Rabu, September 09, 2009

Rakyat Malaysia Terancam

Saya tertarik membaca komen dilontarkan pelajar Malaysia di Indonesia di entry ‘Bakar Bendera’.

“Ada sekali tu smpai konsulat m'sia bgtau suruh student2 malaysia jgn keluar rumah sgt sbb takut kena dgn org indo”

Tambahnya lagi ...

“orientasi pljr pon ade sentimen anti malaysia ble pelajar senior indo menyuruh pljr br m'sia melaungkan "batik punya indonesia. keris punya indonesia. rendang punya indonesia. malaysia ga' ada apa2"

Berikut laporan Bernama 8 September 2009.

‘The Malaysian Students Department here ( Jakarta ) has advised Malaysian students in Indonesia to take care following reportedly rising anger among a small group of people over slanderous reports by the media of late’

Manakala blog ‘arezeo’, klik di sini, melaporkan 50 aktivis dari Benteng Demokrasi Rakyat di Indonesia melakukan ‘sweeping’ ke atas rakyat Malaysia melalui Jalan Diponegoro di Jakarta Pusat. Mereka memakai ikat kepala berwarna putih dan bersenjatakan buluh runcing.

Berikut laporan Kabar Nasional, Jakarta (tvOne) pada 8 September 2009.

‘Istana mengimbau masyarakat Indonesia tidak melakukan sweeping terhadap warga Malaysia untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap Malaysia. “Kalau ada ketidakpuasan harus dilakukan secara hukum,” kata Andi Mallarangeng, juru bicara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, di depan Istana Negara’

Nampaknya, Presiden Indonesia mengambil langkah bijak. Mungkin beliau terfikir bagaimana andai rakyat Indonesia di Malaysia di ‘sweeping’.

Berapa banyak ‘penyapu’ perlu digunakan?

45 ulasan:

  1. betapa kuatnya kebencian mereka yer..

    mudahan ianya berkurangan

    BalasPadam
  2. salam ziarah kembali...

    Isu Malaysia dengan Indonesia nih dah banyak kali berlaku. Jika Abg Mazidul biasa melawat forum-forum Indonesia, ade beberapa forum ini terang-terang menyatakan mereka Anti-Malaysia. Saya masih belum dapat trace forum maner tapi kawan-kawan saya yang kejenyer 18jam merayau seluruh laman web dunia nih yang bagi tahu.

    Kalau Abg Mazidul perasan banyak laman blog dan website di Malaysia banyak yang kene hack. Sumber daripada rakan saya, ader satu forum yang forumernyer hackers-hackers terkenal di Indonesia telah isytihar serangan cyber ke Malaysia bermula daripada 31 Ogos dahulu. Kalau abg Mazidul ader rakan-rakan di MCMC boleh try check. Kalau deme taknak kabo maner nyer betui la tu. Kalau deme kabo lagi ler betui. hehehehe...

    Tapi citer nih betui.

    Lagi satu pasai tarian pallet tu. Dah ader sumber yang membuktikan tarian tersebut asalnyer datang dari Indonesia. Tetapi terpaksa disenyapkan supaya tidak berlaku bergolakkan dua negara hanya disebabkan sejenis tarian. Takut jadi macam cerita Pulau Batu Putih

    BalasPadam
  3. nampak semakin melampau je orang Indon ni..
    sampai ada relawan berlatih nak ganyang malaysia la kononnya..

    BalasPadam
  4. agaknya diorg lupa berjuta2 org dia yg kat sini...

    BalasPadam
  5. sebab itula indonesia asyik tak aman aje sebab rakyatnyer sensitif sangat, pikiran kolot, asyik nak bantah je, asyik tak puas ati, patutla Allah s.w.t asyik turunkan bala. Indonesia, sebagai negara yang mempunyai orang islam terbesar di dunia, amat memalukan dengan sikap mereka ini. Mereka sepatutnya tunjukkan contoh yang baik kepada dunia. Ini tidak, sengaja nak cari pasal, nak cari kecoh. Malaysia tak de apa-apa pun, dia plop yang susah2, sibuk2 carik hal.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya mereka itu hanyalah sebahagian kecil, mungkin mewakili 0.000001% dari keseluruhan rakyat Indonesia yang berjumlah lebih 240 juta orang. Tetapi biasalah yang sedikit itu biasanya bersuara lantang seolah-olah mereka mewakili suara majoriti. Dan lagi, yang kecil itulah biasanya yang akan menjadi ancaman jika tidak ditangani dengan segera.

