Khamis, September 17, 2009

Nasib Baik ...

Gambar (1)
Gambar (2)

Gambar (3)

Gambar (4)

Empat gambar di atas saya rakamkan pada jam 5.51 petang tadi di hadapan Stesyen LRT Taman Bahagia, Kelana Jaya, Selangor. Pemandu teksi dikatakan menciluk ke lorong kanan menimbulkan kemarahan lelaki berbaju bunga. Dua anggota polis bertugas di bit berhampiran bergegas cuba menenangkan keduanya. Pelbagai kata kesat dilemparkan dua pemandu terbabit tanpa mengendahkan kehadiran pihak polis.

Akhirnya saya terpaksa masuk campur.

Kepada lelaki berketuruna Sikh, saya katakan ...

"Jangan cakap Melayu itu, Melayu ini, tak baik. Mahu gaduh, gaduh. You don't have to mention anything about race. Be cool, kita satu Malaysia. Nanti Najib marah"

Kepada lelaki Melayu, pemandu teksi, saya katakan ...

"Brother, masuk kereta. Jalan jem, orang semua nak balik, berbuka puasa"

Mereka mengikut arahan biarpun mungkin tidak berpuas hati.

Dalam perjalanan kekereta, lelaki muda mendakwa posman menyapa saya.

"Bang, Benggali tu short circuit sikit. Dia selalu marah saya tak tentu fasal setiap kali hantar surat ke rumah dia," katanya.

Saya hanya tersenyum dan berlalu pergi.

Nasib baik, detak hati saya.

19 ulasan:

  1. Apa cerita tu bro?? Gambar macam nak bergaduh je??

    BalasPadam
  2. Di sekolah, jenuh saya menasihati murid2 supaya menjaga batas 'bangsa'...meski mahu berlelucon, meski mahu berkecindan atau mahu bergaduh....

    Tapi...yang di luar sekolah, sentiasa bikin mereka keliru...

    BalasPadam
  3. Setuju dengan warfeel-efairy, you are true hero bro..hehe

    Cuma nak komen skit la, realiti masyarakat Malaysia sekarang bila ada sedikit perselisihan faham antara dua orang berlainan bangsa dan kaum mula la mengeluarkan kata-kata berbau perkauman dan dituduh 'racist' sehingga merendahkan martabat sesuatu kaum.... kita diMalaysia hidup berbilang kaum, andai ada persilisihan faham hendaklah dibawa berbincang...kalau tak 1Malaysia yg dibawa oleh Tok Najib kita akan sukar dilaksanakan...peace :)

    BalasPadam
  4. Warfeel dan Azrul, ish! Hero apa nya? Brother teksi tu badan dia, peergh! Pemandu lagi satu kalau betul kata posman, malang saya dihentaknya.

    Apapun, hari ini saya rasa sedikit bangga sebab tidak bertindak emosi. Dulu waktu usia awal 30 an, orang lain bergaduh, saya bertumbuk sekali. Bila dan 40 an, kesabaran sudah menjadi teman, InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. Salam kat semua
    Tu la bahananya kalau emosi menguasai diri..tapi heran..lelaki yang tuhan kurnia 9 akal pun boleh kalah dengan 1 nafsunya itu..hehehe..oops..saya bukan feminisme, tapi tak sepatutnya la kejadian di atas berlaku..bak kata abang Maz, dah 40an nie kesabaran dah jadi teman..nampak gayanya orang kat gambar kat atas tu macam dah masuk list jer..:P

    BalasPadam
  6. 1. Dari pengamatan AM, seseorang boleh bertukar watak bila berada di dalam kereta. Mungkin kerana tertekan menghadapi kesesakan jalan raya membuatkan seseorang boleh hilang pertimbangan walaupun disebabkan perkara kecil. Seseorang yang berperwatakan lemah lembut semasa di rumah, boleh menjadi terlalu agresif semasa di jalan raya. Kalau tak silap pada tahun 2003, ada kes seorang pemandu dipukul hingga mati hanya disebabkan perlanggaran kecil.

    2. Dari pengamatan AM, jika nak 'distatistikkan' dari jenis kenderaan, selain penunggang motosikal, pemandu teksi merupakan golongan yang hampir tidak tahu apa itu undang-undang jalan raya. Mereka boleh berhenti dimana-mana sahaja yang mereka mahu, walaupun di tengah-tengah jalan raya. Hanya kerana hendak mengambil seorang penumpang, mereka boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

    3. Berkenaan dengan kaum, rasanya dulu-dulupun ada accident antara cina dengan melayu, antara india dengan cina atau antara india dengan melayu. Tetapi kebelakangan ini bangsa lain dilihat seolah-olah sudah hilang hormatnya terhadap orang melayu. Kalau salah, salah la. Kalau tak boleh sattle pergi balai polis buat laporan. Kenapa nak sebut-sebut bangsa pulak. Siapa yang ajar mereka jadi kurang ajar?

    Meminjam kata Nabil, lu fikir la sendiri.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  7. satu saja la yang saya nak katakan.
    kenapa sekarang ni, saya observe almost all taxi drivers are reckless driver?
    they are very rude on the road bro, and i am not suprised that these kind of incident happened.

    good post bro. :)
    selamat hari raya.

    BalasPadam
  8. Bro,

    I have made my analysis:

    1. NO way you will have roti bai after this. No more bro, no more. Say goodbye to that crispy roti bai.

    2. You will get discount or free ride, if you need a cab. Ok, you still pay.

    3. Mails delivered will be top priority if it is addressed to you. Kalau takder stamp pun tetap sampai. So can I send you a Raya card without stamp?

