Khamis, September 10, 2009

Maaf! Tiada Gambar Seluar Dalam

Saya pernah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor sebagai saksi kes bunuh berlaku di Subang Jaya, Selangor suatu ketika dulu. Mangsa, lelaki Melayu, maut akibat kecederaan parah di kepala akibat dipukul menggunakan senjata dipercayai besi pengunci kereta, steering lock.

Bagaimana saya terbabit sebagai saksi? Selepas siaran ‘999’ saya menerima nombor pendaftaran kereta melalui pesanan ringkas, SMS. Berpandukan maklumat SMS itu, polis berjaya mengesan kenderaan dikatakan berada di lokasi ketika kejadian. Hasil siasatan, polis berjaya memberkas suspek.

Di kamar perbicaraan, saya disoal peguam suspek, Gobind Singh Deo. Mujur saya tenang menjawab setiap soalan dikemukakan biarpun kes itu sudah berlaku lebih setahun. Mungkin ada bertanya, bagaimana saya mampu mengingat butiran terperinci rakaman kenyataan dicatat polis lebih 365 hari? Jawabannya, setengah jam sebelum dipanggil memberi keterangan, pegawai penyiasat memberikan saya kenyataan bertulis terbabit untuk dibaca. Itu satu daripada kes dikendalikan peguam dikenali ramai, Gobind.

Kini Gobind, peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, TBH. Terbaharu, beliau memanggil T. Sivanesan sebagai saksi inkues kematian TBH di Mahkamah Koroner, Shah Alam, Selangor. Sivanesan berkata seluar dalamnya terkoyak di bahagian depan dan punggung akibat didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Seluar dalam koyak itu dikemukakan kepada mahkamah.

Padanlah, di Malaysia, jurugambar tidak dibenarkan merakam sebarang gambar di kamar mahkamah sewaktu perbicaraan berlangsung. Jika boleh, pasti banyak gambar ‘pelik’ dirakam lensa jurukamera.

Terlintas di fikiran, mengapa pelukis dibenarkan melakar gambar hitam putih atau berwarna di kamar sama?

* Terkini, kerajaan Indonesia menjamin keselamatan rakyat Malaysia di negara mereka.

27 ulasan:

  1. wahh lama x jenguk blog ni, dh tukar template ek? hehe~

    a ah la, bila pkir2 balik, patut la diwujudkn peraturan xboleh amik gambar masa perbicaraan~

    BalasPadam
  2. Kalau kau tulis 'gambar seluar dalam dilampirkan sekali'. lagi laju aku bukak blog kau ni..

    ekekekekekekeke :P

    (nipis pose aku)

    BalasPadam
  3. mmg tabik dgn bro maz,boleh ingat secara terperinci setiap butiran.dh mmg itu yg ptt ada utk jd wartawan berkaliber,tul x?blog ni sgt menarik,buat sy xpuas membaca!truskan ya..

    BalasPadam
  4. Syu, terima kasih. Kalau bukan awak puji, siapa lagi ...

    BalasPadam
  5. kalau boleh rakam, sudah tentu lawyer tak jadi penipu...

    cari makan untuk memperbodohkan orang...itulah kerja lawyer.

    jarang orang Melayu yang beragama Islam memilih profission ini sebagai kerjaya... yang jujur akan dapat kes pencuri telur ayam kg jer

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  6. cik Mazidul,

    tanya sket.. kenapa ye kalau saspek kes merompak @ membunuh @ merogol tak ditunjukkan wajah depa nih?

    kalau dalam suratkhabar pun nama tak disertakan.. knp ek?

    BalasPadam
  7. dari dulu lagi combi pun terfikir ngape pelukis grafik dibenarkan..

    en mazidul..agaknye apa perasaan loyer bila kes tu tak patut menang tapi menang.teda ke rasa bersalah atau ralat atau dan atau heheh..

    ade ke kes mcm gini..?? pepandai jer combi ekk oppss !

    BalasPadam
  8. Eja, saya pun lama ingin menjawab soalan itu.

    'Suspek' bermaksud individu itu mungkin bersalah atau sebaliknya. Maksudnya mahkamah BELUM menjatuhkan hukum bahawa dia bersalah. Suspek akan disiasat dan kemudian dihadapkan ke mahkamah, itu urutan proses biasa.

    Jika gambar suspek ditunjukkan, selepas perbicaraan dia didapati tidak bersalah, bagaimana?

    Ada ruang untuk dia menyaman pihak memaparkan wajahnya, kan?

    Saman sekarang bukan seribu dua, sejuta dua. Siapa nak bayar?