    Mereka itu biasanya didalangi oleh orang-orang tertentu yang ada agenda tersendiri. Jika mereka mengetahui cerita sebenar bagai mana orang Malaysia melayan warga mereka di sini, dan bagaimana orang Malaysia yang mula-mula sekali tiba untuk membantu bila mereka ditimpa musibah, maka mereka pasti tidak akan bertindak sedemikian. Rakyat Malaysia bukan sahaja menyuap makanan kepada jutaan rakyat mereka di sini, malah kita turut ke tempat mereka untuk memberi makanan kepada rakyat mereka yang ditimpa kecelakaan, yang sepatutnya dilakukan oleh mereka sendiri.

    Apapun kerajaan Malaysia melalui kedutaan kita di sana, perlu mencari jalan penyelesaian segera agar pelajar-pelajar kita dan rakyat kita di sana tidak menjadi mangsa golongan pelampau berkenaan.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  7. jgn sampai nanti org malaysia membuluh runcingkan warga indon yg bersepah kat malaysia ni pulak... melampau benar mereka ini..

    BalasPadam
  8. kdg2 hairan juga.Orang luar buat mcm2 kat kita tp kita??? =(

    BalasPadam
  9. ...membakar Jalur Gemilang berarti juga membakar secara tersiratnya 40 Sang Merah Putih yang terdapat di dalamnya... apakah mereka lupa hubungan kekeluargaan yang terjalin di kalangan warga Malaysia dan Indonesia sejak zaman Kesultanan Melaka hingga kini...kepelbagaian keturunan melayu seperti Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya hidup aman dan damai di Malaysia....coba fikir dan renungkan....

    BalasPadam
  10. benci benci pun kat sini juga merempatnya mencari rezeki.. lepas tu tak segan silu berbuat onar!

    BalasPadam
  11. saya geram bila baca benda ni.

    rakan-rakan saya ramai di sana, bukan nak sangat jejak kaki kat sana tapi demi ilmu.

    letak otak dekat lutut!

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum abang Mazidul,

    Saya fikir tiada lagi jalan keluar yakni perdamaian bagi kedua-dua pihak sungguhpun sudah sekian kalinya pihak Malaysia bersikap mengalah, berdiam diri, namun sentimen anti Malaysia tetap dilaung-laungkan.

    Malah isu ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh segelintir anasir jahat. Sepanjang pengetahuan dan pandangan peribadi saya sendiri, sebenarnya sentimen anti Malaysia ini sudah bermula puluhan tahun dahulu.

    Sentimen "Ganyang Malaysia" sebelum ini masih terpahat di minda rakyat kita. Dan itu sukar untuk kita lupakan, namun kita bukan daif kerana rakyat kita cintakan kedamaian.

    Tambahan pula, sebenarnya sentimen anti Malaysia mungkin samas sekali nanah lama yang kian berkudis di hati mereka.

    Di hari baik, bulan baik ini, ke manakah barakah yang di harapkan mereka? Mengadu domba, mengapi-apikan kecekalan dan kesabaran umat serta warga Malaysia.

    Semoga Allah mengampuni dosa warga indonesia ini. Amin.

    Kita tunggu dan lihat apa inisiatif kerajaan dalam menangani isu ini.

    Sebaiknya, bawa pulang ke semua penuntut Malaysia di sana sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan sejarah dan pengalaman sebelum ini banyak menunjukan tragis berdarah yang sukar dibendung.

    BalasPadam
  13. indon oh indon....primitifnya pemikiran diorang...apapun harap warga Malaysia di sana selamat daripada ancaman di sana..

    BalasPadam
  14. Buat masa je layan mereka nie. Yang buat masalah tu rasanya orang-orang yang tak berpelajaran. Takpun, pergi sekolah tapi masih tak faham-faham. Skarang nie makin melampau pulak dengan isu orang gaji indon; nak gaji 800 plak. Marilah sama-sama bagi rezeki dengan ibu-ibu tunggal ataupun warga Malaysia yang ingin mencari rezki halal.

