Ahad, September 13, 2009

Curang Eh?

Malam semalam, sebelum berbuka puasa, TV3 menyampaikan bantuan berjumlah RM10,000 kepada anak yatim dan warga emas di Kampung Belimbing, Padawan, Sarawak.

Antara selebriti terbabit dalam majlis itu, Zakiah Anas dan Intan Suraya.

Sewaktu menaiki coaster pulang ke Kuching pada jam 7.45 malam, ada antara krew membangkitkan persoalan saya kira menarik untuk diberikan perhatian. Antara soalannya ...

Apakah antara petanda awal suami curang?

Berikut beberapa rumusan hasil perbincangan secara tidak formal selama 45 minit.

1. Membawa telefon bimbit ketika masuk tandas untuk menghantar sistem pesanan ringkas.

2. Berasa cuak atau panik tidak menentu jika isteri secara spontan bercadang membersihkan bahagian dalam kereta.

3. Menyembur minyak wangi berlebihan berbanding kadar biasa sebelum keluar rumah.

4. Mula pulang kerumah lewat pagi dengan alasan bertemu rakan.

5. Menggunakan 2 telefon bimbit, 1 dimati atau disembunyikan ketika berada di rumah.

6. Berkata, “I will call you back” dengan nada sederhana sedangkan tidak sibuk ketika berada di rumah.

7. Membeli cenderamata ekstra ketika pulang daripada bertugas di luar kawasan, 'outstation' dengan alasan, ‘untuk kawan’.

8. Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri.

9. Memberikan perhatian dan pujian berlebih-lebihan secara tidak semena-mena terhadap isteri.

Ada lagi?

* Isteri saya TIDAK suka membaca blog :)

39 ulasan:

  1. betul laa.. mmg seringkali ada unsur2 camtu bila kecurangan berlaku.. kes isteri curang pun lebihkurang camtu juga..

    BalasPadam
  2. Salam kat semua
    Saya sangat takut kalau2 kesemua 9hasil perbincangan abang itu hadir dalam hidup saya..tapi entahlah..pada saya lelaki curang nie tak akan ke mana..satu hari nanti pasti terbongkar juga walaupun ketika itu pahitnya hanya Dia yang tahu..dan saya sangat pasti, doa insan yang teraniaya sentiasa dimakbulkanNya..

    BalasPadam
  3. Hehehe,... Ada yang betul tu, tapi saya tiada pengalaman dan saya berdoa biarlah ia tidak menjangkiti saya.

    Bro Mazidul, saya bukan baik sangat, tapi saya rasa amat berdosa jika mengkhianati pasangan hidup saya. makaseh ingatan ini.

    Moga saya tidak tergolong dalam kumpulan yang membawa HP ke Tandas.

    BalasPadam
  4. Boleh juga ditambah dengan kecanggihan ICT YM atau dengan menggunakan signal umum. Walaupun depan isteri. Isteri redha bila anak-anak sudah besar.

    bagi saya perkataan suami curang boleh ditukar suami ubah rasa, bagi isteri curang memang sesuai kerana isteri tidak boleh kawin/bersuami dua. Lelaki boleh tekel sampai 4, soal mampu dan bertanggunjawab soal lain, itu kewibawaan serta nafsu individu.

    Cuba ingat kembali semasa sama-sama bujang dulu, lelaki gunakan sms dating tengok wayang dan boleh juga berpegang tangan (majoriti cara perjalanan ke arah nikah).

    Jadi tidak salah cara yang sama digunakan untuk mencari isteri kedua???

    Kes pertama adegan nak nikah kali pertama,
    kes kedua nak nikah kali kedua..

    marah agaknya wanita sana...

    P/s: Idan,topik cinta dan curang??

    BalasPadam
  5. kirana;
    apasalahnya jika suami ada pasang dua, sdri boleh pasang tiga.(Hasutan), Selepas masing-masing menyesal akan rasa lebih intim..

    qah qah qah..

    BalasPadam
  6. Haha.. nak tambah sikit.
    - Kelam kabut apabila handphone berbunyi dan si isteri ingin menjawab panggilan tersebut.
    - Janji dengan anak keluar berjalan setiap minggu di batalkan atas alasan ' papa banyak kerja'.
    - tersasul @ tersalah sebut nama isteri @ anak perempuan.
    - Tersenyum tak kira masa ( kat rumah) kerana tengah bahagia sangat kot.. haha

    BalasPadam
  7. Semoga dengan tips-tips yang Bro kirimkan ni dapat membantu isteri-isteridan wanita mengenalpasti tingkah laku suami @ boyfriend selepasa ini.

