Ramai umat Islam mengambil kesempatan bersedekah di bulan Ramadhan. Jika selama ini jarang menghantar juadah ke rumah jiran sebelah, senario itu berubah di bulan mulia ini. Kuih muih dan lauk pauk dimasak atau dibeli, dikongsi bersama.
Syukur, kehadiran Ramadhan mampu mengubah sikap manusia menjadi lebih pemurah. Diharapkan amalan gemar bersedekah itu berterusan di bulan seterusnya.
Majoriti pengunjung Bazar Ramadhan berhampiran Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor juga gemar bersedekah. Saya terserempak dua pengemis Kemboja, berusia 19 dan 23 tahun, mereka cacat kaki. Mereka berdua fasih berbahasa kebangsaan. Lama saya perhatikan gerak geri pengemis bukan Islam terbabit. Setiap kali pengunjung menghulurkan wang kertas, pantas tangan mereka menyambar wang terbabit dan memasukkannya ke dalam beg sandang. Itu juga amalan majoriti pengemis di negara ini. Mengapa? Mungkin wang banyak terkumpul di dalam raga, kurang mendorong orang ramai terus menghulurkan derma.
“Macam mana datang sini?,” soal saya.
“Naik teksi,” kata pengemis berusia 23 tahun selamba.
Hairan, hanya pengemis warga asing sahaja berada di lokasi terbabit di samping dua pengutip derma 'mewakili' Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Farabi beralamat di No 3, Kampong Banggol Kiat, Sik, Kedah.
Setiap kali saya merakamkan gambar mereka, semua cuba berpaling ke arah lain, menyorokkan wajah. Mungkin mereka malu.
Pengemis warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Mereka bukan warga negara Malaysia. Bagaimanapun mereka bijak mengambil kesempatan kerana mereka tahu, umat Islam menghulurkan sumbangan jarang mempersoalkan identiti mereka.
Persoalannya, adakah wajar kita terus memberikan sumbangan kepada pendatang tanpa izin terbabit disebabkan mereka cacat fizikal? Atau lebih bijak sekiranya kita menyumbang kepada warga tempatan memerlukan bantuan?
Syukur, kehadiran Ramadhan mampu mengubah sikap manusia menjadi lebih pemurah. Diharapkan amalan gemar bersedekah itu berterusan di bulan seterusnya.
Majoriti pengunjung Bazar Ramadhan berhampiran Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor juga gemar bersedekah. Saya terserempak dua pengemis Kemboja, berusia 19 dan 23 tahun, mereka cacat kaki. Mereka berdua fasih berbahasa kebangsaan. Lama saya perhatikan gerak geri pengemis bukan Islam terbabit. Setiap kali pengunjung menghulurkan wang kertas, pantas tangan mereka menyambar wang terbabit dan memasukkannya ke dalam beg sandang. Itu juga amalan majoriti pengemis di negara ini. Mengapa? Mungkin wang banyak terkumpul di dalam raga, kurang mendorong orang ramai terus menghulurkan derma.
“Macam mana datang sini?,” soal saya.
“Naik teksi,” kata pengemis berusia 23 tahun selamba.
Hairan, hanya pengemis warga asing sahaja berada di lokasi terbabit di samping dua pengutip derma 'mewakili' Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Farabi beralamat di No 3, Kampong Banggol Kiat, Sik, Kedah.
Setiap kali saya merakamkan gambar mereka, semua cuba berpaling ke arah lain, menyorokkan wajah. Mungkin mereka malu.
Pengemis warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Mereka bukan warga negara Malaysia. Bagaimanapun mereka bijak mengambil kesempatan kerana mereka tahu, umat Islam menghulurkan sumbangan jarang mempersoalkan identiti mereka.
Persoalannya, adakah wajar kita terus memberikan sumbangan kepada pendatang tanpa izin terbabit disebabkan mereka cacat fizikal? Atau lebih bijak sekiranya kita menyumbang kepada warga tempatan memerlukan bantuan?
* Jabatan Agama Islam Selangor mengumumkan wang ganjaran ditawarkan untuk menangkap ketua ajaran sesat, Abdul Kahar Ahmad dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 sebelum ini.
Salam Bang
BalasPadamKat Damansara Damai pun ramai macam tu..yang herannya diorang nie siap kudung kaki tangan..macam ada sindeket yang kerat tangan depa pastu suruh mengemis..saya bukan kedekut atau berkira atas rezeki yang Allah bagi utk saya, tapi kalau di hati saya mempersoalkan sesuatu selepas memberi, sudah tentu pemberian itu tidak ada maknanya lagi kan..
