Ahad, September 27, 2009

Di Antara Air Dan Panggilan

5,000 penduduk 6 kampung di Pokok Sena, Alor Setar, Kedah mengalami gangguan bekalan air di musim perayaan. Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air, JBA Negeri Kedah, Harun Jasin, masalah diakibatkan permintaan air terlalu tinggi berikutan penduduk menggunakan air berlebihan sempena sambutan hari raya.

Lebih 9 juta pelanggan Celcom mengalami gangguan panggilan masuk dan keluar dalam rangkaian pada 24 September 2009. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan berlaku akibat peningkatan luar jangka kadar penggunaan talian sebanyak 5 kali ganda pada hari raya kelima.

Nampak kesamaan kedua kes di atas?

Jelas, JBA Kedah dan Celcom tidak mempunyai plan alternatif, they have failed to anticipate. Menyusahkan masyarakat dan pengguna, itu hasilnya.

Tahniah kepada Maxis dan Tenaga Nasional Berhad!

* Gambar: Gagal menghubungi girlfriend :)

36 ulasan:

  1. alasan,alasan,alasan...
    senang sungguh mereka reka alasan..

    BalasPadam
  2. Tahniah Mazidul kerana mendedahkan kelemahan Celcom, saya harap Mazidul terus dedahkan dalam perbincangan isu celcom di di TV3 dalam rancangan 360.... Saya menulis dalam blog saya pada hari Khamis, jam 9 malam, hari celcom tergendala... Tajuk artikal saya CELCOM TERGENDALA TERUK : BAGAIMANA SIKAP PENGGUNA ? . Sila lawat blog saya.

    BalasPadam
  3. Ini 1st time CELCOM make a problem. Tapi jabatan bekalan air tu dah banyak kali dengar masalahnya. Jadi, CELCOM no 2, JBA no 1 lemah..

    BalasPadam
  4. cik Mazidul,
    sy dulu pengguna celcom (dahulunya tmtouch) servis memang laa x brp bagus.. nak-nak plak kalau kita call helpline.. dari mula oder nasi kandaq sampai kita start keta belum tentu dapat cakap dgn operatornya..

    skrg sy bertukar ke maxis.. setakat nih belum lagi ada masalah..

    jadi.. "bertukar lah sekarang..."

    ejaescobart.blogspot.com

    BalasPadam
  5. nasib baik sy mmg pelanggan tetap maxis sjak berzaman lagi... sy kurang yakin dgn celcom sjak dulu lagi

    BalasPadam
  6. Hehehe..satu lagi kalau bro mazidul boleh tolong kupaskan..isu broadband maxis,celcom..dlm pelan dikatakan unlimited usage..tapi selepas 3GB data usage..kelajuan download dan upload menjadi semakin perlahan..mungkin bro mazidul boleh kupaskan..kita tanya mereka yg lebih arif kenapa terjadi sedemikian rupa...

    BalasPadam
  7. bukan penguna celcom, tp ada antara family yg guna, mendapat rungutan sebab x dpt hantar ucapan itu ini kt sahabat handai kt luar negara... akhirnya no. maxis saya jadi mangsa.

    rasa saya ini bukan kali pertama celcom ada masalah seumpama ini, cuba check balik.

    BalasPadam
  8. ..pssss..ada sesiapapersatuan??? yang nak saman, dengan bayaran guaman.. serendah rm100 kebawah..

    kepada pengguna pospaid??

    penaja/penganjur yang berminat menyaman celcom..berapa jam rugi??..

    -kesan kesusahan menunggu dan janji, panggilan..

    BalasPadam
  9. Zeq, saya memanga ada dengar ura-ura pihak ingin menyaman Celcom. Tetapi rasanya term and agreement di antara pengguna dan syarikat terbabit akan menjadi penghalang utama perlaksanaannya.

    BalasPadam
  10. Agak pelik syarikat telekomunikasi besar seperti CELCOM ini bermasalah dalam mengendalikan liputan dan penggunaan pada kadar 'luar biasa'. Takkan tidak ada persediaan menghadapi musim perayaan...hehe...org jual kuih di bazaar ramadhan pun akan buat 5 kali lebih banyak berbanding hari biasa...

    Satu lagi, bro maz...bagi penggnua broadband CELCOM ni pun pening, ada banyak zon yg coverage nyer menyedihkan. Nak pakai internet pun merangkak. Bayar mahal, tapi coverage tak 1Malaysia??? Mohon diperjuangkan untuk pelanggan yg bayar mahal dengan pelbagai pakej yg diperkenalkannya tuh..

    BalasPadam
  11. Menyerupai kes bila tiba depan mesin ATM line tiada/rosak/kertas jemmed dll..


    lagi senang terus keluarkan automatik sofware:

    'out off servis'

    alasan pengguna bertambah 1000kali ganda keluarkan wang..

    nasib baik robot ATM tak boleh bercakap..

    ..kalau tak, mungkin dia jawab dengan jujur ;
    "pegawai sedang beraya masuk wang hanya sekali semalam , macam mana nak onn duit dalam 'cassing' dah habis.".

    humanware menyalahkan hardware

    ngheh ngeh..ngheh..

