Selasa, September 08, 2009

Nyawa Hak Tuhan


“Pak cik, saya baru tinggal di rumah anak yatim”

“Nama siapa?,” tanya saya.

“Siti,” balasnya ringkas sambil berdiri di sebelah saya.

“Mak mana?,” soal saya.

“Mak saya sakit barah paru-paru, dah setahun duduk hospital, tak boleh bangun. Mak tak boleh jaga saya,” anak berusia 9 tahun itu menundukkan kepala.

“Tak apalah, duduk rumah anak yatim, kawankan ramai,” jelas saya.

“Kalau mak mati macam mana?,” ujarnya perlahan.

Airmata jernih kelihatan bergenang di kelopak mata anak kecil bertudung biru itu. Saya sama sekali tidak menduga ayat sebegitu mampu terpancul dari mulutnya. Apatah lagi kami baharu bertemu buat kali pertama. Saya terkedu, pantas mendakapnya. Dia masih terlalu kecil untuk bertanyakan soal mati.

“Kita semua akan mati, nyawa manusia, hak tuhan, bukan hak kita,” saya cuba menenangkannya.

Siti terdiam.

“Pak cik, boleh sign autograph?,” pintanya perlahan.

Pantas saya mencapai pen dari poket beg sandang dan menandatangani buku kecil dihulurkan Siti.

“Pak cik ni pelakon cerita apa ya?,” celah anak kecil manis berjalan menghampiri saya.

Namanya, Zalfinni Norbellina Zaidi, 11 tahun.

“Ish! Banyak filem pak cik berlakon. Dulu, tahun 1995, filem Sembilu dengan Ziana Zain, terbaharu sekali masih main di panggung wayang, Transformer,” balas saya selamba.

“Pak cik tipu!,” jerit Zalfinni, Siti dan ramai rakan mula mengelilingi saya sambil tertawa riang.

Zalfinni, 11 tahun, antara anak yatim, kematian ayah. Dia dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan kini belajar bersama rakan lain di Sekolah Kebangsaan King George ke-V di Seremban.

Terima kasih kepada Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan kerana sudi mengundang 360 berbuka bersama mereka.

22 ulasan:

  1. zaman sekarang kanak - kanak semua bijak - bijak..you cannot expect general question from them...the type of question that they will ask will suprise you..

    BalasPadam
  2. bagus bro mazidul...

    dgn cara inilah kepiluan hati anak2 yatim sedikit sebanyak terubat. hati mereka berbunga apabila insan yg selalu mengingati mereka.

    BalasPadam
  3. comel je dak tu :)

    mulia sungguh hati org yg menjaga anak yatim ni.


    .......

    amboi glamor en mazidul disana.. :D

    BalasPadam
  4. Sedihnya..:(..syukurlah saya masih punya mak ayah diusia saya ini..

    BalasPadam
  5. Alangkah senang rasa di hati, bila melihat wajah yang mulanya muram akhirnya boleh ketawa kan?? Walaupun untuk seketika, sekurang2nya mereka tidak hanya dibiarkan untuk merintih....

    BalasPadam
  6. aiseh...terasa meremang bulu roma sekejap..sedih la..tpi btul kata incik mazidulll..nyawa milik tuhan...

    BalasPadam
  7. budak tu panggil pak cik ke?

    cakaplah...panggil abang mazidul...


    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul, tersentuh hati membaca entry ni. Biasanya ada entry kelakar dan santai. Kali ni menyebabkan saya terkesima...

    Makaseh prihatin dengan anak-anak yatim ni. Kekadang saya terfikir jugak, mereka diulit ketika Ramadhan, selepas itu semuanya kembali seperti biasa.

    Bro, anak bernama Siti ni sebatang kara jika maknya mati? Alahai, .. saya tersentuh sangat.

    Insya-allah, anak-anak ini masih punya masyarakat yang penyayang..

