Rabu, September 30, 2009

'Ayam' Kampung

Di bandar, untuk membeli ayam kita hanya perlu berkunjung kepasar pagi, pasar malam atau kerantaian pasar raya. Ayam dijual dalam bentuk ‘whole chicken’ atau siap dikerat mengikut bahagian antaranya paha, kepak, dada atau campuran kesemuanya. Majoriti suri rumah gemar membeli ayam dikerat, memudahkan kerja mereka. Whole chicken juga boleh dikerat mengikut pilihan, 8 atau 16. Bukan mereka kerat, itu kerja si penjual ayam. Siap diproses, ayam dijinjing pulang kerumah untuk dimasak dan disajikan kepada keluarga. Jika malas kepasar, ada alternatif lain, beli sahaja ayam siap dimasak. Seketul ‘ayam bandar’ digoreng biasanya dijual dengan harga RM3 sahaja, murah.

Dahulu di kampung, bukan mudah makan ayam. Ayam kampung bebas berkeliaran, liar dan jarang bereban. Tidur di dahan tinggi pokok jambu mahupun di rimbunan pokok rambutan kasi, sukar ditangkap. Ayam terpaksa diumpan makanan, beras, gandum atau nasi sejuk. Jika ayam tertipu, mematuk makanan, mudah ditangkap namun segalanya bergantung kepada nasib. Ayam bijak, ada naluri, pantas melompat, terbang rendah melarikan diri bersembunyi di dalam hutan, bagai tahu nyawa berada di hujung tanduk. Maka bermulalah acara ‘marathon’, mencari dan mengejar ayam. Keok! Keok! Keok!, riuh sekampung. Andai larian ayam lebih pantas berbanding kecepatan larian manusia maka ayam terlepas, kita melopong, terpaksa membatalkan niat makan nasi berlauk ayam.

Jika ayam berjaya ditangkap, terpaksa pula mencari penyembelih, Imam dan Bilal lebih afdal jika ada. Maklum sahajalah, bukan semua sanggup melihat dua urat leher ayam putus, ramai mabuk darah. Sejurus leher terkulai, ayam direbus beberapa minit di dalam air panas mendidih untuk menanggalkan bulu tebal, nipis dan halus. Kemudian baharulah dibuang hempedu, balung, kaki, tembolok dan tali perut sebelum dikerat mengikut saiz bersesuaian. Ayam itu hanya ada satu pedal, hati dan ginjal. Tidak hairan, ramai berebut mengidamkan organ istimewa itu sewaktu ayam dihidangkan.

Kini, majoriti ayam kampung diternak di ladang justeru tidak perlu dikejar. Ayam hanya dikeluarkan dari sangkar kemudian disembelih, diproses dan dijual. Penyembelih kekadang warga Indonesia muda tanpa surat tauliah Jabatan Agama. Asalkan leher luka berdarah, itu sudah cukup bilang mereka. Biarpun begitu, peliknya penjualan ayam kampung di bandar tetap mendapat sambutan hangat. Malah ada premis menjual makanan dinamakan ‘Restoran Ayam Kampung’, dipenuhi pelanggan sehingga terpaksa beratur sehingga lenguh kaki berdiri. Harga seketul ‘ayam kampung’ digoreng mencecah RM5.50 atau lebih bergantung kepada jenis masakan dan lokasi premis jualan.

Rumusannya, ayam kampung memiliki nilai tersendiri dari dulu hingga sekarang, tidak seperti majoriti gadis kampung berhijrah ke bandar, nilai murni mereka semakin terhakis dan tercemar.

Nota Saksikan paparan 360, 'Sisi Gelap Tiga Line' malam ini jam 9 malam

26 ulasan:

  1. betul, ayam kampung jauh lebih sedap dari ayam 'bandar'..

    mujur saya tinggal di kampung jadi sumber ayam tak susah nak dapat..

    alhamdulillah... :)

    BalasPadam
  2. ayam bermacam ayam, ada ayam kpg ayam belanda , ayam ketek (ayam serama) ..

    orang tua2 dulu cakap kalau makan kaki ayam nanti tulisan macam cakar ayam , mungkin kaki ayam bila direbus dan sedap kekadang digoreng dahulu baru direbus sedapp , dan mungkin masa tu orang tua2 tak nak anak mereka makan kaki ayam sebab mak ayah dia yang nak makan kaki ayam tu.. kospirasi . hihihihi.

    ayam kampung ke bandar dan jadi ayam bandar kebanyakkan ayam kampung bila dan jadi ayam bandar banyak yang x"fresh" lagi ihhihihi.

