Rabu, September 16, 2009

Datuk Jaga Teksi

Jam 8 pagi tadi Selamat Pagi Malaysia, RTM1 menemubual Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung, LPKP, Datuk Halimah Sadique.

“Teksi sekarang ini, buka pintu sahaja, RM3. Jalan setiap 115 meter, tambah 10 sen, dulu 150 meter. Pemandu teksi tidak boleh memilih pemandu. Penumpang kena jelas nampak meter, maksudnya meter tidak boleh ditutup. Sebelum menjaga LPKP, saya tidak tahu kalau pemandu tidak memakai uniform itu salah,” antara kenyataan beliau.

Tamat temubual saya menghubungi telefon bimbit beliau.

“Melalui pengamatan saya, ramai pengguna kurang percaya dengan nombor hotline di belakang teksi dan tindakan boleh diambil. Saya rasa Datuk pun tahu,” kata saya.

“Sekarang ini, hotline masih sama, 1800-88-9600. Cuma SMS kita tukar nombor ke 15888. Dulu kontraktor dilantik menguruskan aduan itu bermasalah. Saya cakap, cukup-cukuplah kita menipu orang ramai. SMS dihantar, tindakan tiada. Sekarang ini pegawai bertanggungjwab wajib membentangkan laporan kepada LPKP setiap minggu, saya tak mahu dia orang ini ambil tindakan hangat-hangat tahi ayam. SMS kita proses dalam tempoh 3 hari dan pengadu akan diberikan nombor rujukan aduan mereka dengan syarat maklumat disalurkan lengkap. Tindakan satu kes akan diambil dalam 30 hari, itupun saya rasa terlalu lama. Kalau boleh saya hendak 2 minggu hari bekerja sahaja,” tegas Datuk Halimah.

“Datuk, last question. Boleh tak pemandu berstatus penduduk tetap, PR memandu teksi?,” soal saya.

“Tidak, hanya warganegara sahaja,” jawab beliau.

“Mazidul, nanti kita pergi jalan-jalan. Bila orang tak sedar, kita buat operasi sama-sama,” sambungnya.

“Selamat hari raya Datuk”

“Selamat hari raya Mazidul,” ujar beliau.

* Menangis bersama 360 malam ini, jam 9, 'Pilu Menjelang Syawal'

20 ulasan:

  1. Saya dulu memang selalu guna teksi untuk ke mana-mana terutama kalau nak cepat.

    Antara perkara yang saya perhatikan:
    1. Jumlah tambang yang berlainan walaupun menaiki teksi dari tempat yang sama ke destinasi yang sama. Selalunya tambang yang lebih mahal adalah dari teksi persendirian yang diubahsuai seperti kereta sport.
    2. Keadaan dalam teksi yang kusam dan kotor, pemandu tak pakai uniform betul-betul, nampak selekeh
    3. Air-cond tak berfungsi. Bila disuruh switch on, pemandu kata dah rosak
    4. Pemandu tak pakai meter, malah siap negotiate tambang
    5. Pemandu pakai meter, tapi mintak tambah tambang, kononnya balik kosong atau traffic jam (bukan ke airport ye)
    6. Pemandu hisap rokok dalam teksi dan bau amat busuk dan melekat pada baju
    7. Pemandu bukan warganegara, mungkin pendatang sah atau bertaraf PR. Ini saya pernah kena beberapa kali, loghatnya saya dah tau bukannya orang tempatan
    8. Pemandu memilih penumpang, samada tidak mahu ke tempat yang diminta atau melihat samada penumpang adalah pelancong atau orang tempatan
    9. Pemandu teksi tidak mahu berhenti walaupun ditahan di tempat perhentian teksi
    10. Pemandu teksi yang sudah berusia lebih 60 tahun perlu bersara. Saya pernah menaiki teksi di pusat membeli-belah yang dipandu oleh seorang pakcik yang sangat berusia dan dia membawa teksi sangat perlahan dan kadangkala menganggu pemandu lain (termasuk lorong lain, tak bagi signal dsb)


    Ada lagi.. hehe tapi cukuplah.. nak tau jugak pengalaman orang lain.

    BalasPadam
  2. betul betul. saya memang tak percaya nombor hotline tu, pernah SMS tapi macam takde reply apa-apa pun kata dah terima report. so malas nak cuba lagi. harap² dah diperbetul.

    5. Pemandu pakai meter, tapi mintak tambah tambang, kononnya balik kosong atau traffic jam
    -saya pun tak faham kenapa kena amik tambang lebih, itukan bergantung pada service yang dia sediakan, memanglah kalau ikut budi bicara pemandu-penumpang patut/boleh dihulur tapi tak semua orang mampu beri lebih.

    BalasPadam
  3. moga-moga apa yang termaktub akan berjalan lancar, penguatkuasaan panas setahun.

    Orang kata jika BOS wanita tegas.

    Ecah komen>>> lawa tudung biru laut..lembut.
    manis wajahnya..

    BalasPadam
  4. Antara kelihatan yang tidak memakai seragam berambut panjang masih membawa teksi, boleh dilihat semasa menurunkan penumpang di Stesyen Komuter S.alam semasa musim perayaan. Penumpang terdiri dari siswa Uitm yang hendak pulang ke Kampung.

