Sedar tidak sedar, blog ini kini mencatatkan lebih 350,000 hits dan hampir 600 pengikut, followers. Terima kasih kepada semua sudi membaca nukilan saya selama ini.
Sebenarnya bukan enteng menulis. Setiap nukilan harus diteliti terlebih dahulu sebelum dimuatkan di blog ini. Tambahan pula latar belakang pembaca berbeza, antaranya suri rumah, guru, juruterbang, pelajar, peguam, pramugara, jurutera, peniaga dan ahli agama.
Jadi, saya tidak pernah berasa hairan jika ada antara entry ditulis mendapat kritikan hebat, cemuhan mahupun pujian. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya akur, itu semua fitrah kejadian manusia. Ramai pembaca gemar melontarkan komen mereka. Pada masa sama, blog ini mempunyai silent readers, kelompok suka membaca tetapi tidak bersuara.
“Hai! Raya kali ni, tak ada sofalah rumah kita,” kata isteri berseloroh.
Saya hanya tersenyum. Sebenarnya, bukan tidak ada sofa. Cuma sofa 2-seater berwarna hitam di rumah saya koyak. Bukan akibat digunting anak, sekadar bukti jelas hampir 23 jam setiap hari saya duduk di sofa sama. Mungkin punggung tajam, kata orang tua.
Baik. Mari kita bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri.
Hari lebaran pertama saya akan bertugas mengendalikan rancangan siaran langsung Malaysia Hari Ini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. InsyaAllah saya dan keluarga akan pulang berhari raya di Tanjung Malim, Perak pada hari raya kedua sebelum bertugas kembali mengendalikan program sama pada raya ke tiga, empat dan kelima.
Saya percaya pembaca juga mempunyai agenda tersendiri menyambut hari raya bersama keluarga. Bagi pembaca di perantauan mungkin sambutan hari lebaran agak berbeza. Saya pernah melaluinya, 20 tahun lalu. Tetapi usah bersedih, menyambut hari raya bersama rakan mungkin sedikit sebanyak mengubat kerinduan kepada keluarga. Biarpun mungkin hanya makan burger dan french fries tanpa ketupat rendang. Barangkali.
Kata orang putih, ‘sharing is caring’. Jom kongsikan agenda anda pada 1 Syawal nanti. Saya kira SEMUA pembaca setia mampu mencatat komen sepatah dua, kan?
Sebenarnya bukan enteng menulis. Setiap nukilan harus diteliti terlebih dahulu sebelum dimuatkan di blog ini. Tambahan pula latar belakang pembaca berbeza, antaranya suri rumah, guru, juruterbang, pelajar, peguam, pramugara, jurutera, peniaga dan ahli agama.
Jadi, saya tidak pernah berasa hairan jika ada antara entry ditulis mendapat kritikan hebat, cemuhan mahupun pujian. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya akur, itu semua fitrah kejadian manusia. Ramai pembaca gemar melontarkan komen mereka. Pada masa sama, blog ini mempunyai silent readers, kelompok suka membaca tetapi tidak bersuara.
“Hai! Raya kali ni, tak ada sofalah rumah kita,” kata isteri berseloroh.
Saya hanya tersenyum. Sebenarnya, bukan tidak ada sofa. Cuma sofa 2-seater berwarna hitam di rumah saya koyak. Bukan akibat digunting anak, sekadar bukti jelas hampir 23 jam setiap hari saya duduk di sofa sama. Mungkin punggung tajam, kata orang tua.
Baik. Mari kita bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri.
Hari lebaran pertama saya akan bertugas mengendalikan rancangan siaran langsung Malaysia Hari Ini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. InsyaAllah saya dan keluarga akan pulang berhari raya di Tanjung Malim, Perak pada hari raya kedua sebelum bertugas kembali mengendalikan program sama pada raya ke tiga, empat dan kelima.
Saya percaya pembaca juga mempunyai agenda tersendiri menyambut hari raya bersama keluarga. Bagi pembaca di perantauan mungkin sambutan hari lebaran agak berbeza. Saya pernah melaluinya, 20 tahun lalu. Tetapi usah bersedih, menyambut hari raya bersama rakan mungkin sedikit sebanyak mengubat kerinduan kepada keluarga. Biarpun mungkin hanya makan burger dan french fries tanpa ketupat rendang. Barangkali.
