"Ada di kalangan ahli-ahli mereka ini kita tengok fizikal kata Pertubuhan Kebajikan Islam tetapi hisap dadah, minum minuman keras, sembahyang pun tak buat, gaduh adalah, perempuan hero nombor satu. Bagaimana mungkin melindungi kebajikan Islam apabila itu yang ditunjukkan perangainya" - Kamal Affandi Hashim (Penganalisis Jenayah)
"Kita nampak mereka yang menggelarkan diri mereka Tiga Line ini adalah samseng Melayu" - Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman)
"Kalau kamu break the law you have to face the music. Kamu tak boleh kata kamu kumpulan ini, kumpulan itu. Macam macam kumpulan ada, dia bernaung. Dia kata saya bernaung kumpulan ini, pembesar ini jadi penaung saya. Ini tak boleh. Kamu jangan mencemarkan nama baik pertubuhan yang di mana kamu menjadi ahli. Jangan kamu ingat kamu jadi ahli pertubuhan itu, kamu ada imuniti, itu dongeng" - Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (Ketua Polis Johor)
"Saya percaya sebahagian ahli Pekida masih mengamalkan 'amar makruf nahi mungkar' manakala sebilangan lagi hilang arah tujuan dek kerana kuasa dan wang. Barangkali kerana mereka tidak memahami tujuan sebenar penubuhan badan bukan kerajaan itu" - Mazidul Akmal Sidik (Pemilik blog)
Update 10 pagi 28 September 2009, saya dihubungi pegawai Majlis Keselamatan Negara berhubung paparan 'Sisi Gelap Tiga Line' bakal disiarkan pada 30 September. Saya menjelaskan motif sebenar siaran terbabit. Skrip paparan dihantar kepada beliau 10 pagi tadi (29 September). Jam 12, saya menerima pesanan ringkas, 'Salam bro, we all dah semak, skrip tu ok. You can proceed. Tq dan selamat berhari raya'. Syukur.
"Kita nampak mereka yang menggelarkan diri mereka Tiga Line ini adalah samseng Melayu" - Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman)
"Kalau kamu break the law you have to face the music. Kamu tak boleh kata kamu kumpulan ini, kumpulan itu. Macam macam kumpulan ada, dia bernaung. Dia kata saya bernaung kumpulan ini, pembesar ini jadi penaung saya. Ini tak boleh. Kamu jangan mencemarkan nama baik pertubuhan yang di mana kamu menjadi ahli. Jangan kamu ingat kamu jadi ahli pertubuhan itu, kamu ada imuniti, itu dongeng" - Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (Ketua Polis Johor)
"Saya percaya sebahagian ahli Pekida masih mengamalkan 'amar makruf nahi mungkar' manakala sebilangan lagi hilang arah tujuan dek kerana kuasa dan wang. Barangkali kerana mereka tidak memahami tujuan sebenar penubuhan badan bukan kerajaan itu" - Mazidul Akmal Sidik (Pemilik blog)
Update 10 pagi 28 September 2009, saya dihubungi pegawai Majlis Keselamatan Negara berhubung paparan 'Sisi Gelap Tiga Line' bakal disiarkan pada 30 September. Saya menjelaskan motif sebenar siaran terbabit. Skrip paparan dihantar kepada beliau 10 pagi tadi (29 September). Jam 12, saya menerima pesanan ringkas, 'Salam bro, we all dah semak, skrip tu ok. You can proceed. Tq dan selamat berhari raya'. Syukur.
Hundred persen setuju dengan pendapat yang Bro kemukakan.
BalasPadamBazrul, itu semua pandangan orang bijak pandai dalam hal jenayah. Semua itu akan disiarkan dalam episod 360 Rabu ini.
BalasPadambro, patutnya kita kena satukan orang melayu. jangan nanti negara melayu sendiri di pijak oleh bangsa lain. jangan cari gaduh sesama melayu. marilah bangunkan melayu jangan asyik nak menyalahkan mana2 pihak terutamanya melayu.
BalasPadamramai ahli yg dah terpesong dr amar makruf nahi mungkar...
BalasPadamjgn hanya lihat yg tersurat, lihat jg yg tersirat disebaliknya..
Mazidul... amatlah malang kalau betullah pertubuhan yang ada nama Islam tetapi buat jenayah seperti ini. Kenapa perlu masuk pertubuhan yang ada nama Islam ini, kalau buat perkara yang bertantangan dengan syariat Islam. Sepatutnya sama-sama mengajar masyarakat buat baik dan jauhi kemunkaran.
