Rabu, September 02, 2009

Sojar Nakal

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siapa sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi ...

Mungkin ramai antara pembaca mampu menyanyikan bait lagu di atas. Lagu patriotik lama khusus dicipta untuk Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Mengikut sejarah, semasa zaman darurat di antara tahun 1948 dan 1960 ramai pegawai dan anggota tentera terkorban mempertahankan tanah air daripada serangan komunis. Majoriti gugur di perbatasan, sebilangan terselamat, mengalami kecederaan kekal. Lihat, setiap kali Hari ATM disambut, bekas tentera ditemubual pasti mengalirkan airmata. Mereka terkenang pedih jerih ditempuh mempertahankan kedaulatan negara.

Dulu, orang kampung memanggil mereka ‘sojar’ (soldier) atau ‘Mat Terap’. Teringat, setiap kali kereta perisai melintasi kawasan kampung di pedalaman, sebilangan sojar menggulung kertas kecil dituliskan nama dan alamat mereka dan kemudian dilemparkan kepada gadis pinggitan berdiri di tepi jalan. Itu stail tipikal sojar mengurat.

Jika berkhemah di pinggir hutan berhampiran kampung, sebilangan mereka gemar ‘mengumpan’ anak kecil menggunakan ration, antaranya susu peket Dutch Lady, Milo, jem nenas dan biskut empat segi keras.

“Kertas ni bagi kat kakak ya,” bisik sojar.

Kertas terkandung nama penuh dan alamat di kem. Jika hajat tercapai dan dilayan, mereka berpeluang berutus surat dengan gadis kampung menjadi ‘sasaran’. Andai cinta berputik, hubungan sojar bersama pasangannya berakhir di jinjang pelamin.

Itu antara ‘kenakalan’ sojar pada awal tahun 70 an.

Kisah itu jauh bercanggah berbanding ‘kenakalan’ anggota tentera berusia 23 tahun, Mohd Izwan Ngaripin. Dia ditangkap polis dan mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya pada malam sambutan kemerdekaan di Jalan Jelapang-Chemor, Ipoh, Perak. Izwan dibebaskan dengan jaminan RM6,000 sementara menunggu hukuman.

Apapun, biarlah dia ‘mambayar’ harga kenakalannya itu.

21 ulasan:

  1. nnt kite bukak pulak cerita ahli muzik

    "apa, ahli muzik..!!"

    BalasPadam
  2. banyak tu.

    kalau boleh rampas motor sekali, lepas tukar motorcup 50CC..

    barulah kempunan nak merempit.

    BalasPadam
  3. Dulu, sojar sangat dihormati. Sama macam kerjaya cikgu. Hari ini, kerjaya artis lebih menjadi idola remaja.

    Yang masuk sojar pulak, semakin kurang kualiti. Agaknya mamat yang BrO Mazidul cite tu, mat rempit yang tersalah masuk jadi sojar...


    Bro, ulas sikit kisah budak 3 tahun kena bunuh pak sedara yang jadi Mat Gian....

    Sedih lah... Elok mampus jer Mat Gian tu.

    BalasPadam
  4. Brahim, kalau diizinkan Allah, saya akan ke Gua Musang, Kelantan bertemu keluarga mangsa. Kisahnya akan dimuatkan dalam episod 360 sebelum sambutan hari raya.

    Kes itu masih disiasat polis, apapun saya akan cuba merakamkan perasaan ahli keluarga kes pembunuhan kejam itu.

    BalasPadam
  5. umo dia sebaya dgn anak dara combi.mesti sedeh parent dia.risau dgn anak remaja kita yang selalu mengguris hati ibubapa.

    nakal yg menjerat masa depan sendiri :(

    BalasPadam
  6. Setuju dengan pendapat saudara Brahimnyior, rata2 remaja sekarang menjadikan kerjaya sebagai artis sebagai utama semata2 kerana mahu glamor...

    Sedih dengar berita budak 3 tahun yg kena tikam tu...

    BalasPadam
  7. Tanpa sojar ketika darurat sememangnya keselamatan kita terancam. Mungkinkah tugas sojar dahulu semasa komunis bermaharayalela di hutan amat mencabar berbanding sekarang... sampaikan sempat merempit. Malahan ada segelintir sojar pulang ke kampung mengenalkan pemuda kampung dengan dadah. Ini memang berlaku di kampung saya.

    Sedangkan disiplin mereka berpakaian seragam tentulah ketat. Apakah ada kekosongan di jiwa mereka atau mereka sebenarnya terdesak memilih kerjaya sojar yang memang disanjung tinggi kedudukannya di mata masyarakat.