Kata orang putih, ‘sharing is caring’. Jom kongsikan agenda anda pada 1 Syawal nanti. Saya kira SEMUA pembaca setia mampu mencatat komen sepatah dua, kan?
salam encik mazidul, saya adalah antara 'silent readers' yang mengikuti blog ini.
BalasPadamagenda saya untuk hari raya tahun ini adalah untuk meraikannya dengan keluarga sepenuhnya. tahun ini akan menjadi raya terakhir saya bersama keluarga sebelum berkahwin.
dulu, saya tidak berapa mengendahkan hari raya. hinggakan baju pun ibu yang 'settle'kan. tapi apabila ayah&ibu di mekah pada raya tahun lepas, baru saya sedar betapa sayunya raya tanpa mereka. dan saya sangat bersimpati kepada anak2 yatim seperti di dalam entri terdahulu encik..
semoga insan2 tersebut bahagia di hari raya nanti...
sekian.
Salam Miss. Lawyer (Lone Orange),
BalasPadamMalam semalam dalam program 360, saya bangkitkan hal Mahkamah Majestrit Jalan Duta, Kuala Lumpur ini hebat. Sebab? Sebelum ini Majestrit pernah menjatuhkan hukuman RM16,000 kepada pesalah menjadi 'ulat tiket', touts. Mahkamah lain selalunya hanya mengenakan denda RM1,000 sahaja.
Apapun, lupakan hal itu, tidak penting. Selamat menyambut hari raya bersama keluarga. Percayalah, bila sudah berumahtangga banyak perbezaan semasa menyambut hari raya. Tidak perlu saya huraikan di sini, awak akan melaluinya sendiri. Tetapi, InsyaAllah semuanya indah belaka :)
Kalau perlukan khidmat Master Of Ceremony majlis perkahwinan, let me know. Special for you, 50% diskaun. Really? Ya lor!
Kalau pembaca lelaki ingin mengahwini isteri kedua, a different deal, extra 50%, boleh begitu?
Bro Maz
BalasPadamSebelum Raya pun boleh minta maaf dulukan?
Saya memohon ampun dan maaf kepada Bro. Mazidul dan semua pembaca serta blogger yang mengenali diri yang hina dinner ini (perghhhh.... Syahdu beb...)
Jika ada terkasar bahasa, terlebih kata, tak masuk dek aqal, tak terucap dek mulut, itu dan ini...
Maafkan dan ampun kan lah saya ye...
Saya juga memaafkan apa juga kesalahan anda semua... jika ada... tapi rasanya tak ada pun he he he
Agenda Raya saya tahun lepas adalah seperti berikut dan akan menjadi jadual tetap pasa tahun ini dan seterusnya:
1. Bangun tido pastu mandi wajib/sunat Hari Raya Aidil Fitri he he he
2. Pakai baju Melayu sepasang siap dengan kain samping dan songkok. Ini semua baru beli masa kat KL ni, shopping sakan he he he
3. Kutuk adik beradik ipar yang bangun lambat sebab malam raya mesti tido lambat main mercun dan bunga api (di Malaysia main mercun diharamkan, depa balum pi main motor jadi mat rempit...) dan suruh isteri siap cepat cepat
4. Book selipar kat rumah mak mertua untuk gi Masjid, kalau lambat menapak kaki ayam je karang...
5. Ambik gambar bersama isteri, serta sanak saudara yang sudah berbaju cantek cantek.
4. Minum air sikit, Sarung selipar dan Berjalan ke Masjid... cepat cepat sebab Bapa Mertua dah sampai masjid dulu he he he
5. Acara di masjid macam biasa takbir, sholat dan khutbah (aku tak faham sebenarnya apa yang di khutbahkan...)
6. Bersalam salaman dengan mereka yang kenal pastu terus menjamu selera di halaman masjid.
7. Ceh selipar pulak ada kutu dah rembat... baur berkira kira nak rembat selipar yang sama size, ada pulak mamat tepuk bahu...selipar dia rupanya\
8. Dah makan dah minum cepat cepat balik rumah... perut meragam la pulak, banyak makan pulut kat masjid tadi ... orang manmar tak de ketupatm dia orang makan pulut dengan kuah kari...
9. Sampai rumah isteri dah sambut, suruh makan pulut lagi...
10. Cepat cepat tunaikan 'hajat besar', pastu ambik gambar beramai ramai...
11. Buka TV konon nak tengok TV3... sekali Satelite Antenna pula buat hal, malam tadi hujan lebat...parablic antenna nak kena adjust...