    BalasPadam
  15. dahsyatnya diorg sampai nak 'sweeping' org Msia..belum lagi naik angin org2 di sini..baru diorg tau langit tinggi atau rendah nanti..suka2 hati je.. nak sula org ke dgn buluh runcing tu???..mcm baguih je..org kita masuk secara sah..bukannya seperti segelintir macam diorang yang sanggup bergadai nyawa masuk secara haram ke sini,bayar duit beribu2..tak sedar diuntung..

    BalasPadam
  16. kalau rakyat Indon di MAlaysia nk di 'sweeping' kan...abis kaya tokey penyapu kt cni...huhuhu...abis stok..mcm face mask jgk...hehehehe

    BalasPadam
  17. Bro Maz

    Mana mana negara yang aku pernah pergi

    termasuk di US Of A(8 tahun di sana)

    tak pernah aku dengar mereka membenci Malaysia... Suka lagi adalah...

    Pelik sungguh Orang orang yang mengaku diri negara mereka serumpun, tapi perangai macam hantu Raya

    Dasar tidak mengenang budi

    Kerempeng,
    badigol so'od,
    ikan keli goreng bercili,
    ayam masak tomato,
    jely aiskrim,
    betik tak de biji
    tembikai kuning
    laksa Penang
    Satay perut tembusu
    Mee Bandung
    Nasi lemak ayam goreng
    punya bangsa...


    Nota: BUlan Puasa tak boleh cakap kotor, kena cakap yang sedap sedap belaka.... Boleh kan?

    BalasPadam
  18. alid >> satay perut tembusu tu satay perut org ke..??

    wak tembusu kan org ekeke :p

    BalasPadam
  19. kenapa kita masih berlembut.. bila mereka ditimpa musibah.. kita yg pertama mendahului menghulurkan bantuan,. kerana kita masih merasakan mereka saudara kita.. atas dasar kemanusiaan.. tp semua tu mereka tak peduli.. menyemarak dlm hati mereka bencikan kita.. seharusnya kita berfikir dgn lebih jauh supaya jgn sampai kita terus bersengketa..

    BalasPadam
  20. ish..ish.. melampaunya depa buat kita cenggitu ye..

    takut gak kalau kita ada kat sana masa tu..

    BalasPadam
  21. Macam ni je la..kita pun usir kluar la warga indon yg ada kat malaysia ni..senang,,baru sama-sama "sweeping"

    BalasPadam
  22. Abg Mazidul...

    Saya setuju dengan komen alidyangon tu. Masa saya kat KOREA diorang pun suka dengan Malaysia. Jenis INDON tak sedar diri ni je yang ntah apa-apa. Dasar tak reti diuntung. Nak sweeping konon. Yang berlambak rakyat diorang kat Malaysia ni apa kejadahnyer. Kalau abg pergi ke Damansara Damai tu abg boleh tengok berapa rakyat INDON dok kat situ. Siap beranak pinak lagi. Nath ada permit ntah tidak. Kadang2 wat semak je diorang ni ada kat Malaysia. Tu pun tak reti bersyukur. Kalau kat negara dia jangan kata nak makan, nak kerje pun belum tentu lagi. Memang dasar binatang diorang ni. Ni yang buat darah aku menyirap ngan indon ni....

    BalasPadam
  23. Tak kisah mereka nak 'sweeping' rakyat kita. Kita boleh ambil rakyat kita semula. Apa kata kalau kita pula yang 'sweeping'rakyat mereka yang ada di Malaysia. Ada yang mati kebuluran agaknya.. Bukan MARAH.. tapi GERAM.

    BalasPadam
  24. Salam kat semua
    Perasaan benci tu datang dari Indon2 yang bingai jer..yang educated masih boleh berfikir secara waras..setuju ngan Azrul..yang tu maybe set2 yang masih berpikiran seperti kaum primitif...

    BalasPadam
  25. Negara kita masih menerima kedatangan rakyat mereka(INdon) kerana atas dasar hubungan serumpun dan memberi peluang kepada rakyat Indon mencari rezeki, tapi mereka lupa daratan terhadap kebaikkan kita. Apa salah dan silap student kita sampai hendak di 'sweeping'..

    BalasPadam
  26. Salam saudara.

    mereka kata mereka tak benci, cuma tuntut hak. komentar saya di blog terpakse di edit, atas dasar perebadi. ini blog mereka menuduh kita pencuri:

    http://ardiz.blogspot.com/

    wallahua'alm

    BalasPadam
  27. hurm~ batik diorang punya, rendang diorang punya. boleh di terima akal la.tapi diorang comfirm x de rasul. cuma malaysia je ada rasul. ha..ha.. ingat ngan kahar x?rasul org melayu. terjah blog dia
    http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

    tp jgn mudah terpedaya~

    BalasPadam
  28. Armee, mereka tidak benci? oooooo ..

