Rabu, September 16, 2009

'Rasul' Melayu Diberkas JAIS

Ketua ajaran sesat mengaku ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun berjaya diberkas Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Pegawai perhubungan awam JAIS, Ustaz Mohd Hidayat Abd Rani saya hubungi jam 11.43 pagi tadi memaklumkan Abdul Kahar kini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Beliau turut mengesahkan Abdul Kahar ditangkap pada jam 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang, Selangor.

Blog Abdul Kahar juga turut digodam kumpulan mendakwa Geng26 CyberTrooper.

Siapa dapat wang ganjaran RM20,000?

* Sidang media JAIS di tingkat 6, jam 3 petang ini.

34 ulasan:

  1. Tak apa,nanti ada pengikut dia akan hantarkan rendang, ketupat dll :)

    BalasPadam
  2. Alamak Sg Long dekat rumah saya tu!.

    Isk ruginya tak dapat maklumat; Raya sakanlah si pemberi maklumat tu! Harap-harap TV keluarkan temuramah dengan Rasul Melayu ini. Memang syok dengan hujahnya.

    BalasPadam
  3. Ruginya orang yang menggelarkan diri sebagai rasul ni.Lupakah dia akan balasan orang yang syirik?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, sempena bulan ramadan mubarak ini, ada pihak yang telah menjalankan tugas membenteras kemungkaran. Semoga Rasul Palsu sempat bertaubat dan insaf.

    BalasPadam
  5. hahaha... klaka la.. dah terang-terang nabi muhammad tu rasul terakhir dan penghulu semua rasul, camne pengikut-pengikut die bleh p'caye? hahaha...

    BalasPadam
  6. RASUl kahar...
    aset yang berguna untuk dilatih menjadi seorang Peguam dalam bidang LOYAR/peguam
    otak kanannya berguna..

    BalasPadam
  7. Wahhh...bagus2....harap dia dapat hukuman yang paling setimpal dengan perbuatannya tu...untung bagi pemberi maklumat tu....dapat duit raya..hehe

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..dpt tgkap gak pak cik ni ye...kayo la spe yg dpt 20K tuu..abg mazidul...jgn lpe wat liputan kt 360..nk tgk pak cik ni...

    BalasPadam
  9. bro mazidul...jgn lpe wat liputan cte kahar ni...bgusss...kne tgkap gak si kahar ni...klu x merepek yo...

    BalasPadam
  10. Akhirnya tertangkap juga si rasul palsu ini. Ni lah antara 30 dajal kecil sebelum dajal besar keluar.

    BalasPadam
  11. Akhirnyaaaa.... berjaya jugak ditangkap.. mungkin duit RM20K tu dapat pada orang yang bagitau polis rumah mamat ni? Nak gak tau sapa eh.. ;)

    BalasPadam
  12. sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jgk..
    beraya la ang dlm lokap ;p

    BalasPadam
  13. Orang yang memang sesat tak banyak yang kita boleh komen, kerana kalau dia tak sesat, tak lah dia sampai mengaku sebagai rasul.

    Malangnya kita patut rasa sedih dan pelik, kenapa Abdul Kahar itu ada ramai pengikut dari kalangan orang islam? Jika pengikutnya terdiri dari orang asli atau saudara baru, AM tak pelik sangat kerana mereka mungkin belum begitu faham tentang islam, tetapi kenapa orang melayu yang lahir dari keluarga islam boleh dengan mudah mempercayai orang bernama Abd Kahar itu adalah Rasul?

    Kenapa orang melayu terlalu mudah percaya kepada orang yang mengaku pandai dan kelihatan seperti orang alim. Hanya kerana kepintarannya berbicara dan membaca sepotong dua ayat al-quran, ramai yang ternganga mulut dan menjadi taksub kepada individu tertentu sehingga dengan mudah mereka diperdaya.

    Begitu nipiskah iman kita?

    BalasPadam
  14. hahaha...damn die..pdn muke die...hope x tlepas la die tu..nyushkan org je....bio je follower die y tlong die nti..

    BalasPadam
  15. Jerat tak lupakan pelanduk.. Hanya pelanduk yang lupakan jerat. Akhirnya tertangkap juga 'Rasul melayu'. Selamat berhari Raya dalam lokap la dia.

    BalasPadam
  16. Kepada pemberi maklumat tu.. anda sememangnya seorang yang bertuah menjelang Syawal yang bakal menjelma. hehe.. dapat ganjarannya anda memang akan beraya sakanlah ye.. :)

    BalasPadam
  17. Andai di beri peluang 'si rasul melayu ' ni menyampaikan ceramahnya, apa yang akan dia katakan ek.. Seronok juga sekali-sekala dengar 'ajaran sesat' dia tu... hehe.