    BalasPadam
  8. bagus tips ni bang. mekasih ye. saya kena print ni letak kat petiais. :P

    BalasPadam
  9. agak kesian jugak bro Mazidul sbab isterinya x suka baca blog .. Padahal blog Mazidul ni femes ^@^

    BalasPadam
  10. huhuhu....mengaku ader kawan baik perempuan...klu nk keluar atas alasan kawan...

    BalasPadam
  11. wahh.. pompuan kene baca nie bro.. Alhamdullilah simptom2 tu lom ada lagi kat saya... semenjak 8 tahun dah kawin nie mmg xde nak pasang niat langsung... yang sorang tu pon dah cukup memeningkan apatah lagi kalau di tambah?? hehehehe

    BalasPadam
  12. Mas...

    Tergelak bila baca n3 ni....he he he....bukan lelaki aje cam tu....perempuan pun sama jugak.....walaupun masih status isteri orang...berani nak melayan suami orang ...dah tu....sanggup berhabis duit bagi kat suami orang tu.....boleh?....Dunia kita menuju kehancuran...Mas...kalau boleh...bongkarkan kisah "ISTERI ORANG....LAYAN SUAMI ORANG"...

    BalasPadam
  13. Bila lama balik beraya mesti nampak gelisah punya, maklum hati teringat buah hati.

    Awas! jangan benarkan suami pakai seluar bergaya kalau sembahyang malam-malam. Suruh dia pakai kain pelekat sahaja.. Tenguk bagaimana reaksi dia.

    Perhatikan juga apa lagu yang sering diputarkan. Rasanya takkan asyik putar lagi sedih-sedih belaka... kalau asyik sangat lagu berbunga cinta, sahlah tu! angau!

    Orang bercinta ini selalu tidur tak lena, perhatikan suami yang bercinta ini. Tidur malamnya bagaimana. Kalau tidur pun nampak macam senyum sahaja. Memang dah kena panah asmara.

    Jika dia tidak bertugas, perhatikan apakah dia akan bawa anak-anak jika berjalan atau asyik nak pergi sendirian ke rumah kawan. Mesti punya menyimpang!.

    Rasanya cepat sangat terbongkar kes suami curang ini. Kalau tak kita sendiri tahu, pasti ada mulut orang yang akan menyampaikan!

    Jangan Risau!.

    BalasPadam
  14. ..antara sikap suami;

    bila tiba di rumah, semasa sudah park,agak lama hendak keluar kereta,(delete sms),semak apa yang patut, mana tau ada jejak2,di dalam kereta.

    ..lain kali bagi isteri letakkan tanda ke dalam kereta suami,tanda dah berpunya seperti kasut anak atau apa-apa tanda di dalam laci kereta.

    ..selalu jadi pelupa, samada barang yang dikirim atau nama seseorang,(maklumla dalam kepala sedang berfikir 3 dalam satu).

    ..sebelum ini, tidak berminat menyertai apa-apa persatuan kemasyarakatn atau NGO.(boleh digunapakai kepada lelaki dan wanita).

    ..bateri handfon asyik rosak.

    ..perubahan secara mendadak, ketika nak ke pasar atau menghantar anak belajar tusyen, sekali nak bawa dua orang anak, sekali tak nak bawa. sekali nak hantar, tetiba tak nak hantar.

    ..mula mengecat kereta,solek sana solek sini.

    ...sebelum ini kurang minat membawa motosikal/kereta ke pejabat, tetiba bertukar rasa.

    ..kenapa yer, suami akan buat panggilan pada waktu hampir maghrib? isteri dan anak sibuk ker? masa ini si DIA dalam perjalan pulang dari pejabat, line clear.

    ..bila sudah tahap ketagih suami akan berada di dalam kereta berborak melalui HP, memalam buta.

    BalasPadam
  15. Sdr Zeq

    Zaman Globalisasi ini makin mudah kita terpesung ke arah isteri curang & suami ubah rasa.

    Cit Cat satu versi belum lagi SMS, forum, e-mel & banyak lagi wadah mudah & terdedah yang tanpa kawalan untuk baik suami atau isteri melaksanakan cinta terlarang.

    Maka itu memang kita antara umat atau generasi yang terdahsyat tercabarnya iman merentasi dugaan duniawi kita.

    Sdr Mazidul pasti salah seorang yang banyak mengumpul pengalaman orang dalam perkara ini. Sudah tugasannya wartawan sentiasa di sisi masyarakat.

    BalasPadam
  16. lepas ni kena la buat entri pasal isteri curang pula.
    kes sebegini pun semakin menjadi² sekarang..