    Tetapi pada masa sama tidak suka?
    oooooo ..

    BalasPadam
  29. tidak sedar kah mereka Indon ini yang berjuta warga mereka mencari rezeki di bumi Malaysia secara halal mahupun haram...

    Cubalah kenal erti DAMAI wahai jiran ku warga Indonesia Primitif...

    BalasPadam
  30. Indo ni sebenarnya jeles dengan malaysia ., negara yg kecil tetapi bernilai ,, berbilang kaum hidup bersama . dari pada Malaysia cakap Indo ni negara Serumpun puih! lebih baik aku cakap xserempum,. eokoekeo.

    BalasPadam
  31. mereka sedar tak yang Malaysia banyak membantu perkembangan ekonomi mereka kat sana? dan kita rakyat Malaysia sampai bila harus berdiam diperlakukan sebegini?

    bila tengok dan dengar hari2 macam2 mereka cemuh, perasaan amarah dan benci saya pada golongan ini sedikit demi sedikit bercambah tiap hari...

    BalasPadam
  32. bahaya orang2 indon nih......terlebih emosi...teringat video AMBON

    BalasPadam
  33. Hei, xhabeh2 Indong ni. Menyampah la dengan provokasi sampah depa. Cadangan saya, tarik balik rakyat M'sia dan kedutaan kat sana! Pastu senaraikan nama Indong dengan Israel, negara dilarang lawati oleh rakyat M'sia dan xleh masuk M'sia. Halau duta dia dari sini!
    Rakyat Indong yang buat rumah kat kawasan pinggiran Gombak tu siap buat rumah dan kampung lagi. Rumah besar2 siap ada api air. Tapi didiamkan saja.... xlapaq aku serumpun ngan Indong, pantang tok nenek aku Jawa2 dodot ni. Bukan nak kata la memang pantang sunggoh! Hey!

    BalasPadam
  34. AnakMerdeka kata itu memang betul ...hanyalah sebahagian kecil, mungkin mewakili 0.000001%.. pelampau Indon bikin kecoh.

    Pelampau indon ini mungkin tak celik sejarah malahan membabi buta buat kecoh untuk tarik perhatian umum.

    Pastinya yang tahu ceritera sebenar geleng-geleng kepala tak setuju dengan apa yang didemokan mereka.

    Tindakan kerajaan kita nampaknya amat matang. Media kedua negara kena banyakkan mempromosikan keamanan, acara budaya dua negara, perlancungan, & hakikat pembangunan dua hala. Isu keamanan bukan rindu amat gayang Malaysia.

    Media Indon silap jika sering menayangkan provokasi tentang Malaysia yang boleh menaikkan kebencian rakyat mereka.

    Kita sendiri tidak manis menghina mereka, Indonesia menjadi miskin kerana politik & pertadbiran mereka yang korapsi. Seantero dunia tahu masalah ini telah menjadi nanar di negara mereka. Rempah ratus di Acheh umpamanya masih belum terusik. Hasil bumi belum pun habis dikorek. Lanar gunung berapi itu sebenarnya baja yang boleh menyuburkan tanaman. Perlancungan mereka juga belum berkembang sebaik kita.

    Seperkara lagi kita juga selalu membuat operasi bersih, perputihan & perbagai lagi dengan jutaan Pendatang Haram dari Indon ini. Ramai kalangan mereka tertipu oleh Tekong yang membawa mereka rata-rata berniat baik mencari rezeki di negara orang. Rasanya orang tempatan juga ada mengambil kesempatan dengan penderitaan mereka.

    Peratus yang bikin gerladangan di sini pun masih boleh dibendung. Anggota Polis kita cekap belaka.

    Kita sendiri mengikut Prof Suzuki yang saya kenali; akan mengikut jejak Indonesia jika rakyat marhaen tidak sedar & akur bahayanya korapsi ini. Tanda-tanda korapsi itu ujud si negara kita. Kita pun boleh jadi miskin seperti mereka.

