga Tidak Cantik.. (macam saya)
Tapi, saya rasa bukan setakat rupa saja yang dilihat. Sudah tentu kelemahan (mudah cair) itu tidak mengira rupa, tidak kira poket tebal atau tidak..
Sama-sama berhati-hati...
Alamak! Maaf sangat. Saya accidently deleted beberapa komen which tidak dimaksud untuk dipadamkan.
BalasPadamTua, begitulah kesannya kepada refleks manusia.
Azieazah, orang banyak duit lebih mudah ditipu. Kalau duit sikit, orang selalu akan lari.
BalasPadamAda pros dan cons, kan?
Perempuan kaya, kerap menjadi mangsa kerana they have something to give. Apabila dipujuk rayu, ramai kecundang, kes penipuan berulang.
hmm, kalau duit byk ramai jer mai datang nk mintak hutang laa, nk ajak bisnes mlm. tak kira laki ker perempuan. hmm, tipu ni x senang lama mana. kejab lagi smpi laa balasan kesusahan kt dunia
BalasPadamI would agree with you Bro Mazidul that we all should learn from others mistake and not our mistake.
BalasPadamLet others hold the cost of making the mistake not us.
Without prejudice, I would say women tend to give everything when someone say "I LOVE U" compare to man.
Above all is to ensure ourselves not to watch too many love story movies and live in reality not fantasy.
Discovery Channel or National Geographic and stuff like that would be meaningful.
Channel 613 pun okey jugak.
Kah kah kah!!!...
Salam Bro,
BalasPadamAku pun tak paham kenapa ramai sgt pompuan senang2 dpt ditipu, bilang xda sekolah, majoriti pun semua ada kelulusan... so, kpd pompuan2 @ wanita2 d luar sana (termasuk aku hehehe) sendiri mo ingat lah... jgn senang2 ditipu dgn 'madah berhelah' oleh si lelaki (bukan semua)... jgn kerana dia say I love you, I miss u.. or whatsoever, dah cair.. kebalkan hati tu, jgn mudah terpengaruh.. nanti sendiri susah, bila dah kena, mula lah 'meluah' sini sana.. sapa yg dpt tolong? so, ingat jangan cari masalah dan jgn ambil risiko...
Dasar2 tak tahu malu ...geram ....african pun nak tipu ...guna gambar korean ....tak tahu malu .......nanti dapat balasan ......
BalasPadamSusah juga sekarang nak mempercayai seseorang , kita tidak boleh mempercayai seseorang 100% termasuk org yng tidur sekatil dgn kita .....hanya mempercayai Tuhan .
apapun sikap berhati-hati patut diperluaskan luar drp skop dijalanraya shj.. :P
BalasPadamSalam... kadang-kadang kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang menyebabkan kealpaan diri ;)
BalasPadamwanita sekarang bilangannya lebih ramai dari lelaki dan memerlukan kasih sayang. Tapi silap langkah macam desperate sangat tak mengira asal keturunan, pandai ayat je habis tergadai bodi. Mungkin kena tingkat kan kewaspadaan dan selalu berkumpul dengan muhrim.
BalasPadamTak kenal apa tu fatamorgana. Bersahabat di internet ini sering umpama fatamorgana. Kecuali kita memang kenal si dia, memang rapat dengan dengan keluarganya. Memang kenal semua tingkah lakunya lalu ruang cit cat, forum atau tagged semua itu sekadar penghubung.
BalasPadamSaya sering berpesan dengan keluarga saya sendiri, agar jangan mudah percaya dengan org yg kita tidak kenal di interbet. Apatah lagi tak pernah jelas pengenalan dirinya.
Bukan mustahil ayat yang indah dia taburkan buat kita dia sepahkan juga buat rakan internet yang lain. Samalah bahayanya SMS, e-mel & apa jua hubungan maya yang sekadar bayangan ini.
Banyak amat saya kupas masalah ini sejak dulu tapi siapa mahu dengar, siapa mahu sedar & masuk ke hati. Top-top berlaku lagi penipuan; terusan menjadi-jadi penipuan cinta di alam maya ini.
Amat membosankan.