    BalasPadam
  17. betul! betul! betul!
    kena ulas plak sal isteri, salu nye lelaki/suami jer yang akan dipersalahkan. tak adil! haha

    BalasPadam
  18. salam kat semua
    Zeqzeq..ko hilang akal ke hapa? huhuhuh

    BalasPadam
  19. Tak baik curang-curang... T_T

    Uhuhuh.. Rasulullah saw pun hanya berkahwin kali kedua selepas 2 tahun Saidatina Khadijah meninggal. Itu pun ketika Rasulullah dah berusia 50 tahun. Dan isteri keduanya adalah janda berusia 80 tahun...

    Kalau Insan2 lelaki Islam di luar sana menggunakan alasan sunah Rasulullah, sila ikut betul2 sunah ni. Janganlah kerana nafsu, menyelewengkan sunnah Rasulullah saw, sebab setiap kali menyebut alasan sunnah tanpa rujuk perilaku sebenar Rasulullah, mungkin gurauan menjadi satu dosa...

    Tiba-tiba saya ni. Eheh...

    Anyway, point utama, kalau tak hendak isteri anda main luar/curang, adalah dinasihatkan suami tidak berlaku yang sama.

    Uhuhuu...~ peace, bro!

    BalasPadam
  20. hmmm...

    saya punya pandangan berbeza la berkenaan handphone
    (tak kiralah, samada bawa handphone masuk toilet ke, atau delete msg2 sebelum masuk rumah ke)
    bagi saya, handphone adalah sesuatu yang personal
    tak perlu lah suami beriya iya mahu check hp isteri, atau sebaliknya
    TRUST sudah cukup
    kadang kadang, bila terlalu curiga pada suami, mesej antara rakan yang biasa2 pun, boleh mendatangkan pertengkaran

    hmm... terpulang pada individu

    BalasPadam
  21. ..bila sudah rasa was-was dan curiga, cuba buat SMS rawak ke mana-mana nombor berlainan jantina, jika handfon suami, sms nama lelaki, jika handfon isteri cuba sms nama perempuan, sms selpas azan zuhur pada HAri Jumaat,lihat ada reply tak? cuba juga sms nombor2 misscall.

    P/S: nombor contact saya ada 800 termasuk supplier dan customer mana satu nak rawak??

    BalasPadam
  22. ..banyak cara menyembunyi aktiviti pasangan untuk bersama. Jika anak Kelantan, boleh daftar/masukkan ke dalam Persatuan anak Terengganu(mengaku anak Ganu), padahal kekasihnya anak Johor. Contoh saja.

    Persatuan Penulis dan kelab peminat pun banyak. Pilih saja.
    Gethering Alumni atau sekolah menengah serta Universiti..dan lain-lain aktiviti..Banyak tu.
    Asalkan dapat bersama-sama pada hujung minggu. Cukup 4 kali sebulan.

    jangan marah yer LAWAK..

    BalasPadam
  23. echah;
    tak laa, skit jer tu alasan, lepas ni sdri boleh tubuh kelab Peminat MAZIDUL heee awak jadi Presiden seumur hidup,
    mana tau boleh reka meeting,dating dengan orang MUDA..huhuuu..(tapi Echah masih muda)

    BalasPadam
  24. lagipun ruang terbuka bagi warga Kota2 besar,

    para suami menjadi bujang 5 hari seminggu.
    Alasan anak-anak di kampung bersama-sama mamanya, susah nak cari rumah sewa dan tukar sekolah.

    BalasPadam
  25. zz >> sindir ler tu.. uishhh :(

    org 'laMA' byk pengalaman weiii..kan en mazidul ^_^

    dating dgn org muda?? ngape ko jelezz ke. tadaaaaaaaaa :D

    BalasPadam
  26. Bro Maz

    he he he


    Isteri saya bukan Melayu

    sms bahasa Melayu dia tak faham,

    email dia tak faham,

    cakap pun dia tak faham.

    Baca blog Bro Mazidul.... lagilah dia tak faham...

    Tapi tak mau ambik kesempatan...

    Tak baik...

    BalasPadam
  27. 1. Kalau suami nak curang, check la bagai nak rakpun, dia akan curang... so it is trust that is more important.

    2. Saya suka bawak hp ke tandas sbb nak main games hehe. Yup.. habit x berapa baik...

    BalasPadam
  28. Salam,

    Tips yg diberi agak menarik. Tapi kalau dilihat dari sudut psikologinya....setiap pasangan perlu ada ruang nya yg tersendiri.

    Eg : HP - blh dikategorikan sbgai ruang peribadi. So kalau nak diikutkan, isteri tak boleh sewenang-wenangnya untuk check inbox dll.

