Selasa, Februari 23, 2010

Laporan Polis terhadap P. Gunasegaram - UPDATE

Berhubung kritikan Pengarang Urusan akhbar The Star, P. Gunasegaram mengenai undang-undang syariah, 'Persuasion, Not Compulsion' baca di sini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM  telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur pada jam 2.20  petang tadi.

Jam 6 petang, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman menghubungi saya melalui telefon memaklumkan, PPIM sedang berusaha untuk bersemuka dan mendapatkan penjelasan daripada P. Gunasegaram berhubung tulisannya itu.

Saya secara peribadi ingin mendengar penjelasan daripada individu sama.

It's 'Question Time' P. GUNASEGARAM.

16 ulasan:

  1. Sokong!!! Makan bleh sebarang makan ye, cakap jangan sebarang cakap!

    BalasPadam
  2. Setuju laporan polis dibuat...orang macam ni kalau dibiarkan akan menjadi barah melalui penulisannya..

    BalasPadam
  3. Satu persatu Islam dirosakkan selain diperkambingkan oleh parti politik seperti PAS.

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  4. BOIKOT THE STAR... Ini pengorbanan kita sempena maulidur rasul!

    DIA ORANG MEDIA...MESTI TAU ETIKA KEWARTAWANAN..PATUTNYE DIORANG BERPERANAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN, BUKAN LAGI MEMBANGKITKAN KONTROVERSI!!!

    BalasPadam
  5. Naik muak aku dengan citer nak buat laporan polis ni

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  6. Kamal, mungkin ada juga orang muak mendengar cerita berjudi di atas kapal.

    Laporan polis telah dibuat (baca: bukan nak dibuat). At least ada juga orang mengambil tindakan, bukan berdiam diri sahaja. Those people who lodged the police report are not from any political party.

    BalasPadam
  7. sokong buat laporan polis. Tunjukkan ianya serius pada kita dan mereka perlu peka bukan peka....k.

    BalasPadam
  8. En Mazidul, saya setuju laporan dibuat. selain itu ucapan minta maaf perlu dlm susulan dari pihak the star.jika tidak ambil tindakan seterusnya

    BalasPadam
  9. Setiap yang berlaku pasti ada sebab..
    Setiap kata-kata yang ditujukan kepada orang lain, pasti beralasan juga..

    apatah lagi tuduhan dan mencetuskan rasa tidak senang hati..

    ada banyak cara menegur. Membuat lapuran polis juga suatu cara agar orang lain berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan (jika dikatakan tersilap) yang sama...

    kan?

    BalasPadam
  10. Rocky Bru kata "Kenapa mereka tidak patut buat laporan polis terhadap The Star". Saya berpendapatsebaliknya:http://dotsnodds.blogspot.com/2010/02/kenapa-kita-patut-buat-laporan-polis.html

    BalasPadam
  11. tak reti nak hormat perasaan org ke kapior2 ni?apekehy nye? lepeh satu2 hey di buat demer!!

    BalasPadam
  12. Judi dalam kapal? ekekek...
    Vic pernah ketuk mesin judi syiling yang main tolak2 syiling tu dalam kapal superstar Virgo..
    Sekali mesin tu bunyi... terus kena marah ngan penjaga kasino.... ahaks!!

    Tak sabar nak tau apa tindakan yang bakal dikenakan kepada orang tu selepas laporan polis ni dibuat. Ataupun... kerajaan mengambil langkap tutup kes gara2 isu sensitif. Hmmmm... tengok je la.

    BalasPadam
  13. sesedap mulut jer mengutuk agama islam...meh kita kutuk agama dia pulak..boleh? tapi tak kan kita nak jadi jahil mcm mereka2 yang jahil tu kot....

    mesti ada sebab kenapa sesuatu hukuman tu diadakan....

    dia tak tahu sebab dia bukan islam...kalau dia tahu tentu dia tak berkata sedemikian...

    smoga ALLAH bukakan pintu hati dia... tu jer...

    BalasPadam
  14. bukan setakat laporan polis, The Star perlu meminta maaf secara terbuka!

    Semakin hebat sindiran terhadap agama Islam sejak kebelakangan ini. Inilah masalahnya bila kebebasan bersuara disalahgunakan.

    BalasPadam
  15. Terima kasih PPIM! Kami berbangga dengan kalian! Persatuan2 sebeginilah yg boleh diharapkan untuk sentiasa "menyelesakan" setiap polemik masyarakat.

    Di dalam masa yg sama, Saya berdoa agar SIS menumpukan perhatian ke atas permasalahan kaum wanita terutamanya membendung gejala bersekedudukan, zina, mengandung di luar nikah & pembuangan bayi (saya yakin, bukan agama Islam sahaja menentang perbuatan ini - Malah semua agama). Perjuangkanlah... Usah lagi melontarkan pendapat ke atas isu semasa yg akhirnya menambah "ketidakselesaan" masyarakat. Ya, kita di zaman millenium harus open minded, hak & privasi manusia perlu dipertingkatkan, tetapi jgn lupa hak2 kita di dalam beragama - Semua agama punya garis panduan "DO's & Don'ts - Hormati hak ini.

    Together we care, be fair & square (if applicable)...

    BalasPadam
  16. suratkhabar star tu tebal. org beli star bukan kerana nilai beritanya, tapi kerana ianya tebal. jadi ianya sesuai untuk buat bungkus barang, bungkus nasi lemak,atau lapik tempat duduk atau buat lindung dari kena hujan. ia juga sesuai untuk buat cucuh api. sebab itulah gunasegaram mungkin dijadikan bahan untuk cucuh api itu. boikot.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.