    BalasPadam
  9. "Bersikap Lemah-lembut Kepada Anak Yatim, Anak-Anak Perempuan Dan Orang Lemah Yang Lain-lain, Kaum Fakir Miskin, Orang-orang Cacat, Berbuat Baik Kepada Mereka, Mengasihi, Merendahkan Diri Serta Bersikap Merendah Kepada Mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman." (al-Hijr : 88)

    Semoga diperbanyakkan amalan pada bulan Ramdhan ini.... :)

    **tersentuh saya bila baca posting ni...

    BalasPadam
  10. Tersentuh sebagai INSAN,

    untungnya jika masih ada masa bercerita bersama seorang yang bergelar IBU, walaupun masih ada ketidakcukupan serta kelemahan dalam meniti kehidupan.

    kredit buat perubuhan tersebut.

    * Bank ALID ada RIBA tak?, elak dari makan riba.
    jika ada pilihan bank tanpa riba,elakkanlah.

    Bank yang mengamalkan riba dan sosialis umpama satu tokey penjual daging yang mengunakan dua timbunan daging, satu daging timbunan sembelih manakala satu lagi daging TAK sembelih,menggunakan pisau yang sama,penimbang yang sama.

    oleh itu carilah bank yag jual satu jenis dging sahaja.

    BalasPadam
  11. bile sebur pasl ank ytim,mesti sy sedih..sb....
    mgkin kalo ade rezki nti besar,sy nk bukak rumah untuk jage anak2 yatim....sesungguhnye tuhan lebih mengerti akan mereka..

    BalasPadam
  12. tersentuh hati bila berckap dn takkala bersemuka dn beramah mesra dgan mereka ...kalau la nti sy punyai peluang untuk jga anak2 seperti mereka ni semua..

    BalasPadam
  13. Kalau nak ambik anak angkat, anak yatim macam dorang ni la yang patut diutamakan. Mereka ni mungkin ada yang akan jadi bakal pemimpin jika dididik dengan betul.

    Dan jika mereka ini masih lagi ada ibu, dan ibu mereka memang hidup susah atau sakit, ibu tunggal macam inilah yang patut dinikahi oleh lelaki yang ingin dan mampu berpoligami supaya hidup mereka terbela.

    BalasPadam
  14. to alid >> kereta tu hak bank sehingga kita abis bayo ansuran sebab bank yg dulukan duit dia..so dia bole batalkan atau tarik keta tersebut jika kita gagal membayo sehingga 3 atau 4 bulan gitu.cewahhh pandainyer combi !

    sebab tu ler jangan eksen kalo pakai keta beso yer sehingga anda,anda & anda abis membayo utang ekeke :p

    *keta combi dah abis bayo utang rasa mcm lega satu beban..huhh

    BalasPadam
  15. Kenapa kalau kita beli kereta HUTANG, ditulis kat aagreement, "Hak milik dituntut oleh Bank Alid Berhad"

    kureng punye alid..tak perasan ade Bank ALID Berhad disitu..

    tipah tertipu bikin malu satu donia..tolong !

    BalasPadam
  16. Begitulah lumrah kehidupan dunia. Setiap yang hidup pasti akan mati. Betul.. Nyawa adalah hak tuhan. hak ALLAH S.W.T..

    BalasPadam
  17. Terharu apabila mengenangkan kanak-kanak yang masih kecil terpaksa menetap di rumah anak-anak yatim. Sedangkan rakan-rakan yang lain(punyai ibu dan ayah) riang bermain, menonton tv di rumah. :(

    BalasPadam
  18. biarpun wajah anak kecil yang Bro ambil tu ceria dan comel, tetapi ianya diselubungi seribu kesedihan dan kesunyian. Biarpun masih diusia kecil tetapi dia sudah memahami erti kematian.

    BalasPadam
  19. salam... jika anak aanak ini tidak dijaga,,tiada tempt mengadu...besar esok....pelbagai masalah akan timbul. mereka menjadikan kehilangan salah seorang ibu atau bapa penyebab.

    BalasPadam
  20. Bro Maz

    Tumpang jap

    Kak Echah @ Combi

    Saya tak de kereta...cian saya

    Kalau di KL, saya meminjam kereta emak, atau menumpang kereta 'Tauke Blog ni' jika nak ke mana mana...

    So saya selamat dari tukang tarek kereta

    He he he

    Nota:
    BANK ALID BERHAD tu sebab tak nak tulis nama bank yang ada, nanti silap tulis kena saman...takottttt

    BalasPadam
  21. Salam,
    Pandai abg mazidul alihkan perhatian mereka dari terus sedih je...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.