Jika benar seperti dilaporkan, paparan muka hadapan Harian Metro hari ini menarik perhatian saya. Di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah, Amira Azua Mohamad, 18 tahun dilapor dilarikan lelaki penarik kereta berusia 40 an pada 1 Ogos lalu. Ayah Amira, Mohamad Hussin, 51 tahun terkejut apabila dua isteri lelaki terbabit datang ke rumahnya memaklumkan Amira telah bernikah dengan suami mereka di Thailand. Mohamad yakin anak remajanya itu diculik sekaligus dipaksa menjadi isteri ketiga lelaki terbabit.
Sehubungan itu, 6 Ogos lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani dan Pejabat Ugama Islam Daerah Kuala Muda. Lebih menarik, Amira juga membuat laporan polis di balai sama.
Saya kerap mengikuti perkembangan kes culik di negara kita secara terperinci. Malah dalam perbualan dengan beberapa pegawai dan anggota polis terbabit dalam siasatan kes culik berjaya diselesaikan, didapati majoriti mangsa dikurung sebelum dibunuh atau dibebaskan. Setiap kes culik juga membabitkan tuntutan wang tebusan, samada berjumlah ribuan atau jutaan ringgit. Tidak pernah dilaporkan mangsa culik sempat membuat laporan di balai polis.
Justeru, kita harus bijak membezakan di antara kes remaja dipujuk dan rela lari mengikut teman lelaki berbanding kes remaja diculik.
Kepada pembaca mempunyai anak perempuan remaja, sayangi dan jaga mereka sebaik mungkin tetapi usah terlalu mengongkong. Jiwa terkongkong mampu memberontak dan mengundang mereka melakukan perkara di luar jangkaan keluarga.
* Gambar ehsan Harian Metro
* Eiffel Tower 'berpindah' ke Italy, bukan di Perancis lagi. Berita gempar di blog Hazrey, klik sini
salam
BalasPadamkonpius saya... macam mana budak umur 18thn leh termakan pujuk rayu lelaki lewat 40-an. Leh saya tau amira buat laporan polis berkaitan apa? berkaitan dia kene culik ka atau apa? Saya tengok gambar bapa amira dlm paper pun gerun dengan misai lebatnya, macam mana budak tu leh ikut lelaki yang sebaya ngan bapa sendiri.
cinta itu buta...tak kisah jika perbezaan umur yg agak ketara jauhnya...tapi kalau dah melarikan anak dara orang tu memang dah kurang ajar la tu...
BalasPadamHal macam ini kena di kaji sedalam-dalam. Samaada Amira ni di culik ataupun dia sendiri yang mahu 'di culik'. Macam-macam perkara boleh berlaku zaman sekarang ni.
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamKerja jadi penarik kereta..pengalaman penarik orang banyak sangat.
kereta berat pun boleh tarik, inikan pula budak remaja....
masalahnya..ada 'kereta' gatal sangat suruh ditarik macam kisah Ustaz dengan 'wassini' lah...almaklum dah...
apa cerita mazidul?
Tengok gambar, budak ni manis orangnya. Mesti peramah, keletah...
BalasPadamSudah lazimnya, budak semuda Amira ini senang dipengaruhi, apatah lagi dingorat oleh seorang lelaki yang cukup berpengalaman (kalau tak cukup pengalaman mengorat, takkan sampai 2 isteri kan, kan!). Tambahan pulak kalau lelaki tu siap belikan dia macam-macam.. terasa dipuja dihargai dimanjai.. confirmlah cinta itu buta!!
Kes Amira ni bukanlah yang pertama. Dah macam-macam kisah saya dengar, dari orang kampung, kejiranan, kawan-kawan.. lebih kurang ajelah ceritanya..
Nak kata ini kes culik yang sebenar-benarnya pun, itu pandangan keluarga Amira. Amira pulak mungkin boleh berkata bahawa dia tidak diculik.
Nota: Pernikahan yang direstui pasti ada keberkatan dan dilimpahi rahmat. Harap Amira sedar perbuatannya yang melukai hati kedua ibubapa dan keluarga.
yang negatif banyak.
BalasPadamyang positif di sini menggurangkan 'Pengganguran' perempuan wanita.
bila sudah 'JAN', Hantaran turun harga, peluang kepada lelaki untuk menambah koleksi.
Lelaki berusia 40 an, majoriti mereka bijak memujuk. Apatah lagi jika sudah beristeri dua. Dua cabaran besar dilalui, cabaran ketiga selalu lebih mudah ditangani.
BalasPadamPerempuan, pada dasarnya, jika dia berasa selamat, selesa dan disayangi, mudah terpengaruh. Jangankan berusia 18 tahun, lebih tua daripada itupun ramai jatuh cinta dengan suami orang.
lelaki jenis ape ni..?? sepatutnye lelaki yg tua jadi pelindung bukan perosak..
