Jumaat, Februari 12, 2010

Reminder: Jangan Baca Jika Berusia Di Bawah 18 Tahun

Jangan klik link di bawah jika berusia kurang 18 tahun kerana gambar dipaparkan mungkin aksi remaja berusia sama atau kurang.

Pembaca mencatatkan link di bahagian komen satu daripada tempelan blog ini. Saya percaya blog 'hangat' itu milik remaja.

Jika dibaca, Bahasa Inggeris digunakan banyak salah.

People are …bukan People is …

‘People’, perkataan berbentuk plural bukan singular. Namun, kerana saya bukan guru Bahasa Inggeris, ada baiknya guru sebenar membuat teguran.

Tujuan pemilik blog ini dicatatkan seperti berikut (disalin semula).

‘Di sini kami bukan mereka cerita semata mata, cerita yang kami ceritakan ini benar benar belaka . Kami akan tengok gerak geri dan kami akan cerita disini, selain tu bukan kami saja yang tahu pasal anda manakala siapa siapa yang baca blog ini akan tahu juga . Jangan sangka kan kawan baik itu tidak makan anda, malah dia akan cerita pasal anda dan saya akan sebar kan disini. So hati hati dengan tingkah laku anda :)’

Peringatan itu sebahagiannya baik, barangkali kaedah teguran digunakan salah.

Mungkin pemilik tidak arif, banyak pihak mampu mengesan identiti mereka dan mengambil tindakan tegas.

25 ulasan:

  1. ini blog remaja-remaja myspace yang tak tau langsung nak tapis gambar-gambar private. bah kan kesemua budak-budak dalam gambar ni memang selalu sangat lepak PAVILION! urmmm..usia dalam lingkungan 13-17..

    BalasPadam
  2. mengucap panjang tengok sesetengah gambar kat blog tu....alahai remaja kita...

    BalasPadam
  3. yelah angkel,

    Blogger ni mengamalkan Prinsip Teguran 2 in 1, dalam baik ada buruk nye...('',)

    BalasPadam
  4. Mieralee, kalau kenal bagi tahulah, tidak perlu memaparkan aksi panas sebegitu.

    BalasPadam
  5. Tak perlu la diorang nak bangga sangat buat maksiat tu.. Siap ambil gamba lagi. Memang nak kena ketok kepala diorang nie.. huhhh..

    BalasPadam
  6. Budak-budak, kecil lagi pandai semua. Qute lagi, pandai pakai tuala.

    BalasPadam
  7. 1)sy hairan dgn bilangan follower blog ini.
    2)blogger ini jelas2 tidak matang,dia tidak fikir jauh. gambar2 yang di siarkan bakal menambah bilangan pelaku2 seperti dalam gambar tuh.. lihat sahaja komen yang ada,majoriti menentang pelaku2 itu tetapi dalam masa yang sama ada sahaja yang suka. Kenapa suka? Kerana dapat menonton aksi panas.
    3) kepada blogger "people is loser",you should stop spreading those nasty pictures. NOW.

    BalasPadam
  8. blogger tersebut tak boleh buat macam tu. tu da mengaibkan.. mmg dia mau kasik sedar bebudak tu.. tp cara dia salah..

    takot gak kot2 ada kawan2/sedara mara pny pic ke.. then kene kutuk2 plak.. camne kalu adik beradik sepupu sepapat dia??

    erm.. tak baik aib kan org lagi2 siap bagi nama..

    BalasPadam
  9. yg peliknya ramai follower
    tu semua rasenye kawan2 baik
    tp disebabkn kena pulau, jadi si penulis ni mbalas dendam la kot :)

    BalasPadam
  10. penulis blog tu tau nama-nama yang dia cuba 'insaf'kan..
    pelik2

    BalasPadam
  11. Lepas ni ada lagi kes buang bayi hasil benih bangsa Melayu.Lepas tu saling tuding menuding..baguslah.Dunia..dunia. :P

    BalasPadam
  12. sengaja letak gambo mcm gitu konon dorang mcm hebat utk diberitahu kpd dunia...eaaaaa :(

    itu yg kita nampak.yg tak nampak beratus ribu lagi kot.maklumlah nafsu tengah bergelora dan iman setipis kulit bawang.

    BalasPadam
  13. Methode yg digunakannya kurang betul..MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..memang dahsyat gambar tu..tapi yg lain tu hanya gambar biasa dan kutukan semata-mata..so tak tahulah nak kata apa...

    BalasPadam
  14. wahai pnulis blog trbabit, sblum btulkan perangai org lain, diri sndiri tu bg btul dulu.