BalasPadamMazidul.. saya ulas tajuk " BROKER TANAH ALIM AUTA" cerita pasal orang yang mengaku alim tapi penipu... Sila lawat blog saya www.kadikluang.blogspot.com
KimChai, saya tidak pasti samada awak mengetahui isu sebenar atau tidak sedangkan nick awak menggunakan nama Cina.
BalasPadamLaporan saya mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Presiden Pekida, Hj. Jamaludin Yusof, pihak berkuasa, penganalisis jenayah dan orang ramai pernah menjadi mangsa kumpulan 'mendakwa' kumpulan 3 Line dan Pekida.
Ramai berpandangan, jika keadaan tidak diperbetulkan lebih awal, api dalam sekam bisa membakar. Nanti sudah terantuk baharu terngadah.
sepatutnye kite bersatu atas nama agama Islam..insya-Allah..ble kite berpegang teguh dgn agama,Allah akan pelihara masyarakat,bangsa dan negara kite..x gune bersatu atas name bangse klu negara kucar kacir,masing2 nak jage kepentingan sendiri.~Islam itu adil,Islam itu adalah penyelamat.
BalasPadamDiharapkan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Bro Mazidul, akan merubah segala-galanya kepada yang lebih baik.
BalasPadamSemoga selepas ini PEKIDA dapat memantau setiap pergerakan ahli-ahlinya agar, pertubuhan tersebut tidak dilihat secara negatif oleh masyarakat.
Kita tak mahu nantinya, jika ada golongan yang berkepentingan menggunakan nama PEKIDA untuk tujuan jenayah, akhirnya pendaftaran PEKIDA dibatalkan oleh kerajaan. Selepas itu barulah nak tuduh kerajaan zalim dan tidak berperikemanusiaan.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Bro, pls allow me.
BalasPadamMaksud bersatu itu ialah apabila sesuatu bangsa atau kaum itu berganding bahu untuk memajukan bangsa, dan dalam konteks keMelayuan kita, ia turut melibatkan memakmurkan agama Islam.
Penyatuan orang Melayu bukanlah melalui kederat penumbuk, kederat penampar, kederat terajang. Itu primitif. Sungguh primitif.
Kita semua sudah diberikan pendidikan, termasuk moral. Jika penyatuan itu digambarkan melalui kederat penampar, terajang dan penumbuk, maka kita berada di negara yang salah.
Objektif utama Pekida harus disanjung tinggi kerana mahu memakmurkan Islam sebagai the way of life. Tetapi adakah Islam itu menganjurkan perbuatan yang ganas?
Itu akan menimbulkan persepsi. Sekarang dunia diselaputi kaedah persepsi dan bukan lagi sama ada ia benar atau tidak. Benar atau tidak menjadi soal kedua apabila sesuatu itu dilakukan dan menjadi tatapan serta perkhabaran kepada bangsa lain.
Apabila persepsi itu wujud, tidakkah itu menyebabkan satu persepsi timbul iaitu - Islam ganas, samseng dan penyelesaian adalah melalui penumbuk, penampar serta berkumpul di bawah blok rumah bakal mangsa kononnya untuk 'settle'?
Kita memerangi musuh Islam yang menggugat kewujudan Islam. Tetapi adakah kita memerangi sesama Islam?
Apakah maksud perang? Dengan senjata? Dengan kebaikan? Dengan ilmu? Dengan otot otot kita yang kononnya lebih besar dari otak kita?
Fikirlah.
mudahan lepas pendedahan di TV esok, yang mana baik boleh sambung aktif, yang mana gerombolan songsang tu patut batalkan dan perangi oleh pihak berkuasa, mangsa2 tampil buat aduan.
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamPasal tiga line ni, saya pernah digertak bapak budak, gara-gara menegur anaknya yang kerap ponteng sekolah.
Konon dia ahli tiga line, setakat bunuh orang, masuk penjara biasa dah, katanya.
Saya tau dia ugut saya, tapi saya tetap berpegang selagi kita ada undang-undang, dia tak boleh melakukan sesuka hati.
Kes itu selesai apabila anaknya dinasihatkan berhenti sekolah. Dia pun khabarnya asyik kahwin cerai. Anak pun terabai.
Saya kasihankan Melayu seperti ini, berasa kuat dan hidup macam parasit apabila 'bertenggek' atas nama PUKIDA.
Menyampah pun ada..
Pada hemah saya, setiap pertubuhan yang kita ingin sertai, kita harus ada pemahaman, jujur dan keikhlasan terutama kepada diri sendiri.
BalasPadamKebanyakan daripada kita menyertai terutama ke dalam pertubuhan seperti Pekida dsbnya lebih menumpukan kepada niat serta kepentingan diri.
