Sabtu, Februari 20, 2010

HARD Rock Cafe

Kita semua biasa melihat orang memakai kemeja-t bertulis Hard Rock Cafe, kan?

Semasa di Phuket, Thailand 13 tahun lalu saya bercakap dengan pemandu van pelancong warga tempatan..

“Where you go?,” soalnya dalam Bahasa Inggeris 'di -Thailand-kan'.

“I want to go to Hard Rock Cafe. Would you mind taking me there?,” pinta saya.

Dengan wajah amat yakin dia menjawab …

“Ok, ok, no ploblem (baca: problem), Hard Rock Cafe,” ujarnya.

Sepanjang perjalanan dari hotel, beberapa kali dia menoleh ke belakang sambil bercerita mengenai betapa hebatnya ‘Hard Rock Cafe’ di Phuket.

“Boss, many, many people go there, men especially. When I say 1 hour only, I wait for you. They say, no 2 hours can ah?. Vely good place,” jelasnya.

Saya hanya mendengar khusyuk.

"Women don't go, they like shopping more," tambahnya lagi.

Tiba-tiba dia memberhentikan van dipandu di bahu jalan.

“Ok, we alive alleady (baca: we’ve arrived already,” katanya sambil tersenyum dan turun membuka pintu van.

Saya turun dan tergamam buat seketika. 

“Hello brother, read that, this is not Hard Rock Cafe, it is Rock Hard,” ujar saya.

“No! No! Boss, here all same, Hard Rock, Rock Hard, same,” katanya dengan yakin.

Saya hanya menggelengkan kepala. Di pintu masuk ‘Rock HARD’ terpampang 3 skrin televisyen besar.

‘Preview next dancer’

Ha! Ha! Ha! Ya! Rock Hard, premis tarian bogel. Skrin diletakkan di luar bertujuan menarik perhatian pelancong lalu-lalang di kawasan terbabit untuk masuk meninjau persembahan di dalam.

Suka hati kau la labu!

Apapun jangan keliru, Hard Rock Cafe sebenar terletak di Patong berhampiran hotel mewah dan pusat membeli-belah, hampir dengan lapangan terbang.

Oh! Saya tahu soalan apa awak semua hendak tanya. Adakah saya masuk?

Terlupa, isteri bersama saya dan Phuket, lokasi kami berbulan madu (baca: mujurlah kalau tidak bukan 2 jam, 9 jam saya duduk di Rock HARD)

24 ulasan:

  1. 9 jam????

    You wanna help to mop the floor (read: wet & sticky floor) as well ah???

    Hahahahaha :D

    Rock Hard, we should know which part it means if we go in.

    So, sebaik mungkin, janganlah pakai seluar ketat-ketat, ye tak?

    Woo hoo hoo...
    (Read: limau on the way lah, Bro... Call me, can?)

    BalasPadam
  2. hehe...nak tergelak saya masa gathering ari tu bro Maz citer pasal Rock Had ni....

    BalasPadam
  3. rock hard a go-go ke bro? keh3 sekarang tempat tu makin advance... kat tingkat bawah ada restaurant cum disco... muahahahaaaa

    BalasPadam
  4. ewah.. kalau orang rumah tak ikut 9jam bro duduk sana yer..

    BalasPadam
  5. hahaha...Rock Hard...macam2 betul orang Thai ni...semua nak ditiru...

    BalasPadam
  6. Saya pun pernah sampai ke Phuket sempat naik bot ke James Bond Island.

    Memang betul perlu amat isteri menemani jika melancong ke sana takutnya tak terkawal gelora nafsu!.

    Sana-sini menunggu ramai sangat GRO dengan pakaian seksi; betulkah GRO atau siapa ah!.

    BalasPadam
  7. hahahahahha mesti kena piat dengan wife tu.... hahahha

    BalasPadam
  8. haha....mamat Thai tu tak faham ke saje nak kenankan bro? hehe

    BalasPadam
  9. hehe...boleh dikata sama pulak...ROCK HARD...hard to think ada lar...

