Sabtu, September 26, 2009

Kaki Ayat

Akhbar Mail Today melaporkan wanita warga Chicago, Amerika Syarikat, Whitney, 26 tahun bertemu pemandu beca bermotor, Harish Hotala di Jaipur, India minggu lalu. Whitney mengupah Harish membawanya bersiar-siar menikmati pemandangan di ibu negeri barat India itu.

Mereka berkenalan pada hari Sabtu dan berkahwin dalam upacara ringkas pada Rabu lalu.

Harish keciciran di sekolah tetapi fasih berbahasa Inggeris dan memiliki 3 beca bermotor. Hakikatnya dia bukan sekaya manapun.

Barangkali Harish kuat ‘mengayat’ seperti bakat dimiliki sebilangan pemandu teksi di negara kita. Berikutan itu, ramai pegawai perhubungan pelanggan, GRO, dilapor tangkap lentuk mendengar ayat ‘abang teksi’. Apapun, hasilnya, suasana menang-menang, win win situation. Abang teksi dapat kekasih muda, GRO dapat pemandu percuma, menghantar dan menjemput sewaktu pergi dan pulang kerja.

Pemandu teksi sekarang kaya, buka pintu, meter automatik catat RM3! Apalah sangat servis percuma untuk kekasih hati.

* Gambar: Jaipur, India

20 ulasan:

  1. hehe, baca artikel ni x sabar lak nak kahwin.. =p

    BalasPadam
  2. HUHU.. XSABAR nak kawin plak warfeel .
    i tgh belajar nak mengayat sekarang ni. 5 kali mengayat tak juga ada yang sangkut . apalah nasib.

    Bro Mazidul. "ayat" dia macamana ? . Ayat keramat. hhiihi.

    BalasPadam
  3. Mr. J, contohnya, "I sejak semalam tak ambil gula. Minum teh 'O' kosong, milo kosong, kopi kosong. Semata-mata sebab I tahu nak jumpa gadis manis, you, hari ini"

    Try lah. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.

    BalasPadam
  4. abe combi tak pandai mengayat dari dulu smpi skrg tapi dia sgt 'gentleman' oooooooo :p

    ramai pompuan terpikat dgn lelaki 'gentleman' walaupun yg ADO :D

    yg ADO bermaksud sederhana tak miskin dan mmg tak kaya harta TAPI sgt kaya kasih sayang serta perhatian :)

    bole gitu..??

    BalasPadam
  5. jika ada pemandu teksi yang baca entry ini boleh kongsi..mengayat..

    banyak juga pemandu teksi KL spare dua..

    kalau macho macam Arab tu, boleh spare janda KAYO..siap bantuan modal 3 teksi limosin..ada kemajuan kan...

    BalasPadam
  6. sesape yg rase ssh nak dpt jodoh 2 bleh la menuntut dgn bro mazidul..bleh tahan gak ayat die.
    bg sesape yg niat x baik 2 rentikan le..kesian kat anak org nt..klu kepakaran 2 digunakan utk berdakwah kan bagus.. =)

    BalasPadam
  7. salam utk tuan rumah..
    kes mengayat ni sya rsa...driver bas ekspress...driver lori...rata2 depa nikah lebih dr 1....x caye??

    BalasPadam
  8. memang life pemandu teksi sekarang nie..tapi tak semua agaknya..nak tau tanya la abg2 teksi tue..ada gak yang cari rezeki halal..

    BalasPadam
  9. Salam buat semua,kaki ayat sememangnya driver memang pandai mengayat sebab apa saya berkata demikian sebab boleh dikatakan setiap driver bus negeri saya nie kahwin lebih daripada 2,tak kisah bus express ke atau henti-henti.saya pun naik hairan tapi itulah kelebihan mereka

    BalasPadam
  10. hihi, semua nya kosong , poket i pun kosong kerana ingatkan u , kerdit i pun kosong kerana u, ihhihi.. last2 kena ayat plak yang pisau cukur, habis semua jadi kosong.

    BalasPadam
  11. aisey.. cik Mazidul punye ayat punya laa 'manis'.. hehehe..

    bahaya ni manis2.. karang kena diabetis.. lagi parah kena diapaha (kena kutey di paha)

    *kutey = cubit (pronounce betol2 ye.. jgn tercarut plak... :P)

    BalasPadam
  12. Saya dengan bro memang sah kaki ayat! (ate keje kite gune mulut banyok!)

    Tapi mamat teksi ni lebih gah dari kita rupanya. Setelah saya analisa, saya dapat jawapannya.

    mana tak leleh!Lebah bersarang dalam mulut dah! he he he

    BalasPadam
  13. itulah dinamakan jodoh.
    ________________
    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  14. salam... saya bukanlah org yg baik sangat........tapi tak pernah terlintas dihati nak pasang dua...mungkin sebab tak pandai mengayat......

    BalasPadam
  15. penari laut..

    antara ayat dia guna:

    ---saya boring hujung minggu ini..

    (sudah semestinya gadias /wanita anggap bujang bila ujung minggu tanpa keluarga.)siapa yang tak terkedu bila boring diujung minggu??.

    ---..baju awak nampak sepadan dengan awak.

    --awak mempunyai aura yang uniq, ada kelebihan cantik,manis, cun dan pintar..

    --lagi satu saya nampak, awak mempunyai idea yang bernas semasa berbicara..matang dan berisi..saya sukaa.
    --dua tiga ayat sms terus membahsakan diri sebagai 'ayang' atau YANG..'yang' makan apa??


    --ini nombor telefon saya..kalau sudi sms/call/miss cal 24 jam saya boleh jawab melainkan semasa tidur makan atau bilik air.

    --kalau sudi raya ni saya nak beraya rumah 'ayang'..boleh?? (menampakkan bujang penipu..lepas tu bagi tau bini ada kerja dengan boss bagi hadiah raya atau perjumpaan raya dengan Dato'..raya ke5 bru boleh beraya dengan anakbini)..

    Sekian TIP dari pemandu teksi palsu..

    BalasPadam
  16. ..satu lagi TIP semasa dating kali pertama atau kedua, gaya dan cara meletakkan tangan lelaki ke atas bahu wanita..menampakkan 'caring' dan wanita terasa dilindungi..berbanding pegang jari atau tangan semasa melintas jalan atau berjalan-jalan.

    p/s: curi dari idea pemandu teksi palsu..

    BalasPadam
  17. hahahaha! ayat power eh? cuba kita try minta kat 'rasul melayu' tu... agak2 ada tak apa2 petua yang dia nak bagi?
    haha!
    =D

    BalasPadam
  18. Sdr Mazidul

    Sejak berzaman saya amat gusar nak letak gambar di blog, bebaru ini ada Sdr minta gambar raya sedondon hijau untuk taruh di blog saya.

    Emmm! suruh anak ambil gambar, muka nampak jebah & sembablah amat. Itu yang masih tak letak gambar muka di blog. Di easyjournal mungkin ada kut! gambar dedulu.

    Adoi! Dah tua-tua begini bagaimanalah nak mengayat orang. Tenguk boroinya kita pun janda cabut lari. Ini kan pula anak dara!

    Memang hebat si Harish ini mengayat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.