    BalasPadam
  15. macam mana lah budak sekarang ni nak jadi manusia. Cikgu baru rotan sikit, mak bapak dah buat laporan polis.Generasi sekarang makin lama makin hanyut dengan budaya barat sebab mereka tahu, takde sape yang boleh halang mereka.Kalau dulu, cikgu bukan sahaja dihormati di dalam sekolah, bahkan di luar sekolah..kalau sekarang ni?...pelajar nampak cikgu kat luar macam takde apa-apa je. Langsung takde rasa hormat.Yang hisap rokok, selamba je hisap depan cikgu. Siapa lagi yang boleh diharap mengajar & membentuk mereka?..ibubapa mereka yang sentiasa sibuk bekerja?..kat Masjid pun boleh dikira je berapa ramai anak muda yang menjadi jemaah..hancur hancur..

    BalasPadam
  16. Serius cemas tengok gelagat remaja sekarang..

    BalasPadam
  17. sebnrnya byk yg buruk dr yg baik sebar gmbr2 mcm tu

    BalasPadam
  18. kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    dan rasa malu ade makhluk2 bodoh mcm tu dlm dunia ni

    smg mreka dberi hidayah one day nnt

    BalasPadam
  19. sblum betulkan orang, betulkan diri?
    stemen kelakar... nak tunggu diri da jadi malaikat baru tegur orang??

    matlamat x halalkan cara la,
    so apa cara yg anda da lakukan nk bendung gejala sex nie sume?

    masing2 ada pendapat sednri kan?
    so nie pendapat aku,
    aku sokong owner blogger tu letak gamba2 cmtu...

    alasan aku-owner tuh sendiri ckap, dia ambik pic2 tu kat myspace kawan2 dia, dat mean, kawan2 dia yg sendri up gamba2 n sebarkan gamba2 tersebut..

    so sendiri buat, sendiri tangkap gamba, sendiri letak kat internet, so skang sendiri la rasa :)

    BalasPadam
  20. to SDRA ARTCHAN:- sudah tentu bukan cara sedemikian rupa saya gunakan untuk membendung gejala sex ini dari terus menular ( saya juga seorang pendidik dan tak pernah di ajar untuk menegur kesilapan murid dengan kata-kata lucah)dan komen saya itu bkn bermaksud menghalalkan perbuatan anak-anak remaja tersebut....cuma cara yg di gunakan itu kurang sesuai dan ada di antara gambar yg di paparkan bukan adegan lucah tetapi disertai dengan kutukan dan hinaan yg kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya.....MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA:- Sejauh mana pun niat kita untuk berdakwah..klu jalan yg kita pilih bertentangan dengan syariat..Allah tidak akan meredhainya..fikir-fikirkanlah....

    BalasPadam
  21. Nak buat apa marahkan yang remaja, yang tua pun ramai rakamkan adengan maksiat & sebarkan di internet. Kes sebegini telah lama banget berlaku.

    Cumanya kejap ianya kena blok kejap tumbuh kembali. Cumanya tak semuanya betul terkadang tu orang Indon dikatakan orang tempatan. Sekadar direka-reka tapi banyak juga yang bertepatan seperti tersebar luas maksiat pelajar UNITEN beberapa tahun lalu.

    BalasPadam
  22. Si budak blogger tu masih belum matang. Gaya penulisannya sendiri dah mencerminkan siapa diri.

    BalasPadam
  23. "People is loser..."

    Brother Mazidul Akmal Sidek gave the right explanation for the mistake made in this short phrase (I might consider it a complete, simple sentence, but I must not), in which it should be "People are losers...", explaining that the word "people" is actually a plural noun. Therefore, the verbs (or verbs-to-be) should be used in plural form, hence the word "are" is the correct verb-to-be. Then, the common noun that followed - "loser". The word "loser" here referred to the word "people". Since the word "people" is plural, so the word "loser" should be in plural form too. Hence, "losers". So, the 'correct form' of the phrase should be "People are losers..."

    But by right, the whole phrase is wrong. There is no way people are loser. The blogger was clearly jumping off from the technical aspect of English writing. He/She called people losers, means EVERYONE in the whole world is a loser. And he/she, technically declared him/herself wrong (ironically, he/she was, so it seems).

    Telling people are indeed wrong may take thousands of page. Before I start to nag more on the setup of the mistake of the 'phrase' "People is loser", I better put a full-stop to my comment. By the way, I'm an English teacher, teaching at a primary school in Malacca.

    BalasPadam
  24. Master Pamy, terima kasih kerana melontarkan pandangan di blog ini.

    As a human being I stand to be corrected and I do appreciate your comment. Please drop by again next time.

    Thanks teacher.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.