    BalasPadam
  3. Bro, hari raya yang lepas AM disajikan dengan itik. Macam yang Bro Mazidul kata, ayam kampung susah nak dapat sebab tak pernah tidur dalam reban. Orang sekarang pun dah tak minat 'maraton' hanya untuk makan ayam kampung.

    Rupanya itik lebih sedap dari ayam kampung. Tapi jangan cari itik air, berbau. Cari itik serati yang boleh terbang tu. Perghh...sedap hingga menjilat jari...

    "Tetapi ayam kampung bergincu tetap ganazz, malah ada yang lebih advanced dari ayam bergincu dibandar"

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  4. ayam kampung cam sekarang pun dah mahal seketul nk cecah rm6.00..kalau cara penagkapan dier diamalkan dan cara tradisi pembelaan,penangkapan dan penyembelihan...agak2 harga dier maintain ker lagi naik...common sense..lagi susah nak dapat lagi mahal kan..hehehe...saya bukan peminat ayam kampung...peminat ayam bandar..ekeke..

    BalasPadam
  5. Kakcik rasa, apa yang Mazidul ingin sampaikan adalah bermula dari 'rumusannya,.............'

    betul tak? :)

    BalasPadam
  6. nostalgia..kejar ayam.hehe.
    hurm..."ayam kampung" dengan "ayam bandar" dah sama je skarang ni..

    BalasPadam
  7. saya sebenarnyer sedih bile objektif serta matlamat sesuatu persatuan ditubuhkan telah disalah tafsir serta diambil kesempatan oleh orang lain untuk kepentingan sendiri...ahli mereka yang merosakkan persatuan tersebut dan penangan yang dapat adalah kumpulan atau persatuan itu..adakah anda turut setuju????

    BalasPadam
  8. Ayam sabung pun mai dari kampung jugak! Abah saya ada bela ayam sabung betina, siap ada susuh/taji kat kaki!

    ps: ayam kampung memang sedap!

    BalasPadam
  9. salam...msh ingat pesanan aruah ayah;
    org yg prtama kali brtandang ke rumah...jgn dijamu ngan lauk ayam...dia kata; tetamu tu..xkan mai dh ke rumah kita..slalu dok ingt bila time org mai rumah.
    tp bila difikir scara lojik;mgkin dlu ayam simbol kesenangan,susah nk dpt n akn meyusahkan tuan rumah..
    skrg?? xleh pkai pesanan org2 lama ek...

    BalasPadam
  10. teringat masa di kampung i lastik ayam orang .. hihihihiih. lastik kambing jiran. masa tu budak2 lagi. sampai buta kambing i lastik.

    masa di kampung tak ada cyber cafe , etc. menlastik lah jawapnya.

    BalasPadam
  11. ayam 1: sebelum azan subuh dia dah berkokok..

    ayam 2: sampai naik matahari dengkurnya x abis2 lagi..

    BalasPadam
  12. dulu2 peti ais tada, nak ayam buka reban atau kejar mengejar. Bila ada tetamu sembelih ayam tak payah keluar beli daging .

    khasiat daging dan telur ayam kampung.. tanpa bahan kimia.

    Ayam kampung kini tercemar dek arus ICT dan kemewahan dalam memilih tidak rabun mata lagi,..sudah pandai memilih umpan..

    BalasPadam
  13. Best la entry ni sebab saya suka makan ayam bro......

    BalasPadam
  14. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Ayam paling mahal ada kat KL.
    Semalam 'makan' jer boleh cecah 500USD...

    Ayam paling murah adalah kot RM25.00..itu selalunya dimakan oleh golongan rendah...

    Apapun ayam ini tak boleh buat kari atau gulai lemak masak kuning...

    heheheh

    BalasPadam
  15. 'ayam' trkena culture shock.

    p/s: aym sketul rm3, mahal tu, dhla kecik -.-

    BalasPadam
  16. normally tiap2 hari menu jarang xde ayam...femes kau ayam....teehee

    BalasPadam
  17. abe MIE 'TERJAH' ,

    Ayam apa itu sampai 500USD . susah nak cari ayam tu apatah lagi untuk dijadikan lauk .

    "ayam golek"

    BalasPadam
  18. Dah agak dah!... sebut ayam saja pasti ada yang tersirat!