Depa ni ada memudahkan kita untuk buat amal kebajikan. -kita pikir macam tu lah. Tapi sebenarnya, niat kita membantu, melahirkan lagi jenayah disebalik sendiket ini.
BalasPadamKita tidak tahu, dalang yang membawa org tiada kaki tiada tangan ke tapak mengemis. Kenapa kadang2 org cacat tiada semua kaki tangan berupaya duduk bawah terik matahari dan basah hujan mampu bergerak ke tempat itu?
Dalam Malaysia dah byk cara untuk kita menambah pahala sedekah dan berkongsi rezeki. Kita ada:
i. potongan gaji bulanan untuk bayaran zakat pendapatan - potong saja lebih untuk lebih keberkatan seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary amalkan.
ii. Rumah anak-anak yatim yang selalu kekurangan dana pendidikan.
iii. Rumah-rumah orang tua yang selalu perlukan belanja perubatan.
iv. Pertubuhan kebajikan lain.
p/s: Di Uptown Damansara, saya selalu bertembung org buta dengan anaknya yang cukup anggota badan mengemis dari meja ke meja. Memakai telefon canggih yang berharga sekitar RM1000. Saya ketika itu hanya memakai nokia 3310.
Bro Maz
BalasPadamKan dulu Bro dah tulis
kalau nak bersedekah, terus kepada pihak yang berkenaan
Ramai yang masih belum tahu saluran yang betul agaknya, apapun negara kita masih ramai yang pemurah, kelebihan itulah yang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak...
Wahhhhh syahdunya....
Kisah benar:
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Orang Tua : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Orang Tua : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Orang Tua : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Orang Tua : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!
He he he he he he he
Bro Maz
BalasPadamNaik 10k je???
Hmmm...
Alid, cukuplah buat belanja hari raya :)
BalasPadamBaru-baru ni, datang tiga lelaki ke sekolah tempat saya bertugas, kutip derma untuk sebuah institusi anak yatim di Kuala Kangsar, katanya.
BalasPadamAlamat pada 'sijil' derma pun mengesahkan, siap ada nombor phone. Saya tepon, suara pempuan yang jawab tu mengesahkan institusi itu memang tempat anak yatim.
Tapi macam ada unsur paksaan oleh lelaki2 tu.
Yang bersepah macam yang Bro Mazidul nyatakan, pun ramai gak, terutama di bazar Ramadhan.
Malangnya, tiada usaha menghalang golongan ini. Kurang penguatkuasaan menyebabkan mereka 'mua'..
salam, off topic jap, klau tak menjadi keberatan , boleh la en mazidul dan pembaca2 lain jenguk web/blog ust zaharuddin, beliau ada ulas tentang isu KArtika dan hukum sebat. Moga2 dapat memberikan kefahaman kepada kita
BalasPadamhttp://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/
terima kasih
saya setuju jika sedekah itu dihantar ke rumah - rumah kebajikan yang lebih memerlukan..jika persemdirian tidak akan dilayan..
BalasPadamsokong kata - kata kirana..jika pemberian itu dipersoalkan...maka tiada makne lagi..lebih baik jika kita direct bagi kepada rumah kebajikan...
BalasPadambang Mazidul...Zul Kahar sedang cuba menarik minat orang ramai melalui comment dalam blog mereka..saya sendiri terkena..namun komen dier di'reject'...dia menggunakan tafsiran ayat - ayat al - quran sendiri sebagai alat penyesat..harap yang lain tidak kene mcam saya...huhuhuh...takot beb..
BalasPadampaling sedih bila melihat anak2 kecil - yang mungkin saja baru berusia dua tiga bulan - dijadikan 'alat' untuk mengemis...
BalasPadamSalam bro Maz..
BalasPadamKomen ni offline ye.. :)
Hari ni 17 Ramadhan...hari Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT dari Luh Mahfuz ke langit dunia.
Saya kira, saya nak ambik keberkatan Ramadhan, lebih2 lagi hari Nuzul Quran ni utk perkenalkan diri.
Kalau sudi, boleh lah bro Maz kenali saya di sini :
www.abuaminajihah.blogspot.com
Semoga ukhwah yg ikhlas lillahi ta'ala akan menjadi asas persaudaraan kita sesama Muslim..
