Pertama kali bertemu, dia memperkenalkan dirinya sebagai ‘Black’ kepada saya. Black mendakwa antara penarik kereta berpengalaman di Petaling Jaya, Selangor.
“Percaya atau tidak, guna duit tarik keretalah saya membesarkan anak saya,” ujarnya.
Mulut lelaki berkulit gelap mendakwa menetap di Kota Damansara terbabit, manis bak gula. Dia juga bijak berceloteh sekaligus mampu menyakinkan ramai kenalannya.
***
“Percaya atau tidak, guna duit tarik keretalah saya membesarkan anak saya,” ujarnya.
Mulut lelaki berkulit gelap mendakwa menetap di Kota Damansara terbabit, manis bak gula. Dia juga bijak berceloteh sekaligus mampu menyakinkan ramai kenalannya.
***
“Dulu masa abang buat cerita fasal penarik kereta dalam ‘360’, dia kata abang kurang ajar. Sekarang saya tahu dia tu kurang ajar sebenarnya,” kata Tom.
Tom, 25 tahun, anak kelahiran Umbai, Melaka, pemilik kereta Satria Neo berwarna kelabu, MBK 5111, dibeli pada tahun 2007. Bayaran ansuran bulanan keretanya, RM580. Bagaimananpun sejak berhenti kerja sebagai pembeli emas terpakai, dia gagal melangsaikan bayaran ansuran kereta selama 4 bulan.
“Black datang tarik kereta saya. Tapi kereta tu dia tak masukkan kedalam stor untuk serah kepada Ambank. Katanya, biar abang jaga kereta awak dulu sampai awak ada duit boleh bayar kepada bank,” ujar Tom.
“Lepas itu?,” celah saya.
“Dalam bulan April tahun ini, Black kata ada ‘pembeli’ nak kereta tu, kira dia sambung bayarlah. Black bagi saya RM500, saguhati, kemudian dia minta IC saya tapi bila saya minta photocopy IC pembeli, dia kata, petang nanti abang bagi. Sampai sekarang, kereta tu tak tahu di mana, Black pun hilang sekali, bila call tak angkat,” jelasnya sugul.
“Bila check dengan bank, ‘pembeli’ tu bayar ansuran bulanan bank tak?,” soal saya.
“Tak,” balas Tom.
Kesilapan Tom, dia tidak menukar hak pemilikan keretanya kepada ‘pembeli’. Kereta Satria Neo itu kini digelar, ‘kereta piang’, kereta hilang dan digunakan orang tanpa identiti secara percuma. Black pasti tertawa gembira, menerima imbuhannya daripada ‘pembeli’ terbabit biarpun mungkin sekadar RM2,000 sahaja.
Black kini dipercayai berada di Ipoh, Perak. Justeru, berhati-hati, jangan pisang berbuah dua kali kerana pasti ada monyet tersenyum gembira.
* Gambar: Tom
Tom, 25 tahun, anak kelahiran Umbai, Melaka, pemilik kereta Satria Neo berwarna kelabu, MBK 5111, dibeli pada tahun 2007. Bayaran ansuran bulanan keretanya, RM580. Bagaimananpun sejak berhenti kerja sebagai pembeli emas terpakai, dia gagal melangsaikan bayaran ansuran kereta selama 4 bulan.
“Black datang tarik kereta saya. Tapi kereta tu dia tak masukkan kedalam stor untuk serah kepada Ambank. Katanya, biar abang jaga kereta awak dulu sampai awak ada duit boleh bayar kepada bank,” ujar Tom.
“Lepas itu?,” celah saya.
“Dalam bulan April tahun ini, Black kata ada ‘pembeli’ nak kereta tu, kira dia sambung bayarlah. Black bagi saya RM500, saguhati, kemudian dia minta IC saya tapi bila saya minta photocopy IC pembeli, dia kata, petang nanti abang bagi. Sampai sekarang, kereta tu tak tahu di mana, Black pun hilang sekali, bila call tak angkat,” jelasnya sugul.
“Bila check dengan bank, ‘pembeli’ tu bayar ansuran bulanan bank tak?,” soal saya.
“Tak,” balas Tom.
Kesilapan Tom, dia tidak menukar hak pemilikan keretanya kepada ‘pembeli’. Kereta Satria Neo itu kini digelar, ‘kereta piang’, kereta hilang dan digunakan orang tanpa identiti secara percuma. Black pasti tertawa gembira, menerima imbuhannya daripada ‘pembeli’ terbabit biarpun mungkin sekadar RM2,000 sahaja.
Black kini dipercayai berada di Ipoh, Perak. Justeru, berhati-hati, jangan pisang berbuah dua kali kerana pasti ada monyet tersenyum gembira.
* Gambar: Tom
Bro Maz
BalasPadamIni orang nama Black memang satu Kota Damansara sudah kenal sama dia...