    BalasPadam
  12. sialan celcom.. satu hari kuar beraya n kol/mesej tnye org whether dorg ada kt umah x cos nak dtg beraya.. last2 1 hari xberaya.. naakmen redah je pgi.. kan buang minyak lak.. tahniah celcom.. kerna menghancurkan raya aku tahun ni !!

    BalasPadam
  13. Dude,

    Apabila tiba waktu perayaan, penyediaan extra resources (people, hardware, etc) mmg menjadi lumrah atau sesuatu yg org kata SOP - standard operating procedures bagi company yg menyediakan apa2 perkhidmatan kepada public users.

    Wa rasa agak pelik kerana syarikat gergasi GLC mcm Celcom boleh menghadapi masalah yg seperti ini. Mcm ada benda lain yg dimasukkan bawah carpet dan kesempatan waktu puncak hari raya digunakan utk memberi alasan yg remeh.

    Cheers
    ManB

    BalasPadam
  14. dulu, kalau kakcik balik beraya di kuala kangsar... masalah air ni mmg memeningkan. Sampaikan suami saggup pergi mandi dan basuh kereta yang dah terlampau kotor di rumah pam jabatan bekalan air perak di kota lama tu!

    BalasPadam
  15. EXACTLY!
    fail to plan, plan to fail!

    mesyusahkan pengguna. tetapi, acapkali, pengguna juga yang disalahkan!

    bukankah peningkatan penggunaan itu boleh menjana lebih pendapatan?
    mungkin mereka lebih suka menyusahkan orang daripada mendapat keuntungan.

    BalasPadam
  16. Kalau time dekat-dekat nak raya line telefon memang sesak....dulu masa saya pakai Maxis berlaku juga kes macam ni...sekarang pakai celcom pun macam ni jugak...nasib baik no maxis still boleh digunakan lagi...huhu

    BalasPadam
  17. ini yang pelik..sepatutnya celcom lebih baik dari maxis dan DG tapi sebaliknya dan yang hairan celcom bukan main gah lagi dengan promosinya menarik pelanggan kononnya celcom yang terbaik.
    Apa dah jadi dengan celcom.takkan nak untung je tapi yang sapu melaun-melaun.Tu pasal celcom dari dulu sampai sekarang tidak pernah bereh.Baik maxis dan DG tiada masalah.Jika ada pun tidak seteruk celcom.
    Bubarkan saja celcom atau bagi pada pengurusan yang benar-benar inginkan celcom ini berjaya.Ramai lagi rakyat malaysia yang berkelayakan mahu menaikkan taraf celcom.Carilah pegawai2 yang bermoral dan bermaruah dan bukan nak sapu dan songlap duit celcom je.

    BalasPadam
  18. bang. bang.. sms siapa ini bang...
    bang bang katanya tak dpt reply sms..
    bang bang sms siapa ini bang...
    bang nanti hp ku tukar no lain bang..

    BalasPadam
  19. Susah juga orang kita nak mengaku kesalahan diri sendiri.

    BalasPadam
  20. Sampai ke hari ni kot Celcom still takleh buat panggilan.

    BalasPadam
  21. Kenapa Khamis (hari raya ke lima) dijadikan alasan celcom sebagai waktu ramai orang buat panggilan. Rasa saya waktu sesak sepatutnya hari Sabtu (malam raya) dan Ahad (hari raya)....

    BalasPadam
  22. he..23x
    sepatutnya perlu ada plan untuk kejadian seperti ini... gamknya tahun depan prepare la bekukan cuti pekerja ek...

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  23. tak sepatutnya benda2 remeh macam ni berlaku! kata company gergasi, janji itu ini pada customer, tapi at the end of the day what? hampeehhh!
    menyusahkan orang!

    BalasPadam
  24. Proud to be Maxis User...
    Dulu, kini dan selamanya...

    BalasPadam
  25. Macam-macam plan CELCOM sediakan, tapi CELCOM lupa nak sediakan PLAN TINDAKAN AWAL AIR TAK ADA DAN HARI RAYA JANGAN BANYAK SANGAT HANTAR SMS!

    HAHAHA!

    BalasPadam
  26. benda yang boleh diagak berlaku...what to do..things happend...akan tetapi pihak CELCOM sepatutnya ader 'back-up' plan untuk meningkatkan prestasi servis mereka...btol tak korang????

    BalasPadam
  27. pernah tak tengok iklan celcom kat dalam youtube , tapi bukan iklan buatan celcom cuma dibuat oleh budak2 biasa. masa tu penguna digi bawa toyol dia si Kuning tu , kan kemana2 ada je Benda kuning tu ikut , pastu bila sampai kat wilayah Celcom kena pijak pulak toyol kuning tu.. hehe lawak2

    BalasPadam
  28. Dulu ada orang tegur AM secara sinis sebab guna maxis. Mereka kata kenapa tak guna Celcom, kerana Celcom dipunyai oleh orang melayu sedangkan maxis kepunyaan orang india.

