Isnin, September 14, 2009

Mampukah Samy?

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendakwa hanya beliau mampu membawa perubahan kepada nasib kaum India.

Kenyataan itu dirakam dan disiarkan Buletin Utama malam tadi.

Perhimpunan Agung ke-63 MIC memilih beliau sebagai Presiden bagi penggal ke-11.

Benarkan beliau mampu?

27 ulasan:

  1. salam..ini komen saya yg pertama utk blog ni..komen sy mungkin tidak sematang kalian, al maklumlah, baru berusia 19 thn..
    bg sy, mungking perlu beri peluang kepada muka baru =)

    BalasPadam
  2. Bila pilihanraya yang lalu menunjukkan akan kejatuhan beliau, seharusnya Samy Vellu mengkaji apakah penyebab akan kejatuhan politik beliau tapi masaalhnya bila dia rasa ingin berkuasa memandangkan sebelum ini beliau memegang tampuk menteri yg cukup lama mengakibatkan ramai rakyat India tidak bersetuju akan kepimpinan beliau dalam parti meskipun ramai ahli2 parti dari kroninya yg masih menyokongnya. Seharusnya beliau menjadi mantan menteri kita Tun Mahathir yg memberi nasihat & pendapat daripada membabitkan diri dalam kepimpinan MIC sekarang ini

    BalasPadam
  3. mampu tak mampu tunggu dan lihat je la...
    -kalo x mampu nanti sume orang kutuk.. kalo mampu lak orang bodek2.. alahai donnia...

    BalasPadam
  4. Penasihat dan pembodek kiri-kanan, yang memberikan nasihat.

    "Datuk masih MAMPU, muda lagi,kuat dan sihat".
    Makan budi.

    Orang luar/saya tengok memang tak mampu. Beri peluang golongan pelapis/muda.

    BalasPadam
  5. Komen saya, dah tiba masanya Samy Vellu berundur diri sebab setiap pemerintahan yang baru akan mempunyai corak dan idea yang baru.

    BalasPadam
  6. bagi can kat orang baru la plop....
    jangan tamak dan gila kuasa...

    BalasPadam
  7. ...sepatutnya dia berundur awal-awal lagi sebelum Tun ...kalau popular dalam parti belum tentu menang pilihanraya... sepatutnya dia juga berkata begini; orang yang tidak popular dalam parti pun boleh menang pilihanraya...

    BalasPadam
  8. Kita lihat nanti macam mana...tapi kena beringat juga, bak kata pepatah
    "Ukur baju di badan sendiri..."

    http://azrulhisham.blogspot.com

    BalasPadam
  9. salam..
    cik Mazidul,

    pada saya, dia patut sedar.. zaman pemerintahan dia dah berlalu.. rakyat perlukan perubahan.. sebagai menteri dia patut lebih rasional..

    bagi laa 'can' kat org lain merasa pulak.. kan?

    BalasPadam
  10. ecah;

    iiissh

    asyik komen fizikal orang jerr..
    tak elok tau,rambutla baju la,
    cuba kutuk2 sikit..

    qah qah..

    BalasPadam
  11. Tak pasti apa lagi yang mahu diperjuangkan. Jika mahu dikira jasa semua tahu tenguk tol semua rakyat sudah ingat siapa empunya idea...

    Kuasa rasanya sudah lebih dari itu, tak payah sebut bebenda lain. Dua tiga penggal pun seseorang Ahli politik itu rasanya telah mencapai matlamatnya. Ini kan lagi 10 penggal.

    BalasPadam
  12. entah la... MIC memerlukan perubahan....

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  13. Salam Bro Mazidul...Pertama kali bagi komen... Pertama-tama sekali nak ucapkan tahniah kerana dengan adanya blog ini, dapat memberi pengetahuan pada kami...Setuju dengan beberapa komen di atas. Sepatutnya Samy Vello sedar akan penolakan kaum india terutamanya, bahkan terkadang melayu jawa ini( saya le ) pun seakan meluat dengan komen beliau apabila ditemuramah wartawan di dalam berita di TV....

    BalasPadam
  14. Sebenarnya Sammy Vellu ni dah 'expired'. Kadang-kadang benda yang lama sangat pun dah tak mampu berfungsi dengan baik. apatah lagi Sammy vellu. Kasi can muka baru pulak.

    BalasPadam
  15. Dah hampir 11 penggal pegang kuasa. Memang dari segi pengalaman politik tidak dinafikan, tapi kalau dah lama sangat pegang, bagus ke?

    patut diberi peluang pada muka baru untuk buktikan kemampuan mereka untuk menerajui MIC.