    Harap-harap jangan sebab susu setitik akan merosakkan terus susu sebelanga.

    BalasPadam
  8. Lainlah ulu, lainlah parang.. lain dahulu lainlah sekarang.. begitu juga dengan 'sojar'.. hehe.

    BalasPadam
  9. Apepun, jasa pejuang kemerdekaan terdahulu akan di kenang dan di hargai sampai bila-bila. Jasamu tidak akan di lupakan..

    BalasPadam
  10. Teringat masa kecil.. Kalau nampak je truck askar masuk kampung, ramai-ramai akan berkumpul di tepi jalan sambil melambai-lambai. Terasa gembira dan bangga bila lambaian di balas oleh abang-abang askar.. hehe..

    BalasPadam
  11. teringat lagu bufolo soldier dari bob marley . apa2pun tak semua sojar jahat.

    btw sekarang sojar banyak yang berisi. ihhhiih.

    Mr.J @ pengeRindu.com

    BalasPadam
  12. paling besh org kg suka.. sbb depa paling penting menantu mesti kerja makan gaji ngan gomen.. baru ada kelas.. heheh itu tipikal mak ayah zaman dulu2.. bro buka citer soljar nih teringat kat boypren lama dulu2.. mat terap nih suka ngorat budak sekolah jugak.. hehehe

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    Dia dah tak de kerja nak buat agaknya, nak tembak kominis, semua dah duduk dalam bandar

    Tak semua askar begitu

    Points To Ponder:
    When there is no enemy within, the enemies outside cannot hurt you.

    BalasPadam
  14. klau ramai sangat nak komplen pasal soljar...apa kata hangpa plak yng jadi soljar???
    ada berani ker??

    BalasPadam
  15. Salam semua
    Bang, jalan Jelapang-Chemor tu memang port budak tak reti bahasa me'racing'. jalan tu betul2 kat depan umah mak saya kat Taman Meru tu..ada sekali saya dalam pantang, diorang merempit kul 2pagi..saya hangin la..tepon polis Jelapang. Tak sampai 10 min..senyap..itu jer ajornya...hampeh punya mat rempit..
    btw, sapa la yang membayor duit jamin dia tu...pi umrah lepas tu...iskk..

    BalasPadam
  16. Penglibatan tentera dalam kes2 jenayah dan masalah sosial hanyalah kes2 terpencil sahaja dan tidak melibat kesemua warga tentera...

    Sebagai warganegara Malaysia yang pernah menjalani latihan ketenteraan, saya juga sedih bila terbaca atau terdengar sebilangan anggota tentera yg terlibat dengan jenayah...namun kita semua kena berfikir tentang pengorbanan mereka yang sedia berkorban menjalankan tugas dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita daripada anasir-anasir yg tidak bertanggungjawab...tanpa mereka keamanan yg kita kecapi selama ni hanya sia-sia...

    Sebelum terlambat, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma buat bro Mazidul, para blogger dan juga warga tentera yg mengikuti blog ni tak kira anda berada di mana...salam kemerdekaan ke-52...peace to our country...amin :D

    BalasPadam
  17. PeNaRi LaUt!!!

    Waris saya ramai juga yang jadi sojar. Okey belaka!, buat kata Azrul... Penglibatan tentera dalam kes2 jenayah dan masalah sosial hanyalah kes2 terpencil sahaja...

    Sedangkan seorang Ustaz pun terkadang kita dengar tergoda oleh hasutan syaitan, sampai meliwat anak muridnya. Rasa di mana jua berlaku masalah sebegini.

    Saya pernah jadi RELA, masa pergi latihan menembak saya monteng. Tau kenapa? Nak pegang senapang pun saya takut; inikan pula nak berlatih menembak. Minta maaf.

    Puncanya saya trauma dengan senapang adalah sejak saya tenguk pertama kali abg saya guna senapang milik Arwah Apak... konon nak tembak tupai... senapang itu boleh tendang dia sampai terlentang di pagar sebelah reban ayam. Tupai tu tergelak saja di dahan durian... Bayangkan!

    BalasPadam
  18. Penari Laut..

    apa pun Sojar banyk korban untk negara..

    tinggal anak biniisteri memakan bulan dan tahun

    lama ..

    BalasPadam
  19. ....bayangkan ditengah2 laut bertemankan bayu,hidupan merin,air,dan sejauh mata memandang...ada warga Soljer angkatan Laut....tanpa gagal...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.