Sabtu, September 05, 2009

Tersenyum Sama

Hasil perbincangan di antara dua negara, amah Indonesia kini diberikan cuti sehari seminggu. Mereka juga berhak menyimpan paspot sendiri. Sebelum ini, paspot amah disimpan majikan tempatan bertujuan mengelakkan amah melarikan diri dan bekerja secara haram di tempat lain.

Terbaharu kerajaan Indonesia dalam mesyuarat dua hala hari ini di Jakarta akan mengemukakan tuntutan gaji minimum amah Indonesia, RM800 sebulan berbanding gaji terkini di antara RM400 dan RM600.

Jika tuntutan itu dipenuhi kerajaan Malaysia, majikan juga harus mengemukakan tuntutan mereka.

Cadangan saya, sewa bilik amah, RM150 sebulan, kos makan minum tanpa had, RM300 sebulan, bil elektrik amah menonton televisyen sinetron Indonesia di Astro dan bil air, RM50.

Manalah tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Andai kata tuntutan itu dipenuhi kerajaan 1Malaysia, boleh majikan tersenyum sama.

37 ulasan:

  1. salam..

    maaf cakap..
    berat ke indon ajelah..
    permit je dah bape ribu..
    mahu nye amah tue lari?
    gayut tepon ratus2..
    makan free..
    ahh..!

    terbakar..

    wassalam..

    BalasPadam
  2. sokong bro! amah indon ni kire ok lg berbanding pekeje laki indon.BANYAK BUAT MASALAH.

    BalasPadam
  3. Amah Indonesia, naik tocang di Malaysia tetapi kalau di Arab Saudi, ada dilayan seperti hamba abdi.

    Main-mainlah dengan Pak Arab! Di Malaysia, Pak Kassim, Pak Yusof, Pak Zul, Pak Musa, semua majikan berhati lembut :)

    BalasPadam
  4. Bro Maz

    Ada jiran tu (Botani), asyik lari je amah dia, amah Indonesia.

    Sekarang dia ambik orang Vietnam
    (RM10ribu kosnya)

    Di Yangon gaji amah sebulan Ky50,000 (RM160.00) sahaja.

    Hari tu ada offer main main, kata Ky70,000 sebulan kalau kerja di Malaysia, dia orang tak tolak pun.

    Boleh ke kita bawa orang Myanmar masuk jadi PRA?

    Ramai orang Myanmar Islam di sana yang ingin bekerja Lebih rajin, tulus dan ihklas nampak gayanya.

    BalasPadam
  5. Bro Maz

    Tambah lagi

    Part sewa bilik, astro, Makan minum, bil air tu memang sokong penuh

    Caj Fomema, Permit SPLP dan Levi pun kita kena tolak juga tu.

    Naik kereta kita, duduk belakang macam boss, kita yang pandu, kira tambang teksi, bawa pergi shopping, suruh guna duit sendiri, sabun mandi, sabun baju pun kena kira juga tu

    Hari cuti kalau nak ikut kita pergi jalan jalan makan angin, kena bayar tambang juga dan dikira sebagai pakej. Sewa bilik hotel atau challet kena bayar sendiri.

    Masuk toilet public atau apa apa caj kena bayar sendiri, TOL dan Parking kena tong - tong.

    Kalau Indon berkira, kita ni pun kena berkira juga barulah win-win situation.

    Agen agen PRA makin banyaklah untung tu, khabarnya nak ambik orang gaji dari Indon kosnya dah jadi macam kos nikah kahwin kat sini...

    Pastu letak syarat kena ada Diploma atau Degree sebab nanti kalau orang gaji bodoh, dia ajar anak kita jadi bodoh.

    Kita susah susah ajar anak cakap Melayu dan English, bila balik rumah selamba je anak cakap Indon 'ibu pulang suda... yeeee'

    Kena ada sijil sekolah agama - boleh mengajar anak mengaji, sholat dan lain lain Fardu Ain.

    Pastu buat agreement, kalau lari dari rumah, kita boleh ambik tindakan macam kes Manohara yang dah jadi Manohuruhara tu. Saman RM3juta kepada agen PRA, amah dan Kerajaan Malaysia.

    Apa barang...
    ambik orang bodoh dari negara bodoh buat kerja jaga rumah dan jaga anak kita...bayar mahal mahal, macam beli LEMBU! buat pet kat rumah.

    Siapa sokong angkat tangan!!!!!!