    BalasPadam
  18. 20 riban tuuu... raya sakan laa... yg kahar tu apa la bangang mengaku rasul... ishhh kalau aku jumpa dia nak jer aku pempeleng 48 kali!!!

    BalasPadam
  19. at last dh kna cekup. anyway, selamat hari raya mr. mazidul:)

    BalasPadam
  20. bro...boleh ulas sikit tak? sebelum ini si kahar ni pernah di dakwa di mahkamah namun tidak menghadirkan & menghilangkan diri. setelah sekian lama pihak berkuasa bersusah payah mencari & di war2kan saguhati sbyk RM20k namun semasa di bawa ke mahkamah tghari tadi, kenapa tangannya tidak bergari. Adakah undang2 syariah di negara kita masih banyak lagi kelemahan yang harus di pertingkatkan lagi?

    BalasPadam
  21. urm? di zaman serba moden ni pun ada lagi manusia2 yang macam ni kan? harap undang2 dapat ditegakkan so tak ada lagi syaitan yang macam ni!
    merosakkan akhlak orang lain!

    BalasPadam
  22. alhamdulillah..
    tak kisah la siapa pun yang dapat duit tu..
    tapi yang penting die da ditangkap..
    dari mengutuk dan mengeji..
    bek kita semua doakan semuga hatinya kembali mendapat hidayah allah..

    BalasPadam
  23. salam bro madz,
    tahniah kpd pihak berkenaan, yg telah menjalankan kewajiban membendung kemungkaran dan kesesatan drpd terus berleluasa.... d muka bumi ini.
    tu baru hukum di dunia, pembalasan d AKHIRAT kelak.... ALLAHHUALAM BISAWAB... SETIAP DARI KEMUNGKARAN ITU PASTI ADA PEMBALASANNYA....
    PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA, SEMURGA AKAN MENIMBULKAN KESEDARAN DAN KEINSAFAN BUAT KITA SEMUA..... AMIN

    BalasPadam
  24. taniah buat JAIS...kesian plak pada pak kahar...nak abis pose ni dah...tak taubat lagi...sedih..kesian

    BalasPadam
  25. syukur alhamdunillah...opps...bro mazidul kater con - con dier akan bawa lauk pauk...nk makan ker dengar kuliah bro...kuliah aidilfitri...ekekek...

    BalasPadam
  26. Kahar akan ditahan sehingga 7 Oktober 2009. Puas dia dikurung di lokap :)

    BalasPadam
  27. dari segi bisnes,

    penjamin atau orang yang menyebabkan Ia terlepas perlu dibayar, itu wang RAKYAT, kalau selamatkan sumbangan ke arah anak yatim dan rumah kenangan lagi elok,
    kos operasi dan lain-lain ..banyak tu.

    BalasPadam
  28. nampaknya membuat aduan email kepada agensi tertentu sebagai membuang masa..

    oleh itu elok minta tolong kepada mereka yang IKHLAS menolong/bekerja demi Islam
    walaupun itu bukan bidang yang dibayar UPAH wang RAKYAT..daripada menunggu dan arahan serta alasan Protokol.. (ayat hasutan)

    BalasPadam
  29. Salam kat semua..
    Syukur...inilah kehebatan Ramadhan kali ini..
    Tahniah buat JAIS kerana berjaya mengurangkan statistik manusia yang sesat akibat Atok Kahar nie..

    BalasPadam
  30. salam bro, pertama kali mengomen di sini..

    tak faham sungguh dgn mentaliti org2tua mcm diorang tuh.

    aku yg jahil ni pun masih boleh pikir...kalau aku buat dosa,aku tau benda yg aku buat tu berdosa (cuma tewas dgn nafsu je)

    pengikut2nya pula dah tentu jenis org yg nak senang segalanya...maka mudahlah tertarik dgn ajaran sesat tak payah solat, tak payah puasa, tak payah gi haji dan macam2 'tak payah' lagi, ditambah pula ganjaran seks (spt. boleh nikah batin blablabla)

    kalau jumpa kahar ni, teringin juga nak tengok apa mukjizat yg Allah bagi kat kau...nabi mesti ada mukjizat kan? kan? kan?

    BalasPadam
  31. seingat saya, pernah satu ketika dahulu dalam 3 tahun lepas kot, wan kamarudin ntv7 dalam program edisi siasat pernah buat liputan pasal kahar ni. dibicarakan di mahkamah syariah, tak ingat bila.

    yang anehnya, selesai dibicara, dia buat pengumuman nak letak jawatan jadi rasul melayu.

    dah Turun wahyu baru ke pakcik kahar?

    LOL

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.