    AM nak jawab sekarang. Dalam konsep 1Malaysia, kita tak kira keluaran siapa, walaupun kepunyaan orang India, asalkan perhidmatan bermutu, kita akan guna. Bagi yang guna hp hanya untuk sms girlfriend/boyfriend, mungkin mereka tak menghadapi masalah jika ada gangguan talian. Bagaimana jika ahli pernaiagaan?

    Orang pasti akan marah kalau kita kata,

    "orang melayu setakat berniaga nasi lemak dan burger tepi jalan, mungkin boleh berjaya, sebab bangsa lain tak pandai buat nasi lemak dan buat burger. Tetapi bila bagi peluang berniaga yang lebih mencabar, mereka mesti gagal"

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  29. Saya sejak berzaman memang anti telefon bimbit; antara faktor adalah kos pengkhidmatannya memang melampau tinggi, servisnya belum tentu baik. Guna Prepaid; sehari paling tidak RM1 untuk sewa pekhidmatan. Tak bayar RM1 jangan harap dapat didail nombor milik kita.

    (Kadar sewa perkhidmatan ini sering berubah)

    Saya masih ingat dedulu saya pernah punyai nombor cantik Celcom, saya terlewat sehari dua tambah nilai. Nombor itu dihentikan khidmatnya. Pergi pejabat Celcom merayu untuk dapatkan semula nombor itu sebab sudah bertahun-tahun mengguna nombor tersebut. Ketika itu nak beli nombor cantik memang ratusan RM. Sekarang kadarnya mungkin berubah.

    Di pejabat Celcom bukan dilayan, disakitkan hati adalah. Silap kita tak tambah nilai, Celcom tak mahu berlebih kurang. Tapi bila kes seperti talian terganggu di musim perayaan; tidak pula ditambah servisnya. Senang-senang kita jadi mangsa, sewa perkhidmatan dibayar, panggilannya tak boleh dibuat...!

    Bila saya fikir-fikirkan memang kita banyak membazir sebab telefon bimbit. Dalam blog saya di easyjournal banyak saya menulis isu ini. Salah satu isu ialah cuba congak-congak dalam satu keluarga seramai saya; enam orang menggunakan telefon bimbit. Jangan kira sebulan. Cuba kira setahun perbelanjaannya. Ribuan RM pasti dibelanjakan.

    Ada ketika telefon bimbit ini memang keperluan asas.

    Kerajaan kena memantau agar rakyat marhaen tidak terus tertindas; Bayangkan ada sesetengah syarat pengguna prepaid itu tidak munasabah, duit kita terkadang terlonggok bukan sedikit di akaun telefon; tak boleh dail sebab habis sewa perkhidmatannya. Seolah-olah ada unsur ugutan & paksaan.

    Ada sesetengah syarat; jika pengguna tidak tambah nilai selama dua minggu, duit kita di akaun telefon habis dirompak oleh syarikat telekomunkasi ini.

    Sekejam itu mahu jadi kaya!.

    BalasPadam
  30. Sama lah dengan Lebuh raya, tiba musim perayaan lebuh raya terlalu sesak dengan pengguna. Perkara ini berlaku saban tahun. Nasib baik lebuh raya tak sesenang macam itu break down (kecuali kalau ada kemalangan).

    BalasPadam
  31. Salam kat semua
    Disebabkan line breakdown hari tu, tak dapat saya pi beraya umah member huhuhu..celom lak takde la nak qada balik apa2 yg patut macam bagi call free utk few hours je..at least compensate la kan...

    BalasPadam
  32. nakia..
    kerana celcom laa kita x dapat nak beraya..

    celcom : tiada X tiada segalanya.. tepat sangat laa tu dia punya tagline..

    BalasPadam
  33. Terlalu banyak sangat Plan dalam celcom.Plan utk student laaa.Plan utk sms laaa.Plan utk executive laaa.
    Sampai terlupa Plan kalau line tak leh guna time Hari Raya tak terlintas kot...
    Yg nie tak de PLAN...

    BalasPadam
  34. """"RM0.00 Nak dptkan koleksi video dan foto "projek awek dlm kereta" kpd handset? tekan REG FUN dan sms ke 33883,dptkan koleksi yg menarik ni! 0380615556"""....celcom blue ..'63383'..

    kalau dihalalkan berdoa..
    doakan anak2 pemegang saham celcom mencubaberlanggan terlebih dulu video itu sebelum org lain mencubanya.

    **tahniah kepada pihak JPJ yang bersepadu atas usaha mengawal selia perjalanan penganggkutan awam sempena raya tahun ini..***

    BalasPadam
  35. Congestion bukan sebab utama tapi pusat panggilannya di Kepong yang down. Major breakdown. Transfer ke Seberang Jaya pun tak menang. Org switch Celcom kelam kabut hari tu. Sian juga depa. Ibarat kemalangan di jambatan Pulau Pinang yg menutup terus laluan. Nak buat camne.

    Saya yang mengerti tak marah pun. Sepjg 13tahun saya guna emartel, tmtouch, kemudian celcom, ini pertama kali down teruk. Yang penting, masuk hulu banat pun, line ada.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.