    BalasPadam
  6. cuti sehari pulak

    ujung minggu adalah masa sanak saudara datang bertandang, bibik rehat..
    berat tugas,ibuq di rumah..
    P

    Ps;..nampak wajah baru...pintu gerbang

    BalasPadam
  7. Salam sdr,
    Terkejut saya arini ,saya ingat dah masuk blog orang ..rupa-rupanya udah bertukar wajah. Ada kelas gitu.

    Saya rasa apa yg dituntut tu sama juga dgn berlari dan berkejar.

    Whats next...

    BalasPadam
  8. 1stly.. Nak puji sikit. cantik wajah terkini blog Bro. hehe..

    BalasPadam
  9. Betul. jangan asyik amah sahaja yang boleh membuat tuntutan. Apa halnya dengan majikan. Silap-silap amah cabut, siapa nak tanggung bil elektrik amah tengok sinetron indonesia? haa. jawab-jawab??

    BalasPadam
  10. Elok juga kalau di buat perjanjian kontrak macam pemain bola. ini bertujuan untuk mengelakkan amah cabut. Buatkan surat hitam putih, biar dua-dua belah pihak menandatangani persetujuan bersama. Amah cabut awal, amah salah. Majikan mendera, majikan yang salah. Semua tu di maktubkan dalam perjanjian itu. Agak-agak boleh kot..

    BalasPadam
  11. Dekat fakulti saya, ramai cleaner tuh dari Indonesia. Saya tau ramai students dan mungkin lecturer sendirik yang sombong dan x pernah senyum dekat mereka ni. Tapi bagi saya, being humble is not that hard. Selalunya saya senyum, kadang2 sampai sebok bercerita dengan mereka ni di surau. Seronok cungkil pasal tips awet muda, jamu, cerita hidup mereka di Indonesia.

    Saya bimbang perjanjian baru nie bagi kita banyak kekurangan. Hak maids memang harus ada, tapi kenalah jugak jaga hak sendiri. Gaji minimum sampai RM800?

    Melampau.

    BalasPadam
  12. waHHHHHHH!1 meriah., blog Bro mazidul bertukar wajah.. cantik.

    BalasPadam
  13. Banyak isu amah Indonesia yang buat saya tak faham dengan pihak kerajaan:
    1- Gaji minimum RM800?Gaji kebanyakan warga muda Malaysia yang baru dapat SPM-RM 500-RM600...Sedangkan mereka boleh membaca,menulis,dan rakyat di negara sediri.

    2- Cuti 1 x seminggu? Semakin ramaila amah2 yang 'buta'di Malaysia akan makin 'celik' dan memberi pelbagai masalah kepada majikan.

    3- Pasport boleh dipegang sendiri oleh amah??Ianya adalah pasport untuk amah lebih mudah lari dan bekerja dengan orang lain

    4- Yang saya paling tak faham,apa perlunya kita terlalu taksub dengan amah indonesia?sedangkan banyak lagi iniseatif lain pihak agen untuk mengambil amah dari negara lain??

    5- Tentang amak di Saudi...memang benar!!kebanyakan majikan Arab masih menjalankan sistem perhambaan walaupun gaji dibayar,dan ketika bulan Ramadhan amah rela 'bercuti tanpa gaji' sebab terpaksa memasak tanpa henti dan jangan tak tahu...mereka juga masih ramai yang terpaksa menjadi hamba seks dengan gaji SR700 sebulan!!!

    BalasPadam
  14. saya setuju cadangan bro mazidul..tp mcm mana nak usulkan eh?

    BalasPadam
  15. wow.. lumayan nyer permintaan mereka ni..
    sokong dengan ape encik mazidul katakan tu... diorang demand, kita lak selaraskan ape utility yang mereka guna tetiap ari...
    tapi sangat ragu-ragu dengan passport tu.. diorang ni bukannyer leh caya sangat.. rambut jer sama hitam, sama kaler, tp hati mesti ade yang busuk..
    saya cadangkan sebelum mereka diizinkan keluar dari rumah untuk bercuti hari minggu, sila spotcheck dari luar sampai dalam.. sebab rakan sepejabat saya pernah buat spotcheck terhadap amah mereka dan menjumpai pelbagai barangan milik mereka seperti hp, barang kemas dan barangan berharga..
    (lari topik-> blog berwajah barulah...so cleann...)