12. Tukar baju Melayu, pakai tshirt dgn seluar pendek je... Dan dan tu juga Bapa mertua ajak 'takbir' kat rumah jiran jiran... sengih je, suruh isteri cakap kat bapa dia...letih he he he aku malas sebenarnya sebab tak nak jiran jiran tau aku ni Pendatang asing he he he
13. Perut dah kenyang... mula lah mata tu mengantuk... tidur sekejap la..
14. Bila bangun dah dah malam, itupun sebab isteri yang kejutkan, sholat jap, pastu makan pastu tido balik sampai pagi esok he he he he
Begitulah agenda 1 Syawal saya yang akan tiba tak lama lagi... he he he
salam bang...
BalasPadamhahaha..punggung tjam...memg btol la kat org tue..
sy y asyik online ats ktil nie pun dh berkwah kt tngah2 tilam nie bang..hu3..
raye..first time rye as a u sudent..
laen rase....dh besar dh ank mak sy nie..hu3..
sy akn support blog abg neh sb mcm2 sy dpt dr blog nie..
(mlas bce paper)huk3
tahun ini iA pertama kali saya menyambut raya di perantauan..
BalasPadamsedey tu tk brapa sangat sbb dah bese dok jauh dr family...tp bila teringtkan rendang buatan mak,blh menanges lama gak..heheh..
iA pas solat Raya, saya dan kawan2 ade wat aktiviti raya bersama-sama..makan sama2, rakam video utk anta kt family..konon2 cam salam perantau la..pastu maybe ziarah umah sahabat2 lain..tak lupa gak,akan call family pagi raya tu,utk ucap slamat raya n minta maaf..
Raya tahun ni turn beraya kat kg laki aku, kelantan. Tp aku ok je..cuma nk kene banyak kuarkan $ le. Sbb jauh kan..ngan $ minyak, $ toll..pehtu dah le balik jaranggggg. Harus la kene bawak balik 'buah tangan' utk sanak sedara kt sana..
BalasPadamok, aku dah takde byk masa ni. nk kene carik lagi $$$$ :P
skali lagi singgah di blog yg selalu buat sy berwajah serius dan tersenyum sorg2..
BalasPadamhr raya utk yg dh bermhtga mcmana ya?i.allah thn dpn br tau mcmana.
-pagi raya yg pastinya mandi ,siap2 n solat raya.
-mtk ampun dgn mak,adik brdik
-nipiskan purse,duit raya utk ank sdra yg dh masuk 20 org.uwaa!
-duk kat rmh tgu tetamu.lps tu gilirlah akak atau mak kena tgu rmh.
-ziarah rmh2 sdra dan jiran skampung
-plg best RAYAU RAYA..hehe.dgn member kelab dara pingitan.th ni nk raya semgu!lps raya thn ni club ni akan dibubarkan..
apapun,semoga raya semua org adalah yg terindah..selamat hr raya & maaf zahir batin;)
salam cik Mazidul..
BalasPadamtahun lepas sy beraya dgn org baru dalam hidup sy..hehhe.. tahun nih beraya dgn 'org baru' dlm hidup kami..
kalau sebelum2 tu pagi2 cuma salam cium tangan mak & abang2 dan akak je..tahun lepas bertambah tangan yg nak kena sy salam n cium..hehhehe..
sambutan raya tahun nih sederhana je.. yg lebihnya lebih kpd 'org baru'.. tahun nih beraya di kg sebelah sana..(johor) sedih la jugak rasanya.. maklumla.. dah lebih 30 tahun biasa beraya di kg sendiri.. kali nih beraya di kg org plak.. uwaaa...
dan yg paling menyedihkan. pagi tadi dengar berita radio (stesen cik Mazidul)bonus hanya diberi kpd staf sokongan shj.. yg bkn sokongan tak dapat.. uwaaaa...
abih? yg bukan sokongan tak sambut raya ke???
*pening kepala dok mengira budget raya.. huhu..
tahun ni Raya yang paling simple sue raikan... sebab tak beli persiapan apa-apa pun. nak kawen lah katakan.. family sue ramai yang berada di JB dan paling jauh pun singapura..
