Saya menerima emel dihantar gadis berusia 16 tahun, ‘Ireen’.
“I had sex when I was 14 years old,” catatnya.
Tambahnya, teman lelakinya pada ketika itu berusia 16 tahun. ‘Ireen’, anak pasangan terpelajar kini mendakwa hidup tertekan kerana menganggap dirinya tidak lagi bernilai.
“That was the biggest mistake which I have ever done,” sambungnya.
‘Ireen’ bukan berbangsa Cina, India, Kadazan atau Iban, dia Melayu. Namun pada masa sama kita tidak boleh menolak kebarangkalian kejadian sama juga berlaku di kalangan remaja berbangsa lain. Mereka semua manusia, mempunyai pelbagai keinginan perlu dipenuhi.
Membaca emel dihantar, terfikir …
Ibu bapa boleh menasihat dan memperingatkan anak remaja mereka agar menjaga perlakuan namun tindakan sebenar bergantung kepada anak gadis itu. Mustahil keluarga mampu memantau setiap gerak-geri anak apabila mereka keluar bersama rakan.
Alasan mereka pelbagai, keluar menonton wayang, lepak di kedai mamak mahupun sekadar bersiar-siar untuk ‘window shopping’ bersama kenalan berjantina sama atau sebaliknya. Sebilangan mereka mungkin tidak berkata benar. Lihat sahaja laporan akhbar, beberapa pusat hiburan dikesan membenarkan anak di bawah umur menjadi pelanggan demi mengaut keuntungan. Diserbu pihak berkuasa, majoriti pengunjung remaja akan bersembunyi secara berkumpulan di dalam tandas. Itu senario biasa.
Bolehkah keluarga menghalang kebebasan sebegitu?
Sedangkan kita semua tahu, jika terlalu dikongkong, majoriti anak memberontak, andai dibiarkan bebas, kebebasan itu mungkin akan menghancurkan kehidupan mereka.

Salam Mazidul. Tugas berat menanti kita yang mempunyai anak-anak perempuan yang semakin membesar. Jika Mazidul berjumpa saya mungkin Mazidul kenal. Saya dan isteri kawan baik kepada Roshafizah. Ada beberapa kali kita berjumpa di rumah Datin, ibu Ros di Cheras.
BalasPadamBegitu mencabar sekali membesarkan anak anak di zaman ini.
BalasPadamzaman skrg budak-budak dah lebih advance...
BalasPadamnak tuding jari pun serba salah..
sue pernah menjadi remaja seusia 14tahun dan ketika tu walaupun tanpa kongkongan ibu bapa, sue dpt kawal pergaulan kawan ngan aktiviti sosial.
ada satu premis jual DVD/CD cetak rompak kat area kedai makan cina... diorang letak DVD/CD lucah dengan gambar yang cukup jelas...
lalu di situ lepas pergi kedai 7E.. perasan budak-budak yang sebaya adik sue ligat memandang DVD tersebut tapi sekadar tengok jer lah...
mana tahu esok lusa dah berani beli lepas tu tonton..
awal betul dah make love... alahai budak zaman sekarang... ish3
BalasPadammendidik anak di zaman sekarang penuh dugaan dan cabaran...sebolehnya ibubapa perlu menekankan pendidikan agama dalam mendidik anak-anak dirumah....
BalasPadamkasihan...muda-muda lagi dah ditebuk tupai....
Salam angkel mazidul,
BalasPadamBetul kata "mybabah" dan "my life my world" di atas tu...terlalu sukar nak mengharunginye bagi membesarkan anak² di zaman skam...ai turut merasakannya walopun anak pompuan ai baru berusia 4 bulan. ai berasa takut lah...
dah tak hairan
BalasPadamnak salahkan siapa?
sndri fikir
Kalau dah terjerebak tabiat cam tu, polis pun sukar mengawal mereka.. ibubapa harus mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi !
BalasPadambapak asyik ke batam..
BalasPadammak pulak ke karaoke/dangdut..
so anak ikut ler boipren..ehh ye ke??
*dimanakah anak-anak ku skrg ni..jap jap nak sms tanya :D
.........
betul en mazidul anak-anak tak bole dikongkong...kena buat mcm main layang-layang.lepaskan dan tarik semula.kalau terus tarik/sentap tali akan putus dan jika dibiarkan layang-layang akan terbang tinggi hilang dibalik awan :)
kalau awan dania combi suke :p
Salam Bro Maz,
BalasPadamSebab tu la agak nya orang tua2 selalu mengatakan "jaga kambing sekandang lebih senang dari jaga anak dara seorang"..
'ireen' masih ada masa..asalkan minat dan masih berniat ke arah kebaikan, yang lepas lupakan, bila dewasa tak perlu salahkan keluarga yang tak mengajar ke arah baik..