    BalasPadam
  16. Wah tambah anggun blog Sdr Mazidul kita ni...dah tukar grafik paparannya; malam tadi lain sekarang nampak lebih menarik!!!

    Iyer!!! kalau nak gaji lumayan... saya setuju cadangan Sdr Mazidul kita kenakan cas sara hidup perbagai.

    Pengalaman saya dengan Pembantu rumah ini selalu berakhir dengan mereka lari senyap-senyap. Saya menerima mereka sebagai keluarga sendiri. Tak pernah mahu asingkan ketika makan atau sebagainya. Kecuali dia segan makan bersama. Pakaian & kemudahan lain disediakan. Memang kami beri dia cuti tiap Sabtu & Ahad.

    Pembantu saya ada dari Indon & ada dari sempadan Siam.

    Lagi dimanja lagi cepat hilangnya. Passport itu satu hal, kalau memang di tangan dia. Kirim Salamlah!. Tegur sikit pasti larilah dia. Hubungan mereka dengan org luar amat luas terutama pembantu Endon.

    Nak dapat 45% pembantu okey pun amat payah. 55% mereka ini bermasalah. Mungkin lebih dari 55% bermasalah. Gaji itu bukan masalah utama cumanya bayaran pengurusan mengambilnya secara sah bukan sedikit. Maka itu ramai yang mampu ambil Pembantu secara Illegal

    Jika Pembantu Rumah diambil sebagai mengasuh anak-anak, baik hantar saja ke tempat asuhan kanak-kanak. Biar pun mahal sikit, kita tak pening kepala melayan kerenah Pembantu Rumah ini. Sungguh!.

    BalasPadam
  17. ...pelik, apa relevan bagi mereka pegang paspot sendiri...sebelum ni pun, kalau diorang nk lari, tkde paspot pun tkde hal...apa yg tersirat?

    BalasPadam
  18. sifat dan tanggunjawab Bibik ada 3 rasa.

    yang agak pemalas tu tak sesuaipadan dengan gaji RM800.00

    yang sederhana sesuaipadan

    yang amat penyabar gaji itu masih tak cukup dengan KERAHAN tenaga oleh majikan.. hujung minggu sanak saudara anak buah cucu cicit semua lepakdatang berkumpul di sesebuah rumah yang ada bibik..

    maknanya bibik buat kerja untuk lebih dari satu keluarga..
    juga ada bibik yang buat kerja tukang kebun siram bunga sapu halaman dan cangkul tanah, tanam bunga.

    Razif..
    betul, jika nak lari mereka lari juga.

    BalasPadam
  19. Salam semua
    uik..kalau gaji RM800 sebulan lemak la tu..udahle semua kita tanggung..isk..ini tidak adil..

    BalasPadam
  20. salam bro mazidul,

    sy sokong alidyangon. betul sangat2. kalau nak kira..kita kena kira betul2 lah..baru la fair n square.

    BalasPadam
  21. Hehe...ingat tersalah masuk blog orang lain tadi...

    cadangan bro pasal isu amah ni memang la setuju sangat kalau dapat dilaksanakan....barulah orang kata 'win-win situation' dalam hal ni...

    cuma saya x berapa setuju kalau amah dibenarkan memegang pasport sendiri...sekarang ni pun ramai amah yang melarikan diri daripada majikan....

    BalasPadam
  22. Kata kita malingsial, ada hati nak mintak naik gaji lagi. Cubalah kerajaan cari cara yang terbaik selesaikan masalah nie. Kita yang duk bersabar pun dah mula berbulu dengan isu INDON nie.

    ps: bab kena tolak sewa rumah tu memang setuju.

    BalasPadam
  23. salam,
    cik Mazidul..

    1st nak puji.. cantik 'rumah' baru.. nak sambut raya laa katakan.. hehehe.. :)

    2nd.. gaji amah min RM800?? pasport pada amah? cuti sehari? wahh... makin lemah berkrim laa amah2 nih.kalau mcm tu baik amik je warga tempatan jadi pembantu..
    rasa nya keja kilang pun skrg nih basic dlm 600-700.. pada sy laa daripada kita amik org indon baik kita amik warga sendri.. lagipun masih ramai lagi rakyat malaysia yg belum ada pekerjaan tetap.. atau pun kerajaan boleh adakan satu agensi khas utk pembantu rumah dari kalangan warga tempatan...

    BalasPadam
  24. Eja, Hazrey di Johor tolong designed header.

