Khamis, September 24, 2009

17 Mati Sehari

“Elok kita ubah Ops Sikap kepada Ops Ubah Sikap,” kata saya.

“Betul,” sambut Zakiah.

Kami mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini pagi tadi bersama bekas pelari hebat juga penyampai radio HotFM, Nik Azura. Sikap Zakiah seperti biasa, sentiasa ceria, begitu juga Azura.

Ops Sikap ke-20 hari ke-10, semalam, mencatat 177 kematian. Maksudnya, purata 17 nyawa rakyat Malaysia terkorban setiap hari sejak Ops terbabit bermula 13 September lalu. Pengguna motosikal mangsa korban paling ramai biarpun saya percaya mereka tidak merempit di jalanraya.

Saya yakin semasa entry ini ditulis, statistik kematian meningkat cuma maklumat terkini berhubung bilangan pengguna jalanraya maut pada hari ke-11 belum kita diperolehi.

Jika dilihat, pelbagai kempen awal dilaksanakan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Tujuan kempen sama, mengelak kemalangan berlaku tetapi setakat ini kadar kematian gagal dikurangkan. Mungkin kematian sifar sukar dicapai kerana penentuan ajal maut bukan di tangan kita. Apapun, kita maih boleh berusaha untuk menyelamatkan nyawa.

Ada kaedah lebih baik? Kaedah tidak terfikir dek pihak berkuasa.

14 ulasan:

  1. Orang kita ni kalau nasihat macam mana pun memang payah nak ikut peraturan...masing-masing nak cepat sampai ke destinasi tanpa pedulikan perasaan orang lain.. semuanya bermula dengan sikap kita sendiri...

    Kaedah lebih baik?? Kalau la Doraemon wujud, leh suruh dia bagi 'pintu suka hati' banyak2-banyak...nak pergi mana-mana pun capat...kurang skit statistik kemalangan tu...hehe :D

    BalasPadam
  2. salam abang maz!
    memang menyedihkan bila melihatkan jumlah yang terkorban dalam ops sikap kali ni! makin hari makin bertambah! saya yang akan balik ke kl hujung minggu ni pun dah berdebar2. kalau kita jer yang berwaspada, tapi pengguna lain tak, melayang jugak kan nyawa? haha. so, sama2 lah berdoa semoga semuanya selamat! so, macam mana raya abang maz tahun ni?

    BalasPadam
  3. pemandu yang berada di atas jalan raya mempunyai banyak jenis ,sikap dan degil, jadi dengan gunakan hukuman dendan secara umum kurang berhasil,
    pemandu yang hobinya degil..semua peraturan dilanggarnya tidak kira jalanraya pejabat dll..ini kes pemandu degil setakat RM300 ..tak da hal punya..

    RM 300 untuk kelas pemandu bersopan yang lalai, sekali silap serik seumur hidup..

    ada pemandu yang memang tak boleh berubah sikap macam mana??tegar degil.

    kaki melanggar peraturan mesti guna pakai sikap yang keras sedikit.

    BalasPadam
  4. Kalau ikutkan pemerhatian saya semasa dlm perjalanan ke kampung, orang Malaysia memang pentingkan diri sendiri semasa memandu. Mungkin dia rasa dia sorang yang nak balik berhari raya. Kalau tgk keadaan jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah mmg ngeri nak bawak laju apa lagi nak memotong. Tapi ade jugak driver yang berani. Yang jadi mangsa nanti driver yang ikut peraturan jugak...

    BalasPadam
  5. Jika kita ke pekan kecil atau luar bandar masih ramai pengguna motosikal tidak memakai topi keledar. Polis Trafik, JPJ kenalah terusan bertegas dalam penguatkuasaan pemakaian topi keledar ini.

    Lorong khas pengguna motosikal seperti yang dijanjikan perlulah disegerakan terutama di bandar besar.

    Saya pernah terlibat dalam kajian kemalangan jalan raya. 70% jalan raya terutama di selekoh amat licin. Jika hari hujan kita ibarat memandu di atas cermin. Pihak berwajib & penyelelidik perlu giat mencari paten atau aggregate yang lebih sesuai. Betumin yang kita gunapakai mungkin tidak sesuai dengan cuaca kita.

    Jika kita perasan, jalan raya di lebuh raya yang diperbuat dari konkrit jauh lebih baik cengkamannya terhadap tayar kenderaan berbanding jalan tar. Cumanya kos penyelenggaraan agak tinggi.

    Lebuh raya yang masih dua lorong tidak sesuai lagi dengan kebanjiran kenderaan kini. Taraf lebuh raya dua lorong ini perlulah ditarik balik. Tak berbaloi pengguna jalan raya atau rakyat marhaen dikenakan tol jika lebuh raya dua lorong ini membahayakan mereka. Kadar maksimun kelajuan di lebuh raya dua lorong ini perlulah dikaji semula.

    Mereka yang memandu laju & membahayakan pengguna jalan raya yang lain perlulah terusan dipantau. Jangan semasa operasi atau ops sikap sahaja.