    BalasPadam
  10. Hikhikhik!
    rasanya bukan BRO Mazidul saja yang terkena... pasti ramai lagi yg terkena.. cuma jumlah yang suka bila terkena itu tak sama dgn jumlah yang marah bila tertipu itu.. hahaha...

    BalasPadam
  11. hehehe..nak marah yg tak jadi marah dek tempat yg menarik ( atau menggelorakan jiwa lelaki ? )

    huhuhuhu..

    BalasPadam
  12. Phuket memang syurga... tapi buka syurga saya... syurga lelaki..

    Masa ke Phuket dulu.. masa ayah, hubby dan suami adik nak keluar kononnya nak melihat suasana Phuket malam2... saya dengan mak sibuk nak ikut.

    Akhirnya kami ketinggalan beberapa kaki di belakang sebabnya setiap kedai cenderahati nak disinggah manakala yang lelaki2 tak toleh kiri kanan... tumpu ke arah depan je..

    Rupanya laju sebab dok ternganga tengok minah phuket tergesel2 kat tiang dengan pakaian tutup atas dan bawah tu je... (itupun rasanya bila dia tergoyang2 tu... nampak la gak sket2)

    Bapuk pun ramai kat sana. Bapuk lagi extreme pasal bila lelaki lalu je, laju tangannya menyambar tang bawah zip seluar lelaki.... sambil dok tawar menawar harga..

    Berbulu je mak ngan saya tengok kat belakang

    dan...

    berbulu je orang lelaki sebab kami ada kat belakang... dalam hati "nape la diorang 2 ni ikut?"

    BalasPadam
  13. sdr, nasib baik saya orang miskin, kalau jutawan boleh beli HARD ROCK sebiji, tidur bangun tepi rumah..

    BalasPadam
  14. abg mazidul, HRC Phuket baru bukak hujung tahun lepas... bila kejadian ni berlaku? saya pun ingat ada HRC dulu kat sana sbb tertipu dgn baju HRC Phuket tiruan yg org lain dok pakai.

    BalasPadam
  15. pegi siam ni makan je yang best... Udang besar, ayam goreng serta hot dog. Yg ada kat border tu yakin le sikit nak makan (dannok)

    BalasPadam
  16. saya cuba membayangkan jika isteri en. maz tidak berada disitu diketika itu.. 9jam tu... kalu non-muslim akan kata 'u t men!!' tapi kalau muslim 'semoga kamu bertaubat dan diampunkan'

    muahahaha.. (boleh gelak ke?)

    BalasPadam
  17. Emmm! kalau sang suami tak ada isterilah!... rasanya bagaimana... masukkah ke HARD ROCK ini!. 95% masuk punya otak lelaki ini sama saja kut!

    Ayat Sdr Mazidul 2 jam itu yang mendebarkan!. Ini mesti kena cubit silap-silap kena tarik telinga oleh isterinya baru nak keluar!.

    Tapi kalau di Jepun rakan saya katalah; biasa sahaja pasangan ke tempat sebegitu. Samalah di barat. Malahan perempuan dengan perempuan pun ada ramai masuk tempat sebegitu. Mereka sekadar berhibur!.

    Kita orang Malaysia pula asyik lelaki yang amat kemaruk melihat akti mendebarkan begitu. Perempuan kita memang dijamin pemalu. Bukan sekali dua kita baca berita di Malaysia pun ada kelab malam buat secara senyap-senyap tarian begitu; tapi salah di sisi undang-undang.

    Bagaimana kalau ianya diberi permit! di negara kita; Pasti kaya raya taukenya. Judi itu lagi besar dosanya kan?.. kan?. (Ajaran Guru Yahyalah ni)

    Teringat filem Sangam. Bini menari depan mata lagilah menggoda.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.