Kelebihan-kelebihan yang ada inilah yang sering disalahguna dan secara tidak langusng mencemarkan nama baik pertubuhan itu sendiri.
Saya masih hormat Pekida tetapi tidak 3 line , nth apa2 line 3 line adidas ke? . setahu saya Pekida adalah ahli yang hormat semua masyarakat dan tida hanya melayu . itulah Pekida sebenar. tetapi anak buah2 yang muda2 tu yg banyak terpesong . bila bersalam macam2 skill . ceh~ tunujk terer lah tu, porahhh! . bagi buah nth apa2, sekali aku bagi buah derian baru tahu. Bro , boleh tak tanya. Pekida tu orang cakap salam ada maksud ,berbuah2. kalau bro Mazidul jumpa lagi Presiden Pekida kalau boleh minta terangkan Buah buahan yang buat tangan pusing2 tu.
BalasPadam*Samseng mana pun makan nasi juga , dicucuk pisau berdarah juga kan, hari ni aku sakit , esok ko siap" hahaha.
Update 10 pagi 28 September 2009, saya dihubungi pegawai Majlis Keselamatan Negara berhubung paparan 'Sisi Gelap Tiga Line' bakal disiarkan pada 30 September. Saya menjelaskan motif sebenar siaran terbabit. Skrip paparan dihantar kepada beliau 10 pagi tadi (29 September). Jam 12, saya menerima pesanan ringkas, 'Salam bro, we all dah semak, skrip tu ok. You can proceed. Tq dan selamat berhari raya'. Syukur.
BalasPadamBoleh Abg Maz jelaskan aper yang dikatakan "we all dah semak.You can proceeed".Adakah yang menyemak ahli kumpulan PEKIDA juga yang takut pendedahan ini??
ulukelang..
BalasPadampssst itu semakan dalam makan gaji atau semakan orang pencen??
biasanya semakan orang dah pencen FREE..tanpa jaga periuk nasi..
pekida dah lapuk
BalasPadamskang dah jadi PEGEYDAHHHHHHHHHHHHHH
Ulu Kelang, rasanya awak tidak faham apa maksud catatan saya. Sila baca sekali lagi.
BalasPadamObediend, :)
dah tak releven. dah umpama ajaran sesat. sanggup naya siapa saje. termasuk orang yang suap anak bini mereka makan. sumpah itu ini tapi sehari sekali nak nampak mrk sembhyang pun susah. saya dah terkena dengan org2 yang mcam ni. tak kira mak bapak, mertua, ipar duai sume mereka kenakan asal mereka dapat hidup. tulah pasal sampai sekarang tak senang. dah naya orang buat-buat lak tak tau. boleh lagi tumpang rumah orang yang dia dah naya tu seolah2 tak ada apa yg jadi.
BalasPadamterima kasih En. Mazidul.. bagi saya senang aje, kalau nak tahu apa itu pekida, JADILAH AHLI. Hanya ahli-ahli pekida sahaja yang tahu apa erti pekida.. macam2 andaian yang boleh semua orang buat.. sebab semua hanya tahu yang nampak aje.
BalasPadamsalam persaudaraan >>>
salam bro.
BalasPadamKes ini pernah berlaku di tempat saya yang berkaitan dengan pekida mahupun tiga line.Bila ada saja kes pergaduhan maka bertimbum-timbun puak yang mengaku pekida dan tiga line turun padang kononnya nak selesaikan masalah sebaliknya mereka tak pernah pun menjadi ahli cuma menumpang atas nama pertubuhan untuk menunjukkan keegoan dan kepentingan semata-mata.
Ramai sangat nak merebut kuasa menjadi ketua yang bertujuan untuk menonjol pengaruh masing2 dan ada juga yang berkesempatan untuk mengaut keuntungan.
Bubarkan saja mana-mana pertubuhan yang melanggar akta yang tidak memberi manafaat kepada ahli mahupun kepada unsur2 yang tidak baik.
Betul apa yang Mazidul dedahkan ini, imej Islam rosak oleh perbuatan sebahagian besar ahli2 berahak PEKIDA. Saya sendiri tinggal di kejiranan yang ada anggota pertubuhan ini dan terbukti betullah apa yang didakwa oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Kamal Affandi Hashim (Penganalisis Jenayah).
BalasPadamNamun tidak dinafikan masih ada sebahagian lagi anggotanya yang masih menjunjung objektif sebenar kewujudannya.
Segala yang berlaku kerana PEKIDA tiada program tarbiah terhadap ahli2nya. Pihak pimpinan PEKIDA mesti mewujudkan jalan meningkatkan Ilmu Islam dan penghayatan Islam terhadap ahli2nya.