    BalasPadam
  9. Ada sesetengah kes, kebelakangan ini, mahkamah digunakan bukan untuk mencari kebenaran, tetapi untuk mencari kesempatan.

    Apa juga kesempatan yang boleh membawa keuntungan, terutama jika ianya akan mendapat liputan meluas, akan digunakan sepenuhnya.

    Bukankah ada orang tak percaya mahkamah dan hasut orang ramai supaya jangan percaya mahkamah, tetapi siang malam asyik keluar masuk mahkamah untuk meminta mahkamah buat keputusan yang dia kehendaki? Contohnya, tangguhkan perbicaran atau batalkan pendakwaan. Faham-faham sudah la.

    Dalam keadaan dimana keputusan hakim biasanya hanya bergantung kepada keterangan yang tidak boleh dipertikai, maka ada orang sanggup berbohong (berserta dengan bukti yang direka) untuk memastikan keputusan hakim adalah mengikut apa yang mereka kehendaki.

    Jika mereka gagal bebuat sesuatu untuk membolehkan mahkamah memihak kepada mereka, maka mereka akan kata..."ahh dah agak dah, hakim rasuah, kena beli. Ini semua pendakwaan terpilih, satu kosperasi jahat..aku dah cakap dah, mesti kita kalah dalam kes ini..".. dialog yang sentiasa berulang.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Echah, saya pernah bertanya kepada rakan peguam berugama Islam.

    Jika dia tahu prospek anak guam bersalah membunuh tetapi individu terbabit menawarkan wang banyak untuk membelanya agar bebas daripada tali gantung, adakah dia sanggup menjadi peguam kepada individu itu?

    Jawaban dia, TIDAK.

    Tetapi, bagaimana jika wang ditawarkan itu mencecah jutaan ringgit?

    Jawabannya, TIDAK.

    Kalau begitu jawaban semua peguam bela, mesti ramai gantung baju tahi cicak :)

    BalasPadam
  11. assalammualaikom..Wah lame tak masok blog ni dah bertuka baju raya abg kite ni ye. Jadi ke ke kuching nanti abg mazidul?

    BalasPadam
  12. Jimmy, tukar baju sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi.

    Yup! Saya akan berada di Kuching, Sarawak, dari esok hingga Ahad. Ada majlis berbuka puasa bersama Timbalan Menteri.

    BalasPadam
  13. Salam kat semua
    Saya amat berharap agar tidak terbabit menjadi saksi atau yang sewaktu dengannya..takut la..infact HR suruh saya jadi juri untuk domestic inquiry pun saya teragak..tapi kalau betul2 keadaan memerlukan..saya pasti pergi..untuk abang Mazidul..lu memang spesis bran la..hehehhe..(pinjam bahasa yang dirosakkan: berani jadi bran..hehehehe)

    BalasPadam
  14. Kirana,taklah 'bran' sangat. Terpaksa pergi kerana disapina dek polis Subang Jaya.

    Banyak kali polis call, minta hadir di mahkamah, pelbagai alasan saya bagi. Akhirnya pegawai penyiasat datang ke pejabat. Kah! Kah! Kah!

    Semua orang tanya, "Apa hal tu?"

    Saya balas, "Macam-macam hal!"

    Apapun, itu satu antara pengalaman terindah. Kalau tidak dilalui, masakan mampu saya kongsikan kisah terbabit di sini.

    Teringat masa di Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu. Sewaktu lalu di hadapan balai polis, tiba-tiba dipanggil anggota bertugas.

    Rupa-rupanya kena kawat cam. Beraturlah jadi 'suspek' bersama beberapa individu lain, datang perempuan tengok kita atas bawah. Masa itu umur 25 tahun, muda lagi. Satu demi satu perempuan tu scrutinize.

    Kes apa? Kes rogol. Menariknya, suspek sebenar, siap boleh minta sikat daripada 'suspek' lain, sebab dia ingin kelihatan kemas.

    Selepas itu, polis cakap, "Terima kasih, encik boleh balik sekarang".

    BalasPadam
  15. Oo...patut la time tengok berita kat tv selalu je kalau kes mahkamah akan dipaparkan lakaran pelukis suasana dalam mahkamah....

    BalasPadam
  16. cik Mazidul..

    terima kasih soalan sy dah terjawab.. :)

    BalasPadam
  17. pelukis yg masuk tu boleh lukis apa saja yang dia nak? atau ada syarat-syarat?

    BalasPadam
  18. Nak juga tanya dulu2 kenapa ada gambar hitam putih, dalam perbicaraan,tetapi tak tau kemana nak HALA soalan.

    bercampur MALU..