    Sesekali terfikir juga jika dunia tanpa ayam, rasanya pasti... sunyilah amat.

    AM kata daging Itik Serati tu sedap; mungkin pada dagingnya sahaja. Cuba bayangkan Itik Serati itu ambil alih ayam berkokok di subuh hari; macam manalah agak bunyinya?.

    Ayam ooo Ayam! Selain Ayam Den Lapeh rasanya Jalil Hamid amat memuji ayam dalam lagu Ayamnya

    BalasPadam
  19. Idan, Zeq lah ni, mula mencetuskan maksud tersirat 'ayam'. Kemudian disokong dek Mr. J. Azween kemudian menyampuk.

    Mujur, Budakkampung seems so innocent melontarkan komennya. Nasib baik, ramai masih bercerita fasal saya mengikut tafsiran literalnya.

    Best! Best! Best!

    Saya pun sebelum mencetak entry ini, berfikir dekat 360 kali, bimbang ramai tersalah anggap :)

    BalasPadam
  20. Idan..

    Itik serati lagi sedap lembut manis, lebih lembut dari ayam bandar.Lebih manis dari ayam kampung dan lebih lembut, semanis dengan ayam hutan, tetapi ayam hutan dagingnya agak keras.

    Itik serati lebih besar dari itik biasa serta boleh terbang..

    BalasPadam
  21. Haihhihihi , Idan, Zeq yerr yang merupakan kospirasi tersirat ayam ni .

    kesian ayam pula yang kena. Ayam KFC ke Ayam Kampung ke Ayam etc etc. . apa2 i akan makan ayam selagi dimasak sedap lebih2 lagi bila ayam goreng. yumm.. tapi bila difikirkan boroi itu seksi, i dah order ayam kfc tadi.. belum juga sampai2.

    Bro, pernah rasa tak "manuk pansuh" masakan Sarawak . ayam yang dimasak dalam buluh.

    BalasPadam
  22. OOHHOO.., ceta psal ayam ni, bermacam2 jenis ayam ada..., tanya ngan Jalil Hamid, dier lebih arif.., heee3!
    > betol jgak le, sal ayam kampong ni dah naik melambong harge nye, time rye hari tu, teringin plak nak pekena gulai ayam kampong, tekezut btol, mane tak nye, sekilo hargenye menjangkau rm20. ish..3!, alasan mrk, stock aym kpg. terhad, tu je. da le dpt 2 ekoq, mencecah rm50. arghh..! kalo dah mengidam nak buat camne. gohead je le. Baik gak kalo buat bsnss ayam kpg ni ye.. manyak untun, lebih khasiat.. huhu!
    >>ayam karen aka ayam bandar... huishh!! X le semahal aym kpg, rase nye X pure lagi le kot?, manyak makan baja..... ade harge siling nye, X leh naik sembarangan.. btol X?? haahaa..! aym kpg. berkokok waktu subuh, aym bandaq berkokok waktu tgh mlm.....
    -360 my peberet- kip it up...3!!

    BalasPadam
  23. zeqzeq, AM tak rasa daging itik serati lebih lembut, kerana kalau makan yang digoreng, rasa nak tercabut gigi dibuatnya. Yang pasti dia lebih sedap dari ayam.

    Cerita pasal ayam, AM teringat kisah lucu semasa berada di Indonesia sedikit masa dulu.

    Ada kenalan disana tanya,

    "Om tak mau makan ayam kah"

    AM pandang muka kawan AM, dia pandang AM. Kami baru sahaja lepas makan malam, buat apa makan ayam lagi.

    "Ayam bergincu la" katanya sambil tersenyum.

    Masa itu baik lagi, jadi tak fahamlah bahasa kias-kias tu. Rupanya ada maksud tersirat.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Sebut pasal ayam ni teringat pulak peristiwa dikejar dan dipatuk oleh ayam....time kecil memang nakal giler...

    Ada satu peristiwa sewaktu kecil dimana saya secara tak sengaja membaling batu ke arah sekumpulan anak ayam menyebabkan salah seekor 'mati katak'...sampai sekarang rasa bersalah biarpun dah lama benda tu berlaku...huhu (T_T)

    BalasPadam
  25. * salah satu blog bisnes Forex dan ayam??

    http://awek1.blogspot.com/

    BalasPadam
  26. ayam...ooo...ayam...what we will do without you ayam...(apa lagi...makan itikla yer..)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.