    BalasPadam
  5. Pada 12 September 2009 lalu saya menggunakan khidmat teksi di setesen bas Pekeliling, dekat dengan Hotel Vistana. Walaupun kadar meter sudah naik tapi pemandu teksi masih enggan mengguna meter.

    Bila saya tanya kenapa tak dia tak guna meter walau kadar tambang baru dah naik, dia jawab,naik sikit saja, tak cukup.

    Saya pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin beza harga antara pakai meter dengan tak pakai meter itu jauh bezanya. DEngan kata lain lebih banyak untung kalau tak pakai meter.

    BalasPadam
  6. Dah jarang dah guna teksi berbanding dulu...dari pengamatan saya la, tindakan tegas perlu dilaksanakan terhadap pemandu-pemandu teksi yang melanggar peraturan....risau jugak bila terbaca berita mengenai pemandu teksi samseng dan yang melakukan jenayah....

    BalasPadam
  7. Tapi kan kita as pengguna, tak tahu banyak mana untung diorang ni bila guna meter dan tak guna meter. Kalau kita tau mungkin kita leh balas balik. Disebabkan kita tak tau then kita asyik dengar diorang complain untung sikit la apa la so kita pun kesian dan tak banyak membantah.

    Kawan saya ada bawak teksi ayah dia dari pagi sampai tengah hari je dah boleh dapat tak kurang daripada RM100. Tak sure la area KL celah mana. Itupun tak bersungguh sangat. Kalau RM100 sehari orait apa?

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    Saudara mazidul.Isu Pekida dan 3line yang dibincangkan dalam salah satu posting anda menjadi perhatian kami. Cuma jauhari mengenal manikam. Lawatlah blog kami semoga penerangan kami di didalam blog kami dapat menjelaskan isu pertemuan saudara dan ayahanda lan gajah.

    salam aidilfitri

    BalasPadam
  9. Minggu lalu saya naik teksi. Operator kata, teksi sudah sampai, siap bagi nombor sekali. Bila saya turun, tengok tiada. Lima belas minit kemudian, baharulah teksi muncul. Lalu saya tanya, "Operator kata teksi sampai, tapi tak nampak pun tadi?"

    Balas pemandu, "Itu operator cakap, bukan saya!"

    Saya lihat wajahnya, berjanggut, ala orang berilmu tetapi sedikit berjeragat.

    "Ai! Awak ni gengster Melayu ke apa?," soal saya, panas.

    "Macam inilah, saya ni customer. Takkan tak boleh nak bertanya. Atau memang tak boleh? Awak bekerja dengan syarikat, operator itu pekerja syarikat sama. Sebab itu saya tanya," ulas saya.

    Mungkin kemudian baharu dia terperasan saya. Maklumlah, saya selalu kelihatan serabai. Bukan sentiasa berjaket seperti di dalam TV.

    Perlahan dia berkata ...

    "Saya minta maaf encik. Encik nak ikut jalan mana ni?"

    saya kata, "Ish! Saya penumpang, awak pemandu. Takkan saya nak tolong fikir jalan mana untuk awak kut?," balas saya.

    Saya lihat wajahnya berubah. Apabila sampai ke lokasi, tambang bermeter RM13.20, selalunya hanya RM9.60. Mungkin meter berbeza kut?

    BalasPadam
  10. Pekida Bukit Beruang, pertama awak melontarkan komen di ruang salah. Bagaimanapun terima kasih kerana sudi berinteraksi.

    Di samping Lan Gajah, InsyaAllah, saya akan menemubual Hj. Jamaludin Yusof di Sg. Petani, Kedah.

    Tidak ketinggalan, krew saya akan merekodkan kenyataan kelompok dulu ahli setia Pekida, kini berasa kurang senang dengan beberapa tindak tanduk segelintir ahli persatuan sama.

    Ketua Polis Johor juga turut melontarkan komen beliau.

    Jadi, rasanya tidak perlu saya merujuk pelbagai pihak lain.

    BalasPadam
  11. Pekida Bukit Beruang, Pekida didaftarkan pada tahun 1983. '30' apa pula? Berdaftar? Belum lagi 77, 36, 360 ..

    BalasPadam
  12. Bro Maz

    Ucapan tahniah kepada Datuk Halimah Sadique kerana ketua dan pemimpin sebeginilah yang ramai orang mahukan

    ~
    ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

    1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

    Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

    ~

    Bro Maz

    Antara kebaikan wanita menjadi boss atau ketua, telus, amanah dan lebih efective dalam menjalankan tugas.

    Kepada Datuk Halimah tahniah dan teruskan usaha anda.

    Negara perlukan lebih ramai lagi ketua yang dedikasi dan komitted dalam menjalankan tugas, bukan sekadar menjawab soalan wartawan atau menulis artikel diblog atau majalah jabatan.

    Tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  13. Saudara Mazidul,

    30 adalah junjungan 30 juzuk al-quran. Di dalam Pekida, ahli di terima masuk melalui kaedah bai'ah. Cuma cara bai'ah telah di salahguna pakai oleh sesetengah pihak.