    Harap-harap jangan sampai ada rakyat kita terbunuh di sana
    lantaran mainan api ini. Pemimpin kita kena ambil berat; Bertindak segera.

    Jangan biarkan nasi telah menjadi bubur baru mengambil tindakan.

    Dalam apa keadaan kita kena akur; kita adalah Rumpun Melayu. Jangan hancurkan paksi kejiranan dengan malapetaka peperangan. Tak ada baiknya. Sedarkan sahaja mereka yang segelintir ini; Hukum sahaja mereka yang naif ini.

    Kekeruhan ini masih boleh ditapis.

    Sdr Mazidul... dalam hati ini memanglah geram mendidih. Takkan kita nak sama-sama pegang buluh runcing itu.

    BalasPadam
  35. dari pemerhatian keatas website serta forum yang saya lawati, ada kalangan indon2 ni memang tak mengaku kita serumpun...kalau tak mengaku pun kita tak kisah...

    media massa diorang sering memburukkan negara kita...so, indon yg tak tau apa2 ni akan terpancing emosi mereka dengan berita yang tidak benar...

    walaupun kebenaran terserlah, majoriti mereka2 ni tetap buta hati dan terus memfitnah Malaysia..

    Apa kata kita buat memorandum (betul ke ejaan ni??) dan dihantar ke stesen2 tv dan radio kita supaya mengurangkan cerita2 shitnetron dan lagu2 dari seberang??

    Kalau ada produk dari indon, mungkin boleh diboikot?? Ada berani?

    BalasPadam
  36. Ini adalah usaha terbaharu 'pihak tertentu' utk melaga2 kan hubungan 2 negara. Al-maklum lah, Indonesia antara negara yg dihuni ramai umat Islam. Malaysia apa kurangnya kalau diukur dari aspek keluasan muka bumi.

    Siapa sebenarnya 'paling benci' melihat umat Islam bersatu di dunia ini?

    Ini sekadar pendapat dangkal seorang insan kerdil di bumi Allah. Semoga salah faham kecil yg hanya kerana 'sebuah tarian' ini tidak menjejaskan keharmonian dan perpaduan umat Islam dunia.

    BalasPadam
  37. Salam Bro,

    Sebenarnya sentimen 'ganyang Malaysia' dah lama berlaku di era millenium ni. Kalau brader tgk di forum Topixx, berlambak org indon kutuk2 Malaysia sejah bertahun dulu. Semuanya kepada perkara bodoh yg sama, itu dia punya, ini dia punya.

    Dia org bakar hutan sampai kita di sini berjerubu tak pula kita bising. What a primitive mind they had..

    BalasPadam
  38. mengapa TV3 (360) tak cuba "meringankan" tuduhan ini? Isu ini akan berlarutan dan akan menyebabkan ketegangan antara 2 negara. Media massa di Indonesia menyokong tindakan ini dengan menyiarkan dokumentari-dokumentari yg boleh disifatkan sebagai pembakar kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Dengan muzik latar yg menaikkan tahap adrenalin, susunan slaid yang mebangkitkan emosional reaction, paparan graphic yang berlebih-lebihan dan pelbagai lagi propaganda untuk menanam sifat kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Apakah pihak TV3 (360) tidak terpanggil untuk meredakan kemelut ini? (bukannya nak counter attack, tetapi lebih kepada pendekatan neutral agar tanggapan serong itu tidak berlanjutan.
    Contoh dokumentari yg disiarkan oleh media massa Indonesia;
    http://www.youtube.com/watch?v=Z5q-dLMD3Cs

    BalasPadam
  39. Saya pon heran, kenapa sesetengah rakyat M'sia kita suka sangat cakap pakai slang indong bila bercakap dengan indong? kita tak ada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kah nak kena pakai bahasa indong plak?

    Dulu masa saya belajar kat U pon, kawan-kawan sehostel saya gatal mengurat budak-budak pompuan indong yang perasan lawa tu dengan cakap bahasa indong. Dah jadi macam orang tak ada identiti sendiri plak dan menyebabkan kita nih nampak macam menyembah ke Jawakarta!

    Tak paham saya bahasa indong, dah la banyak bahasa pelik-pelik. Dah bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa ibunda cakap la dengan penoh bangga. Takyah nak peduli ke indong ke sapa-sapa.

    BalasPadam
  40. INDONESIA-MALAYSIA= Kat mana rakyat2 diorg nak cari rezeki, kan banyak rakyat diorg yang kerja kat negara kita....

