Rabu, September 23, 2009

Gadis 'Misteri'

Saya bertemu gadis 'misteri' ini di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 11 pagi tadi.

Keluarga kenalan menjumpainya sewaktu dia merayau berhampiran KLCC, Kuala Lumpur pada jam 12 malam tadi. Bimbang akan keselamatannya, dia dibawa pulang.

Dia tiada kad pengenalan tetapi mendakwa berusia 23 tahun dan dilahirkan di Melaka.

"IC hilang, 6 bulan lagi baru siap, ambil di Jabatan Pendaftaran," ujarnya.

Melihat wajahnya, saya ragui ketepatan usia itu, dia kelihatan lebih muda. Katanya, dia pekerja salon di Pandan Indah tetapi gagal mengingati nombor telefon bimbit majikan dan kesemua ahli keluarganya. Memang kenyataan itu kedengaran pelik bagi saya.

“Sebab apa tak balik raya?,” soal saya.

“Saya semua serba tak cukup. Duit tak ada, baju baru tak ada. Macam mana nak balik,” pantas dia menjawab.

“Keluarga tahu tak awak di mana sekarang ini?,” soal saya lagi.

Dia hanya mendiamkan diri. Mungkin memikirkan masalah didepani tetapi enggan dikongsi bersama saya.

“Ayah saya polis di Balai Pantai Dalam, kopral,” ujarnya setelah didesak.

Namun, sewaktu balai itu dihubungi, disahkan tiada ‘kopral’ bernama Mohd Yusof Mohamad didakwa ‘ayah’ nya bertugas di balai terbabit.

Dua anggota polis peronda tiba di lokasi kemudian memeriksa identitinya menggunakan sistem online di kereta tetapi ternyata nombor kad pengenalan diberikan tidak wujud. Mereka kemudian membawa gadis tanpa identiti itu ke balai polis berhampiran.

Saya muatkan gambarnya di entry ini, mungkin ada antara pembaca mengenali dia.

Info: 'Sixgill', paus pembuuh terbesar hidup di laut dalam dan bermata hijau.

9 ulasan:

  1. Hmm..harap dia selamat kembali ke pangkuan keluarganya nanti...

    BalasPadam
  2. moga selamat jumpa ibubapa, nasib dia baik, kalau salah orang mesti kena jual....

    BalasPadam
  3. Tenguk air mukanya melalui gambar... emmm! macam ada tak kenanya.

    Mesti ada yang dirahsiakan kenapa gadis ini merayau larut malam begitu. Jika ayahnya di Balai Pantai Dalam, sejauh manalah KLCC dengan pantai dalam itu. Jika nak naik bas semahal manalah tambangnya. Naik teksi & sampai rumah baru keluarganya bayar pun rasanya okey!.

    Agar waris gadis ini akan segera diketemukan.

    BalasPadam
  4. Idan, sepanjang setengah jam bersamanya, dia sentiasa bercakap berdolak-dalik. Saya percaya dia menyembunyikan sesuatu dan enggan orang lain tahu.

    Keluarga membawanya pulang kerumah meminta dia menukar baju kurung dipakai. Seluar dan skirt labuh disediakan, namun dia berulangkali menolak.

    Mungkin kerana dia tidak mahu orang lain melihat perutnya?

    Faham?

    BalasPadam
  5. Ada dua perkara berlegar dalam batu jemala AM bila melihat wajah gadis tersebut.

    Pertamanya dia ada masalah mental, keduanya dia ni mungkin orang kurang cerdik yang telah melakukan perkara tidak elok, lantas sedang berusaha untuk menyembunyikan diri dari keluarganya.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Mungkin kerana dia tidak mahu orang lain melihat perutnya?

    ooo yang tu i faham . Bro Mazidul ada ambil gambar perut dia tak?

    BalasPadam
  7. Ramai gadis jd mangsa keadaan...tp ramai juga yg pilih utk jd mangsa. Kalau dulu heboh satu Malaya pasal bohsia...tp skrg tak payah jd bohSIA pun, hidup boleh jd SIA-SIA.

    Semoga jadi pedoman dan pengajaran.

    Salam singgah!

    BalasPadam
  8. Mungkin mencari kekasih yang tak jumpa-jumpa.

    kekasih menghilangkan diri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.