PEKIDA mesti mengorak langkah perubahan menjadi seperti jemaah2 Islam sebenar yang lain, contohnya; PAS, JIM, IKHWANUL MUSLIMIN, PARTAI KEADILAN SEJAHTERA, ABIM DAN LAIN2.
as-asalammm..SAHA.
BalasPadamtak elok tau buat andaian2..
lebih baik sertai Pekida daftar dan menjiwai Pekida baru tau buruk baiknya..
P/S: tutup mulut nak gelak..
qih iqih..
PEKIDA RND dikatakan terlibat dengan ajaran sesat Gerakan Pemuda Kahfi / NII KW9.
BalasPadamMalah mereka dikatakan sebagai salah satu region ajaran sesat terbabit.
En.Shaari..
BalasPadamSaya akui saudara ahli pekida dan ayahda pekida yang berpegang pada matlamat yang betul. Saya baca blog Saudara.Hajat Saudara utk menyuruh menyertai pekida dan baru tahu matlamat sebenar adalah betul.Tapi, itu mungkin pada ahli-ahli di bawah naungan dan jagaan saudara. Cuma ahli2 yang terpesong ini yang perlu kita sedarkan.
Hanya nila setitik, HABIS SUSU SEBOTOL(Sebelanga zaman dulu,skrng zaman berubah.Pakai botol).
as-salam sejagat..
BalasPadammm tak elok tuduh2 tau, buat andaian., lagi elok sertai dan daftra ahli Pekida ..orang kata tak kenal tak cinta..
br hbs cls, buka blog sir. oh, ini mlm punya show mmg kna tgk juga as usual. slmt bersiaran!
BalasPadamkang salah daftar masuk kumpulan...mcm mana???salah dapat pemimpin mcm mana???Ayah kencing berlari..ahli kena ikut gak..kalau tak ikut...mcm mana??dah daftar jadik ahli??mcm mana nak kaji kumpulan itu bagus mcm ayahda Shaari itu..??
BalasPadamsallam untuk saudara sesama Islam,
BalasPadamkena masuk persatuan baru dapat tahu tujuan? nak masuk sesuatu persatuan kita perlu tahu hala tuju dan apa tujuan kita masuk. bukan satu tuduhan tapi majoriti ulasan di sini mengatakan sesuatu yang benar. setiap satu kejadian diadukan orang ramai direkodkan di balai polis. membela bangsa melayu adalah bagus. tapi kalo terlalu banyak membelasah bangsa melayu apa cerita? pendekatan yang dipilih perlu bersesuaian dengan agama Islam.. memang la manusia tak buleh lari dari buat kesilapan...tapi kalo selalu sangat dok belasah orang minum arak jual dadah apa cerita? maafkan saya... mmg ada perkara yang baik tentang pekida di mana bila ada kenduri perkahwinan ahli2 akan bergotong royong menolong tidak kira wang ringgit dan tenaga... tp itu semua pakcik2 dan veteran sahaja... budak2 muda sekarang lebih kepada pengaruh dan kuasa... sesama pekida pun bergaduh....
tidak dinafikan banyak yang mempergunakan pekida sehingga imej menjadi begitu kotor... terdengar ada isu nk buat pemulihan dan pemutihan...tapi bila?? nak tunggu diorg ni merosakkan anak bangsa?
saya amat menyokong dan berbangga kerana abang mazidul sanggup dan berani tampil untuk mendedahkan sisi gelap hal tiga line nie...
tidak kira bangsa apa pun kamu,yang penting agama kamu adalah Islam... nobody above the law... Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya melainkan Allah...
wallahualam....
Suarajagat..
BalasPadamGerakan Pemuda Kahfi tu ape ke benda la pulak... aduhai.. banyaknye bende merepek skrg ni.. sib baik ada 360 bole jugak dihighlight sebelum ia jadi besar..
salam..
BalasPadamnak cite lar..pekida ni bukan semuanya teruk..Yang mengaku dan berlagak sangat tu adalah budak2 baru..dieorang rase besar sebab kuat dan setiap negeri dieorang ada adik beradik..kalu member tu dari kl turun kedah still dieorang da adik beradik..tu dieorang hangin..mane ada pertubuhan dalam dunia ni selain ''freemason'' teramai dan terbesar..dalam pekida sahaja pon 100,000..xberdaftar pon dikatakan berjuta2 lemon..
Menjunjung alquran,mempertahan hadis,menyatukan fahaman,menentang dajjal,menubuhkan khilafah..
revolusi akan datang///