    MALAYSIA-INDONESIA= Jangan kita lupakan bahawa ilmu2 persilatan banyak yang diwarisi dari sana contohnya Silat Gayung (pesaka/malaysia) daripada Mahaguru Dato' Meor yg bersusurgalur daripada Daeng Kuning(keturunan Bugis Indonesia) dan Perguruan Seni Beladiri Jurus Acheh yang berasal daripada Tanah Acheh Serambi Mekah (Diwariskan kepada Guru Abi Syukri di Kelantan)

    MALAYSIA+INDONESIA= Inilah satu persaudaraan yang sebenarnya telah kita cuba titipkan, namun bertepuk sebelah tangan masaKan ia mahu berbunyi..Persaudaraan MALINDO yang sebenarnya cukup membuatkan persaudaraan ini dihormati negara rakan dan disegani negara lawan..

    Hakikatnya KITA (MALINDO) adalah sama dan serupa..biarlah pertelagahan ini ibarat carik2 bulu ayam,lama2 bercantum semula..Jika Indonesia menganggap kita adik, nah...! Telah adik yang mereka caci dan keji dulu beralah dan berlapang dada menghantarkan bantuan atas nasib yang menimpa rakyat2 abang di Sumatera dan Padang ( Lupakah abang bahawa satu ketika dulu,adik ini juga menghantar bantuan kepada abang ketika Badai Bala Besar (tsunami) di Acheh..walaupun adik sendiri merasai sakit dan pedihnya Badai Bala Besar di Kuala Muda).

    Abangku Indonesia..biar abang menyinsing lengan menggalas buluh runcing mahu merobek dan menikam adik, namun adinda ini membalas dengan menyinsing lengan bukan mengangkat pedang..tapi menyinsing lengan mengangkat jenazah-jenazah warga abang di Sumatera dan Padang..

    Kepada abang, adik titipkan sebuah coretan ringkas dari Pendekar Semerah Padi (P.Ramlee)..inilah seluhur kasih sayang dari Adikmu Malaysia walau Abang kadangkala alpa dan melupakannya...

    Abangku Indonesia..
    ADIKMU..BERKORBAN APA SAJA..
    HARTA ATAUPUN NYAWA..
    ITULAH KASIH MESRA..
    SEJATI DAN MULIA.....

    Janganlah selepas ini kita bermuram durja dan bermusuhan lagi...sedarlah INDONESIA dan MALAYSIA ------> HAKIKATNYA KITA ADALAH BERSAUDARA!

    BalasPadam
  41. belajar lah dari apa yg dah banyak terjadi oleh negara kita..
    perkuatkan lah rohani dan jasmani
    biar di sweep atau di kick.untuk melangkah ke sempadan negara kita krana untuk menyerang...tidak sama sekali...

    BalasPadam
  42. orang indo kata :
    "batik punya indonesia. keris punya indonesia. rendang punya indonesia. malaysia ga' ada apa2"

    orang malaysia kata:
    "kami punya PATI...sungguh ramai kat tempat kami...bila mau pulang ya"

    BalasPadam
  43. "batik punya melayu. keris punya melayu. rendang punya melayu. malaysia n indonesia itu penuh dengan orang melayu. jawa, aceh,minang, sunda dan lain2 itu semua orang melayu. siapa yg wujudkan indonesia - belanda. siapa yg wujudkan malaysia - british (buku - Malaysia : A Study In Direct And Indirect Rule, 1937).

    kalo saya, saya jawab macam tu saja. sentimen kenegaraan bukan saja memecahkan bangsa, tapi juga memecahkan umat Islam dari bersatu.

    BalasPadam
  44. Bagi pandangan saya tak sepatutnya perkara ini berlaku..

    Kita hidup serumpun dan berjiran, sepatutnya kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    Tak adakah satu cara atau mekanisma dari golongan atasan (pemimpin kedua-dua negara) berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini?

    Ramai rakyat indonesia yang mencari rezeki di Malaysia perlu diberi layanan yang baik sebagai mana garis panduan yang ditetapkan dalam agama Islam.

    Begitu juga halnya rakyat Malaysia yang terdapat terdapat di Indonesia perlu diberi layanan yang baik atas dasar berbudi bahasa sesama manusia..

    Itu sahaja pendapat dari saya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.