    Mungkin saudara menganggap no 30 dan no lain itu satu persatuan. Itu silap sebenarnya. Sekali lagi dijelaskan 30 adalah 30 juzuk al-quran yang di dukung sebagai sumber rujukan di dalam pekida.

    Isu bai'ah boleh saudara rujuk dengan Presiden Pekida. Kami juga adalah membuat posting tentang cara bai'ah sebenar.

    terima kasih

    BalasPadam
  14. Banyak amat permit teksi ini di Ali Babakan mungkin ini antara sebab pemandu teksi asyik mengenakan tambang mahal.

    Bagaimana cara LPKP nak memantau masalah ini saya pun tak pasti. Sempatkah nak kejar sudah puluhan ribu permit di Lembah Klang sahaja. Kita sebagai pengguna Taubat Lahom pasti tak berani nak tanya dengan pemandu hak milik siapa sebenar teksi yang dipandunya. Bukan kerja kita.

    Apa juga perniagaan jika ada orang tengah pasti kos berganda. Empunya permit teksi ini senang lenang di rumah. Pemandu teksi bersengkang mata nak bayar sewa & nak kejar penumpang. Pulak tu penumpang sering menyumpah. Sakit!.

    Rakan saya pemandu teksi suka dengan Pendatang Tanpa Izin (PATI) mereka ini selalunya tak berkira. Sebabnya memang sudah pelanggan tetap siap edarkan nombor telefon bimbit lagi agar khidmat cepat & cekap. Dengan PATI memang mana ada guna meter pelbagai.

    BalasPadam
  15. Salam bro mazidul dan semua rakan bloggers lain.

    Xde alasan dah diaorg nak guna. dulu mmg lah diaorg kate balik kete kosong lah, itu lah, ini lah, tp sekarang kebanyakkan teksi kan guna NGV? setuju tak saya cakap yg diaorg hanya isi gas setangki penuh anggaran dlm RM8 (ada yg teksi ada lebih satu tangki) dan blh pusing keliling bandar dengan mendapat tambang berlipat ganda?
    (setangki penuh blh pegi anggaran jarak dlm 110km jika bergerak dlm bandar, berhenti-henti).

    skrg tak banyak teksi pun yang rajin pusing sane sini. duduk satu tempat tunggu penumpang? mcm mana tu?

    BalasPadam
  16. 1. Kalau boleh kita bicara soal Pekida dalam topik yang Mazidul dah tulis sebelum ini, jadi tak jadi kelam kabut.

    2. Datuk Halimah Sadique memang cantik dan dia sendiri buat kenyataan bahawa dia suka berpakaian terang (terutama tudung) masa di Parlimen supaya orang boleh nampak dia. Orang negeri AM tuu...hehe. Harap beliau dapat laksanakan tugasnya seiring dengan nada suaranya bila berbicara. Jelas dan tegas.

    3. Walaupun AM dah bertahun-tahun tak naik teksi, tapi AM tahu banyak salah laku pemandu teksi berserta dengan bukti. Ini termasuklah pemandu teksi berlagak macam samseng dan mengubah suai teksi menjadi seperti racing car. AM nak try sms sekali, nak tahu secepat mana tindakan diambil.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  17. sekarang ini hendak naik teksi pun kena berfikir dua/ tiga kali. Takut kena 'cekik' apabila bayar.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Encik Mazidul....


    Selama ini...saya tidak pernah hiba saat acap kali mengikuti 360...

    Tetapi malam ini...air mata saya tumpah...dan semakin deras apabila melihat klip video perpisahan Ferish dengan ibunya...


    Selamat Hari Raya...

    BalasPadam
  19. yes! banyak masalah sal pemandu teksi sebenarnya kalau nak dikupas! tapi, kalau sekali sekala bagi diorang ni rasa, baru sedar kot!
    mahal lah. kesian pada yang tak berkemampuan! kena fikir 2 3x balik masalah2 macam ni!

    BalasPadam
  20. Saya naik teksi area KL ni dari 2002 sampai sekarang. Dari Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Puduraya, Kelana Jaya dan lately Ke Jalan Duta.

    Mungkin akan ramai marah saya... Selepas hampir ribuan kali naik teksi, saya dapati pemandu dari luar, Indo, Pakistan, ada setengah Cina tatau cakap Melayu adalah lebih behave berbanding pemandu melayu.

    Kalau tak percaya, boleh test di Hentian Puduraya pada jam 10 mlm ke atas. Atau di Hentian LRT Kelana Jaya jam 8 pagi. Pemandu-pemandu Teksi Melayu bukan main menempek tunggu penumpang dengan charge harga 2-3 malah di Puduraya boleh sampai 4 kali ganda mahalnya.

    Sigh. Imej pemandu teksi di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Saya rasa dengan pengalaman naik teksi selama 8 tahun di KL ni + pengalaman teman2 bangsa asing yang selalu datang Msia, saya angkap tangan setuju.

    http://www.smh.com.au/news/news/worst-in-the-world-taxis-tarnish-image/2008/09/19/1221331149000.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.