BalasPadamdan selalunye sue akan beraya di rumah nenek pada petang raya pertama sebab kena tunggu bakal suami beraya ngan family dia dulu :(, lepas tu baru raya sesama ke rumah nenek.. biasanya hari raya pertama dah setel dah beraya..
tahun ni pulak sue dapat cuti seminggu (lamanyer~bosan!) dan kena gi kursus kawen yang dah kena postpone bulan lepas...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
BalasPadamhehe raya nanti insyaallah akan pulang ke kg halaman di Gurun, Kedah.. belum pasti berapa hari.. tp yg pasti mungkin tak lama sgt maklum sahaja.. suami pemandu teksi.. mana mungkin bercuti lama2.. cuti bermakna tiada gaji.. duit teksi harus dibayar.. hehe tp apa2 pun sepanjang ramadhan ini suami kerja siang & mlm utk mencari rezeki yg halal bg bekalan hari raya nanti.. insyaallah.. cuma tak dpt lagi beraya di dua kg mcm selalu atas sbb kekangan kewangan.. kg suami nun di kelantan.. insyaallah aidiladha nanti pulang ke kelantan pulak..persiapan raya mcm biasa.. siap mana yg perlu..
salam..
BalasPadamselamat hari raya maaf zahir batin..
sebagai seorang pelajar universiti, saya rasa blog anda sesuai untuk dibaca bagi mendapatkan info2 terkini..
membaca blog anda sama seperti membaca satu majalah informasi..
jujur saya katakan..
Amir, terima kasih kerana sudi membaca.
BalasPadamMenulis, bukan kerana nama.
Saya telah melalui beberapa suasana Hari Raya yang berlainan:
BalasPadam1. Hari Raya bersama keluarga dari kecik hingga tamat SPM
2. Hari Raya di perantauan sewaktu bergelar pelajar
3. Hari Raya tapi bekerja
4. Hari Raya bersama keluarga sebelum berkahwin
5. Hari Raya bersama keluarga selepas berkahwin
6. Hari Raya bersama keluarga mertua
Semuanya berlainan, tapi semuanya meriah. Dan sekarang, pada saya, yang penting anak merasai kemeriahan Hari Raya lebih dari saya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada bro Maz dan para bloggers..
BalasPadamHari raya nanti macam biasa la pulang ke kampung halaman di Kemaman, Terengganu...persiapan tahun ni pun simple je...takde la yang lebih-lebih sangat...
1 Syawal nanti lepas solat Hari Raya Aidilfitri biasanya kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah jiran-jiran di depan rumah...biasanya kami akan tukar2 hidangan sesama kami...ada yg buat nasi dagang, sate atau nasi minyak...lepas tu kami sekeluarga akan ke rumah nenek sebelah mak yg duduk di Kemaman juga...kat rumah nenek biasanya sanak saudara dari Kelantan, KL dan Johor akan berkumpul...memang meriah la sebab jarang bersua muka...
Petang 1 Syawal biasanya budak2 akan datang beraya ke rumah...walau tak kenal pun layan jugak la...hulur la duit raya kat bebudak yang datang...memang seronok la diorang dapat duit raya...hehe
Harap Raya tahun ni meriah macam tahun2 yang lepas... :D
Blog Sdr Mazidul penuh warna. Bagai empunya diri sentiasa sibuk dengan agendanya. Memang menarik dunia wartawan. Harapan saya blog ini terus ujud & sungguh kalau tak klik sekali dalam seminggu rasa terganggu. Bagaikan tertinggal sesuatu.
BalasPadamBila berusia begini Hari Rayanya makin berbeda. Apa lagi sudah yatim piatu. Lebih kepada teringat-ingat masakan Arwah Ibu. Masakan paling sedap di dunia mestilah dari air tangan ibu. Rendang Tok ibu ketika hari raya rasanya takkan ada tandingan sedapnya.
1. Raya pertama kedua ketiga mungkin lebih dari itu saya di Meru Klang. Rumah mertua. Sejak tahun 88 pemergian ibu memang rutinnya begitulah. Kita tak ada lagi emak ayah, kena hormatlah isteri masih ada emaknya. Arwah Pak Mertua baru meninggal sekitar dua tahun lalu.
2. Pepagi saya suka sembahyang di Masjid Meru, nampak muhibah pelbagai kaum ada Bangla, Indon, Jawa sudah tentu, Myanmar memang meriah.
3. Balik raya mengadap juadah, lontong sudah tentu, sambal lode pasti ada, pecai segala semua juadah Jawa. Adat orang Jawa malam raya telah bertukar-tukar juadah. Jadi saya dapat rasa perbagai aroma rasa. Daripada tak suka juadah orang Jawa sekarang sudah asyik mengidam masakan mereka. Lontong balut dengan daun pisang tu Sdr Mazidul memang sedap. Taruh sambal Lode... rendang palembang... Huh!.. Darah tinggi pun melantunlah naiknya.