BalasPadammengenangkan yang lepas bererti dendam.
lagipun tahap keimanan seseorang boleh terdetik tertukar hanya berubah dalam masa seSAAT..samada baik ke arah nakal atau sebaliknya..
masih banyak insan sesama islam di dunia, yang berdoa untuk SEMUA muslimin dan muslimat walaupun ibubapa kita tidak pernah berusaha/berdoa.
Salam Bro Mazidul.
BalasPadamPada akhir emel Irene, ada nada keinsafan dalam dirinya.
Laut mana tak bergelora, bumi mana tak ditimpa hujan.
Tupai yang dah menebuk kelapa, tak boleh menampalnya kembali...
Moga dia pasrah dan sedar kesilapannya.
Memang satu scenario yang membimbangkan. Puncanya pun multifactorial... yang paling besar pengaruh kawan2,lebih2 lagi internet dan globalisasiini, ibu bapa dan faktor dalaman budak2 itu sendiri. Cabaran yang besar untuk ibu bapa juga kerana zaman sekarang tak sama macam semasa ibu-bapa ini masih remaja dulu. Cuma sama2 la kita berusaha memberi kesedaran dan pengetahuan kepada remaja2 kita ( anak sendiri dan juga anak2 orang lain) ini tentang keburukan high risk behaviour ini serta ilmu agama yang secukupnya( 14 tahun tu umur masih belum matang lagi). Kena beri kesedaran kpd remaja tentang apa mereka nak jadi another 10, 20 or 30 yrs lagi.Tapi kepada adik tadi, belum terlambat untuk bertaubat dan membaiki kelemahan yang dulu okay, siapa tahu kesilapan yang lalu akan menjadikan adik orang yang lebih baik kemudian hari
BalasPadamtul tuh...cabaran menjaga anak2 skrg lebih tercabar...:)semua perlu perihatin...
BalasPadamSaya teringin nak jumpa Irene ni dan berbual dgn dia.
BalasPadamkalau zaman sekarang dah macam ni, bayangkan ape yg akan berlaku di masa hadapan...
BalasPadamtu pentingnya didikan agama sejak dalam kandungan...
bukan anak perempuan je susah nak jaga,,anak lelaki pun sama...anak laki merosakkan anak perempuan n anak perempuan merosakkan anak lelaki~jadi cam satu lingkaran rosak dan dirosakkan...
Saya ada 2 anak perempuan, seorang berada d alam remaja dan satu lagi baru tahun 4. Moga Allah melindungi saya dan kita semua dari perkara yang tak sanggup kita lihat dan dengar tersebut .... Amin
BalasPadamsalam tuan mazidul....lumrah dah berpeluh dah kita semua pikirkan hal ini....terpelajar dan 'dipelajarkan'...macam2 yang berlaku....amalan yang baik ialah memeluk anak2 bermula ketika mereka melangkah keluar dari rumah ke sekolah dari kecil sampai besar....dapat mengurangkan apa yang kita risaukan.....salammm
BalasPadamzinzan
salam..
BalasPadammungkin jugak masalah Ireen berpunca dr cara didikan zaman sekarang..
cthnya klu sekarang cikgu marah anak...parents akan marah cikgu balik..
so..anak2 nak buat ape2 pon x kisah sbb diorang tau parents sure akan sokong punya...
negatifnya bila pengalaman disebar kepada kawan2 sekeliling yang muda2.menjadi tak malu
BalasPadampositifnya lelaki boleh tawar menawar,tiada unsur meletak (kewangan)nilai diri.
aduh masyarakat ku dah jadi macam masyarakt barat! Bila mana nilai moden, dewasa disama ertikan dgn kebebsan sex. Makin awal memulakan kegiatan sex, makin moden! Bukan hanya remaja prempuan tp lelaki jg sama. Tak tahu nak ulas apa..cuma mampu berdoa...Ya Allah selamatkan anakku dan generasi dari zina!
BalasPadamDidiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
BalasPadamMata hati itu yang penting; terang ke arah mana; kelam pula ke arah apa.
BalasPadamIman pun sekadar tipisnya kulit bawang; maka itu Islam amat melarang kita mendekati zina.
Pergaulan bebas itu samalah mendekati zina.
Mata iman kita kuat tapi dibutakan syaitan ketika berduaan.
Terlalu muda telah punyai peluang bebas bergaul, silapnya di mana.
Bila remaja pula adat & bawaan kita makin menyusahkan pernikahan semua itu membawa arah kita ke dunia zina yang berluasa.
Bosan!.
salam... sedang memikirkan bagaimana cara terbaik supaya anak sendiri tidak terjebak hal seperti ini... memang menakutkan!
BalasPadamDah terlampau ada sikap keterbukaan itulah jadinya.Kerakusan manusia zaman moden tanpa memikirkan kualiti sosial pada keluarga khususnya dan pada masyarakat amnya.
BalasPadam