Selasa, September 22, 2009

Anak Bangsa Rebah Kerajaan Tidak Berubah

Harga gam amat murah berbanding dadah dan dijual secara terbuka di kedai runcit.

Remaja seawal usia 10 tahun dilapor mula menagih gam. Gam dicurah kedalam plastik dan disedut menggunakan mulut dan hidung. Mereka kemudian menjadi khayal.

Gam mengandungi pelarut toksid. Penghidu boleh menjadi gila atau mati akibat denyutan jantung tidak stabil.

Gam bukan barang kawalan.

Melalui pengamatan, majoriti penghidu gam, Melayu.

Gam tidak tertakluk di bawah Akta Racun 1952 atau Akta Dadah 1952. Maksudnya pegawai dan anggota polis tidak boleh menahan dan mendakwa penghidu gam. Mereka hanya boleh dinasihati sahaja.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia mencadangkan penggubalan Akta Hidu Gam sejak 2007 bertujuan mengekang gejala menghidu gam. Setakat ini akta terbabit masih tidak wujud.

Barangkali pegawai tertinggi kerajaan tidak faham bahaya gam kerana anak mereka bukan penghidu.

Mungkin juga mereka menunggu remaja kita rebah satu persatu, baharu mereka terngadah.

Itulah cara mereka.

18 ulasan:

  1. kenapa ye?*saya rasa terkilan dgn peranan keluarga mereka
    mungkin asas kekeluargaan yg kurang kukuh jika dibandingkan dgn dr sndiri
    semoga mereka mendapat KESEDARAN!

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Nak salahkan kerajaan semata-mata tak logik rasanya... mungkin mak bapak harus dipersalahkan dahulu... dan bebudak yg menghidu tupun sama... dimanakah otak mereka? dilutut?

    BalasPadam
  3. Amirul, gejala semakin serius. Jika selepas akta digubal, masih lagi tidak boleh dikekang, ibu bapa harus dipertanggungjawabkan kerana gagal mengawal anak mereka.

    Bukan tujuan menyalahkan kerajaan tetapi sekurang-kurangnya dengan kewujudan akta, pelbagai tindakan membantu penghidu gam boleh dijalankan bersama. Sekarang, pusat pemulihan dadah tidak menerima golongan terjebak serius menghidu gam.

    Setuju?

    BalasPadam
  4. tahu tak sindrom 'tepat pada masanya'?

    bila sesuatu perkara berlaku, dan kemudian kerajaan mengambil suatu tindakan, maka kesemua para pembesar (baca : pembodek) daripada menteri, timb menteri, pengarah dan seterusnya, akan memuji :

    TINDAKAN TERSEBUT DIBUAT TEPAT PADA MASANYA!!!

    sedangkan tak tepat langsung sebab musibah yang dah lama ditakuti berlaku (yang sebenarnya dah pun sampai ke telinga mereka, tapi sebab tiada kepentingan/keuntungan politik untuk dilaksanakan pada masa itu), dah pun berlaku....

    lagi info tentang dadah kat sini - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah

    BalasPadam
  5. memang kite x patut salahkan kerajaan..sbnye kite yg pilih kerajaan 2.nie yg pertame.

    yg keduenye; sesape pun jadi kerajaan,kene la peke segale masalah dan gejale yg dihapi oleh rakyat.menghidu gam nie bkan perkare baru..sepatutnye dah lame akta nie diwujudkan.

    yg ketigenye; saye sokong kerajaan membangunkan nagara..secara x langsung membantu rakyat meningkatkan ekonomi.bkn saje rakyat,negara2 jiran pun dpt tempiasnye.diorg ramai keje kat negara kite.
    yg sedihnye..mgknkah penghidu gam yg akan mewarisi negara kite satu hari nt?

    harap ada tindakan drpd kerajaan.

    BalasPadam
  6. memang kite x patut salahkan kerajaan..sbnye kite yg pilih kerajaan 2.nie yg pertame.

    yg keduenye; sesape pun jadi kerajaan,kene la peke segale masalah dan gejale yg dihapi oleh rakyat.menghidu gam nie bkan perkare baru..sepatutnye dah lame akta nie diwujudkan.

    yg ketigenye; saye sokong kerajaan membangunkan nagara..secara x langsung membantu rakyat meningkatkan ekonomi.bkn saje rakyat,negara2 jiran pun dpt tempiasnye.diorg ramai keje kat negara kite.
    yg sedihnye..mgknkah penghidu gam yg akan mewarisi negara kite satu hari nt?

    harap ada tindakan drpd kerajaan.

    BalasPadam
  7. Ungkapan 'anggaplah anak orang seperti anak kita sendii' nampaknya hanyalah pemanis bibir penyedap kata!

    BalasPadam
  8. Sedih dan kasihan, aku pernah lihat remaja berusia dalam lingkungan 10 tahun mengeluarkan satu plastik dari dalam baju dan menghidunya, sudah pasti itu gam, dalam hati terfikir sepatutnya dalam usia begini beliau berada di sekolah atau di rumah. Inilah anak bangsaku, dalam hati terdetik juga apa aku boleh buat, nak nasihat siapalah aku, nak repot kat sapa, Sepatutnya dalam perkara-perkara begini kita semua mesti bekerjasama, kena ada satu tempat kita menyalurkan maklumat salah laku mereka dan ada badan yang bertanggungjawab akan menasihati atau membetulkan mereka ini. Contohnya jika kita melihat remaja berbaju sekolah bekumpul sedang merokok, menghidu gam atau berjudi, mesti ada tempat untuk kita laporkan. Mereka ini tidak perlu ditangkap, mesti ada jalan lain untuk mebetulkan mereka. Mereka perlu dididik bukan dihukum.