    BalasPadam
  19. Azrul ... saya pun baru tahu tentang melukis di mahkamah ini; terkadang di akhbar pun cuma lakaran pelukis sahaja dimuatkan dalam sesuatu kes.

    Cumanya jika memang telah sah seseorang tertuduh disabitkan kesalahan lalu dihukum gantung dalam kes rogol & bunuh umpamanya... kenapa mesti dibenarkan menutup muka?

    Bagi saya jika memang telah bersalah & akan dihukum gantung ada baiknya didedahkan wajah pesalah; agar memberi iktibar kepada kita apatah lagi yang mengenalinya.

    Itu hukum akal kita, pelik hukuman di mahkamah sivil kita ini..(Agaknya)

    BalasPadam
  20. Bro Maz

    Setakat ni


    Seumur hidup saya
    belum pernah menjejakkan kaki ke mahkamah samada jadi saksi, atau lain lain...

    Melepak diluar mahkamah majistret pernahla, Mahkamah Ampang di bangunan MPAJ, Pandan Indah.

    Itupun sebab ada kawan lama yang bertugas sebagai Pegawai Pendakwa di sana menjemput minum teh tarik...

    Na'u zubillah

    Cerita lain pulak:
    Budak Comp. Sc. mesti tak sebulu dengan budak Law kan... sebab budak Law mat smart, jaga imej, banyak cakap, kehulu kehilir bawa buku tebal tebal.

    Cakap Inggris sesama rakan dari Malaysia... syo syeee syoo syeee

    Tiap bulan beli dan baca buku TIMES, The Economis, LLB, L.E.M.B.U dan bahan bacaan yang hebat hebat belaka...

    Ada awek chun, boleh jadi model sambilan untuk majalah di U/kolej.

    Gaya tersendiri dan eksyen kat budak Comp.Sc. Icon mereka di Malaysia ialah Si mulut laser tu,

    Paling utama - Kuat temberang, merujuk pada kes terdahulu konon... ha ha ha ha ha

    Budak Comp. Sc.
    Pakaian harian Cuma tshirt dengan Jeans buruk, Kalau winter, pakai 3 lapis baju.

    Kasut sneaker 8 tahun tak tukar lain ke hulu ke hilir bawa kertas kecik dengan disket kecik (tahun 90an dulu thumb drive dan notebook belumada dan masih mahal)

    Tak ada awek, sebab semua kaki sengkek dan tak pandai bergaya,

    Paling lawa pakaian gi majlis ialah baju petak petak lengan panjang, belt buckle Besar macam nak masuk wrestling dan jeans buruk yang hampir setahun tak basuh.

    Kasut high-cut beli second hand (kasut curi ni...) dari Chicano.

    Beli buku Playboy share ramai ramai. Kadang kadang ada memebr bawa balik majalah Gila-gila dari Tanah Air, belum seminggu, majalah tu dah naik lunyai...macam bungkus belacan

    Icon Budak Comp Sc. ialah Bill Gates, bukan sebab dia bijak tapi sebab dia kaya dan sekolah tak habis he he he he he

    Sekarang semua bercita cita nak jadi macam Tauke 'Face Book'...Billionaire Muda

    Aku: Macam tu juga lerrr....

    BalasPadam
  21. Bro:
    I read this entry of yours dari subuh tadi. And now, after many hours I have made my own conclusion:

    JANGAN PAKAI SELUAR DALAM KALAU DIPANGGIL SPRM.

    Sebab? Seluar dalam sekarang mahal beb. Kena pakai yang ada brand, macam orang pompuan,harga nak hampir sama duit pasar sebulan.

    Owang pompuan jangan maraaaaahhh ahhhhhh..

    BalasPadam
  22. Hazrey, satu lagi make sure beli dan pakai seluar dalam 'branded'.

    Kalau diheret masuk mahkamah,brand seluar dalam 'Crocodile', segan beb, at least Renoma.

    Ish! Perempuanpun ramai pakai seluar dalam tiga RM10.

    BalasPadam
  23. hehe..3 helai seploh hengget ekk :p

    mesti en mazidul ni gi skodeng ladies dept kat parkson :D

    kantoiii!

    BalasPadam
  24. hahaha..abg mazidul dikantoi oleh echah...

    pasal gambar lukisan tue memangla sebab tak dibenarkan ambil gambar so diabadikan dalam potriat...ekekeke

    BalasPadam
  25. Salam kat semua..
    Huhuhu..camne isu sependa lak boleh kuar nie...hehehe..tapi saya setuju ngan abang mazidul..ramai lagi yang pakai sependa 3 helai RM10..huhuhhu..:P

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.