4. Ke kubur Bukit Kapar & pulang rumah majlis bersalaman sanak saudara & beragih-agih duit raya. Anak saudara org rumah sudah lebih 20 orang. Biasanya semua berkumpul di rumah Nyaienya. Gamatlah jadinya bergambar berbagai.
5. Lepas zuhur ziarah saudara mara orang rumah, dari Meru ke sekitar Klang, Banting, Kajang, Sepang terkadang sampai ke Seremban. Larut malam belum tentu pulang. Memang Penat.
6. Raya keempat atau lima baru sempat untuk pulang ke Kota Bharu Perak ziarah pusara ibu & ayah. Numpang rumah saudara sehari dua. Ada kesempatan selalu ke Batu Gajah, Tg Tualang, Bidur ramai saudara mara di sana.
7. Hari seterusnya di Jenaris layanlah kekawan & pergilah kot ada majlis hari terbuka. Tak semeriah mana sebenarnya bila kita sudah tua-tua ini. Tetapi raya tetap 30 hari.
Salam,
BalasPadamIni merupakan komen pertama saya setelah sekian lama mengikuti blog anda...
Segala informasi yang anda muatkan sgtlah bermanafaat dan memberi pengajaran...jangan hiraukan komen yang tidak baik tersebut.. teruskan menulis...saya tggu nukilan anda setiap hari..
Tahun ini soalan 'Bila balik raya?' kembali lagi setelah dua tahun menghilang. Hampir 5 tahun tinggal di KK, Sabah (UMS), soalan tersebut sering manjadi topik utama dikalangan pelajar seperti saya walaupun puasa baru saja bermula. Tamat belajar hampir dua tahun berkerja di hometown (Sibu, Sarawak)..jadi tak adalah org nak tanya "Bila balik raye?"
Sekarang ni hampir habis tahun pertama buat master in engineering kat UNIMAS..walaupun jarak anatara Kuching dengan Sibu cuma 40 minute menaiki kapal terbang, org tetap tanya 'Bila u balik raye?'
Saya pun tgh tanya saye sendiri.. 'Bila aku nak balik raye ni?...kerje banyak lagi..
Sekian
Sebenarnya kalau di kongsikan bersama memang banyak pengalaman anak-anak yang beraya di perantauan. Siapa yang pernah melaluinya sahaja memahami pengalamannya. :)
BalasPadam..membaca mencari info..kongsi..2
BalasPadamSabrina, terima kasih kerana mengikuti perkembangan blog ini.
BalasPadamSaya pernah ke Sibu. Orang kata Sibu terkenal kerana Cina Fuchao (betul ke ejaannya?). Kumpulan seringkali dikaitkan dengan kegiatan gangsterism. Entahlah, betul ke atau tidak.
Belajarlah selagi boleh dan selagi usia masih muda. Kekadang, apabila jarak di antara tempat kerja dan kampung halaman dekat, seharusnya tidak timbul persoalan, bila nak balik raya? Mungkin soalan itu diajukan mereka tidak begitu tahu hal peribadi kita :) Barangkali.
salam & tksh.
BalasPadamberkongsi info & pendapat.
utk kebaikan bersama.
eh, kenapa ucapan saya tak disiarkan?
BalasPadamanyway
selamat menyambut eid fitri
maaf zahir dan batin
tahun ni saya akan menyambut hari raya di kampung di melaka..yeahhhhh...bosan giler babas raya KL tahun lepas...
BalasPadamseperti biasa pagi akan gerak ke rumah nenek...mohon maaf..then ke rumah nenek belah mak plak...then sesi minta maaf...then ke kubur...then ke rumah nenek sedara ader dalam 4 - 5 orang..then ke rumah mak and pak sedara ader dalam berbelas orang..
malam barula pulang ke rumah mak saya balik...penat kan...tapi besh raya kat kampung...
Tahun ni..saya akan balik ke Jerteh, rmh Isteri. Thn ni ialah tahun ke 6 kitaorg beraya bersama. Agenda thn ni..balik hari Sabtu (awal pagi 3 a.m.) utk elakkan traffic jam. sampai Jerteh relax dan tahun ni nak berbuka puasa hari terakhir bersama mak & ayah dan adik beradik di Kok Lanas, Kota Bharu. Pagi raya di Jerteh, raya kedua di Kok Lanas.
BalasPadam