Itulah kelebihan dan juga kekurangan masyarakat kita. Pemurah tak mengira tempat. Mudah kesian. Kadang-kadang apa yang kita lakukan itu walaupun sekali imbas nampak betul, tapi sebenarnya salah.
BalasPadamSalah sebab kita menggalakkan apa yang mereka lakukan. Begitu mewah mereka sampai mampu guna teksi untuk ke merata tempat? Dan mereka seharusnya ditangkap kerana mereka adalah PATI.
Kalau nak bersedekah, menderma, cariklah saluran yang betul dan sah.
en mazidul...betul kata alid >> disebabkan pemurah/kesian combi pun ajar anak2 mcm gitu.asal jupa pengemis hulur seringgit dua.selepas tu rasa lega sbb dah jalankan tanggung jawab..kalau tak kasi rasa sgt bersalah dlm hati (mereka selalunye cacat teda tangan & kaki ) :(
BalasPadamseperti kata marissa >> huby pun ada buat potongan gaji tiap2 bulan dah hampir 20 tahun kpd YPEIM (yayasan pembangunan ekonomi islam m'sia).alhamdulilah biarpun siket sumbangan ini dpt membantu mereka yg susah.
.........
20k..?? aduiii duit raya ni alid jom jom ! :D *materialistik betul
Daripada kita bersedekah kepada pengemis jalanan yang meminta sedekah (bukan rakyat Malaysia) lebih baik kita sedekahkan ke masjid untuk majlis berbuka puasa jemaah yang datang. Besar juga pahala yang kita peroleh.
BalasPadamTapi, terasa juga kasihan dan simpati terhadap peminta sedekah yang 'mewakili' pertubuhan anak-anak yatim dan miskin. Cuma, kesahihannya diragui samada betul atau tidak 'pertubuhan' tersebut.
BalasPadamarea rumah saya pun ada juga golongan seperti ni...kesian juga tengok...hulur sekadar yang mampu je...
BalasPadam**untung la kepada sesiapa pemberi maklumat yg membuatkan si Abdul Kahar tu ditangkap oleh JAIS....duit raya free la dapat nanti...hehe
Saya bukan nak jadi kedekut tapi bila org mengemis macam ni, tak kira la warga asing atau tempatan, saya memang takkan bagi.
BalasPadamsalam bang...
BalasPadammemang x dinafikan y dorg nie ade kt mane2 je..y plik nye,nape dorg nie kabanyakn nye dorg nie cacat..??rmai plak tuh y cacat nye..hermmm...
tp dorg nie memudhkn kite bersedekah..seikhlas mane kite bersedekah untuk dorg,hnya y atas y tau..
selamat bersedekah bagi yang banyak wang.
BalasPadamsebelum kes jenayah depan mata,mereka akan teruskan membuat kerja itu, melainkan pihak 3 stesyen TV fokus tiap minggu.
Kerajaan Selangor;
BalasPadamtiada ke?
Idea melaksanakan tugas menangkap Pengemis 'KAYA' ini diberikan tugas kepada Pihak Masjid??
memberi juadah di bulan puasa kepada jiran tetangga:
BalasPadamusahkan juadah, nak senyum pun payah jiran2 melayu saya. Sama floor tapi tak ada budi pekerti.
peminta sedekah:
kalau yang menadah sahaja, memang saya tak bagi. Saya suka menghulur pada seorang pakcik cacat penglihatan, setiap ahad di pasar tani mega, danau kota. saya menghulur kepada nya adalah dengan niat membayar hasil titik peluh beliau menghiburkan pengunjung pasar tani di situ.
nyanyiannya sangat merdu, apa lagi jika beliau mendendangkan lagu-lagu lama. cuba En. Mazidul buat liputan golongan sebegini, amat menarik untuk mendalami hidup mereka.
www.sweetdarling79.com
zeqzeq >> nanti ko dah banyak duit sedekah lah yer..insuran utk kita disana nanti.bukan insuran nyawa jek yg kena beli :)
BalasPadampernah dengar ,. dorang boleh kutip sampai Rm300 sehari.. masyukkk.
BalasPadamecah;
BalasPadambab sedekah kena ikut Sunnah atau Surah;
utamakan Rating;
-Kaumkerabat, sepupu, anak buah cucu cicit, uncle untie atuk aki yang terdekat.