    Tapi kita juga faham dlm dunia yg serba canggih kini. Zaman pun dah berubah kan. Macam2 boleh jadi.

    Rasanya yg paling penting ialah kepercayaan. Insyallah, saling percaya-mempercayai..barulah hidup saling bahagia.

    ~ Wallahualam.

    Salam Syawal (^_^)

    BalasPadam
  29. Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri.<<<< this is what happen to me... my hubby silent modekan hp dia ... seblum tu i tak realised .. lama kelamaan tetiba i rasa pelik bila dia menjawab hello sedangkan ringing tak berbunyi.. akhirnya saya diceraikan setelah dia curang dgn saya selama 3 bulan...

    kalau phone dia bebunyi, mestilah i akan bertanya, siapa yang call..jadi nak elak i daripada bertanya, dia buat lah silent mode

    BalasPadam
  30. lelaki curang biasanye cmni:
    1)Kadang2 tersalah sebut nama..bese panggil 'bu' tapi terpanggil 'ma'(panggilan manja kekasih la konon~~uwekss)

    2)Keje overtime memanjang..tp bila time gaji duetnye xde..bila tanye,"eh..da bayar tu da bayar ni..mne pasan duet tu da abis(padahal da abis kat kekasih ati)

    3)Guna 2 phone,tp isteri hanya tahu number yang biasa suami gune jela...(yg satu g,smpan lam kete..silentkan.)

    4)Isteri xleh nk wat Finder g..kalo wat pon,nnt suami akan HIDE MODE kan finder tu...(supaya xtow kemana dye pegi)

    5)ade banyak g sbnarnye..tp wat mse skng,tu je yg leh dipikirkan..

    wat para suami,kalo da nama isteri..msti akan tow segala perbuatan suami suatu ari nnt walau cmnepon suami sorokkan.Allah sntiasa bersama orang yang teraniaya.Ingatlah...

    P/S:Maaf ye kalo terasa...

    salam Aidilfitri..ampun dan maaf dipinta..

    BalasPadam
  31. rasanya;
    istilah untuk lelaki curang hanya pada bahasa dan adatkemanusiaan , tetapi tidak dari segi ISLAMIK.
    logik AKAL memang tak adil, lelaki cari lain bertiga bedua.

    betul tak betul??

    BalasPadam
  32. suami curang mungkin sebelum kahwin agak kurang mahir tentang kehidupan

    dalam kes terpencil mungkin suami tertipu dek perangai atau status 'DARA' (fusshh hot nanti,harap jangan marah aduhai isteri2.)isteri.

    Jadi apa salahnya bila sudah pandai dan nampak dunia, suami mula mencuba kelainan mencari anak gadis???, yang tak menipu semasa memulakan perkahwinan??..

    BalasPadam
  33. ada lagi..

    tiba2 buat post entry pasal curang..
    tips and tricks..


    :p

    BalasPadam
  34. greeen..

    tip untukpedoman dan kongsi..
    u tada tip pun..
    tip perli ada laa..

    BalasPadam
  35. nak tambah gak..dari pengalaman saya, bila seseorang tuh curang, die akan:

    1. bile org tepon,die akan bgn menjauhi kita n ckp jauh2 dgn si pemanggil.bila ditanya nape ckp jauh2,kata dia bising kat sini..x dgr.alasan bodoh.

    2.buat2 lambat datang bila berjanji nak keluar.

    3. selalu tak dapat dikesan.

    4. bila dapat call die plak, n kita tanya die katne, dgn cpt2nye menjawab, "kat bilik" or "ada ni kat rumah".

    5. selalu komplen pasal pemakaian kita, konon xsopan lah, komen kita ni gemuklah.ape2 jelah yg boleh sakitkan ati kita.

    6. selalu je tiba2 masuk msg yg kita tahu isinya untuk org lain, kat tepon kita.

    7. mengelak untuk berjumpa konon sibuk, or letih wat keje siang td.alasan sama berulang2.

    8. selalu cari gaduh. tiba2 marah kalau kita usik konon2 ada gefren lain..dulu2 tak pnah marah pun..

    9. selalu sgt lepak di rumah kawan2.

    10. tak kasi langsung kita pegang tepon dia,walhal dlu nak guna kredit smpi abes pon xkisah.

    haa..nila komen penuh perasaan dr saya.hehe. takdela bukan ape, saya tulis berdasarkan pengalaman. walaupun dah lama berlalu tapi saya tetap ingat supaya jadi pengajaran buat saya. n saya percaya anda diluar sana pun ada mengalami apa yg saya sebutkan ni. come on la..share lg bg sesiapa yg ada pengalaman. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.