    BalasPadam
  9. he...23x
    melayu melayu....

    rebah...rebah...
    rasanya term Me"Layu" kne ubah kot....

    BalasPadam
  10. M.E.L.A.Y.U

    Ini la generasi akan datang.
    Sempat ke nak jadi generasi akan datang?
    Or diorg yg mati dulu nnt?

    M.E.L.A.Y.U

    Sangat kreatif tp tak kena cara.
    Kreatif yg merosakkan diri, bukannya menyumbang kepada negara.
    Kreatif yg menyusahkan negara dan orang ramai.
    Nnt bila dah 'weng', pegi buat hal.

    BalasPadam
  11. Sedih melihat anak bangsa sendiri rebah akibat gejala menghidu gam....

    Harap akta hidu gam tu boleh mengekang gejala tidak sihat ini...

    BalasPadam
  12. ..ada gaya kena hidung orang dulu..baru kena hidung kita..

    BalasPadam
  13. Sukar benarkah menjadi gam sebagai barang kawalan? Itu persoalannya. Logik akal, tanpa kawalan, remaja bukan tukang kasut boleh membeli gam 4 kali sehari. Biarpun perlakuan itu pelik tetapi penjual akan memasarkannya tanpa memikirkan kesan buruk gam kepada pengguna.

    Saya akur sesetengah keluarga mungkin menyedari tabiat menghidu gam anak remaja tetapi ketika itu mungkin sudah terlambat. Mereka kemudian mengadu kepada pihak berkuasa dengan harapan gejala boleh ditangani. Malangnya, polis hanya boleh sekadar memberikan ksunseling sahaja, tidak lebih daripada itu. Anak terbabit kemudian terpaksa dibebaskan. Menggunakan ruang dan peluang ada, dia akan kembali semula menghidu gam. Sampai bila?

    BalasPadam
  14. Sebenarnya kalau hendak mencari kesalahan pihak lain, tak cukup jari kita untuk menuding.

    Memang seronok menyalahkan pihak lain, dari diri sendiri memaninkan peranan untuk mewujudkan kejiranan dan masyarakat yang lebih baik.

    Apalah guna akta jika kita sendiri sentiasa mencari helah untuk lari dari mengikuti undang-undang yang telah termaktub dalam sesuatu akta. Kalau nak sebut satu persatu kesalahan yang kita (dan puak-puak tertentu) lakukan, yang terang-terang melanggar akta tertentu, rasanya tak cukup masa untuk kita membilang.

    AM pernah teringat (kalau silap tolong betulkan) pada satu ketika dulu ada orang yang menggunakan tahi lembu kering yang dibakar dan dihidu, semata-mata untuk berkhayal. Adakah kerajaan juga harus menjadikan tahi lembu sebagai barang kawalan?

    Bagaimana pula dengan anak-anak dan adik-adik kita yang merempit di jalan raya walaupun depan mata mereka satu demi satu nyawa melayang. Adakah kita hendak kerajaan jadikan motosikal juga sebagai barang kawalan?

    Pernahkah ada antara kita yang berkikir, apakah agaknya sumbangan yang boleh kita berikan untuk menjadikan persekitaran kejiranan kita lebih baik tanpa ada penghidu gam, tanpa ada mat rempit dan tanpa ada gejala melepak.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  15. AnakMerdeka, tanpa akta tindakan tidak boleh dilaksanakan, mungkin sebagai alternatif terakhir andainya penghidu mahupun keluarga gagal bertindak memberhentikan tabiat buruk terbabit. Itu apa saya fikir.

    BalasPadam
  16. salam saudara mazidul,
    melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak penghidu gam seawal usia 6-7 tahun. itu kisah 5 tahun dulu.

    walaupun diberikan nasihat (yang sememangnya tidak dipedulikan kerana dipercayai otak mereka tidak lagi berupaya berfikir dengan baik oleh kerana kesan hidu gam) malah saya dimarahi kembali oleh keluarga kanak-kanak tersebut kerana dianggap sebagai penyibuk.

    melalui beberapa pemerhatian dan pertanyaan, saya dapati majoriti penduduk kampung tersebut merupakan penghidu gam (sekiranya masih kecil) atau penagih dadah tegar.

    BalasPadam
  17. semudah iklan yang selalu kita dengar di tv:
    "tahukah anda di mana anak anda berada ketika ini?"...

    saya setuju yang kuasa kekeluargaan mampu mengekang banyak permasalahan sosial dari terus bercambah..tapi berapa ramai yang ambil peduli?
    konsep 'asal jadik orang sudah lahh..' sesungguhnya membunuh masa anak2 kita...

    BalasPadam
  18. GAM?!!

    "Mula-mula rokok, tak sedap la rokok, jom kita try ganja pulak! Hmm, ganja dah tak keras la, meh sini shabu ke ice ke heroin ke, dadah sintetik baru macam saintis! Alamak bro duit wa abis ar... Okla wa amik gam ar plak, murah pun murah, kat mana-mana pon ada! wallamak sial... lagi sedap la" PUNGGAH!!
    *********************************
    Saya ada kawan; seorang penghidu Gam profesional. Sembang:

    Qasem: Sedap ke isap gam?
    Dia: Sedap la... Tapi aku nasihat hang la, jangan dok wat benda macam ni, kesian Mak Pak hang!
    Qasem: Abih tu, yang hang pi isap awatnya?
    Dia: Ha.... (bunyi blur, tgh high)


    Qasem: Mana lagi hang pilih; Setin gam atau 2 orang awek tangah sangap kat hang?
    Dia: Aku pilih gam la machaaaa...
    Qasem: Biaq betoi?
    Dia: Benda ni lagi sedap dari beromen wei!!

    ***********************************

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.