-anak yatim
-jiran
Biasanya kita MALU nak mengaku wujudnya waris2 yang miskin, malas nak mengenalpasti saudara kerabat, jadi kita hulur kepada yang terNAMPAK di mata atau dekat di mata.
sebagaimana Kawin ikut sunnah Rasul..
salam,
BalasPadamcik Mazidul..kalau saya laa kan jumpa pengemis mcm depa ni.. yg kudung kaki tangan laa yg bawak budak kecik laa memang sy x bagi.. sebab saya tau ada sindiket yg dok bwk depa ni.. pada sy drpd sy bagi duit pada pengemis mcm nih baik laa sy bagi pada org buta yg duduk juai tisu tu.. sekurang2nya sy membeli sambil menderma..
satu kisah yang pernah terjadi pada saya sekitar 2003 di shah alam seksyen 11.masa tu saya masih lagi menuntut di IPT..satu mlm (dlm 10-11 mlm) sy dan rakan mkn di medan selera belakang caltex tu..
tiba2 dtg org buta nak jual bookmark..sorg buta dan yg sorang lagi pompuan cantik yg cukup sifat..dia minta saya seringgit.. masa tu kan ke tgh belajar.. setiap sen memang besar nilainya..jadi sy dan rakan kongsi duit bagi laa pada depa berdua ni..
saya dan rakan lihat dorang berdua nih kutip duit (dari meja ke meja) sampai laa abih meja kat medan selera tu depa singgah..
dlm perjalanan nak balik ke rumah.. sy dan rakan ternampak pasangan tadi ni berjalan menuju ke arah caltex (masa tu caltex dah tutup) yang mengejutkan saya dan rakan lelaki yg buta tadi tu boleh pulak berjalan sambil melipat tongkat dia menuju ke kereta wira.. tak ke terkejut kami berdua bila tengok si buta boleh bawak kereta wira sedangkan sy pada waktu tu hanya berkereta mazda 323 tahun 80..
sejak insiden tu kalau ada org buta mai mintak sedekah kat meja makan memang saya tak layan..
Sesiapa yang telah menonton Slumdog Millionaire terbitan tahun lalu pasti perasan kes pengemis ini diolah ke layar perak.
BalasPadamRasanya sudah berkali-kali pihak berwajib menangkap pengemis luar negara ini namun mereka masih menyelinap masuk ke negara kita. Sebabnya memang betul kata Sdr Mazidul. Orang kita memang gemar bersedekah di bulan Ramadan ini.
Sdr Alid...
Sekali ganda tu!.. 20K ganjaran yang ditawarkan kira lumayan; semoga cepat beliau ditangkap supaya tidak bertambah ramai pengikutnya. Pun agar ada lagi tawaran yang lain!. Perkara sesat ini jika kita biarkan terlalu lama akan pastinya akan bertambah sesat umat kita.
bukan saya kedekut nak sedekah, tapi kekadang depa ni melampau, ada antara mereka yg tunggu di luar bilik ATM, lepas kita keluar je, terus mintak duit.
BalasPadamlebih lemak lg kalau kita offer makan kat KFC ke Marry Brown, tolak mentah2...
salam semua..sy juga ragu2 dgn status peminta sedekah@derma nie.hmm..di negeri sy,saya tgk berleluasa sgt peminta derma.biasanya diorang tercongok dpn pintu bank,kononnya derma utk pembinaan maahad tahfiz/masjid dan sebagainya.itu mgkin di kalangan 'cikgu'.remaja pulak,memakai pakaian seragam menjual kalendar berhrga rm10 atau buku agama memohon derma utk tujuan yg sama.yg jd musykil tu, time mana diorang belajar,kalau setiap hari diorang mengerah tenaga mtk derma.dlu syu selalu jgk bg,tp derma sajalah skit.pnah beli kalendar,tp bila dh hbs tahun,xleh nk buang mcm tu jer sbb ade ayat qur'an.
BalasPadamsalam. kt tempat sy pon ade peminta sedekah yang 'mewakili' pertubuhan anak-anak yatim dan miskin. Tp masih ragu2 lagi. So, tak penah bagi.
BalasPadamKt bazaar ramadan di ipoh(tmn jati), ade yg jual mercun. Dalam pukul 4.45pm tu diorang da jual. Mane la diorang dapat bekalan tu.
p.s. : Derma kt masjid je senang.