Selasa, September 22, 2009

Rokok Cap Kaki

1. Dijangka jumlah perokok di Malaysia akan mencecah 3.8 juta orang menjelang tahun 2015.

2. Dianggarkan 10,000 rakyat negara ini mati setiap tahun akibat rokok dan rakyat Malaysia menghisap 33 juta rokok sehari bernilai RM8.6 juta.

3. Sejak tahun 2004, kerajaan membelanjakan wang rakyat berjumlah hampir 22 juta ringgit melaksanakan kempen anti merokok.

4. Bermula 1 Jun 2009, kerajaan mewajibkan cetakan amaran grafik 6 komplikasi penyakit akibat merokok di kotak bertujuan menakutkan perokok.

5. Tetapi dikatakan sebaliknya berlaku, alah bisa tegal biasa. Kini ada perokok bergurau sesama mereka. “Eh! Kau hisap rokok cap ‘kaki’ (gengren) ke?”

6. Jutaan wang dibelanjakan kerajaan namun bilangan perokok masih ditakuk lama, mungkin juga bertambah. Justeru, keberkesanan kempen sejak 5 tahun lalu diragukan.

7. Jadi, tidak perlu kempen, membazir dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.

8. Siapa setuju? Siapa tidak?

* Dilaporkan Kelantan mempunyai bilangan perokok teramai dan pengeluar tembakau terbesar di negara ini.

16 ulasan:

  1. apa kata haramkan terus rokok daripada dijual? kerajaan sanggup buat ke?

    info tentang rokok kat sini - 11 Sebab Berhenti Merokok

    BalasPadam
  2. sebenarnya kempen bahaya merokok bukanlah satu pembaziran bg pehak kerajaan..apalah sangat dibandingkan keuntungan yg mereka dpt hasil cukai rokok itu sendiri.
    adakah berkesan nasihat seorg bapa kpd anaknya? "jgn kau main itu,jgn kau main ini" sdgkan bapa itu sendiri yg menyediakan semua barang permainan itu kpd anaknya..

    BalasPadam
  3. ..perangkaan di Kelantan termasuk golongan berumur yang menyedut paip dan rokok daun cap 'PULAS'.

    Tanaman tembakau/kampung (darat), boleh kelihatan disepanjang jalan Tokong ke Kemudu dari Kota Bharu Ke Machang,Pesisir Sungai Kelantan. Petak sawah dipenuhi tanaman tembakau. Sudah menjadi adat resam.

    BalasPadam
  4. setuju membazir,
    disamping bina kilang rokok luluskan penanaman tembakau seakan tidak selari.

    BalasPadam
  5. Kempen henti merokok perlu diteruskan. Peringatan dan pesanan tersebut memberi kesan kepada sebahagian perokok. Sebahagian tersebutlah yang amat bernilai berbanding dengan wang ringgit yang dibelanjakan utk tujuan kempen tersbut.

    BalasPadam
  6. Setuju...saya tak nampak keberkesanan kempen hentikan merokok ni kepada para perokok...biar la imej ngeri macam mana pun kat kotak rokok tu tapi si perokok akan tetap membeli juga....

    Nasib baik la saya tak merokok..tapi bagi yang tak merokok pun terdedah kepada risiko juga bila berdekatan dengan perokok...

    BalasPadam
  7. setuju... kempen tu hanya membazirkan duit rakyat, baik duit tu disalurkan ke kempen lain...

    lagi pun perokok tegar ni degil sanggup berhabis duit hanya untuk rokok, setengahnya sanggup ikat perut, bukan hanya perut sendiri malah perut anak bini sekali kalau-kalau bajet nak beli rokok lari terutamanya lepas raya ni...

    saya rasa sepatutnya kerajaan naikkan lagi cukai rokok, biar smpi RM1 sebatang, kita tgk mampu ke tidak mereka jadi perokok yg tegar!

    BalasPadam
  8. Letakkan gambar ngeri banyak mana pon..Perokok bukan peduli pon. Naik harga jadi 10 kali ganda pon belum tentu masalah selesai. Orang kita selagi belum kena kat diri sendiri takkan nak insaf..

    BalasPadam
  9. Wan Hashim, pernah terjumpa statistik bilangan mereka berhenti merokok sejak kempen bermula padatahun 2004? Jika ada, kongsikan di sini.

    Azaz, di sesetangah negara barat, apabila harga rokok mahal, tidak semua mampu menghisap. Jadi kelompok menghisap rokok dianggap 'eksklusif' dan mempunyai status berbeza, mereka bangga. How is that? Maksudnya, menaikkan harga rokok ke RM1 sebatang sekalipun, bukan jalan penyelesaian.

    Bayangkan, jika bilangan perokok berkurangan secara drastik, sekaligus jumlah cukai dikutip kerajaan akan menurun lalu terjejas.

    Fadhieo, saya bersetuju dengan pandangan awak. Andai diletak gambar mayat sekalipun belum tentu orang berhenti merokok. Sebab dia tahu, macam mana sekalipun, dia akan mati.

    BalasPadam
  10. Apa nak susah, jika berlaku sesuatu akibat rokok, kita boleh salahkan kerajaan. Kalau kena kenser akibat merokok, kita boleh salahkan kerajaan dan jika mati akibat rokok kita juga boleh salahkan kerajaan.

    Kerajaan yang tak tutup kilang rokok dan benarkan tembakau ditanam di Kelantan. Sebab itulah kita merokok.

    Dulu AM pernah tanya seorang brother kat tempat AM tinggal, kenapa dia beli nombor ekor, boleh kaya ke?

    Dia jawab,

    "Ini semua salah kerajaan la. Ambil untung dari cukai judi. Kalau benar nak hapuskan judi, tutup saja kedai nombor ekor, habis cerita"

    Walaupun tak ada kena mengena dengan kisah rokok, tetapi itulah contoh bagaimana orang kita menyalahkan pihak lain atas perbuatan yang mereka sendiri lakukan.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  11. setuju sangat-sangat. ibarat mencurah air di daun keladi jer. takde respon sangat pun. lebih baik haramkan terus penjualan rokok..

    BalasPadam
  12. Mungkin ker kerajaan akan haramkan terus penjualan rokok..? Keuntungan hasil cukai rokok macam mana..

    BalasPadam
  13. Kawan lelaki saya hisap rokok gambar janin mati.
    Takde perasaan apa2 pun dia tengok gambar tu.
    Saya yg tak merokok pulak rasa geli n kesian kat janin tu.
    Haish~

    BalasPadam
  14. Tutup kilang rokok.
    Sekarang pun banyak rokok seludup.

    Naikkan harga rokok.
    Budak sekolah sanggup beli RM1 sebatang, ini kan lagi orang dewasa.

    Takut-takutkan perokok dengan amaran grafik.
    Bagi perokok grafik itu tambah cantikkan kotak rokok dengan perbagai rona. Tak takut pun.

    Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan merokok di sebahagian negeri di negara kita.
    Penguatkuasaannya tidak seiring. Orang Islam kita merokok juga. Masih menganggap merokok itu hukumnya makruh.

    Bagaimana pula perokok gulung & penghisap paip?. Kilang di tangan mereka.

    BalasPadam
  15. Sebut tanam tembakau disusuli sebutan Kelantan! Perlis, pon ada tanam tembakau! Ada Mat Indo salah sangka pi curi, wat goreng, ingat sawi!

    BalasPadam
  16. cuba bc kat link ni

    http://bord3rless.blogspot.com/2009/11/dont-readur-mind-will-b-twisted-like.html

    nmpk sgt mmg xde kesan iklan rokok.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.