Dulu saya punya kereta pun dia mau tarik. Dia datang 3 orang, badan besar macam brader jugak, tapi ada rambut panjang... he he he he
Itu 7 seater No Plat number, W** 9055. Yang selalu bawa tu, keta pinjam he he he...
Tak tau macam mana dia boleh lepas itu Security Guard, memang tak boleh harap punya Nepalis.
Dia cakap, ada orang report, kereta sudah tarak jalan 5 bulan, mesti lari bank punya. Masa tu saya dah mula terfikir nak kenakan dia balik. Saya cakap, tuan dia tak ada, pergi oversea sebab tu la kereta tak jalan...
Dia bekeras nak tarik, kononnya dia ada surat, lepas tu saya minta surat, dia kata buat apa saya nak tengok, sebelum tengok pergi bayar dulu, ataupun Piang kereta tu dalam RM8,000.00.
Aku saja lengahkan masa, "Surat tak tunjuk, kunci tak mau bagi, lu jangan masuk gua punya rumah, nanti gua report Polis"
Dia sudah naik angin, mulalah dia call "Tow-truck", lepas tu tiga tiga orang tu berdiri depan pagar macam Along minta hutang, cekak pinggang.
Saya masuk dalam ambik geran kereta, ambik receipt payment, ambik Ownership Claim dari JPJ dan Inspection Letter dari Puspakom.
Lepas tu berdiri depan pagar, tunjuk semua surat tu, tapi tangan tak lepas.
Sekali member sudah MALU daaaaaa...
Itu kereta saya beli 'CASH', langsung satu sen pun tak de hutang dengan mana mana bank.
He he he he Itu Tiga orang balik, sebelum balik sorang tendang pagar rumah saya... Padan muka. Nak tunjuk lagak tapi silap tempat, silap orang dan silap masa.
Sekian cerita dari kawan saya yang merupakan jiran saya sndiri...
He he he he
Seronok kan dapat kenakan orang orang lahabau macam ni. Dia ingat dia bagus sangat la tu Tukang Tarik Kereta, ada orang tu lagi kerja Tarik Kapal Terbang dan Tarik Kapal Laut. Cuba tengok kat airport atau Westport... he he he he
Black ni belum kena BUKU dengan Ruas lagi. Kalau dh kena esok merana hidup. Tuhan tu saje bagi dia peluang suruh dia bertaubat tapi kalau tak fikir lagi mmg tak taulah nak cakap. Kat kampung saya dulu ada seorang yang keje tarik kereta kat KL. Sekarang dah arwah pun sebab kena macam2 penyakit pelik. Balasan Allah agaknya atas apa yang dia buat.
BalasPadamorang macam ni jenis mulut manis dengan prangai kurang ajar..memang lahabau pun..as per echam...memang betol blum kene buku dengan ruasnyer...dah kene nanti gigit jarila...tapi dalam penjara..
BalasPadamooo..mcm tu ker..mcm2 ada dlm dunia nie.agaknye kat sapa plak monyet2 ni jual keta tu yer?
BalasPadamkdg terpikir jugak..macamana org beli keta tapi tak mampu atau sengaja tak bayo sampai 3,4 bulan.
BalasPadambukan ke sebelum beli kita mesti tahu budget kemampuan kita ditahap mana.betul tak??
nak tunggu 1st prize keta mercedes cabutan sijil premium BSN huhu..bole gitu??
mesti alid dok senyum sumbing kat combi ni :P
Salam kat semua
BalasPadamMesti diorang semua tu malu alah ngan Alidyangon..huhuhu..tu la..pekerja penarik keter nie sepatutnya berhemah la skit..orang tak bayar ansuran keter tu bukannya taknak bayar, tapi ada kekangan..kalau ye pun nak tarik keter..tarik la baik2..ye dak..
cik Mazidul,
BalasPadamcita cik TOM ni lebih kurang mcm yg pernah sy alami..
tapi keta sy bukan di'ambil' oleh penarik keta.. tapi oleh salesman kereta yg sy beli tu sendri..
dia guna alasan yg sama lebih kurang mcm Black.. nak sambung bayar.. dia ambil keta saya selama 2 minggu,sy mintak dia pulangkan mcm2 alasan dia bagi..
hampir 6 bulan sy penat naik turun balai polis termasuk IPKKL baru dia call bagitau kereta sy tu ditinggalkan depan kondo dia..
bila sy pegi ambil keta tu.. tgk2 tayar & rim dah tukar dgn yg standard punya.. radio dah hancur dia amik.. skali tgk keta tu dah mcm keta penyamun..last2 sy serender je kereta tu kat bank EON.. skrg sy kena tangguh hutang 15K gara2 keta tu..
org mcm nih sy rasa hidup x pernah senang.. asik kena sumpah je.. pada Black & org yg penaya sy t.. insap2 laa.. mati x kira usia..
* hish.. gerramm je bila tingatkan perkara ni.. grrr..grrr..