    4. The guy yang mendakwa posman itu sebenarnya seorang engineer sebab dia tahu apa itu short circuit. Dia menyamar. Sebenarnya dia kerja TNB. Betul. Check betul betul.

    5. You look garang even when you are soft talk. Hahah. Ok manis, sikit ada, takleh banyak becoz manis is associated with me.

    6. I know I wun get duit raya from you for writing this. Haha. Selamat Hari Raya boss. Kalau ada silap salah, itu salah taip. Kalau ada terkasar bahasa, itu typo error. Kalau tercarut, itu windows blue screen atau problem with windows registry. Maaf Zahir dan Batin from me and my hot wifey.

    BalasPadam
  9. Hazrey, what can I tell you .. an excellent analysis! Bravo! Selamat hari raya to you, maaf zahir batin. Send my regards to your not-fat wifey.

    BalasPadam
  10. salam..

    dalam apa jua situasi yg kita sedang alami.. kesabaran tu penting..

    cik Mazidul, mujur laa x kena hentak dek benggali tu ek.. kalu tak jenuh laa kami2 nih dok tunggu post yg baru dari 'tuan tanah'.. :)

    selamat hari raya!!

    BalasPadam
  11. hahaha... cuma nak tumpang gelak dengan analisi hazrey!

    BalasPadam
  12. Jalan raya memang medan menguji kesabaran. Bukan sahaja kita ketemu manusia seperti tertera; malahan 1001 ragam manusia.

    Akta & Undang-undang jalan raya pun terpaksa kita buat banyak pindaan. Seperti menyaman kereta yang memandu perlahan di lorong kanan lebuh raya. Memandu secara membahaya seperti mencilok ke kiri & kanan.

    Seperkara lagi kita sendiri sering terserempak dengan ramai pemandu yang masih berdegil berbual di telefon bimbit di tengah jalan raya. Buat sardin saja terkedik-kekik memandu dalam kesesakan dengan sebelah tangan memegang telefon bimbit. Terkadang kita yang mengekorinya terpaksa menekan berek kecemasan.

    Memang benar apa yang AM nyatakan ramai kalangan kita boleh bertukar watak ketika memegang stering bilamana perasaan terganggu. Perwatakan ini mestilah dielakkan.

    Ingatlah jalan raya itu kita kongsi bersama, biar pun masing-masing membayar cukai jalan raya. Bertimbang rasalah.

    BalasPadam
  13. Sedar atau tidak, memang ramai racist di kalangan kita..

    Saya merindui zaman kanak-kanak saya. Masa tu memang takde timbul soal Melayu itu, Cina ini, India camtu, Sikh camni bila bertelagah pendapat dsb.. bab racist ni boleh kata sangat minimum.

    Dalam kelas, semua duduk bersama-sama, sebelah menyebelah, takde nak kumpul satu bangsa one side, satu bangsa lagi the other side, etc. Bila kelas pendidikan agama Islam, pelajar bukan Islam boleh duduk dalam kelas, di bahagian belakang, buat kerja sendiri jika mereka mahu; masa tu belum diwujudkan kelas pendidikan sosial bagi pelajar bukan Islam. Dan itulah rakan-rakan saya yang bukan Islam lakukan. Mereka duduk diam-diam di bahagian belakang kelas, buat kerja masing-masing, dan pelajar Islam yang lain duduk di bahagian depan kelas, belajar dengan ustazah.

    Malah bila ke kantin pun duduk makan bersama-sama, masa tulah nak bertanya itu ini mengenai pemakanan, budaya, apa yang boleh apa yang tak boleh dalam agama dsb. Pernah sekali, saya duduk makan bersama kawan saya berbangsa Cina (kalau tak silap saya beli nasi lemak kat kantin), dia membawa bekal sandwich. Kami makan sambil berbual. Saya tanya dia sandwich apa, sebab saya nampak filling dia macam pelik - very pink thin slice of meat with cucumber, lettuce, tomato, sauce etc.. dia kata ini bacon. Saya bagitau dia, orang Islam dilarang makan bacon. Dia jawab, sebelum dia tak tau pun orang Islam tak boleh makan bacon.

    Lepas tu dia tanya lagi, kenapa tak boleh? Masa tu saya tak punya jawapan yang konkrit, sebab masa tu saya cuma tau, daging babi haram dimakan, tapi sebab apa haram, saya kurang pasti; jadi saya suruh dia tanya ustazah.. hehehehe..

    BalasPadam
  14. Racist memang masih wujub dalam mentaliti masyarakat Malaysia . Bro , pernah tak tengok Filem "Gadoh" . kalau tak dalam youtube ada , tidak ditayangkan sebab mungkin sensitif , ceritanya mengenai sekumpulan remaja sekolah bangsa melayu dan Cina dan India , sama-sama tidak puas hati . ending best . terharu tengok . semua bercampur. tapi klimaks cerita dia perhhh panas menusuk kalbu.

    iklhas Mr J

    BalasPadam
  15. Dalam kes macam ni, kalau dua-dua masih berdegil maunya bertumbuk kat jaan. haha.. Pengguna jalanraya pada masa tu untunglah.. Dapat tengok 'Heavyweight Championship' secara percuma.

    BalasPadam
  16. Sepatutnya kesalahan kecil, kita maafkan sahajalah. Maybe dia tak sengaja. Kalau tidak, mesti tiada kesudahan punya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.