    BalasPadam
  16. Salam kat semua
    dia rasa dia boleh..lantak la kat dia..bukan tak pernah orang suruh dia step down utk bagi orang lain laluan, tapi dia still 'yakin boleh' yang dia masih mampu memerintah MIC..so, we just wait and see sama ada umur dia sempat tak sampai 2012...:P

    BalasPadam
  17. nak komen banyak2, saya masih lagi muda tapi apa yang saya nampak, mungkin tak kot!
    perubahan tak akan exist kalau 'dia' lah yang 'pegang'
    =/

    BalasPadam
  18. Bila PM beri nasihat agar pemimpin parti politik jangan asyik mencari populariti dikalangan ahli parti, sebalinya cari jalan agar mereka juga popular dikalangan rakyat (maksudnya kalau bertanding pilihanraya boleh menang) cepat-cepat Samy Vellu buat kenyataan nak tunjuk pandai.

    Dia kata, kalau dalam parti tak popular, macam mana nak popular dikalangan rakyat. Wah bukan main berlagak dia menjawab.

    PM tak katapun tak boleh cari populariti dikalangan ahli parti. PM kata jangan cari populariti dikalangan ahli parti sahaja, rakyat juga kena jaga. Itu pun dia tak faham.

    Hairan juga, kalau benar dia popular sangat dikalangan ahli parti, dan memungkinkan dia popular juga dikalangan rakyat, seperti yang dia cakap, kenapa dia boleh kalah dalam pilihanraya umum yang lalu?

    Itulah sebenarnya kalau nafsu sudah menguasai diri. Cara cakappun dah meninggi. Kita tengoklah nanti apa yang dia boleh buat untuk menyatukan semula masyarakat india di Malaysia ini.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Bro Maz

    Kata nak 1Malaysia

    Letakkan MIC di bawah pimpinan Datok Seri Najib, MCA pun begitu...

    Rasanya sudah tiba masanya Datok Seri Sammy beri mandat baru kapada Rakyat Jelater...

    he he

    BalasPadam
  20. alidyangon, 1Malaysia ada maksud yang baik untuk semua orang. Baca dan fahamilah.

    Kalau tak faham, tanya orang yang faham untuk terangkan. Jika lepas itu tak boleh terima, terserah pada diri masing-masing.

    1Malaysia bukan untuk dipermain-mainkan dan digimik dengan sesuatu yang lucu apatah lagi dicaci. 1Malaysia boleh juga diamalkan oleh parti pembangkang, tak ada masalah. 1Malaysia menuntut semua kaum di Malaysia untuk bekerjasama dan seling bantu membantu dan hormat menghormati.

    Kes MIC tak ada kena mengena dengan 1Malaysia. Nak bagi mandat kepada rakyat jelata kenapa lak, dia bukan dipilih oleh rakyat. Presiden MIC dipilih oleh ahli parti MIC bukan oleh rakyat.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  21. Bro Maz

    Tumpang jap

    anakmerdeka

    yea tepok tangan untuk ada

    anda memang best

    maaf kah saya tak pandai issue ni

    melawak sikit tak kan tak boleh kot

    awak memang hebat ka... saya tabik

    jemput la ke blog merapu saya

    alidyangon.blogspot.com

    Ok Boss

    Noted

    Thank you

    he he...

    BalasPadam
  22. Bro Maz

    Tumpang jap

    Ahli MIC bukan rakyat ke? Mereka tu Raja raja ke?

    Adakah menjadi kesalahan jika Kalau UMNO, MIC dan MCA di bawah Datok Seri Najib ? Bukan kah sekarang ini di bawah Barisan Nasional...

    Maaflah lagi sekali...

    Saya ni jahil pasal politik, walau ada rakan sekelas saya sendiri adalah Timbalan Menteri sekarang...

    Jangan marah bro

    Semuga berjaya dalam bidang politik

    Buan sekadar menulis di blog, tapi buktikan seperti rakan sekelas saya, beliau berusaha untuk politik dan kini Timbalan Menteri, mungkin satu hari nanti beliau akan bergelar Menteri. Kita doakan.

    Amin

    BalasPadam
  23. Dude

    He should go off already.

    30 odd years "serving" the community did not yield any progress. How can he said "he can bring changes or elevate the Indian community?"

    Cheers
    ManB

    BalasPadam
  24. Kalau dia ikut umur bersara kerajaan, dah lama sangat dah dia patut bersara...

    Bagi peluang pada generasi baru untuk membawa perubahan...

    BalasPadam
  25. ai...dah hujung hujung ni baru nak bawa perubahan pada kaum india...30 tahun dulu dier buat aper...sibuk 'kipas' orang lain ker...yang kaum india pun satu...sorry to sayla...let them think on their own...patut Uncle Samy ubah ker mereka sendiri yang ubah nasib mereka...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.