    BalasPadam
  6. Kaedah lebih baik mungkin kita patut letakkan replika keranda atau mayat kat tepi jalan dengan signboard bertulis "keranda dan kapan ini disediakan untuk pemandu-pemandu cuai dan memandu laju."
    Sediakan banyak2 dan letakkan di bah jalan especially di tempat hotspot yang selalu berlaku kemalangan. Driver di Malaysia ni bukan makan nasihat elok2.... kena bagi sedas mcm ni... baru kasi terhantuk sket.

    BalasPadam
  7. Dari dulu AM tak nampakpun apa perlunya Ops Sikap diadakan menjelang setiap perayaan utama, selain hanya untuk memaklumkan kepada kita jumlah kemalangan dan jumlah kematian.

    AM tak nampak yang ops sikap boleh mengurangkan angka kematian dari 100 kepada 0 atau sekurang-kurangnya jadi 50.

    Sebenarnya sikap ada di dalam hati setiap dari kita dan perlu dididik setiap hari tanpa menunggu hari raya. AM rasa jika ops sikap diadakan sepanjang tahun, dan dicatatkan jumlah kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya, jumlahnya mungkin lebih kurang sama sahaja dengan jumlah kematian sepanjang dua minggu ops sikap yang 'rasmi'.

    Cuma pada hari-hari biasa kita tidak diberitahu jumlah sebenar yang meninggal akibat kemalangan, termasuklah kemalangan di kampung-kampung yang tidak dihebahkan dalam surat khabar.

    Jadi bagi AM, ops sikap tidak akan memberi apa-apa makna jika ianya hanya sekadar 'pemberitahuan' tentang jumlah kemalangan dan jumlah kematian. Orang-orang yang degil tidak akan pedulipun berapa ramai nak accident dan berapa ramai orang nak mati.

    Sebagai cadangan (yang mungkin tak akan terlaksana) AM rasa orang yang melanggar peraturan jalan raya pada masa ops sikap, ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap dan hanya dibebaskan selepas ops sikap selesai. Biar mereka beraya dalam lokap. Rasanya itu mungkin mengerunkan sedikit (walaupun mungkin mereka tak gerun untuk mati dalam kemalangan, sekurang-kurangnya mereka mungkin akan rasa gerun mendengar takbir raya dari dalam lokap) hehehehe

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  8. diana;;

    10 das pun bagi yang bersikap degil tak LUT juga,,itu sesuai yang lembut hati, bagi yang sengaja dan buat2 sengaja melanggar undang-undang kenapakai undang- yang berbeza.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya bro, bagi yang memandu melulu, bukannya dia tidak menghormati orang lain. Dia hanya gagal menghormati dirinya!

    Paling banyak kemalangan jiwa di Jalan Negeri (jalan yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan) dan Jalan Bandaran (jalan yang ditadbir urus oleh Majlis Bandaran).

    Barangkali elok kalau ada CHIPs di jalan jenis ini sentiasa khusus buat mereka yang biadap terhadap dirinya. (termasuk yang memandu dengan mata separuh terbuka!)

    Bila nampak Kuda Putih, semua ikut peraturan. Bila tak nampak Kuda Putih, semua bawak macam nak terbang!

    kamal fnd hashim

    BalasPadam
  10. SALAM!

    Bagi saya benda yang sedang berlaku di Malaysia seperti kemalangan ini adalah perkara biasa yang harus dihadapi sebuah negara yang membangun tetapi dirakyati para insan yang bermentaliti kelas ketiga. Saya sendiri mengaku, saya sendiri agak kurang sopan di jalanraya. LOL!

    p.s: Kemalangan di Malaysia sering berlaku di jalanraya mahupun lebuhraya yang lurus dan tanpa selekoh. Hairan. Mungkin selelu berdoa untuk mati di jalan yang lurus tapi tak ikhlas dalam berdoa!

    BalasPadam
  11. Hari ke-13 Ops Sikap mencatat jumlah kematian 210. Purata kematian 16.2.

    BalasPadam
  12. Buat ape nak di hairan pasal kemalangan.asal je musim raye pasti ada je kemalangan..dah berbuih mulut tapi sikap pemandu memang susah nak diajar..puncanya sikap pemandu itu sendiri yang mempunyai sifat ego konon nak jadi hero jalanraya...kereta besar..laju...bawak perlahan pun kena...kita tak sapu orang..orang pulak yang sapu kita..

    BalasPadam
  13. undang2 ciptaan maanusia mmg ada cacat celanya.

    bila kita memandu dijln raya.
    ada pemandu memandu 60km/j dilorong tgh.
    apa pendapat anda.
    undang2 menyatakan pemandu itu tidak bersalah kerana ia tidak membahayakan.
    bahkan tiada peruntukan hukuman bagi pemandu yg memandu perlahan.

    hakikatnya.
    tindakannya itu adalah penyebab kepada kesesakan, atau mungkin penyebab kepada kemalangan & mungkin dikhuatiri boleh membunuh pemandu lain.

    begitu juga dgn lain2 undang2 sedia ada.

    yg mana anda tidak berpuas hati dgn undang2 ciptaan.

    perlu kajian menyeluruh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.