Bro Maz
BalasPadamTumpang sat
Akak Combi, boleh... apa salahnya...
Kita kan dah ada 'wind-wind' agreement, (bukan win-win ye)
Dapat Merc tu nanti, kita share kan juga he he he
Nota: Ada kawan saya seorang Guru tinggal dan mengajar di Sungai Sireh, Tanjong Karang memenangi hadiah kereta BMW SSP-BSN beberapa tahun dahulu. Sekali ada orang report Polis da... cakap dia 'Tokan Dadah', polis datang rumah nak tangkap, terus ucap Tahniah bila dah tau cerita sebenar. itulah kelebihan orang kita ni, pantang nengok orang lebih sikit. Mula la nak sangka buruk...Finaly, Kak combi, bagi lah saya kek Sabah dalam 16 biji boleh??? nak but bekal nanti balik ha ha ha ha
hmm...dengar cerita pasal penarik kereta ni rasa gerun jugak...dah la saya baru sebulan pakai kereta baru...alhamdulillah setakat ni pasal bayaran bulanan takde masalah lagi...harap2 kekangan kewangan tak berlaku la kat saya buat masa kan datang...huhu
BalasPadamslah satu kerja yang sesuai semasa tengah sihat, muda.
BalasPadamharap2 tiada HUKUM karma..cian tak sempat tobat
agaknya kalau dijawab kereta itu HAK tuhan, anugerah tuhan, hanya PINJAMAN semata, silap jaga melayang...
BalasPadammarah tak TOM??
Apa yang merisaukan adalah, tahap kehandalan dan keberanian sesama manusia,
BalasPadam..tetiba terdengar berita iannya kecundang dek gigitan seekor NYAMUK..aduhai...nyamuk sekecil itu pun boleh kalah???
Herannya apsal pemilik kereta tu boleh pecaya kat penarik kereta? Sebab dia pandai mengayat?
BalasPadamHmm... senang dipengaruhi rupanya... well.. rezeki masing-masingkan..
Saya pernah kenal seorang penarik kereta bekas anggota tentera. Dia kata kalau satu kereta dia dapat tarik, dia dapat komisen RM1500. Tak banyak ke tu? Sebab tu boleh hidup senang.. kalau pakai pulak taktik Black ni.. lagi la..
Tapi senang di dunia macam tu tak semestinya senang di akhirat juga...
Kena berhati-hati dengan orang macam Black ni. dia hanya pikirkan duit semata-mata.
BalasPadamAda juga dengar kisah si penarik kereta yang di tetak kerana pemilik hilang sabar dengan kerenah si penarik kereta.
BalasPadamcik Bazrul..
BalasPadamkalau dah sampai kena tetak baru laa depa berakai sket.. nak tarik keta org elok2 la sket kan.. jgn laa sampai gertak2 ugut2.. keta yg nak ditarik tu pun bukan dia yg punya..
tapi kan.. kalau dah main dengan duit nih.. depa bukan kenai sapa..keja jalan, janji duit masyukk.. tak gitu??
kesian dia... org mcm ni pun ada... nasib baik sy x pernah miss byr kete, sb skrg dh ada kt ipoh plak dia.
BalasPadamPenarik kereta ini memang kerjaya nekad.. mana tidaknya yang tak bayar tu mestilah sudah jenis orang bermasalah, ada yang berserah & ada yang nekad nak cari jalan jangan ditarik keretanya.
BalasPadamYang Penarik Kereta macam si Black pembelit ini pula pasti ada hulubalang yang sasa di sebelahnya. Nak rampas barang orang bukan senang, silap-silap memang kena berunding dengan samseng, silap-silap runding kena parang kan nahas.
Bagi pendapat saya kerjaya ini kena diperbetulkan; bukan boleh ditarik secara samseng... mesti ada cara yang beretika. Terbaik ada kerjasama anggota Polis & JPJ. Atau kerajaan menguatkuasakan sesuatu akta yang memberi perlindungan kedua-dua pihak.
Seperti jika tiga bulan ansuran kereta tidak dibayar pihak penjual kereta boleh buat aduan di JPJ & empunya kereta boleh digantung lesennya. Sama kesnya jika saman trafik tidak berbayar dalam tempoh tertentu lesen kita tidak boleh diperbaharui.
Penatlah dengar kes penipuan & samseng begini tak pernah selesai sejak berzaman.
Senang saja nak elakkan kena tipu dengan penarik kereta kita ni :-
BalasPadam1) Pastikan kereta dibeli mampu kita bayar setiap bulan, gerenti tak ada siapa nak cuba ugut kita.
2) Panggil polis sebelum diorang tarik kereta kita tu. Biar polis tu periksa penarik2 kereta tu, manalah tau - diorang tu memang kaki tipu.
3) Buat2 gila - ambil parang kejar diorang tu...ha ha ha.