Ada orang curi hati.
Ada orang curi ayam.
Tetapi lelaki berusia 55 tahun di Marang, Terengganu mencuri tongkat mimbar masjid. Menggelar dirinya ‘Wali Termulia’ dia mengaku mencuri tongkat di beberapa masjid kemudian dibalut menggunakan serban sebelum melarikan diri.
Hasil maklumat disalurkan orang ramai, jam 5.30 petang kelmarin sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang menyerbu rumah kedai didiamai suspek di Kampung Rhu Rendang dan merampas 23 tongkat. Dia mendakwa suara ghaib mengarahkannya mencuri 200 tongkat bagi mencapai darjah keimanan dihajatkan.
Sebelum ini, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun mendakwa ‘Rasul Melayu’ dan dia berjaya ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor. Kini, wujud pula ‘Wali Termulia’, nasib baik dia berjaya diberkas polis sebelum menyebarkan ajarannya. Jelasnya, mereka berdua menyamar rasul dan wali.
Sebelum ini kes orang awam menyamar penguatkuasa Jabatan Agama dan polis turut dikesan. Mereka menggunakan kad kuasa palsu bertujuan mengugut bagi mendapatkan imbuhan daripada orang ramai.
Mujur setakat ini tidak ada orang dewasa mendakwa dirinya ‘Transformer’. Pasti sukar membuktikan dakwaan itu.

hehehe...lawak...lawak...klu ader yang nyamar transformer...sure berita dunia dah..
BalasPadamKreok! Kreok! Kreok! Sorry, kurang zat besi, tak boleh bertukar!
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamkesian orang tu..terpedaya dengan citer transformer dari kecik sampai ke tua..diorang nie psyco la..kesian..apa agaknya punca kan? abang maz ada idea?
xde pulak yang nk ngaku diri die alien ek...xpun PATI
BalasPadamkes2 yg ngaku ade juta2an sedangakna de beberapa ringit dlm bank pun dh xdgr dah
www.broframestone.com
menyamar rasul,wali etc. macam2 hallah dorang ni. kepada tak ada pulak nak menyamar jadi otomen , batman ke . i ada baca berita ni pagi tadi, dia cakap ada bisikan suara suruh. heheheh.
BalasPadamBro Mazidul,
BalasPadamKahar 'Rasul Melayu' rupanyer ada pengikut termasuk artis, saya boleh teka artis raggae yang menyokong si Kahar ni, tapi tak sangka begitu jahilnya dia hingga percaya ada rasul lagi selepas Nabi Muhammad.
Tentang pencuri tongkat masjid ni, satu lagi kejahilan melampau.
Nak kata bodoh dari Pandir, tak juga, sebab dia bijak sembunyikan tongkat dengan serban...
Nasib baik dia bukan Transformer betul, kalau tak, dia menyamar jadi mimbar, pehtu curi sana, curi sini...
..mudahan..lepas ini ada pulak watak penyamar ketua 3 line pegang tongkat sakti..tak payah pergi haji, kutip yuran kepala..
BalasPadamkan baguzz..
lalu cepatla sikit pihak berkuasa bertindak..
kalau tak alamak menanti dan menanti ada aduan..
..*walaupun niat tak halalkan cara*
transformer belum ada.
BalasPadamtransform jantina ada kot.
Saya pun nak buat pengakuan jugak.... Saya sebenarnya ialah transformer Bumblebee. Buktinya saya boleh membawa kerata bercc rendah dgn laju seperti membawa kereta sport.
BalasPadamAdakalanya saya akan bertukar menjadi ikan paus. Buktinya saya boleh makan apa sahaja makanan (yang halal) tanpa mengira sedap atau tidak.
Bila malam saya akan bertukar menjadi Garfield. Buktinya saya boleh tidur dengan nyenyak walaupun anda menjerit "API!!!! API!!!! RUMAH KITA TERBAKAR!!!" di sebelah saya.
kreatif dorang yg cipta transformer ni.. :)
BalasPadamsiapa punya suara agaknya yang menghuru harakan Malaysia ni..
BalasPadamnasib baik dia tak kata dia ada banyak personaliti. mesti lagi parah nak layan orang mental tu. huhu
BalasPadamOrang macam ni tak boleh dibiarkan.. kelak rosak anak bangsa kita dengan ajaran sesatnya tu...
BalasPadamtongkat pun nak curi.. nak buat apa nak curi sampai 200? kalau kumpul tongkat ali boleh jugak jadi saudagar ubat..
BalasPadamisk isk isk.. donia.. donia..
Bangsa kita asyik suka bertongkat, nak tongkat, & akhirnya curi tongkat. Macam-macam cara manusia mahu mencari jalan pintas ke syurga. Sedangkan segalanya bisikan belaka.
BalasPadamBukankah bagus kalau punyai impian mahu buka ladang Tongkat Ali; tak siapa pun melarang!.
hari tu spiderman femes naik klcc, next meby ada ini transpoma..tp dlm bentuk bagaimana itu blm dpt dipastikan. sm2 kta tgu dan lihat.
BalasPadamecece..yo2 je... :p meng-komen sebegitu rupanya krn melihat dunia hari ini skop 'nothing is impossible' semakin jelas diguna pakai oleh pelbagai lapisan usia dan masyarakat.
AM rasa orang yang curi barang-barang pelik ini, mesti mengamalkan ajaran salah dan barang-barang tersebut dijadikan sebagai syarat pembelajaran kut. Macam tak ada benda lain nak curi.
BalasPadamDulu heboh orang curi seluar dalam wanita. Kemudian pernah terjadi peralatan kebesaran Sulatan Selangor pun kena curi. Bab curi tongkat mimbar tu rasanya bukan pertama kali berlaku.
Lepas ini mungkin curi batu nesan, curi tangga rumah orang, curi arial astro, curi bumbung rumah orang dan macam-macam lagi. Siapa kata orang Malaysia tak hebat. Kalah transfomer.
www.anak2merdeka.blogspot.com