Ahad, September 06, 2009

Lai-Ke-Tong!

7.30 pagi semalam karaoke merangkap disko mini Laiketong di Taman Maluri. Cheras, Kuala Lumpur diserbu pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Serbuan diketui ASP Mahani Mohamed. Premis sama sebelum ini dikatakan sering beroperasi hingga jam 12 tengahari bagi pengusaha mengaut keuntungan berlipat ganda sekaligus memenuhi permintaan pelanggan.

118 pengunjung kemudian diarah menjalani ujian saringan air kencing dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Hasilnya, 37 pelanggan didapati positif dadah jenis Ketamin, Eramin-5 dan syabu. Dua puluh daripada mereka ditahan, perempuan, termasuk beberapa pelayan perhubungan pelanggan.

Turut berada di premis hiburan terbabit 14 pegawai dan anggota polis dikatakan secara berkebetulan datang berhibur, bukan bertugas.

Sepengetahuan saya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah mengeluarkan arahan pegawai dan anggota polis TIDAK dibenarkan berada di pusat hiburan tanpa tugas. Tujuannya, memastikan 'imej' mereka terpelihara dan bersih. Itu bukan kejadian pertama, dalam serbuan di pusat hiburan di Kepong dan Bandar Seri Damansara, Selangor, pegawai dan anggota polis ditahan.

ASP Mahani dikenali kerana ketegasan tanpa kompromi sewaktu menjalankan tugas. Lebih ramai pegawai seperti Mahani, lebih berhati-hati semua polis dan pengusaha pusat hiburan.

26 ulasan:

  1. Harapkan pagar, pagar makan padi. Andai anggota polis sepakat amar makruf nahi mungkar seperti ASP Mahani. pasti penjenayah dan pelanggar undang-undang jadi kecut.

    BalasPadam
  2. betaapa sukarnya menjadi seorang petugas penguatkuasa....semoga kalian deberi kekuatan...

    BalasPadam
  3. cik Mazidul,

    bak kata org utara... baghu ada akai... :)

    BalasPadam
  4. kalau ada orang melayu yang beragama islam terlibat sama memang rugilah.. kerana sepatutnya di bulan ramadan ni perbanyakkan amalan bukannya perbanyakkan nyanyian dan hiburan.. :)

    BalasPadam
  5. Pengusaha premis yang mengaut keuntungan tidak mengira waktu untuk beroperasi. Janji pengunjung bayar. Anggota polis tu datang untuk release tension, tapi tak positif dadah kan. :)

    BalasPadam
  6. Manusia bila lagi mau paus kena sebu ? adoi ><

    BalasPadam
  7. abg2 polis pun pegi club..??what the..!!wt malu je..adoii....

    BalasPadam
  8. Adeh, kantollah pulak yek. 14 polis? Itu mesti sambut birthday tu. Ba Kelala, Bario or Sandakan. Choose.

    I can only laugh.

    BalasPadam
  9. hmmm...kadang-kadang kita tak boleh jangka benda ni berlaku bila berada di tempat yg salah dan pada masa yg salah...

    BalasPadam
  10. pertalian cerita,di kawasan Cheras masih sama dengan cerita2 tahun 90an, Pegawai polis lepak dan minum percuma Premis.

    sampai bila??
    sampai merdeka tahun depan

    BalasPadam
  11. SEBAB TU IMEJ POLIS JAHAT.....ADA BERAPA ORANG YG SEPERTI ASP MAHANI?

    BalasPadam
  12. ..Tan Sri Musa Hassan pernah mengeluarkan arahan pegawai dan anggota polis TIDAK dibenarkan berada di pusat hiburan tanpa tugas..

    Seharusnya ada tempatnya anggota polis ini untuk berhibur, mereka pun pasca yang perlukan hiburan. Mungkin ada pusat hiburan yang sesuai buat mereka... Tan Sri Musa Hassan kenalah diwartakan kepada anggota mereka.

    Saya sendiri teringin nak jejak kaki ke pusat hiburan berlesen yang gempak ini. Tapi fikirkan umur sudah tua. Emmm!lupakanlah.

    BalasPadam
  13. lor..dah la bulan puasa, kantoi pulak kat tempat hiburan macam tu. Macam mana nak berikan teladan & imej yang baik pd public. Memalukan lah!

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Tak semua baik

    tak semua tak baik

    Tidak ada manusia yang sempurna

    Tapi jujur dan amanah melakukan tugas yang di minta masa minta kerja adalah penting

    Kalau tak mahu ikut peraturan kerja

    cari kerja lain

    Nota: Rehat Minda sikit

    Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

    Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

    Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di dapur.

    Cikgu : Mana tepungnya??