BalasPadambudak 18 tahun baru nak kenal dunia kalo dipujuk lelaki tua yg bole digelar abang atau ayah mmg cepat mereka mempercayainye.
sepatutnye amira masih dikolej bukan berkawan atau berkawin dgn suami org..aduiii risau dgn anak dara skrg :(
mudah-mudahan ALLAH sentiasa melindungi anak dara combi.amin
I like your comment, "lelaki berusia 40-an majoriti mereka bijak memujuk". Heheh ehem ehem ehem.
BalasPadamTapi bro, apalah ilmu dia pakai tu kan. Saya puas makan gula pasir, tak manis manis jugak. lols lols lols
Kalau raya nanti, depa beraya naik apa ahh? Lenguh betis nak ngayuh ni.
Salam kat semua..
BalasPadamJadi no 2 pun orang taknak..ni kan pulak jadi no 3..kompom kena mandrem...
erk.... ade gak pmpn muda rumaja x layan tp laki perot boroi n tua ganyut yang beria merayu... lagi2 kalo ostaz wat pangai gitu...
BalasPadamyang malu ank bini die... die x malu... kalo kene kt btg idung sndiri ank kawen laki tua dr die br tau langit tggi rendah... mase tu ingat blk la ape die wat kt ank dara orang.. lalalala
p/s : di bawah pengaruh apakah ini....
Salam Abg Mazidul,
BalasPadamApa cite skang ni??? Macam2 kes skang ni. Banyak kes yang melampau sangat. Pening2....
Bro Maz
BalasPadamPerghhh.... buka dengan Kari daging + teh ais...
Lelaki 40an bijak memikat.... wah koh koh koh koh koh koh koh...
Ada orang poji diri sendiri koh koh koh koh
Hazrey
wah kah kah kah kah kah kah nikah satu lagi kah kah kah
1. Dulu dia buat cerita pasal restoran gairah
2. Pastu dia salah tulis nombor, orang kata USD 4 Billion dia balun RM4 juta
3. Kali ni Eiffel Tower pulak... koh koh koh koh koh
Dia kena tukar tag la nampak nya..
"Harian Temberang Jangan Berang"
4. Cuba tengok semua berita luar negara, kalau ada part matawang atau harga atau nilai, semua dia balum RM4juta. buruk benor bunyi nya kalau tajuk berita macam ni
"BILLIONAIRE SWANSEA NAK BELI CLUB CHELSEA RM499 JUTA"
atau
"BILLIONAIRE MINESSOTA AMBIK ALIH KILANG FORD DENGAN HARGA RM7BILLION"
kan ke elok kalau di tulis begini
"BILLIONAIRE SWANSEA NAK BELI CLUB CHELSEA POUND STERLING 100 JUTA (RM499 JUTA)"
atau
"BILLIONAIRE MINESSOTA AMBIK ALIH KILANG FORD DENGAN HARGA US DOLLAR 2 BILLION (RM7BILLION)"
APa rasionalnya mengubah semua angka kepa RM
Apa faedahnya membuat cerita
Entahlah, hanya editor boleh jawab
Nota: entah entah cerita Tukang Tarik kereta tu betul ke tidak gamaknya...
Baik buat cerita "Pemuda Malaysia hilang ditemui di Myanmar dan di paksa berkahwin di Yangon" keh keh keh koh koh koh kah kah kah
Salah satu cara memikat perempuan ini adalah dengan pandai berkata-kata. Tabur saja janji sampai perempuan itu lemas.
BalasPadamTak semua orang mempunyai kebolehan pandai berkata-kata & memujuk rayu ini. Selebihnya mungkin juga dengan menggunakan kuasa wang ringgit atau memang ada pengaruh ilmu guna-guna yang boleh sampai perempuan terpukau. Bomoh yang handal mengamalkan ilmu guna-guna memang bersepah boleh kita temui.
Yang penting keinginan lelaki itu sendiri, jika memang kerjanya mahu memikat perempuan 1001 cara dia boleh gunakan.
kalau sama2 muda x pelah, ni dh pangkat atuk,eeeiii geli lah
BalasPadamBro Maz
BalasPadamTumpang lagi
Gelas Biru Muda berkata...
kalau sama2 muda x pelah, ni dh pangkat atuk,eeeiii geli lah
Amboi ayat...
Kecik hati Brader Mazidul kita...
Umur dia tu...
He he he he he
Bro Maz
BalasPadamMember cakap tadi
Chun budak tu, patut pun kena bawa lari...
Kalau tak chun... haram
Reporter pun silap silap tak nak layan
he he he he
Macam macam hal
Tahap yang paling seksa/mencabar (jika berlaku) adalah;
BalasPadamterdengar cerita dari jiran Makcik (isteri muda) keluar dengan anak tiri berumur 17 tahun, tengok wayang pulang pepagi buta.
P/s;kisah TAk benar, bukan di Malaysia