    BalasPadam
  25. Berikut komen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung tuntutan kerajaan Indonesia ...

    Shahrizat mengulas laporan akhbar Indonesia semalam bahawa negara itu akan meminta gaji minimum sebanyak RM800 untuk pembantu rumah warganya pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Kerja bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di Jakarta, Indonesia hari ini.

    Beliau berkata isu gaji minimum pembantu rumah warga asing perlu dikaji dengan teliti sebelum apa-apa keputusan dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia kerana Akta Kerja 1955 tidak menetapkan gaji minimum untuk mana-mana sektor pekerjaan di negara ini.

    BalasPadam
  26. Alah..kalau kata Kerajaan Malaysia ni bermurah hati sangat nak layan tuntutan diorang, kita sebagai rakyat bleh je boikot..tak payah amek amah Indon tu..org kat Malaysia nipun bukan takde yang nak jadi amah kalau dapat jaminan gaji macam tu..ramai lagi ibu tunggal/penganggur yg berminat kalau nak kerja kalau ada minimum wage.Takkan beri betis nak peha, beri peha nak pijak kepala plak? Asyik layan tuntutan dari Indon je..tuntutan rakyat sendiri sbg majikan takkan takde sapa nak layan? Takkan nak tunggu GE baru nak layan kot...

    BalasPadam
  27. mak oii, melampaunya tuntutan gaji, kalau RM800 sebulan, org tempatan pun berlambak nak jadi amah, keroje kilang pun kalah.

    Klu gaji amah RM800, sy rasa rmi org tempatan pun sanggup menjawat jawatan tu... xpayah bersusah payah mengimport amah dr Indon lg.

    Andai diluluskan, cadangan yg abg mazidul utarakan tu wajib diguna pakai!

    BalasPadam
  28. saya pernah berpengalaman dgn 4 org maid indon sebelum ini.. semuanya menyakitkan hati.. ada yg tak sampai 3 bulan kerja dah cabut.. kita punya baik tak pernah berkira.. makan pun tak asing.. mcm sedara sendiri.. itu pun dia org buat hal...

    melampau betul kalau gaji sampai RM800.. dah la makan pakai tempat tinggal semua kita sediakan..sampai bedak, ubat gigi semua kita juga yg siapkan.. sakit demam kita yg menanggung.. dpt gaji bulat2 bawa balik indon jer..

    org tempatan kita kerja kerani, kerja pembantu hospital pun tak sampai gaji byk tu.. gilerrr

    BalasPadam
  29. setakat ni aku xpnh dgr bos dpt kekal ngn amah utk tempoh yg sgt2 lama.wat hal sesaja.ha bgus la kn ikut rm800 gaji minimum.cit podah.jgn tnjuk kita takut ngn INDON tu.klu jadi la gaji minimum ni,ak yakin,amah terus xlaku la jwbbnya.biar padan muka dorg.

    BalasPadam
  30. Maid saya baru lari pd hari sabtu lepas dgn membawa sama h/phone anak saya & chargernya skali. Brg2kemas saya & anak2...Suami terlupa passport maid dibawa sama...apa lagi peluanglah dia...nampaknya beraya sakanlah bibil tuh...Baik yg kami beri begini balasannya kp kami..namun balasan Allah akan dapat kau bibik tidak di dunia ini di akhirat pasti...merempatlah kau hidup selama2nya kalau kau tk berubah & bertaubat...Tk sangka solat tk tinggal...Semua itu hanya lakonan...

    BalasPadam
  31. Gaji RM800? Ingat PRA dari sana terlatih sangat ke nak dibayar gaji sebanyak tu? Itulah, dimanjakan sangat, makin banyak lemak dorang ni. Demand yang bukan-bukan.

    Tuntutan dari majikan? Senang aje.. macam yang saudara Mazidul cadangkan tu, saya nak tambah, kos barang-barang peribadi macam syampu, sabun, ubat gigi, berus gigi kain baju dsb - beli sendiri dengan duit gaji, bil telefon rumah bayar mengikut penggunaan, semasa cuti, kalau nak keluar, perbelanjaan tidak ditanggung majikan.

    Dan katalah, dia nak balik kampung selama seminggu, jadi 7 minggu dia tak boleh ambik cuti sehari seminggu tu, dia kena kumpul cuti dia untuk balik kampung. Dan tambang untuk balik kampung tidak ditanggung majikan.