    Man : Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??

    he he he he

    BalasPadam
  15. macam2 diorang tu. hmm! kepada pihak berkuasa, very appreciate your guys job.

    BalasPadam
  16. hehehe.. sempat jg aliyangon ni buat joke... ramai betol pegawai dan polis yg kena cekup skali... memalukan sangat sangat....

    BalasPadam
  17. cantek pegawai pompuan pinky/purple tee shirt tu mcm artis laa :D

    BalasPadam
  18. Kita faham, polis juga manusia dan mereka juga perlukan hiburan.

    Tetapi, jika direnung kembali, pusat hiburan terbabit sebelum ini memang kerap dibuka hingga matahari terpacak di atas kepala.

    Wajarkah mereka bersekongkol menjadi pelanggan kepada pusat hiburan sebegitu?

    Kita bersama fikirkan.

    BalasPadam
  19. imej pegawai polis sudah lame rosak akibat rasuah..skrang ini pula...hmmm...di bulan puase pula tue...harap2 tiada melayu..kalau ader..bikin malula beb..

    BalasPadam
  20. cuba bawa ke muka mahkamah...dimana pegawai polis ditangkap khalwat..ditangkap akibat rasuah..ditangkap judi..ditangkap minum arak..ditangkap tidak berpose..dedah semua ini baru mereka sedar tahap imej mereka dimana..

    BalasPadam
  21. Salam 18Ramadhan..

    Ada pemimpin yg amanah, ada pemimpin yg korup..

    Ada guru yg didik murid, ada guru yg cabul murid..

    Ada wartawan lapor cerita fakta, ada wartawan buat cerita auta..

    Ada polis tangkap orang jahat, ada polis jadi orang jahat..

    Itulah namanya manusia - ada yg iman sekukuh besi, ada yg iman senipis kulit bawang.

    Iman kita macam mana ye? :)

    "masukkan gear 3...10 terakhir Ramadhan dah nak masuk"

    BalasPadam
  22. btol3 Cik mazidul.
    Dan pada abang2 polis yang bersekongkol tu, tindakan yang sewajarnya patut diambil. Aktiviti seperti itu seperti menggalakkan lagi... tapi kan cik mazidul, ada jugak suke pergi situ sebab dapat free, almaklumla tauke kat situ bila nampak abg polis, dia cubala nak guna-gunakan, risik2 info takut kene cekup... bagila abg polis tu free macam2.

    BalasPadam
  23. axuerha... kata itu memang betul!

    Tentunya itu salah satu faktanya, siapa tak suka bebenda free.

    Kita yang berkerja biasa ini... tidak bergelumang dengan siasatan jenayah atau pusat hiburan haram begitu mungkin tidak terasa impak atau cabarannya.

    ...14 pegawai dan anggota polis dikatakan secara berkebetulan datang berhibur, bukan bertugas... itu pastinya sebelum ini telah terbiasa & tahu latar belakang pusat hiburan ini.

    Maka itu ramai orang tua-tua berpesan jika diri itu tak kuat iman jangan sesekali memasuki bidang kerjaya perpolisan atau bidang penyiasatan yang lain. Sebabnya kerap amat diuji dengan cabaran korupsi.

    Kesnya sama jika kita menjadi pengawal ladang buahan. Takkan nak tenguk sahaja buah durian atau rambutan yang masak ranum. Tak makan atau mencuri buahan itu tentunya bodoh... tak siapa tahu pun kalau kita makan senyap-senyap, jika tertangkap kerana mencuri buahan tersebut pula dua kali kali bodoh...!!

    Maknanya mesti kalangan mereka tak cukup kontak sesama kekawan mereka. Takkan ASP Mahani buat operasi tak ada yang kontak 14 pegawai tersebut. Ini mesti telah terlampau kerap atau ralit amat dengan pusat hiburan tersebut. Atau memang ada seseorang secara senyap-senyap membuat laporan.

    Emmm! jika sudah tertangkap kena tanggunglah musibahnya. Jangan sampai dendam dengan ASP Mahani itu sudahlah.

    BalasPadam
  24. salam.

    Ucapan setinggi penghargaan pada ASP Mahani dan kami rakyat malaysia perlukan pegawai seperti puan yang bertindak berani tanpa ada kepentingan mana-mana pihak.
    Jika ada seramai ini macam puan diharap kegiatan jenayah akan berkurangan dan puan teruskan niat baik puan ini demi agama dan negara tercinta.
    Puan jangan takut melawan arus kerana tindakan puan akan disanjung oleh generasi akan datang.Anggaplah ini sebagai cabaran walaupun berbagai badai dan rintangan yang datang pasti puan satu hari nanti akan menjadi role model pada anggota yang lain demi imej PDRM.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.