    Kalau PRA lari atau bermasalah, majikan boleh menuntut ganti rugi dari agen sekurang-kurangnya 75% dan majikan tidak patut didenda oleh Imigresen sebanyak RM250 tapi denda itu harus dibayar oleh agen.


    Banyak la songehnya dorang ni!!! <- saya geram sebenarnya..

    BalasPadam
  32. Salam bro Mazidul dan semua bloggers.

    setuju pendapat nyonyacyber & nu_ox3r.

    Pada saya syarat-syarat yg dikenakan amatlah membebankan. dah la majikan kena tanggung kos yang tinggi nak bawa @ ambil mereka ni bekerja, skrg ada pulak gaji minimum. Saya dari keluarga yang berpendapatan sederhana, gajikan bibik RM500 kami sampai bulan2 xde saving. Tak tahu lah kalu dia nekad nak rm800 juga, terpaksa lah cari bibik lain. Ini bibik ketiga. Bibik pertama local msian, tak tahan nak kawen, cabut (tp sampai skrg x kawen2 pun), bibik ke dua indon, sebulan je tahan, lawan tokeh, cabut notis 24 jam, ini yg ketiga. Cuma nya, majikan pun perlu juga perlindungan. Invest bukan sket. Setuju cadangan Bro nak charge diaorg same, fair and square pada saya.

    BalasPadam
  33. Apa pulak syarat-syarat yang diberi oleh kerajaan Malaysia? Kualiti PRA macam mana? Jaminan perkhidmatan macam mana? Kos nak bawak masuk tu macam mana? Penggantian PRA dalam tempoh percubaan macam mana? Taraf pendidikan PRA macam mana?

    Ke kita pegi negotiate tu takde syarat? Terima aje syarat dorang tu? Mengada-ngada lah kalau macam tu!!!!

    Patut dengar cerita majikan yang teraniaya/tertipu/ditipu ni..

    BalasPadam
  34. Ceh! Diorang ingat diorang sapa nak tuntut macam2?
    Part byr segala bil tu sy mmg setuju 150%.
    Amah kakak sy tu, makan minum tanggung, tengok TV hari2, bil letrik n air pun ditanggung, kakak sy plak kena byr ribu2 nak amik amah.
    Byr lagi gaji diorg tiap2 bulan
    Tak berbaloi lansung.

    Kalo tak silap sy, Bulletin Utama semlm, Menteri Sumber Manusia ada mention, kita sbnrnye boleh je nak stop amik amah Indon.
    Dan survey yg dibuat pun , 90% setuju kalo Malaysia stop amik amah Indon.
    So apalagi Malaysia?
    Buat la cepat.
    Nak tengok camna Indon menggelabah beruk bila Malaysia stop amik org diorg.
    Nak tengok selama mana diorg nak berlagak cam haram, macam diorg je yg hidup dlm dunia ni.

    BalasPadam
  35. saya setuju dengan cadangan bro. RM800 kat malaysia kalu kat indon berapa rupiah dah. Boleh kaya dorg. Kita kat malaysia ni plak yg sakit bertambah sakit nak bayar kat dorg. kalu pasport dipegang oleh amah. Buatnye dorg lari dan bawa lari sekali dgn anak majikan..lagi parah.

    BalasPadam
  36. Pilihan terletak di tangan kita. Pengalaman saya dengan 3 PRA yang bermasalah sebelum ini banyak mengajar saya.

    Sekarang saya hantar anak saya ke nursery. Banyak kemajuan dalam dirinya saya perhati. Walaupun masa saya semakin terhad, tapi saya puas hati. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi sakit kepala atau sentiasa merasa cuak meninggalkan anak di rumah.

    Namun, saya akui, bukannya semua PRA yang bermasalah.. tapi peratusannya sedikit.

    Saya lebih selesa memberi gaji sebanyak itu kepada pembantu rumah tempatan yang kita pun tau tidak ada atau amat sedikit jurang perbezaan bahasa, budaya dsb. Dan kalau dia membawa masalah, kita lebih senang mencari.

    BalasPadam
  37. salam..eh3..melampaunya gaji 800.baik lagi ambik graduate yg masih menganggur byr gaji byk tu,kurang skit mslh pengangguran.boleh jugak ajar anak2 jd cerdik.betapa ramai graduate keje sbg kerani gaji cuma 400.boleh jer bersabar walaupun tpaksa tanggung mcm2 kos termasuk membayar ptptn.argghh..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.